1 / 22

Isu-isu Utama dalam Penyelidikan Komunikasi Berperantara Komputer

Isu-isu Utama dalam Penyelidikan Komunikasi Berperantara Komputer. Jusang B. Bolong. Jabatan Komunikasi. Pengenalan.

josiah
Download Presentation

Isu-isu Utama dalam Penyelidikan Komunikasi Berperantara Komputer

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Isu-isu Utama dalam Penyelidikan Komunikasi Berperantara Komputer Jusang B. Bolong. Jabatan Komunikasi

  2. Pengenalan • Alternatif cara berkomunikasi ini telah menjadi perhatian para penyelidik, bukan sahaja berkaitan tentang kaedah berkomunikasi dan keberkesanan berkomunikasi, tetapi juga menjangkau kepada penyelidikan tentang bagaimana menjalankan penyelidikan melalui internet atau CMC (Mann dan Stewart, 2000).

  3. Penyelidikan komunikasi berperantara komputer telah banyak dilakukan para sarjana seperti antaranya oleh Lawley (1994), Park (1996), Walther (1996), Preshant (1997) dan Chenault (1998), Flaherty, Pearce dan Rubin (1998), Merkle dan Richardson (2000).

  4. Persoalan • timbul beberapa persoalan menarik tentang kaedah penyelidikan yang bagaimanakah harus dilakukan oleh para penyelidik, apakah isu-isu metodologi yang mencabar, terutamanya dalam komunikasi berperantara komputer?

  5. Isu-isu Metodologikal dalam Komunikasi Interpersonal Berperantara Komputer • 1) keandalan/ kebolehpercayaan (reliability) dan kadar respons melalui tinjauan dalam talian (online survey), • 2) isu-isu persampelan dan tekniknya, dan • 3) aspek kesahan (validity) dan etika.

  6. 1) Keandalan (reliability) dan Kadar Respons melalui Tinjauan dalam Talian (online survey) • Kendall (1999) merumuskan bahawa kadar respons tinjauan dalam talian adalah lambat kerana peserta memerlukan masa tambahan atau agak lama membalas, terutama dalam kes penggunaan mel elektronik dan chat.

  7. mel elektronik misalnya, atau apa yang dipanggil tinjauan mel elektronik (Email Survey), soalan yang dihantar kepada responden adalah dalam bentuk teks yang perlu dibalas dari email responden sendiri. Fenomena ini kurang menggalakkan kadar kecepatan balasan kerana bentuk teks yang kaku dan membosankan sifatnya.

  8. Kajian para sarjana (Sheehan dan Hoy, 1999; Witmer et.al, 1999; Smith, 1997) menyimpulkan kadar respons email adalah rendah dan ini dikaitkan dengan ketidakbiasaan teknologi di kalangan responden. Kajian ini disokong oleh Couper et.al. (1999) yang menyatakan bahawa hanya 43 peratus sahaja yang memberi maklumbalas kepadanya melalui email.

  9. Oleh kerana kadar respons yang rendah melalui tinjauan dalam talian (dalam kes ini email, kerana ia lebih popular), maka keandalan kajian seumpama ini menjadi isu apabila penyelidikan komunikasi interpersonal berperantara komputer mahu dilaksanakan.

  10. Isu keandalan dikaitkan dengan kadar respons kerana keandalan adalah merujuk kepada ketekalan dalam pengukuran sesuatu set data yang diperolehi (Babbie, 1995). • Lazimnya ralat yang kecil dikaitkan dengan saiz sampel kajian yang besar. Saiz sampel yang besar pula bergantung kepada kadar respons atau kadar pulangan instrumen kajian.

