290 likes | 736 Views
BAB 6 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. INTEGRASI POLITIK Integrasi politik bermaksud pertukaran dari memberikan sepenuh kesetiaan kpd kaum etnik sendiri kpd memberikan sepenuh kesetiaan yg berbentuk semangat kebangsaan kpd sesebuah negara. INTEGRASI POLITIK
E N D
BAB 6 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
INTEGRASI POLITIK • Integrasi politik bermaksud pertukaran dari memberikan sepenuh kesetiaan kpd kaum etnik sendiri kpd memberikan sepenuh kesetiaan yg berbentuk semangat kebangsaan kpd sesebuah negara.
INTEGRASI POLITIK • Satu kaedah utk mewujudkn integrasi politik ialah mengadakn pilihanraya setiap 5 tahun sekali di mana rakyat dapat memilih pemimpin2 mereka. • Contoh parti org Melayu (UMNO), parti kaum Cina (MCA) dan parti kaum India (MIC) tlh bergabung bagi membentuk Parti Perikatan.
PARTI PERIKATAN • UMNO • Kumpulan yg besar pengaruhnya dlm Perikatan ialah UMNO dipimpin oleh Dato Onn Jaafar 1946 hingga thn 1951. Tunku Abdul Rahman dari tahun 1951 hingga thn 1970. • UMNO berjaya menarik minat msyrkt Melayu disebabkan kemampuannya menggembeleng pendapat dlm perjuangan menentang Malayan Union. • UMNO berjaya menggunakan pemimpin2 Melayu tradisional di peringkat bawahan supaya muncul sebagai sebuah parti politik semasa.
2. MCA Parti yg kedua terbesar dan dianggap sbg pelindung kepentingn msyrkt Cina dan membolehkan keperluan orang2 Cina disuarakan. Pd thn 1958, Dr Lim tlh terpilih sbg Presiden MCA menggantikan Tun Tan Cheng Lock & memberi jaminan kpd Tunku Abdul Rahman utk mengekalkan kerjasama.
Pd thn 1959, para pengundi Cina meningkat kpd 35.6% disebabkan oleh undang2 kewarganegaraan yg baru (prinsip jus soli). • Majlis Kebangsaan Perikatan secara tidak rasmi hanya memperuntukkan 28 kerusi kpd MCA. Dr. Lim mendesak supaya MCA diberi 40 drp 104 kerusi. • Tunku tidak dpt melayan permintaan MCA itu & krn bimbang risiko bertanding seorang diri, pucuk pimpinan MCA menimbang semula kedudukan mereka & berjaya mengekalkan kedudukan dlm Perikatan.
3. MIC • Parti ke-3 terbesar. Pada peringkat awal penubuhnnya, MIC kurg m’dpt sokongan sepenuhnya dari orang2 India sendiri, krn kebanyakan orang2 India merupakn buruh dari kelas bawahan yang merupakn gol. majoriti kaum India di TM dan pemimpin2 MIC terdiri drp gol. professional. • Thn 1951-1953, MIC bekerjasama dgn Parti IMP di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar & juga menyertai Majlis Tindakan Bersama TM (AMCJA) bagi menentang Perlembagaan Persekutuan TM.
Tetapi MIC mendapat sokongan sepenuhnya dari kaum India setelah MIC menyertai Perikatan pd thn 1955. Perikatan mengambilalih peranan mewakili kepentingan ketiga2 kumpulan etnik utama di Tanah Melayu. Parti ini mendpt mandat utk membina satu masyarakat baru dari pelbagai kumpulan yg bersaingan serta bermusuhan.
RUSUHAN ETNIK MEI 1969 & KRJN DARURAT • Pilihanraya Persekutuan pd thn 1969 dipenuhi isu2 sensitif mengenai pendidikn & bahasa. Setiap kelompok etnik melihat pilihanraya thn itu sbg peluang utk mengekalkan kepentingan sendiri terhadap pencerobohan kelompok lain. • Keputusan pilihanraya itu merupakn satu pukulan teruk kpd Parti Perikatan. Majoriti kerusi dlm Dewan Rakyat, jumlahnya tlh jatuh merosot drp 89 kerusi pd thn 1964, kepada 66 pd thn 1969.
