120 likes | 602 Views
MODEL-MODEL PENGAJARAN. Model-Model Pengajaran dimaksudkan sebagai rangka-rangka tertentu yang boleh dirujuk untuk menerangkan proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah Terdapat tiga jenis model pengajaran yang penting. TIGA JENIS MODEL PENGAJARAN.
E N D
MODEL-MODEL PENGAJARAN • Model-Model Pengajaran dimaksudkan sebagai rangka-rangka tertentu yang boleh dirujuk untuk menerangkan proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah • Terdapat tiga jenis model pengajaran yang penting
TIGA JENIS MODEL PENGAJARAN Model Ekspositori Model Pemerosesan Maklumat Model Inkuiri
Model Ekspositori • Perkatasan ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. • Dalam konteks pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid dalam kelas • Kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita, demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.
Dalam konteks ekspositori ini,guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku nota mereka.
Misalnya,guru boleh menggunakan model ini untuk menyampaikan konsep, fakta, hukum, prinsip, atau teorem matematik. Cara-cara penyampaian dengan menggunakan model ekspositori adalah dihuraikan seperti berikut: 1. Menerang, menginterprestasi dan menghuraikan idea daripada buku teks 2.Menerang sambil mendemonstrasi cara melukis atau membina bentuk-bentuk goemetri 3.Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarksan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari 4. Menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar
Model Pemerosesan Maklumat • Robert M.Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) mengemukakan teori bagaimana manusia menempuhi rangsangan • Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam saraf melalui deria-deria manusia. • Maklumat in akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang • Model Taba juga menekankan kepada aspek penyusunan maklumat
Pengenalan dan penerangan isi pelajaran Rajah berikut menggambarkan proses pembelajaran berdasarkan teori Gagne Murid mendengar penerangan Murid mengingat dan merekod isi penting
MODEL INKUIRI • Model Inkuiri merupakan satu cara mengajar menggunakan naluri ingin tahu pelajar untuk meneroka sesuatu ilmu • Pengajaran berdasarkan inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang bermasalah dan pelajar didorong untuk menyelesaikan masalah tersebut
MODEL INKUIRI (2) • Model Inkuiri Suchman adalah model yang mementingkan pengajaran analisis berbentuk inkuri • Ia mempunyai lima fasa yang penting yang bermula daripada fasa penemuan masalah sehingga fasa menganalisis semula corak inkuri dalam proses penyelesaian masalah KLIK DI SINI UNTUK KEMBALI KE LAMAN UTAMA