1 / 58

KULIAH 1 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA UMUM

Pengenalan- Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara mundur kpd negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju (cita-cita dlm Wawasan 2020).- Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas mer

kohana
Download Presentation

KULIAH 1 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA UMUM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1. KULIAH 1 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA UMUM

    2. Pengenalan - Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara mundur kpd negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju (cita-cita dlm Wawasan 2020). - Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13 Mei 1969)

    3. - Daripada pengalaman pahit tsb, pengajaran penting yg diperoleh ialah: 1. Kemajuan ekonomi shj tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. 2. Kestabilan politik shj tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yg seimbang. 3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dgn lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.

    4. Keseimbangan : melibatkan agihan habuan ekonomi yg saksama & perkongsian kuasa pemerintahan yg matang. Persoalannya 1. Apakah faktor yg boleh membawa keseimbangan? 2. Apakah perkara yg perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan? Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yg harmonis

    5. KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK 1. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yg pernah menghadapi konflik etnik. 2. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial. 3. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.

    6. 4. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dlm sesebuah masyarakat. 5. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat. 6. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian di sesebuah negara (kesan pengindustrian dan perubahan sosial). 7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

    7. Usaha-usaha Ke Arah Memupuk Perpaduan Nasional - Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (kini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional /JPNIN). - Pengenalan Rukun Negara (ideologi kebangsaan). - DEB, Dsr Pendidikan Kebangsaan, Dsr Kebudayaan Kebangsaan. - Gabungan parti-parti politik (Barisan Nasional)

    8. - Integrasi antara wilayah (antara bandar dgn luar bandar) dan antara Semenanjung Malaysia dgn Sabah & Sarawak. - Usaha kerajaan (top-down) shj tidak memadai tetapi mesti digenapkan dgn usaha yg berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama & sumbangan drp sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik.

    9. - Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kpd keadaan berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yg berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan yg kaya drp pelbagai kumpulan) - HE merupakan satu ciri penting yg mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sbg negara yg berjaya mewujudkan HE yg harmonis

    10. KULIAH 2 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

    11. KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK Tiga konsep penting yg ditumpukan ialah: Masyarakat, Budaya, dan Perpaduan Masyarakat - Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat - sebagai “satu kumpulan manusia” yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad- abad.

    12. - Satu kumpulan / kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan. Ciri-ciri utama masyarakat: a) berkelompok; b) berbudaya; c) mengalami perubahan; d) berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar)

    13. e) mempunyai kepimpinan; dan f) mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta) Konsep Etnik / Kaum Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinisikan sbg sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi. Konsep ‘kelompok etnik’ digunakan untuk merujuk kepada golongan yg berbeza dari segi kebudayaan.

    14. - Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, & hiburan. Konsep Suku - kelompok masyarakat yg membentuk rumpun bangsa (cth: dalam rumpun Kadazandusun terdapat sub etnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang, dll)

    15. Konsep Bangsa / Nasion - Mempunyai maksud yg lebih luas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yg sedia ada - Menurut John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun manusia yg terikat oleh rasa taksub bersama & lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yg lain. Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah & agama. - Bangsa Malaysia sbg “bangsa idaman” yg kita kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan hubungan etnik yg harmonis.

    16. Konsep Masyarakat Majmuk. - Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk terdiri drp pelbagai kaum yg mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yg tersendiri. Walaupun mereka (pelbagai kaum) berganding bahu di bawah sistem politik yg sama, tetapi kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras.

    17. - Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah. - Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan / kelemahan azam sosial bersama (common social will) yg merupakan satu set nilai yg dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah laku sosial.

    18. Konsep Kelas Sosial Konsep ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan sehari-hari, segolongan individu yg mempunyai kedudukan yg sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Cth: Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua golongan: Bourgeoisie : yg memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. Proletariat : yg tidak memiliki perkara di atas hanya tenaga kerja sahaja

    19. Konsep Institusi Sosial - Sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yg telah menjadi kebiasaan atau suatu pola hubungan sosial yg mempunyai suatu matlamat sosial yg tertentu. Cth: Institusi sosial yg utama: Institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dll.

    20. Konsep Jarak Sosial - Satu perasaan pemisahan / pemisahan sosial yg benar-benar wujud di antara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok. Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok atau di antara kelompok. Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persefahaman antara kelompok. Semakin besar jarak sosial di antara dua kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persefahaman antara kedua-duanya.

    21. Konsep Mobiliti Sosial Merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yg lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Dalam sistem yg lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yg bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku.

    22. - Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme Etnisiti : merujuk kpd rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yg jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yg sama.

    23. Etnosenterisme: - Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. Sesuatu kelompok dikatakan ‘etnosentrik’ apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yg lebih rendah. Etnosentrisme membayangkan keengganan / ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yg lain. Selagi manusia menjadi ‘etnosentrik’, selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yg sedia ada (biasanya yg bersifat negatif)

    24. - Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan di antara anggota sesuatu kelompok masyarakat. Cth: Ketaatan kepada budaya dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti – dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok masyarakat. Konsep Ras dan Rasisme Ras: Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll). Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi cth: Mongoloid, Negroid dan Austroloid.

