2.34k likes | 3.02k Views
Setiap ayat terdiri diri daripada dua bahagian a. subjek b. predikat. Predikat boleh terdiri daripada a. Frasa Nama b. Frasa Kerja c. Frasa Adjektif d. Frasa Sendi Nama. a. subjek. Subjek boleh terdiri daripada i. Benda Bernyawa - Manusia - Binatang - Tumbuh-tumbuhan
E N D
Setiap ayat terdiri diri daripada dua bahagian a. subjekb. predikat Predikat boleh terdiri daripada a. Frasa Nama b. Frasa Kerja c. Frasa Adjektif d. Frasa Sendi Nama
a. subjek Subjek boleh terdiri daripada i. Benda Bernyawa - Manusia - Binatang - Tumbuh-tumbuhan ii. Benda Tak Bernyawa - Konkrit - Abstrak
Samb. a. Subjek i. Benda Bernyawa - Manusia - ada 2 jenis : a. Kata Nama Khas : Pak Ali, Mak Munah, Sue Ping b. Kata Nama Am : pelajar, bapa, ibu, askar, guru - Binatang - ada 2 jenis : a. Kata Nama Khas : Si Comel, Si Jalak, Si Manis b. Kata Nama Am : anjing, kucing, kuda, kerbau - Tumbuh-tumbuhan - ada 2 jenis : a. Kata Nama Khas : Cengal, Ros, Jati b. Kata Nama Am : pokok, sayur, lalang
Samb. a. Subjek ii. Benda Tak Bernyawa - Konkrit - ada 2 jenis : a. Tempat a. Kata Nama Khas : Ipoh, Ampang, Sengat, Perlis b. Kata Nama Am : sekolah, rumah, kedai, balai b. Benda a. Kata Nama Khas : Cengal, Sanyo, National b. Kata Nama Am : meja, kerusi, kotak, buku - Abstrak a. Kata Nama Khas : Angin Barat Daya, b. Kata Nama Am : udara, angin, langit, panas
Predikat Predikat boleh terdiri daripada a. Frasa Nama b. Frasa Kerja c. Frasa Adjektif d. Frasa sendi nama
Predikat Predikat boleh terdiri daripada Frasa Nama - terdiri daripada a. bernyawa
samb. Predikat Frasa Nama b. tak bernyawa
samb. Predikat b. Frasa Kerja
samb. Predikat b. Frasa Adjektif
samb. Predikat b. Frasa Sendi
Pola ayat dasar yang menjadi asas dalam pembinaan ayata. Frasa Nama + Frasa Namab. Frasa Nama + Frasa Kerjac. Frasa Nama + Frasa Adjektifd. Frasa Nama + Frasa Sendi
i. Konstituen frasa nama terdiri daripada a. Kata Nama - sebagai unsur intinya. Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian atau sederetan penerang yang hadir sebelum Frasa Nama atau sesudahnya.
Cth : i. Bersenam boleh menyihatkan badan.ii. Berolahraga menjadi kegemaran remaja. iii. Merokok kebiasaan ayah saya. Walau bagaimanapun unsur bukan nama boleh diisi oleh Kata Kerja.
sambunganSebenarnya unsur dalam subjek Frasa Nama itu digugurkanCth : i. Tabiat merokok kebiasaan ayah saya.ii. Perbuatan makan suap perbuatan yang keji.
