640 likes | 1.09k Views
EDU3043 Kemahiran Berfikir (Thinking Skills) Dr. Tajularipin Sulaiman. Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat : Proses Penaakulan Memberikan sebab(reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku.
E N D
EDU3043 Kemahiran Berfikir (Thinking Skills) Dr. Tajularipin Sulaiman
Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat : Proses Penaakulan Memberikan sebab(reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku. Cth : mengapa berlaku pasang surut air laut.
Membentuk konsep Berdasarkan cerapan dan kajian, pengetahuan baru akan dirumuskan sebagai konsep dan teori. Memahami fenomena yang diperhatikan Hasil daripada pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita. Cth : bagaimana kejadian siang dan malam berlaku.
Kebijaksanaan seseorang juga dikaitkan dgn hati. Seseorang yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan idea yg bernas. Keputusan hasil penggunaan kemahiran berfikir harus memberi natijah yg positif kepada diri sendiri serta orang lain.
Kita juga dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dgn lebih produktif. Penting kita dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terurus dalam kehidupan.
Socrates: menekankan keberkesanan soalan untuk menilai dan meningkatkan kebolehan seseorang untuk menjana idea yang bernas. Untuk menggalakkan seseorang berfikir, soalan “aras tinggi” harus digunakan.
Soalan “aras tinggi” digunakan untuk mencapai jawapan yang bernas :- Mengapa Kenapa Bagaimana Soalan “aras rendah” :- Siapa nama awak? Bila Siapa
Pengetahuan Untuk mengingat kembali sesuatu istilah, fakta atau konsep. Cth : siapa nama awak? Bakar Pemahaman Kebolehan menerapkan istilah, fakta atau konsep dlm situasi yg berlainan dgn perkataan sendiri. Cth : jelaskan makna fotosintesis Taksonomi Bloom
Aplikasi Kebolehan menggunakan konsep dan istilah dlm situasi yg baru. Cth : anda dibekalkan dgn alat untuk proses fotosintesis, cuba lakukan... Analisis Kebolehan membahagikan konsep atau kaedah kpd bahagian2 dan mengenalpasti perkaitan antaranya. Cth : fotosintesis perlu air, cahaya dsb.
Sintesis Kebolehan mencantumkan unsur2 supaya mendapat satu corak yg bermakna. Cth : pelajar2 diberi maklumat dan data. Penilaian Kebolehan menilai idea, konsep @ tindakan.
Krathwohl et.al (1964) menghasilkan taksonomi domain afektif dalam proses berfikir. Maklum balas ttg perasaan : Geram Mata merah Menangis Maklum balas ttg emosi : Sedih Kecewa Ada pendirian dan sikap terhadap sesuatu perkara.
Presseisen (1987) mengandaikan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperoleh dan diolah melalui proses penaakulan. Ruggerio (1988) sependapat dengan kenyataan di atas tetapi menambah bahawa proses pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat. Individu juga perlu mempunyai keupayaan untuk mengawal proses berkenaan. Chaffee (1988) mendefinisikan pemikiran sebagai aktiviti mental yang mempunyai tujuan yang tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan pemikiran orang lain.
Swartz (1989) menekankan bahawa kebolehan berfikir dengan berkesan dalam sesuatu bidang pengkhususan akan terhalang jika pengetahuan individu terhad. Pemikiran memerlukan kebolehan mencari maklumat yang ada dalam ingatan dan menyepadukannya dengan maklumat baru. Proses ASIMILASI dan AKOMODASI terlibat dalam keseimbangan (EQUILIBRIUM) memperoleh pengetahuan (Piaget, 1952)
Edward de Bono (1976) : kemahiran pemikiran adalah perkaitan dgn pemikiran lateral yang bukan sahaja untuk selesaikan masalah tetapi berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi selesaikan masalah.
Berdasarkan beberapa definisi di atas maka takrifan kemahiran berfikir dapat disimpulkan sebagai : PEMIKIRAN : Proses mental yang memerlukan pengetahuan. Melibatkan pengolahan kemahiran mental tertentu. Digunakan untuk menyelesai masalah. Menentukan tingkah laku yg dihasilkan. Merupakan sikap yg ditunjukkan.
Merealisasikan Wawasan 2020 dan hasrat mencapai negara maju. Memupuk dan mewujudkan pemikiran yg baik. Kesimpulan yang dibuat boleh dipercayai Keputusan yang dihasilkan lebih bijak. Perkara dapat dikaji lebih mendalam. Kritikan yang dibuat lebih membina.
Memperkembangkan daya intelek. Mengelakkan kesilapan berfikir. Terburu-buru : tidak meluangkan masa untuyk meneliti factor yang terlibat Sempit : tidak menggunakan maklumat yang mencukupi Kabur : tidak mengorganisasi maklumat dan pemikiran dengan jelas Bercelaru : tidak mempertimbangkan semua faktor secara sistematik
Bloom (1956) mengkategorikan domain kognitif kpd 6 aras : Pengetahuan aras rendah (low order or convergent ) Kefahaman Aplikasi Analisis aras tinggi (high order or divergent ) Sintesis Penilaian DOMAIN KOGNITIF
Beyer (1992) mengemukakan model ‘Functional Thinking’. Lingkaran 1 : Mengingat & menyimpan fakta Lingkaran 2 : Memproses & penaakulan Lingkaran 3 : Pemikiran kritis & kreatif Lingkaran 4 : Menyelesaikan masalah, membuat keputusan & menjana konsep. Metakognitif
Meta kognitif pengetahuan dan kesedaran yang wujud pada seseorang yang membolehkan mengawal proses berfikir serta aktiviti yang dijalankan.
Domain Afektif menekankan kepentingan elemen perasaan, kepercayaan, keyakinan diri dalam membuat keputusan, memberikan pendapat, membentuk personaliti dan pegangan hidup seseorang. Krathwohl et.al (1964) mengkategorikan domain afektif kpd : Penerimaan ( receiving) Tindak balas (responding) Menilai (valuing) Menyelaras sistem nilai (organizing a value set) Mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks. DOMAIN AFEKTIF
Cth : Lagu NegaraKu dimainkan. Penerimaan : Mendengar dan hormat lagu itu Tindak balas : Turut sama menyanyikan Nilai : Meneliti nilai-nilai dalam lagu itu Selaraskan : Menyesuaikan nilai diri dengan nilai dalam lagu Mengamalkan: Nilai dalam lagu dapat diterap dan diamalkan dalam kehidupan
Mayer & Salovey (1990) mengkategorikan EQ kepada 6 domain : a) Kesedaran kendiri (self-awareness) :Keupayaan menyedari sesuatu perasaan b) Mengendalikan emosi :Berkebolehan mengendalikan emosi, perasaan dan sikap dalam mengambil sesuatu tindakan c) Timbang rasa : Keprihatinan terhadap perasaan dan pendapat orang lain
d) Perhubungan :Kebolehan berhubung dan sedar jenis perasaan yang ingin dikongsi dengan orang lain e) Kerjasama : Kebolehan meletakkan diri apabila bertindak sebagai pemimpin atau pengikut f) Menyelesaikan konflik :Menggunakan kebolehan emosi untuk menyelesaikan masalah
Goleman (1995) menyatakan EQ terdiri daripada beberapa faktor : i) Kawalan diri :Kebolehan mengenalpasti perasaan sendiri dan orang lain ii) Regulasi emosi: :Kebolehan mengendalikan emosi, perasaan, sikap dan sesuatu tindakan mengikut cara yang bersesuaian dan seimbang
iii) Motivasi diri :Kebolehan menangguhkan rasa puas hati yang merangkumi harapan dan keinginan untuk mencapai kejayaan iv) Empati: : Menyedari dan sensitif terhadap perasaan dan emosi org lain v) Mengendalikan hubungan :Kemahiran bersosial yang membantu seseorang berinteraksi secara berkesan dengan orang lain
Pengetahuan tentang EQ menjadikan pelajar lebih stabil dalam perhubungan dan interaksi sosial. Kecerdasan ini juga merangkumi: Tidak hanya bermaksud untuk menjadi baik Tidak hanya bermaksud memberi kebebasan menerajui perasaan Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza Tahap kecerdasan EQ berkembang sepanjang hidup
John Dewey (1911) manakrifkan pemikiran kreatif sebagai pengiktirafan sesuatu kepercayaan atai ilmu pengetahuan dalam lingkungan dasar yang memperkuatkan keyakinan tersebut dan kesimpulan yang boleh diandaikan darinya.
Lambright (1995) mengaitkan pemikitan reflektif dgn pemikiran kritis. Pemikiran ini memberi penekanan terhadap tujuan atau maksud / idea yang ingin disampaikan. Justeru untuk berfikir secara reflektif para pelajar perlu diberi latihan yang menggalakkan pemikiran secara kritis. Pemikiran ini akan dapat memperluaskan kefahaman seseorang tentang sesuatu idea, isu atau sistem nilai.
West (1996) menyenaraikan kebolehan dalam pemikiran reflektif : Mengenalpasti kesimpulan Mengenalpasti sebab dan bukti Mengenalpasti bahasa yang kabur Mengenalpasti konflik dan nilai Menilai penaakulan berdasarkan statistik Menilai persampelan dan pengalaman Menilai penaakulan secara logik Mengenalpasti maklumat yang tertinggal atau tersingkir Kebolehan menyuarakan pendapat melalui cara yang berhemah.
KESIMPULAN : Pemikiran reflektif adalah merangkumi kebolehan memahami fakta, idea, mengaplikasi prinsip, menganalisa, membuat sintaksis dan kebolehan menilai.