Parti Gerakan, DAP dan PPP memenangi 25 kerusi & PAS memenangi 12 kerusi. Oleh itu, kerajaan Perikatan telah hilang majoriti 2/3 dlm Dewan Rakyat. • Pd 13 Mei, 3 hari sesudah pilihanraya, parti2 pembangkang iaitu Gerakan & DAP serta penyokong2 mereka telah merayakan kemenangan mereka dgn bersorak di sepanjg jalanraya di KL & ini membangkitkn kemarahan masyarakat Melayu. • Perarakan balas oleh para penyokong UMNO pada 13 Mei bertukar, menjadi keganasan yg sukar dikawal di seluruh KL & keadaan darurat tlh diisytiharkn.
Perlembagaan Persekutuan tlh dibubarkn & Malaysia diperintah olh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yg diketuai olh TPM Tun Abdul Razak, selama 18 bulan. • Tunku Abdul Rahman tlh meletak jawatan sbg pemimpin UMNO dan PM. • Pimpinan Melayu dlm Perikatan menyalahkan pihak pembangkang krn kecaman mereka yg lantang terhadap hak2 istimewa org Melayu yg menyebbkan org Melayu bertindak ganas.
Rusuhan 13 Mei itu mengggambarkn betapa kuatnya kecurigaan antara gol. etnik. • Pd Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan utk mencipta satu ideologi kebangsaan, disamping menyusun program sosial dan ekonomi yg baru. Pd 31 Ogos 1970 hari Kemerdekaan Malaysia, ideologi baru yg dinamakan Rukunegara tlh diisytiharkan dgn rasmi. • Pd bln Januari 1970, Majlis Perundingan Negara tlh ditubuhkan utk mengadakan garis2 panduan yg positif & praktikal bagi kerjasama antara kaum dan integrasi sosial utk pembentukan satu keperibadian nasional Malaysia.
PENYUSUNAN SEMULA POLITIK • Pd bulan Februari 1971, berlaku pindaan perlembagaan yg diluluskan oleh DR bertujuan menghapuskn isu2 sensitif di kalangan rakyat pelbagai etnik supaya pemerintahan secara demokrasi berparlimen dpt berjln dgn lancar serta memperbetulkan keadaan yg tidak seimbang dlm sektor2 tertentu.
Kesan yg paling penting dari pindaan perlembagaan ialah : 1. Sekatan melakukan perbincangan mengenai isu sensitif. 2. Parlimen & pihak media menjadi alat pengesahan & sebulat suara & tidak lagi menjadi pengkritik terhadap tindakan kerajaan. 3. Istilah ‘muhibah’ yg bermakna berbaik2 antara semua kumpulan etnik menjadi cogankata kerajaan selepas thn 1969.
Pd thn 1970, Tun Abdul Razak tlh meluaskan gabungan Perikatan & thn 1971 utk membentuk satu Barisan Nasional yg terdiri drpd 10 parti politik, termasuk PAS, utk bertanding dlm pilihanraya Persekutuan thn 1974. • Tun Abdul Razak tlh memberitahu MCA bahawa parti itu tidak lagi merupakan parti tunggal yg mewakili masyarakat Cina dalam Barisan Nasional. MIC juga tlh menunjukkn sambutan positif.