    25. - Pd dasarnya, ras boleh dikatakan sbg kelompok sosial yg mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yg nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dsbnya. Ciri yg paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. - Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yg menganggap diri dan / atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza drp kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yg tidak dpt diubah dan sifat2 ini berkaitan dgn sifat2 atau kebolehan moral & intelek mereka.

    26. Rasisme - Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata yg dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan. - Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya. - Fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yg paling unggul. - Rasisme wujud pd 2 tahap: 1. Tahap Individu – kepercayaan & sikap individu 2. Tahap Institusi – melibatkan dasar & pelaksanaan yg bersifat diskriminasi

    27. Konsep Prejudis dan Stereotaip Prejudis - Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yg tersemat dlm hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yg jelas, tepat atau mencukupi. - Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kpd generasi yg lain. Kesannya semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yg terhad sama ada dlm aspek politik, ekonomi atau sosial. - Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

    28. Stereotaip - merupakan kenyataan-kenyataan umum yg negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti “semua orang X bersifat kasar” dsbnya. - Stereotaip ialah gambaran yg berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yg ditujukan kpd sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yg lain. Hal ini terhasil drp pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. - Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yg negatif dlm kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yg lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yg menebal.

    29. Konsep Diskriminasi - Ditakrifkan sbg pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yg mempengaruhi perilaku pihak yg berpandangan negatif. - Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. - Merupakan manifestasi prasangka yg wujud dlm kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis & stereotaip dlm sesebuah masyarakat. - Diskriminasi berlaku dlm banyak bentuk (individu atau kumpulan etnik) dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

    30.

    31.

    32.

    33.

    34.

    35.

    36.

    37. Konsep Akomodasi - merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Formula: A + B + C = A + B + C A, B & C merujuk kepada budaya - Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau untuk selama-lamanya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yg berasingan.

    38. - Pd peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dlm bidang ekonomi & pendidikan & mereka saling bergantung. Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama & kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik). Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik.

    39. Kejayaan atau berkesannya ‘penyesuaian’ sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.

    40. Konsep Asimilasi Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok / individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yg sama. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu / kelompok ke dalam kelompok lain. Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti Formula: A + B + C = A A mewakili golongan dominan, B & C mewakili kumpulan etnik minoriti.

    41. - Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi suatu tempoh yg lama. - Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting: 1. Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka. 2. Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain. 3. Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik. Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan di antara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi.

    42. Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya besar. Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan. Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami proses asimilasi yg menyebabkan nama, bahasa, cara hidup (kecuali agama) disatukan dgn amalan & cara hidup org Thai. - Di Malaysia – proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba & Nyonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba & Nyonya berlaku dlm konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

    43. Konsep Amalgamasi Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi. Formula: A + B + C = D. A,B dan C mewakili kumpulan etnik yg berlainan dan D mewakili kumpulan baharu yg terhasil drp penyatuan A, B dan C. Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).

    44. Konsep Akulturasi Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yg berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yg berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut. Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yg bakal terjadi terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal, biologikal, budaya, sosial dan psikologikal. Akulturasi lebih mudah dicapai dlm budaya yg bersifat kebendaan.

    45. KONTRAK SOSIAL Merupakan satu persetujuan yg dicapai di antara pelbagai kaum untuk mencapai sesuatu matlamat yang dapat menjaga kepentingan semua pihak. Cth: Di Malaysia, kontrak sosial antara kaum Melayu, Cina dan India tentang perkara penting dalam perlembagaan (kedudukan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu, Hak kerakyatan, Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    46. PEMBENTUKAN NASION MALAYSIA Konsep Nasion / Nation berasal dari Barat. Ia berkait rapat dgn identiti nasional. Negara : mempunyai 4 elemen penting - Rakyat yg diperintah, wilayah yg dimiliki, kerajaan yg memerintah dan kedaulatan. Menurut Eric Hobsbawm: sesebuah nasion dikenal pasti melalui 2 sifat asas: 1. Kewarganegaraan 2. Etnisiti

    47. Kehadiran sifat-sifat Nasion itu boleh melahirkan Nasionalisme. -Menurut Hans Kohn: Nasionalisme adalah suatu keadaan fikiran yg menyerap masuk ke dlm jiwa sebahagian besar rakyat. Ia juga adalah idea yg bertenaga yg berpunca drp perasaan cintakan tempat asal, adat resam dan merupakan fahaman yg matang serta berupaya mengiktiraf kedaulatan rakyat yg melihat negara bangsa sebagai organisasi politik yg unggul & sah. Pengaruh nasionalisme menyebabkan adanya usaha atau kegiatan yg tersusun utk mewujudkan negara berdaulat.

    48. Nasionalisme adalah fenomena sejagat yg mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia utk menubuhkan negara, memelihara kedaulatannya & menuntut kesetiaan unggul individu kpd negaranya. Negara yg pernah dijajah- memanifestasikan semangat nasionalisme dgn cara menamatkan penjajahan utk membina negara bangsa yg bebas & berdaulat. Negara yg tidak pernah dijajah-menggulingkan sistem kerajaan tradisional & menggantikannya dgn sistem kerajaan berlandaskan kedaulatan rakyat.