Metakognitif ditakrifkan sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran yang wujud pada seseorang yang membolehkannya mengawal proses berfikir dan aktiviti yang sedang dijalankan. Ia merupakan kebolehan seseorang mengaplikasi strategi, membuat perancangan, menganalisis, dan menilai bagi melahirkan idea atau membuat sesuatu. Brown (1980) menakrifkan metakognitif sebagai kesedaran atau pengetahuan seseorang untuk mengawal proses berfikir dan aktiviti pembelajaran yang dilakukannya.
Gardner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir dipengaruhi oleh faktor umur dan pengalaman seseorang. Beyer (1992) menjelaskan metakognitif merangkumi kebolehan seseorang untuk merancang, membuat pemantauan dan menilai sesuatu keputusan atau kenyataan yang ingin diutarakan. Ia terletak di lingkaran luar kemahiran kognitif.
KESIMPULAN : Metakognitif adalah kebolehan seseorang dalam mengaplikasi strategi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi ianya bukan buah fikiran yang dihasilkan.
Terdapat tiga perkara yang dikawal dalam proses metakognisi iaitu; Perancangan: Kebolehan menyatakan matlamat, memilih operasi, mengatur operasi, dan mengenal pasti halangan. Pengkonsepan: Kebolehan diri untuk sentiasa sedar tentang matlamat, menentukan aktiviti dan operasi seterusnya, mengesan kesilapan atau halangan dan tahu cara mengatasinya. Penaksiran: Kebolehan menilai tahap pencapaian matlamat, menilai kesesuaian prosedur, dan kualiti hasil kerja.
Kemahiran Berfikir dapat digunakan untuk menyakinkan seseorang dalam mengemukakan dakwaan dan memberikan hujah. Cth: ejen insurans. Ciri – ciri dakwaan : Terdiri daripada ayat-ayat pernyataan. Cth: kemahiran berfikir itu mudah. Mempunyai nilai kebenaran samada ayat itu benar atau tidak benar. cth:ayat arahan Kenyataan tersebut dalam bahasa yang difahami. KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MENYATAKAN PENDAPAT
Pernyataan hujah : Bertujuan untuk menyakinkan dakwaan Isu bagi sesuatu hujah dikenali sebagai penutup hujah (kesimpulan). Kenyataan yang menyokong sesuatu hujah dan menghala ke arah kesimpulan dikenali sebagai “PREMIS”
Contoh 1 : Nyatakan samada pernyataan dibawah boleh dianggap dakwaan atau bukan. Lassie adalah seekor anjing. --- Dia seorang pemuda yang tinggi --- Ringan tangan berat perut --- sampai hati awak tuduh saya begitu --- ana, anta, anti, antu --- 2+ 2 = 5
Nyatakan samada pernyataan dibawah boleh dianggap dakwaan atau bukan. Lassie adalah seekor anjing. --- dakwaan (mpyai nilai kebenaran) Dia seorang pemuda yang tinggi --- dakwaan (mpyai nilai kebenaran) Ringan tangan berat perut --- bukan dakwaan (peribahasa) sampai hati awak tuduh saya begitu --- bukan dakwaan (luahan perasaan) ana, anta, anti, antu --- bukan dakwaan (bhs tak difahami) 2 + 2 = 5 --- dakwaan (nilai kebenaran – tidak benar)
STRUKTUR OTAK Ciri-ciri otak manusia : Berat otak lebih kurang 3 paun (1.2 kg) Terdiri drpd 78% air, 10% lemak dan 8% protein. Mengandungi 100 billion sel saraf (neuron) Memerlukan 20% jumlah oksigen yg diperlukan oleh badan. Manusia hanya menggunakan sekitar 10% drpd kemampuan otaknya. Cth: Ornstein hanya guna 16% dpd otaknya bg menghasilkan idea yg tinggi. Penggunaan otak kita sgt minima. TEORI DAN PERANAN OTAK
Otak terdiri drpd 4 bahagian dipanggil ‘fobes’. Occipital lobe (bhg.tengah) : penglihatan Frontal lobe (bhg.depan): pemikiran, penaakulan, ingatan, tingkah laku Temporal lobe : pendengaran, emosi, tingkah laku, ingatan Pariental lobe : intelek, penaakulan, ingatan
PARIENTAL LOBE FRONTAL LOBE OCCIPITAL LOBE TEMPORAL LOBE
Kajian Split – Brain Roger Sperry (1965) berjaya membuat pembedahan Split-brain Beliau berjaya mengasingkan 2 bahagian otak; iaitu Hemisfera Otak Kiri (HOKI) dan Hemisfera Otak Kanan (HOKA).
Contoh : Umur Ahmad 10 tahun lebih tua drpd umur Ali. 3 tahun lagi umur Ahmad menjadi 2 kali ganda umur Ali. Berapakah umur Ahmad dan Ali?
Penyelesaian : umur Ali = x , umur Ahmad = x + 10 3 tahun lagi : = 2x + 3 , = x + 10 + 3 2 ( x + 3) = x + 10 +3 2x + 6 = x + 10 + 3 2x – x = 13 – 6 x = 7 Jawapan :Ali = 7 tahun , Ahmad = 17 tahun