Dlm p/raya Persekutuan bln Ogos 1974 keputusan p/raya memihak kpd BN. Drpd 114 kerusi BN tlh memenangi 104 kerusi . Dr 104 kerusi tersebut, 62 kerusi dimenangi olh UMNO. BN berjaya memenangi semua kerajaan negeri termasuk Kelantan krn PAS pd masa itu termasuk dlm BN. • Sebenarnya, sebahagian besar kejayaan tersebut berpunca dari Tun Abdul Razak sendiri yg memperkenalkan dasar2 yg sederhana yg dpt mengurangkan ketegangan serta menghapuskan kecurigaan di kalangan kump2 etnik. • Pd p/raya Julai 1982, BN (kecuali PAS yg menarik diri pd thn 1977) tlh mencapai kemenangan besar dgn mendapat 131 kerusi dari jumlah 154 yg ditandinginya
PENDIDIKAN UTK MENYATUKAN PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA • Usaha ke arah penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan dibuat menerusi Laporan Razak 1956. J/kuasa Razak dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak iaitu Menteri Pelajaran pd waktu tersebut. • Penyata ini dibentang & diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pd 7 Mac 1957 dan dikuatkuasakan sbg Ordinan Pelajaran 1957. • Ordinan tersebut disemak semula oleh J/kuasa Rahman Talib yg dibentuk slps P/raya Umum pd thn 1959 di TM. J/kuasa tersebut dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Dato’ Abdul Rahman Talib dgn 3 org ahli MCA seorang ahli MIC & 4 org ahli UMNO.
Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan 1. Menyatukan sistem pendidikan bagi mewujudkan kesedaran dan perpaduan kebangsaan. 2. Menyatukan kanak2 sekolah dari pelbagai kaum. 3.Memperkembang & mengubahsuai rancangan2 pelajaran & latihan 4.Melahirkan warganegara yg bertanggungjawab 5.Memperbaiki kemudahan penyelidikan, perancangan dan perlaksanaan
RAKYAT MALAYSIA BARU • Kerajaan menggalakkan integrasi masyarakat supaya menentukan satu identiti Malaysia yg mempunyai terasnya tradisi2, kebudayaan & bahasa orang Melayu. • Kadar kemiskinan di kalangan orang Melayu luar bandar semakin membimbangkan. Kesudahannya, ramai keluarga Melayu dari luar bandar berhijrah ke bandar utk mencari pekerjaan. Tambahan pula, wujud sistem j/raya yg baik utk perjalanan ke bandar tersebut.
Orang2 Cina pula secara umumnya percaya bahawa sebarang percubaan oleh kerajaan utk memberi kpd orang2 Melayu sebahagian dr kegiatan ekonomi bermakna merampas dari bahagian mereka. Orang2 Cina memiliki lebih kurang 20% dr modal saham di Malaysia, sementara pihak asing pula memiliki bahagian terbesar, iaitu 60%.
Kaum India pula tidak pernah berada di bahagian hadapan dlm pertikaian antara etnik disebabkan bilangan mereka yg kecil di negara ini. Ttp menerusi MIC pemimpin mereka dpt menyuarakan pendapat mereka. • Kaum India boleh berasa lega bahawa DEB juga bertujuan utk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Adalah diharapkan agar kaum India juga dpt merasakan kebaikan dr DEB.
KE ARAH PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA 1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 i. Usaha mewujudkan integrasi nasional. ii. Untuk mencapai perpaduan negara iii. Keharmonian sosial melalui pembangunan ekonomi yg seimbang di Malaysia.
KE ARAH PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA DEB mempunyai matlamat serampang 2 mata, iaitu : (i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. (ii)Menyusun semula masyarakat bagi mengurangkan & menghapuskan pengenalan kaum berdsrkan kegiatan ekonomi.
2. Dasar P’bangunan Nasional (DPN) (1991-2000) Merupakan kesinambungn drp DEB. DPN berteraskan satu konsep pembangunan iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang thn 2020. .
Matlamat DPN: (i) Melengkapkan rakyat Malaysia dgn nilai2 positif. (ii) Melahirkan tenaga kerja berkualiti. (iii) Mewujudkan perpaduan kaum serta mengekalkan pertumbuhan ekonomi. (iv) Membolehkan Malaysia mencapai taraf sebagai negara maju dlm semua aspek pembangunan.
3. Wawasan 2020 • Wawasan 2020 merupakan satu langkah murni, positif & dinamik utk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. • Wawasan 2020 tlh menggariskan sembilan cabaran strategik yg perlu diatasi (rujuk buku page 91)
KESIMPULAN Walaupun berhdpn dgn pelbagai masalah krjn Malaysia tlh dpt mewujudkn perpaduan politik & menangani dgn baik masalah politik antara pelbagai etnik yg wujud di Malaysia. Kaedah yg digunakan ialah menubuhkan Parti Perikatan.