610 likes | 964 Views
PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. PEMBANGUNAN POLITIK. MATLAMAT Pembinaan Negara Bangsa. METODE Pembentukan dan pelaksanaan dasar khas seperti Dasar Pendidikan Nasional, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan, Rukun Negara
E N D
PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PEMBANGUNAN POLITIK MATLAMAT Pembinaan Negara Bangsa. METODE Pembentukan dan pelaksanaan dasar khas seperti Dasar Pendidikan Nasional, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan, Rukun Negara dan pemupukan semangat nasionalisme. UKURAN PENCAPAIAN Diukur secara kualitatif dan kuantitatif. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Negara Bangsa • Suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan/kerajaan dan warganegara/bangsa BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Kualitatif : a. Ukuran kejayaan dasar-dasar nasional b. Melalui perbandingan dengan negara lain • Kuantitatif : a. kekerapan konflik b. kekerapan pilihanraya c. kebebasan bersuara BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PROSES PEMBANGUNAN POLITIK • Perbezaan Struktur Politik • Perubahan Struktur politik yg bersifat feudal kepada struktur politik yang berpegang kepada prinsip trias politica. • Sekularisasi budaya politik. • Perubahan dari politik feudal yg tidak memisahkan antara agama dgn negara kpd pemisahan • Penyertaan rakyat dalam politik. • Rakyat berhak menentukan pemimpin mereka (amalan demokrasi) BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM SUATU SISTEM POLITIK Parti-parti politik Majlis perwakilan rakyat atau parlimen Perlembagaan Negara Pilihanraya BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PELAKSANAAN MODENISASI & PEMBANGUNAN POLITIK DI MALAYSIA • Sebagai negara baru, Malaysia mengambil model modenisasi di Eropah Barat. • Dari segi pembangunan politik, Malaysia menghadapi cabaran besar dalam membina sebuah Negara Bangsa kerana: • Migrasi • Penjajahan • Gabungan wilayah yang berbeza • Gabungan etnik yang berbeza BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Kemajmukan Etnik Dalam Proses Politik Di Malaysia…… • Pada tahun 2006, jumlah penduduk di Malaysia lebih kurang 26.6 juta: • Melayu – lebih kurang 55% • Cina – lebih kurang 25% • India – lebih kurang 7% • Oleh itu, berlandaskan bancian, penduduk Malaysia dapat dikategorikan kepada kelompok etnik yang berbeza-beza. Mereka dapat dibezakan berdasarkan aspek kepercayaan dan agama serta aspek demografi. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SEMENANJUNG • Umumnya dominasi Melayu adalah jelas secara keseluruhan tetapi dominasi ini berbeza dari segi kekuatannya berasaskan wilayah. • Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang mempunyai komposisi yang seimbang kerana tiada satu etnik mempunyai jumlah penduduk majorit • Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis mempunyai penduduk Melayu yang lebih ramai berbanding beberapa negeri seperti Melaka, Johor dan Selangor. • Cthnya, di Kelantan, penduduk Melayu lebih daripada 90%, sementara peratusan yang tinggi juga terdapat di Terengganu dan Perlis. • Negeri-negeri seperti Melaka, Johor dan Selangor, jumlah penduduk Melayu adalah kurang walaupun ianya masih dominan, iaitu melebih 51% daripada jumlah penduduk negeri-negeri berkenaan. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SARAWAK • Di Sarawak, kemajmukan lebih tinggi berbanding demografi penduduk di Semenanjung. Di Sarawak, tidak terdapat satu kelompok etnik yang majoriti secara mutlak. • Dari 2.181 juta (2004), Dayak, Melayu & Melanau (73.2%), Cina (26.6%), India (0.2%) • Iban merupakan kelompok etnik terbesar. Mereka mewakili lebih kurang 44.3%. Bidayuh terdiri daripada 181,500 (8.3%) dan Orang Ulu 128,800 (5.9%). Orang Ulu merupakan kategori yang mewakili lebih kurang 20 etnik kecil seperti Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Punan/ Penan, dan lain-lain. • Sebagai satu perkelompokan, ketiga-tiga etnik ini merupakan 44.3% daripada penduduk Sarawak. Melayu terdiri daripada 505,800 (23.2%) dan Melanau 124,400 (5.7%). Kelima-lima kelompok etnik ini juga merupakan kelompok bumiputera dan sebagai kelompok bumiputera mereka mewakili 73.2%. Cina terdiri daripada 578,600 (26.6%) sementara India adalah 4,300 (0.2%). BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SARAWAK • Hampir semua etnik sama ada Iban, Bidayuh, OrangUlu adalah penganut kepercayaan tradisional atau Kristian dan sebilangan kecil Islam. • Dahulunya penduduk luar bandar tapi sekarang berjaya dlm sektor perdagangan atau komersial di bandar2 utama. • Melayu juga ramai tinggal di perkampungan terutama di Kuching, Kota Samarahan dan Sibu.(ramai terlibat dgn pertanian) • Yang tinggal di bandar terlibat dgn sektor awam BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SABAH • Tidak terdapat kelompok yang terbesar dari segi saiz penduduknya. Empat kelompok bumiputera dan Melayu adalah tidak jauh berbeza dari segi peratusan. • Kadazandusun merupakan etnik terbesar dengan jumlah 519,800 (24.8%) dan ini diikuti oleh “bumiputera lain” sebanyak 431,800 (20.6%), Bajau 386,100 (18.5%) dan Melayu 360,500 (18.5%). • Kadazandusun, Bajau, Murut dan “bumiputera lain” merupakan penduduk luar bandar, sementara Cina menduduki bandar-bandar utama di negeri berkenaan. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Demografi politik • Dewan Rakyat adalah kuasa tertinggi di parlimen. • Dominasi Melayu dlm politik negara jelas & nyata • Sejak p/raya 1994 dan 2004 D.Rakyat ada 219 wakil • Pada p.raya 2008 ada 222 kerusi ditawarkan. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Samb… • Kerusi majoriti sebanyak 189: iaitu Melayu Semenanjung ada 125 kerusi & 34 kerusi Bumiputera Sabah Sarawak (kesemuanya 159), 30 kerusi Cina dan 33 kerusi plural (bukan majoriti)=222 • Tiada satupun kawasan parlimen di Malaysia yg mempunyai majoriti pengundi India !!! BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BN BEBAS PR 137 3 82 ISLAM : 88 ISLAM : 1 ISLAM : 43 B.ISLAM : 49 B IS : 2 B.ISLAM : 39 PILIHANRAYA 2008 : MP ISLAM 132MP BUKAN ISLAM 90 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
TABURAN KERUSI MENGIKUT PARTI (BN) • UMNO : 78 • MCA : 15 • MIC : 3 • PBB : 14 • SUPP : 6 • GERAKAN : 2 • UPKO : 4 JUMLAH :137 • PBS : 3 • SPDP : 4 • LDP : 1 • PBRS : 1 • PRS : 6 • PPP : 0 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
TABURAN KERUSI MENGIKUT PARTI ( PEMBANGKANG) • PKR : 31 • DAP : 28 • PAS : 23 • SAPP : 2 • BEBAS : 1 JUMLAH : 85 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PERATUSAN UNDIBN : 50.28%PR : 49.71 • UMNO 29.59% PKR 18.5% • MCA 10.2% PAS 14.05% • MIC 2.21% DAP 13.72% • GER 1.99% • BN SWK 4.14% • BN SBH 1.62 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PENGLIBATAN RAKYAT TEMPATAN DLM POLITIK & PENTADBIRAN • ERA PENJAJAH: Penglibatan rakyat tempatan terhad • SAAT AKHIR ERA PENJAJAH: Rakyat mula dilibatkan di peringkat yg paling rendah BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PENGLIBATAN SECARA MELUAS • Bermula Selepas Jepun menyerah kalah & Inggeris kembali ke Tanah Melayu. • Inggeris memperkenalkan Malayan Union (MU) iaitu gabungan 9 buah negeri Melayu dan 2 negeri selat. • Ciri-cirinya : • Pemusatan kuasa di tgn kerajaan Pusat • Raja2 Melayu tiada kuasa kecuali dlm hal agama & adat. • Hak kerakyatan yg bebas berdasar prinsip jus soli BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION • Penubuhan UMNO, MCA & MIC • Semua parti2 ini ditubuhkan bagi memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. • Akhirnya bergabung membentuk PERIKATAN BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO) • Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar. • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 akibat penentangan terhadap perlaksanaan Malayan Union. • UMNO adalah hasil gabungan pelbagai persatuan dan pertubuhan Melayu.(lebih 40 pertubuhan) • Tujuannya adalah bagi memelihara kepentingan dan memperkukuhkan kuasa politik orang Melayu. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