    49. Konsep Nasion -Negara bangsa. Pembinaan negara bangsa umumnya boleh disamakan dgn integrasi nasional. Kepentingan pembentukan nasion: - untuk memastikan nasion itu terus kekal dalam keadaan sepadu, sejahtera & tenteram. Negara adalah tumpuan kesetiaan nasion. Pengukuhan negara memerlukan penyertaan dan dukungan komuniti etnik yg memberikan kesetiaannya.

    50. MODEL PEMBENTUKAN NASION Cth: Model Asimilasi, Model Integrasi, Model Akomodasi Politik / penyelesaian politik, Model Amalgamasi dll. APAKAH MODEL YG SESUAI BAGI NEGARA MALAYSIA ? - Malaysia - penduduknya terdiri drp pelbagai kaum. Sebelum merdeka, org Melayu, Cina & India tidak berkongsi ‘satu pengalaman penderitaan & kegembiraan yg sama pd masa lampau’. - Kesan dasar ‘pecah dan perintah’ oleh British, sistem ekonomi duaan & pengasingan pendidikan menyukarkan perpaduan kaum dicapai.

    51. - Pembentukan nasion Malaysia tidak melalui proses asimilasi tetapi mengekalkan identiti kepelbagaian yg dibentuk melalui pelbagai dasar seperti dasar pendidikan & bahasa kebangsaan. Menurut Tun Abdul Razak (PM ke-2) ‘Dasar kerajaan mengenai perpaduan negara bukanlah melalui proses asimilasi tetapi melalui integrasi iaitu melalui penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua bangsa dlm negara’. - Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.

    52. - Komposisi bangsa menjadi asas utk memahami keadaan politik, ekonomi & sosial di Malaysia. - Tidak semua permasalahan masyarakat majmuk boleh diselesaikan semata-mata dgn kaedah penyelesaian politik tetapi juga bergantung kpd faktor-faktor lain seperti kemajuan ekonomi, keadilan sosial & sosiobudaya.

    53. TERAS PEMBENTUKAN NASION MALAYSIA. Malaysia membentuk nasion mengikut acuan sendiri: menggabungkan pendekatan politik, ekonomi & sosial. Berpendirian pragmatik - keupayaan membuat penyesuaian, berani membuat keputusan, memiliki pemikiran & sikap pro-aktif serta berwawasan. Berdasarkan DEB, DPN, Wawasan 2020 dan Islam Hadhari.

    54. Usaha pembentukan nasion Malaysia dilaksanakan melalui pelbagai strategi: 1. Kerjasama & perkongsian politik. - Awal kemerdekaan - politik kompromi melalui Parti Perikatan (kerjasama & perkongsian elit pemerintah pelbagai kaum) - Selepas 13 Mei 1969 - formula Perikatan ubah pendekatan. Pendekatan baharu-Barisan Nasional dibentuk - pengukuhan kerjasama & perkongsian politik pelbagai kaum. - Kawalan politik utk kawal politiking yg berlebihan & utk menjamin kestabilan politik.

    55. Pindaan perlembagaan - cth: menghalang rapat-rapat umum & perbincangan isu-isu sensitif pelbagai kaum (kewarganegaraan, bahasa, dasar pendidikan kebangsaan, hak istimewa Melayu, Agama) - 1970 - Parlimen meluluskan Akta Hasutan, Rukun Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Bahasa Kebangsaan, DEB) 2. Kerjasama & perkongsian ekonomi. - DEB sbg asas baru kerjasama ekonomi peringkat kaum. Pencapaiannya mencetuskan peluang kerjasama yg lebih luas & perkongsian hasil yg saksama di kalangan penduduk.

    56. - DEB berjaya menurunkan kadar kemiskinan mutlak drp 49.3% (1970) kepada 15% (1990). - Perbezaan pendapatan berkurangan antara penduduk bandar & luar bandar & antara kumpulan etnik. - Peningkatan penyertaan bumiputera dlm kegiatan ekonomi moden, pemilikan harta & melahirkan lebih ramai usahawan. - Adanya program sokongan utk meningkatkan penyertaaan bumiputera dlm sektor ekonomi moden.

    57. 3. Keadilan sosial. - Kesan drp kerjasama politik & ekonomi - pengagihan yg adil & memerangi pemusatan kekayaan segelintir manusia melalui program pembangunan luar bandar. 4. Sistem pendidikan & bahasa kebangsaan. - dibentuk untuk memupuk perpaduan & rasa kekitaan serta jati diri sbg bangsa Malaysia. 5. Kebudayaan Kebangsaan. - keupayaan menerima kepelbagaian unsur hidup & budaya bersama.

    58. 6. Pembangunan kerohanian yg berteraskan nilai-nilai agama, etika & moral. Teras, Model dan usaha membentuk nasion Malaysia berbeza dgn negara lain kerana sejarah, sistem politik, ekonomi & sosial berbeza dgn negara luar.

More Related