180 likes | 492 Views
FIBER OPTIK. AHLI KUMPULAN NURUL AIN ABD RASHID A103282 WAN NURUL DAYANA A103340 BT MOHD SALLEHUDDIN. SEJARAH.
E N D
FIBER OPTIK AHLI KUMPULAN NURUL AIN ABD RASHID A103282 WAN NURUL DAYANA A103340 BT MOHD SALLEHUDDIN
SEJARAH • Gentian optik berguna yang pertama telah direka pada tahun 1970 oleh para penyelidik Maurer, Keck, Schultz dan Zimar yang bekerja di bawah syarikat pembuat kaca Amerika Corning Glass Works. • Mereka menghasilkan gentian yang mempunyai attenuasi optik per kilometer sebanyak 17 dB, dengan mendopkan kaca silika dengan titanium. • Telefon kabel merentasi lautan Atlantik yang diperbuat daripada gentian optik yang pertama adalah TAT-8, yang mula beroperasi pada tahun 1988.
FIBER OPTIK • Diperbuat daripada kaca yang disaluti oleh penebat. • Menggunakan cahaya untuk menghantar isyarat, berbeza dengan kabel tembaga yang menggunakan isyarat elektronik. Oleh itu ia dapat mengelak gangguan elektromagnet. • Kabel fiber optik sesuai digunakan di kawasan yang banyak gangguan elektromagnet dan jarak yang jauh.
Berupaya menghantar data pada kadar dan kelajuan yang sangat tinggi berbanding kabel tembaga (UTP dab Coaxial). Keupayan ini dapat meluaskan keupayaan berkomunikasi seperti persidangan video. 10BaseF, 100BaseF, 1000BaseF merujuk kepada spesifikasi fiber optik yang membawa isyarat Ethernet. Angka F merujuk kepada Fiber.
Gentian boleh diperbuat daripada plastik lutsinar atau kaca. Namun untuk telekomunikasi jarak jauh, kaca digunakan kerana penyerapan optik yang lebih rendah. • Cahaya yang dipancarkan melalui gentian disimpan disebabkan pembalikan dalaman sepenuhnya (total internal reflection) dalam bahan tersebut. Ini adalah ciri penting yang menyingkirkan silang isyarat antara gentian dalam kabel dan membenarkan pemasangan kabel dengan belokan dan pusingan.
Lapisan 1:Core-kaca nipis di tengah gentian di mana cahaya bergerak. • Lapisan 2:Cladding-bahagian yang mengelilingi lapisan ‘Core’ yang memantulkan semula cahaya pada ‘Core’. • Lapisan 3:Buffer Coating-lapisan plastik yang melindungi gentian daripada kerosakan dan kelembapan. • Dalam satu kabel terdapat ratusan atau ribuan gentian optik di mana kabel dilindungi lapisan yang dikenali sebagai ‘Jacket’.
Dalam kegunaan telekomunikasi, cahaya yang digunakan biasanya cahaya infra, pada gelombang cahaya menghampiri penyerapan jarak gelombang minima bagi gentian yang digunakan. • Gentian biasanya digunakan secara berpasangan, dengan satu gentian membawa isyarat satu hala, bagaimanapun komunikasidwi arah boleh menggunakan satu utas kabel dengan menggunakan dua jarak gelombang (warna) dan peranti pengapuh/pemisah.
Cahaya yang bergerak dalam kabel fiber dipanggil 'Total Internal Reflection (TIR)' menggunakan dua jenis kaca yang mempunyai indeks refractive yang berbeza. • Teras dalam mempunyai indeks refractive yang tinggi manakala luaran cladding mempunyai indeks yang rendah. • Konsep ini sama dengan prinsip melihat ke dalam kolam.
MOD PENGALIRAN (Transverse mode) • Mod Tunggal ( Single Mode ) • mempunyai hanya satu mod penghasilan yang kuat. • digunakan untuk telekomunikasi jarak jauh • Optik kabel mod tunggal biasa mampu mengekalkan pemancaran pada jarak 80 hingga 140 km antara penguat isyarat • Teras pemancar gentian mod tunggal biasanya mempunyai ukur lilit 9 µm
Mod Pelbagai ( Multi- mode ) • Cahaya yang dipancarkan dalam mod berlainan tiba pada masa berlainan, menyebabkan penyelerakan optik (dispersion (optics)) isyarat yang dipancarkan. • Teras pelbagai mod terdapat dalam ukurlilit 50 µm atau 62.5 µm.
KEGUNAAN • Telekomunikasi - telefon, computer, rangkaian television • Perubatan - pemeriksaan dan pembedahan • Kejuruteraan - melihat keadaan di dalam engin • Plumbing - memeriksa paip pembentungan
KELEBIHAN BERBANDING WAYAR • Pemancar baik, dengan itu pemancaran isyarat tanpa pengganda boleh dilakukan pada jarak jauh • Keupayaan membawa banyak data (beribu-ribu kali ganda) • Tahan kepada gangguan elektromagnetik, termasuk nuklear denyutan eletromagnetik (electromagnetic pulse) tetapi boleh diganggu oleh radiasi partikel alpha and beta)
Rintangan eletrik (electrical resistance) tinggi, dengan itu selamat digunakan berhampiran peralatan voltage tinggi atau antara potensi pengebumi yang berlain (different earth potentials) • Ringan • Isyarat yang lemah
KELEMAHAN BERBANDING WAYAR • kos tinggi • Memerlukan pemancar dan penerima yang lebih mahal. • Lebih sukar dan mahal berbanding wayar • Pada kuasa optik tinggi, ia cenderung kepada "fiber fuse" di mana cahaya yang terlalu banyak bertembung dengan kecacatan gentian akan memusnahkan beberapa meter gentian sesaat .
Tidak mampu membawa kuasa eletrik untuk memberi kuasa kepada peranti terminal.Cth : handphone , PDA • Sukar diperbaiki dalam keadaan darurat seperti perang, bencana alam, dan lain-lain, dengan itu menyukarkan lagi perhubungan ketika ia amat diperlukan.