Binaan frasa nama dapat dijeniskan kepada FRASA NAMAA. Inti + Penerang + Predikat Guru sekolah agama itu guru saya B. Inti + Inti + Predikat Ibu bapa tidak perlu datang
Binaan frasa nama : inti + penerang terbentuk daripada jenisa. Inti + penerang nama b. inti + penerang bukan nama
Inti + penerang nama boleh terdiri daripada 13 unsur. a. penerang nama keturunan – orang Melayu b. penerang nama jenis – pokok getah c. penerang nama penyambut – pam air d. penerang nama kegunaan – alat pemadam e. penerang nama tempat –anak desa f. penerang nama kelamin – ayam jantan g. penerang nama arah – angin timur
samb. inti + penerang nama boleh terdiri daripada 13 unsur. h. penerang nama anggota badan – jam tangan i. penerang nama tenaga penggerak – lampu minyak j. penerang nama perihal / perkara – surat kebenaran k. penerang nama milik – rumah saya l. penerang nama khas – bandar Ipoh m. penerang nama panggilan / gelaran – Haji Ahmad
Inti + penerang bukan nama terdiri daripada 5 unsur.a. penerang penentu -ada 2 jenisi. penentu hadapan - K. bil. + penjodoh. bil. + inti Cth : i. Lima orang askar. ii. Beberapa pucuk senapang.ii. penentu belakang Cth : i. Orang itu. ii. Rumah ini.
b. Inti + penerang kata kerja Cth : i. Mesin jahit. ii. Meja makan. iii. Tuala mandi.c. Inti + penerang kata adjektif Cth : i. Anak muda. ii. Minyak wangi.
d. Inti + penerang frasa sendi nama Cth : i. Rumah di bandar. ii. Kebisingan di dewan makan.e. Inti + penerang bilangan ordinal Cth : i. Tempat pertama. ii. Tingkat kesepuluh.
Binaan frasa nama : inti + inti ada 2 golongan iaitu :a. Inti + inti dengan maksud sama erti Cth : i. Tubuh badan ii. wang ringgitb. Inti + inti dengan lawan erti Cth : i. Kerusi meja. ii. teruna dara.
Susunan konstituen frasa nama ada peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan konstituennya. Peraturan-peraturan itu seperti yang berikut :
a. Peraturan D – M ( Hukum D – M )b. Kekecualian Hukum D - MCth : Perdana menteri, timbalan menteri, naib presiden, timbalan pengerusi, ibu pejabat, naib canselor
c. Bilangan dan Panggilan– dua ekor ayam, sepuluh buah rumahd. Penerang - ada 2 bentuki. Inti + pen. adjektif + pen.+ penentu belakangPejabat lama pengurus itu.ii. Kata inti majmuk + penerang adjektifTawaran bayaran balik penuh.
Binaan frasa kerja terdiri daripada dua iaitu:a. Frasa Kerja yang tiada objek – yang mengandungi Kata Kerja Tak TransitifContoh : Kami sedang tidur.
Binaan frasa kerja terdiri daripada dua iaitu:b. Frasa Kerja yang ada objek – yang mengandungi Kata Kerja TransitifContoh :Sub. KK Objek Keterangan Dia menjalankan tugasnya dengan baik.
Binaan frasa kerja tanpa objek ada 3 jenisa. KKTT yang tiada unsur pelengkapb. KKTT yang dapat diberi pelengkapc. KKTT yang dapat diikuti oleh KN sebagai penerang
a. KKTT yang tiada unsur pelengkapContoh : Mereka semua pulang.
b.Kata kerja tak transitif dengan pelengkap ada 3 unsur iaitua. Kata Adjektifb. Frasa sendi namac. Kata nama
Kata kerja tak transitif dengan pelengkap ada 3 unsur iaitua. Kata Adjektif sebagai pelengkapContoh : Mereka tidak berbuat jahat.
b. Frasa sendi nama sebagai pelengkapContoh : Saya tinggal di kampung.
c. Kata nama sebagai pelengkapContoh : Pengemis itu bertilamkan rumput.
Binaan frasa kerja dengan objek ada 2 jenis iaitu:a. Frasa Kerja + 1 objekb. Frasa Kerja + objek 1 + objek 2
Frasa Kerja + 1 objekContoh : i. Saya menjawab surat itu.ii. Kami mendekati kedai itu.iii. Kayu ini melintangi jalan itu.
