160 likes | 1.89k Views
ADAB MENJAGA MARUAH DIRI. PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN DUA Buku Teks MS : 232 - 236. KEPENTINGAN MENJAGA DIRI DAN MARUAH. Setiap individu muslim wajib menjaga diri dan maruah dari perbuatan yang mencemarkan nama baik dan kehormatan diri.
E N D
ADAB MENJAGA MARUAH DIRI PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN DUA Buku Teks MS : 232 - 236
KEPENTINGAN MENJAGA DIRI DAN MARUAH • Setiap individu muslim wajib menjaga diri dan maruah dari perbuatan yang mencemarkan nama baik dan kehormatan diri. • Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur asing yang merosakkan.
CARA MENJAGA DIRI DAN MARUAH • Islam telah menggariskan panduan untuk menjaga imej diri dan maruah terutama dalam cara berpakaian, percakapan dan pergaulan. • Sebagai muslim kita wajib memelihara semua adab ini supaya maruah kita tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
CARA BERPAKAIAN • Pakaian menutup aurat. Tidak ketat dan tidak jarang. • Pakaian kemas dan bersih. • Tidak memakai pakaian berlambang yang diharamkan seperti lambang black metal, ajaran sesat, agama lain dan lain-lain.
CARA PERGAULAN • Memberi salam dan berjabat tangan ketika bertemu dengan saudara Islam (dalam batasan syarak). • Menjaga tatasusila dan hukum syarak dalam pergaulan. • Hormat menghormati, berkasih sayang dan beramah mesra sesama manusia. • Bertukar-tukar pendapat dan pandangan. • Menjaga rahsia dan keaiban orang lain. • Menepati janji. • Menjaga hati sahabat dalam perkara kebaikan.
CARA PERCAKAPAN • Bercakap perkataan yang baik. Lebih baik diam dari berkata sesuatu yang tidak sesuai. • Berlemah-lembut dan bersopan dalam berinteraksi. • Percakapan yang menyenangkan. • Bercakap tentang perkara yang mendatangkan faedah diri, masyarakat dan negara. • Bercakap benar.
AKIBAT TIDAK MENJAGA DIRI DAN MARUAH • Kehidupan tidak diberkati. • Mendapat dosa. • Dipulau oleh rakan dan masyarakat. • Mendorong berlakunya kes-kes jenayah spt ; rogol dan sumbang mahram. • Masyarakat kucar kacir dan negara tidak aman. • Masyarakat akan memandang rendah dan menghina orang yang tidak bermoral.
HIKMAT MENJAGA DIRI DAN MARUAH • Kehidupan diberkati Allah. • Mendapat pahala. • Akan disayangi, disukai dan disanjung oleh rakan dan masyarakat. • Boleh membendung kejadian jenayah. • Melahirkan masyarakat sejahtera, bersatu padu dan negara aman.
LATIHAN PENILAIAN • Nyatakan kepentingan menjaga diri dan maruah. • Jelaskan akibat tidak menjaga pergaulan. • Jelaskan akibat tidak menjaga percakapan. • Terangkan hikmat menjaga diri dan maruah.