  11. 2) Persampelan dan Tekniknya • Isu utama persampelan dalam metodologi penyelidikan komunikasi interpersonal berperantara komputer ini adalah saiz sampel dan sifat sampel yang mahu diambil sebagai responden kajian. • Bagaimanakah saiz sampel dapat ditentukan sedangkan kerangka persampelan sukar diperolehi

  12. Dari segi sifat sampel pula, isu yang wujud adalah penyelidik tidak dapat mengenali responden dengan tepat kerana alamat email tidak bersama data peribadi yang lengkap (atau profil responden yang tidak benar) menyatakan jantina, bangsa, tempat asal, umur dan pelbagai aspek budaya tidak diketahui dengan jelas oleh penyelidik.

  13. Penyelidik boleh kurang yakin dan tidak tahu kesesuaian hasil kajian itu hendak digeneralisasikan kepada siapa? Isu ini timbul kerana penyelidik seolah-olah hanya mempunyai sampel maya sahaja.

  14. Dari segi teknik persampelan, ramai sarjana yang menceburi bidang penyelidikan ini menyatakan bahawa teknik yang kerap digunakan adalah teknik persampelan bertujuan (Miles dan Huberman, 1994; Patton, 1990; Creswell, 1998; Hodkinson, 2000). • Persoalannya, mungkinkah isu bias dapat diatasi jika ini dilaksanakan?

  15. 3) Aspek Kesahan (validity) dan Etika • Hedrick, Bickman dan Rog (1993) berpendapat kredibiliti penyelidikan adalah bergantung kepada kemampuan memaksimumkan kesahan (kesahan yang tinggi), iaitu memberi penerangan yang jelas terhadap sesuatu fenomena (pemboleh ubah) yang dikaji.

  16. Satu aspek yang penting dikaitkan dengan kesahan (validity) kajian yang dinyatakan dalam kertas ini adalah etika penyelidikan komunikasi interpersonal berperantara komputer. Apa yang menjadi isu adalah dari aspek pengunduran responden sesuka hati dan kerahsiaan.

  17. a) Pengunduran responden • Seidman (1991) menyatakan pengunduran peserta atau responden yang ketara adalah satu set baru sebagai cabaran etika penyelidikan dalam talian. Beliau menimbulkan isu, bagaimanakah penyelidik hendak menyusul (follow up) kembali peserta yang lenyap dari skirn? Adakah email susulan akan menyebabkan gangguan peribadi (privacy) seseorang?

  18. b) Isu kerahsiaan (Confidentiality) • Dalam kaedah kajian konvensional, kerahsiaan seseorang seperti nama samaran, pertukaran sebarang identiti diri termasuk nama tempat, nama institusi, penyerahan kod nombor, keselamatan penyimpanan data, dan pemusnahan data adalah mekanisma kerahsiaan peserta atau responden yang dapat dikesan dan dilindungi. Jaminan kerahsiaan adalah tinggi dalam konteks ini.

  19. Tetapi dalam konteks penyelidikan komunikasi interpersonal berperantara komputer, atau dalam talian, isu kerahsiaan menjadi masalah untuk dilindungi kerana data-data elektronik menghadapi pelbagai risiko. • mampukah penyelidik menyediakan mekanisme perlindungan untuk menjaga kerahsiaan di antara individu-individu yang berinteraksi melalui komputer dengan memberikan ‘encryption’ (digital signature)? (Mann dan Stewart, 2000).

  20. Jika jaminan ini tidak wujud dalam konteks penyelidikan dalam talian, sudah pasti peserta/responden ragu-ragu untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada penyelidikan yang sedang dijalankan. Keraguan menjawab atau menjawab tanpa keikhlasan (jawapan yang tidak dipertanggungjawabkan) akan menimbulkan isu kesahan dalaman kepada penyelidikan.

  21. Kesimpulan • Dapat dirumuskan bahawa isu-isu metodologi dalam penyelidikan berperantara komputer atau dalam talian adalah amat penting untuk terus dibincangkan dan diberi perhatian serius kerana bidang penyelidikan ini berpotensi untuk terus berkembang pada masa akan datang.

  22. KUIZ Merujukisu-isu yang dibincangkan, cadangkanbagaimanaandamengatasiisutersebut

More Related