Ada Frasa kerja yang membawa makna adjektif dan frasa nama yang boleh digugurkan.Contoh :i. Filem itu sungguh menyeramkan (kami).ii. Peristiwa itu sangat menyedihkan (kita).
b. FK + objek 1 + objek 2Contoh:i. Dia mencarikan isterinya buah epal.ii. Tuhan mengurniai hambanya rezeki.iii. Ibu memasakkan tetamu makanan.
Objek tepat: - objek yang menjadi penyambut secara langsung.Objek sipi: - ialah objek yang tidak secara langsung jadi penyambut kepada kata kerjanya.
Contoh:i. Som menghadiahkanradiokepada Jalun. Boleh diubah menjadi Som menghadiahiJalun radio.ii. Ibu membeli kasutuntuk anaknya. Boleh diubah menjadi Ibu membelikananaknya kasut.
Apabila ayat-ayat yang mempunyai 2 objek dipasifkan hanya frasa nama yang menjadi objek tepat akan mengalami penjudulan.Contoh 1:ia. Som hadiah radio. b. Som menghadiahkanradiokepada Jalun. c. Som menghadiahiJalun radio. d. Jalundihadiahiradiooleh Som.
Contoh 2:iia. Ibu membeli kasut. b. Ibu membeli kasutuntuk anaknya. b. Ibu membelikananaknya kasut. c. Anaknyadibelikankasut oleh ibu.Contoh 3:iiia. Bapa menghidang biskut. B. Bapa menghidangkanbiskutuntuk kami. C. Bapa menghidangikami biskut. D. Kami dihidangibiskut oleh bapa.
Ada frasa kerja yang mengandungi satu objek, tetapi seolah-olah mempunyai 2 objek.Contoh :i. Raja menamai tempat itu Melaka.ii. Saya menamai kucing itu Si Tompok.iii. Dia menjadikan gadis itu anaknya.
Frasa nama yang mengikuti secara langsung kata kerja itu berfungsi sebagai pelengkap kepada objek kata kerja dan tidak boleh dijadikan objek tepat.Contoh :i. Raja menamai tempat itu Melaka.ii. Saya menamai kucing itu Si Tompok.iii. Dia menjadikan gadis itu anaknya.
Perkataan sebagai diletakkan di hadapan unsur pelengkap.Contoh :i. Raja menamai tempat itu sebagaiMelaka.ii. Saya menamai kucing itu sebagaiSi Tompok.iii. Dia menjadikan gadis itu sebagaianaknya.
FK + objek 1 + objek 2-jika diubah susunan dengan penambahan untuk atau kepada maka ayat itu menjadi satu objek sahaja.- atau terbentuklah frasa sendi nama yang bertugas sebagai keterangan, objek sipi asal menjadi objek tepat baru.Contoh :i.Dia mencari buah nangkauntuk isterinya.ii. Tuhan mengurniakan rezekikepada hambanya.iii. Ibu memasak makananuntuk tetamunya.
Ayat Aktif Transitif yang boleh digugurkan objeknya. -ayat ini mengandungi kata kerja transitif yang memperoleh ciri adjektif, iaitu kata kerja itu menerima kata penguat. - lazimnya, kata dasar kata kerjanya ialah kata adjektif.Contoh:1. Kejayaannya amat membanggakan saya.2. Peristiwa itu sungguh mendebarkan kami.3. Alasannya kurang meyakinkan ketuanya.
- Ada juga frasa kerja yang seolah-olah mengandungi 2 objek, sebenarnya 1 objek kerana frasa nama itu sebagai pelengkap sahaja.Contoh :i. Baginda menamai tempat itu Papan.ii. Dia menganggap saya lawannya.iii. Saya menjadikan budak itu anak angkat.
Frasa kerja dengan kata bantu dibantu oleh 2 jenis kata bantu iaitua. Kata Bantu aspekb. Kata Bantu ragam