70 likes | 336 Views
DI PERPUSTAKAAN. SHAFIE ABU BAKAR. Melangkah ke ruangmu Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu hening di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala runduk meneliti Mata dan fikir bersebati.
E N D
DI PERPUSTAKAAN SHAFIE ABU BAKAR
Melangkah ke ruangmu Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu hening di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala runduk meneliti Mata dan fikir bersebati Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah.
Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapung di laut ilmu Tercurah berzaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Yang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang akan ku petik Hanya sebiji dari mutiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mungkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia.
Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga di dada manudera Tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga tak pernah Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diteroka.
TEMA Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu. PERSOALAN • Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan • Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya. • Persoalan cinta akan ilmu pengetahuan
NILAI • Kerajinan – rajin menuntut ilmu • Ketekunan – tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan • Bertanggungjawab – berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan PENGAJARAN • Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu • Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu • Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mengejar ilmu. • Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan
SOALAN • Mengapakah penyajak berasa kagum apabila melangkah ke ruang perpustakaan? 2. Nyatakan kepentingan perpustakaan kepada masyarakat?