MALAYAN INDIAN CONGRESS (MIC) • Ogos 1946 • John Thivy adalah presiden pertama bagi parti ini. • MIC ditubuhkan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakat India di Tanah Melayu. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
MALAYAN CHINESE ASSOCIATION (MCA) • Feb 1949 • Tan Cheng Lok adalah presiden pertama. • Tujuan penubuhan parti ini adalah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan orang Cina. • Pesaing utama parti ini adalah Democratic Action Party (DAP). BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
UMNO-MCA-MIC telah bergabung bagi membentuk Parti Perikatan. Pada pilihan raya Persekutuan 1955, Parti Perikatan telah menang 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Ini merupakan petanda bahawa Tanah Melayu sudah bersedia untuk memperoleh kemerdekaan. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
INDEPENDENCE OF MALAYA PARTY • Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar setelah ahli-ahli UMNO menolak cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada semua rakyat Tanah Melayu. • Percubaan Dato’ Onn utk memupuk kerjasama dan perpaduan etnik • Ia adalah sebuah parti multi-etnik. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) • Tujuan penubuhannya adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Tanah Melayu. • Ditubuhkan oleh para ulama dari kalangan Melayu yang mana suara mereka ditolak dalam UMNO BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI SEMANGAT 46 • Merupakan sebuah parti serpihan UMNO yang diketuai oleh Tngku Razaleigh Hamzah. • Tujuan penubuhannya adalah untuk mengembalikan semangat Melayu tahun 1946 yang didakwa telah hilang daripada UMNO di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad. • Bagaimanapun, parti ini telah dibubarkan setelah kegagalannya dalam pilihan raya Parlimen 1994. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI KEADILAN RAKYAT • Hasil gabungan PKN dan PRM • Parti berbagai-bagai kaum. + = BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SARAWAK BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SARAWAK UNITED PEOPLES’ PARTY (SUPP) • Merupakan sebuah parti multi-etnik dan yang terawal di Sarawak. • Bagaimanapun, ia jelas dimonopoli oleh orang Cina. • Parti ini mendapat galakan daripada pentadbiran kolonial sebagai langkah awal untuk pemerintahan sendiri. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI KEBANGSAAN SARAWAK (SNAP) • Ditubuhkan di kalangan etnik Dayak, dari kawasan Skrang- Saribas. • Dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI PESAKA ANAK SARAWAK (PESAKA) • Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah. • Parti ini mewakili etnik Dayak dari Rejang. PARTI NEGARA SARAWAK (PANAS) • Pimpinan Abang Haji Mustapha. • Mewakili etnik Melayu dan Melanau. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI RAKYAT JATI SARAWAK (BERJASA) • Juga mewakili etnik Melayu dan Melanau dari Lembah Rejang. • Mereka beranggapan PANAS tidak mewakili mereka. • Parti ini dipimpin oleh Tuanku Haji Bujang. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SARAWAK CHINESE ASSOCIATION (SCA) • Sebuah parti politik yang berpandangan sederhana. • Semua parti di atas bergabung membentuk Parti Perikatan, kecuali SUPP. • Masyarakat di Sarawak terpisah kepada beberapa parti yang berasaskan etnik dari bahagian-bahagian tertentu. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Selepas tahun 1970,SUPP yang diterima baik oleh masyarakat Cina Sarawak, telah menjadi teman pilihan bagi Melayu dan Melanau untuk menubuhkan kerajaancampuran selepas pilihan raya umum tahun 1969/71. Bagi masyarakat Melayu pula, PANAS dan BERJASA telah pun bergabung membentuk Parti Bumiputera yang dipimpin oleh Abd Rahman Yakub dan Abd Taib Mahmud. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Pada pertengahan 1970-an, parti PESAKA pula bergabung dengan Parti Bumiputera membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). • PERMAS (Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak) ditubuhkan dan dipimpin oleh Abd Rahman Yakub,Salleh Safaruddin, Sharifah Mardiah dan Bujang Ulis. • Mereka mendakwa kepentingan mereka telah diketepikan oleh PBB. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SABAH BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
UNITED KADAZAN NATIONAL ORGANIZATION (UNKO) • Diketuai oleh Donald Stephens (kemudian dikenali dengan Tun Fuad Stephens). • Tujuan penubuhannya adalah untuk menyatupadukan Kadazan Dusun dan Bumiputera bukan Islam. UNITED SABAH NATIONAL ORGANIZATION (USNO) • Ditubuhkan bagi kepentingan etnik Bajau, Suluk dan lain-lain. Diketuai oleh Tun Dato’ Mustapha Dato’ Harun. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SABAH CHINESE ASSOCIATION (SCA) • Ditubuhkan bagi memelihara kepentingan orang-orang Cina di Sabah. • UMNO-MCA-MIC, UNKO, USNO, SCA kemudiannya bergabung bagi membentuk sebuah parti Perikatan. • Pakatan ini berjaya memenangi pilihan raya dan seterusnya membentuk kerajaan negeri Sabah yang pertama. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI BERSATU RAKYAT JELATA SABAH (BERJAYA) • Sebuah parti berbilang etnik dan dianggotai oleh Bumiputera Islam dan bukan Islam. • Walau bagaimanapun, jelas kelihatan bahawa parti ini dimonopoli oleh Bumiputera Islam. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI BERSATU SABAH (PBS) • Ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan akibat tentangan terhadap kepimpinan Harris Salleh dari parti BERJAYA. • Sebuah parti multi etnik, walaupun jelas didominasi oleh bumiputera Bukan Islam. • Jatuh pada 17 Mac 1994. Akibat kejatuhannya, proses politik Sabah mengalami perbahan yang besar. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
UMNO berjanji, sekiranya parti tersebut berjaya merampas pemerintahan negeri, jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran antara Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Cina. • Beberapa parti politik baru tertubuh seperti Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Demokratik Sabah (PDS). BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PEMUPUKAN HE SECARA FORMAL ASAS-ASAS PENTING POLITIK MALAYSIA • Kewujudan Kontrak Sosial 1948 & semasa penggubalan perlembagaan. • Perjanjian Malaysia 1963 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
KONTRAKSOSIAL1948 Kontrak Sosial 1948 Satu persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naungan Inggeris. Ia berkait rapat dengan bantahan Melayu terhadap elemen-elemen yang termaktub dalam Perlembagaan Kesatuan Malaya (Malayan Union) 1946. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PERKARA-PERKARA DALAM KONTRAK SOSIAL BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Peruntukan-peruntukan dalam kontrak sosial tersebut menjamin peranan dan ketuanan Melayu dalam proses politik negara. • Ia mengambil kira kedudukan bukan Melayu iaitu Cina dan India dalam negara yang bakal merdeka dari Inggeris. • Ia dilihat sebagai hasil proses tawar menawar antara Melayu dan bukan Melayu kerana semua pihak iaitu Melayu, Cina dan India mendapat sesuatu dari proses rundingan dan persetujuan yang telah dicapai. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PERJANJIAN MALAYSIA 1963 • Merupakan satu lagi persetujuan yang telah dicapai di antara para pemimpin Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura semasa mereka sama-sama bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia. • Perjanjian Malaysia tidak mengubah kontrak sosial yang telah dicapai di antara Melayu dan bukan Melayu. BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK