130 likes | 390 Views
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. AQIDAH ISLAM. Qadak – pelaksanaan Allah mengikut ketetapan yang azali.
E N D
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM AQIDAH ISLAM
Qadak – pelaksanaan Allah mengikut ketetapan yang azali. • Mempercayai bahawa Allah adalah Zat Yang Maha Kuasa di seluruh alam ini untuk menentukan dan mengatur sesuatu yang ada di alami ini dengan kebijaksanaan dan kehendaknNya sendiri tanpa di ganggui oleh sesuatu kuasa asing. Beriman kepada qadak dan qadar
Suatu perkara yang telah berlaku atau yang sedang berlaku atau yang akan berlaku kesemuanya adalah tertakluk di bawah Qadak dan Qadar Allah untuk menentukan dan menetapkan kedudukan sebenar sesuatu perkara • Apa sahaja yang terjadi berjalan sesuai dengan ilmu dan iradat Allah yang telah direncanakannya sejak azali
Qadar – Suatu peraturan yang tertentu yang telah dibuat oleh Allah untuk semua yang ada di alam ini. • Peraturan tersebut merupakan undang-undang am (al-Qawwaaninu al-’ammah) atau kepastian yang mempunyai pertalian di antara sebab dan musabbanya dan di antara sebab dan akibatnya
Imam Nawawi mentakrifkan Qadar – semua perkara atau benda yang maujud di alam ini telah dtentukan dan ditetapkan mengikut garisan yang dibuat oleh Allah sebelum sesuatu itu berlaku dan terjadi di mana Allah telah mengetahui apa sahaja yang akan berlaku dan yang akan terjadi atas sesuatu itu dalam masa dan waktu yang telah ditentukan Allah sesuai dengan garisan yang telah ditetapkannya.
Mengikut iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah semua perkara yang sudah berlaku dan akan berlaku di alam ini sudah diketahui oleh Allah. Iktikad tersebut adalah berhujah dan berdalilkan nas-nas berikut: 1)Firman Allah: “tiada sesuatu kesusahan (bala) yang ditimpakan di bumi dan tiada juga (yang menimpa) diri kamu melainkan telah sedia ada di dalam kitab sebelum Kami menjadikannya.” (al-Hadid:221)
2) Firman Allah: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidaklah dapat mereka kemudiankan walu sesaat pun, dan tidak pula dapat mereka dahulukan.” (Surah al-A’raaf : 34) 3) Firman Allah: “Katakanlah (Muhammad) : “Tidak sekali-kali akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami” (Surah at-Taubah: 51)
4) Firman Allah: “Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan) (Surah al-Qamar:49) 5) Firman Allah: “Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia di disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam kita yang nyata” (Surah Hud: 6)
Hadis Nabi SAW yang mengatakan bahawa dalam proses kejadian manusia dalam rahim ibunya, sesudah 120 hari lamanya, Allah menyuruh malaikat meniupkan meniupkan nyawanya dan ketika itu malaikat disuruh menuliskan 4 perkara: • Berapa banyak rezekinya • Berapa lama hidupnya • Apakah amal yang akan dikerjakannya • Nasibnya – buruk atau baiknya
Kita dilarang bersungut dan menentang atau bertindak dengan tidak sewajarnya sekiranya takdir ke atas diri kita buruk • Perbuatan tersebut akan menambah kemurkaan Allah ke atas kita • Tidak boleh menyalahkan Allah akan takdir kita menerima nasib yang tidak baik, semua itu adalah berpunca dari diri kita sendiri • Allah tidak menganiayai atau menzalimi hamba-Nya kerana semua itu bukan dari sifat suci Allah Larangan berdalih dengan takdir Allah dalam melakukan maksiat
Berfikiran positif Senantiasa berusaha dengan gigih dalam semua lapangan sama ada ibadah, pelajaran dan pekerjaan Hikmah beriman kepada qadak & qadar