250 likes | 613 Views
MINGGU 13. INGATAN DAN PROSES PEMAHAMAN (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY). Kandungan. Pengenalan Pengertian ingatan Proses ingatan Jenis-jenis ingatan Maksud pemahaman Proses pemahaman Faktor yang mempengaruhi pembentukan pemahaman Sebab-sebab berlakunya pemahaman yang salah. Pengenalan.
E N D
MINGGU 13 INGATAN DAN PROSES PEMAHAMAN(PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
Kandungan • Pengenalan • Pengertian ingatan • Proses ingatan • Jenis-jenis ingatan • Maksud pemahaman • Proses pemahaman • Faktor yang mempengaruhi pembentukan pemahaman • Sebab-sebab berlakunya pemahaman yang salah
Pengenalan Pembelajaran dan ingatan berlaku melalui pemprosesan maklumat. Cth: Sebuah komputer, model pemprosesan maklumat mengandungi input terdiri dari maklumat yang dikodkan, penyimpanan dan pemprosesan dan akhirnya mengeluarkan output atau ingat kembali
Maksud: Ingatan Psikoloji Dalam Bilik Darjah, Ee Ah Meng - 1995:245 Suatu proses mental yang menekankan pengalaman yang bermakna, menyimpannya dan mengeluarkan kembali pengalaman tersebut ketika diperlukan untuk menyelesaikan satu-satu masalah.
Maksud: Ingatan Psikoloji Pendidikan, Rahil Mahyuddin & Habibah Elias - 2003:173 Maklumat yang dapat disimpan dalam ingatan jangka panjang. Maklumat ini boleh kita keluarkan semula apabila dikehendaki.
Maksud: Ingatan Kamus Dewan Edisi ketiga - 2002:491 • Sesuatu yang diingat • Sesuatu yang timbul dalam fikiran
Proses ingatan Pengenkodan / Peringkat rakaman (Encording) Penyimpanan (Storage) Ingat Kembali (Retrieval )
Proses ingatan • Pengenkodan / Peringkat rakaman (Encording) • Merujuk kepada proses mendapatkan maklumat
Proses ingatan 2. Penyimpanan (Storage) • Peringkat ini merupakan peringkat di mana pengalaman yang diterima disimpan dengan teratur supaya mudah diingat kembali apabila diperlukan. • Lazimnya, hanya maklumat yang berguna dan pengalaman bermakna sahaja dirakamkan untuk kegunaan akan datang.
Proses ingatan • Ingat Kembali (Retrieval ) • Peringkat ini ialah peringkat akhir dalam proses ingatan. • Maklumat dan pengalaman yang disimpan dalam otak diingat kembali untuk membantu individu menyelesaikan masalah-masalah yang di hadapi.
Jenis-jenis Ingatan Hilgard dan Atkinson (1979) 1. Ingatan jangka pendek 2. Ingatan jangka panjang
Ingatan jangka pendek • Menyimpan maklumat bagi beberapa saat sahaja, hanya cukup untuk diproses. • Menggunakan IJP ketika menjalankan operasi secara congak. • Mengikuti kuliah atau sedang berbincang dengan rakan atau cuba mengingati nombor telefon. • Ingatan jangka pendek (IJP) adalah aktif • (IJP) Boleh mengawal maklumat yang diterima dan menyusun maklumat supaya mudah diingati kembali apabila diperlukan.
Ingatan jangka Panjang • Satu kemudahan penyimpanan yang kekal • Sejauh mana bahan penyimpanan boleh diingat kembali bergantung pada sama ada maklumat disusun dengan teratur atau sebaliknya • Bahan yang bermakna kerap kali diingat kembali dengan senang • Ingatan jangka panjang kurang aktif berbanding ingatan jangka pendek
Ingatan jangka Panjang • Walaupun begitu dalam ingatan jangka panjang penyusunan semula maklumat juga berlaku • Apabila seseorang individu memperoleh bahan serta pengetahuan baru, ia dibandingkan dengan bahan yang lama • Oleh itu, penyusunan semula bahan juga berlaku dalam ingatan jangka panjang dari masa ke semasa
Latihan Tidak dienkodkan ketika dalam ingatan jangka pendek Pendapat Hilgard dan Atkinson mengenai ingatan Kemasukan Maklumat Berjaya dienkodkan untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang Ingatan Jangka Panjang Ingatan Jangka Pendek Lupaan
Proses Pemahaman Misalnya: konsep `bintang’ lebih mudah difahami berbanding dengan konsep `ikhlas’. Bintang - selalu dilihat (benda maujud) Ikhlas - terpancar melalui raut muka/ emosi
Proses Pemahaman • Pembentukan pemahaman berlaku melalui pengamatan yang terhasil daripada kesedaran dan tumpuan terhadap sesuatu • Ianya juga bergantung dan saling berkait dengan pengalaman seseorang • Pelajar yang mempunyai pengalaman pembelajaran yang luas dapat membentuk konsep dengan tepat
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan pemahaman • Pengalaman – boleh membantunya membentuk konsep. • Cth. Seorang murid berpeluang melihat berbagai jenis burung, ada besar, ada kecil, ada berwarna hitam, juga putih dan berbagai warna dan bersayap. • Sehinggalah murid tadi boleh membuat kesimpulan bahawa burung merupakan seekor binatang yang ada bulu dan boleh terbang.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan pemahaman • Imaginasi • merupakan keupayaan otak seseorang individu merekacipta secara mental apa yang didengar atau dilamainya. • Daya imiginasi dipengaruhi oleh kecerdasan dan pengalaman seseorang individu. Daya imaginasi yang tinggi mempercepatkan pembentukan pemahaman seseorang individu.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan pemahaman • Kecerdasan • Kecerdasan yang tinggi seseorang individu mempercepatkannya membentuk pemahaman
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan pemahaman • Penguasaan bahasa • Bahasa merupakan lambang yang digunakan untuk menamakan sesuatu konsep. • Kelemahan bahasa atau perbendaharaan kata boleh menjejaskan pembentukan konsep
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan pemahaman • Contoh-contoh • Contoh-contoh yang diberikan kepada murid-murid hendaklah mencukupi serta jelas boleh memudahkan pembentukan pemahaman
Sebab-sebab berlakunya pemahaman yang salah Contoh-contoh tidak mencukupi Isi pelajaran di luar pengalaman murid Bahasa yang mengelirukan (loghat) Penggunaan istilah Penggunaan perkataan yang umum Penyampaian maklumat yang kurang tepat Penyampaian pelajaran Penguasaan prinsip-prinsip yang lemah