270 likes | 712 Views
Integrasi ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prasekolah. Pengenalan :-.
E N D
Pengenalan :- • Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.
ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran yang bersesesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak.
Matlamat ICT Mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat.
Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital dapat menyediakan persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan guru dan kanak-kanak. Ng Wai Kong, 1999
Komputer dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan hands-on dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuari yang ada dalam diri kanak-kanak. Bill Gates, 1999
Apa itu Integrasi ICT ? Penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin dengan kaedah pengajaran untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P.
ICT Dalam Konteks Pembelajaran Dikelaskan sebagai • tutorial • penerokaan • aplikasi dan komunikasi
ICT Dalam Konteks Pengajaran • Digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi.
Matlamat Integrasi ICT Dalam P & P • Membantu kanak-kanak mengembangkankebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT. • Membawa kaedah baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.
MengapaIntegrasi ICT Penting? • Ramai kanak-kanak belajar secara ‘field dependent’. Belajar secara konkrit. Mereka mudah faham jika ada rajah, ilustrasi dan latihan. • Dalam ICT ada bahan interaktif, grafik, teks dan muzik.
Internet membolehkan kanak-kanak meneroka, mencari bahan. • Dapat meneroka berulang kali. • E-mail (komunikasi), net meeting membolehkan guru dan kanak-kanak bertukar idea.
Kelebihan ICT Dalam P&P: 1. Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak – penerokaan dan penemuan. 2. Membawa sikap positif – mereka ada peluang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding tradisional.
3.Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal. 4.ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara aktif. Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satu hala.
5.Ia menarik kerana bercorak interaktif. 6.Penilaian dapat dilakukan selepas aktiviti selesai. 7.Bahan dapat digunakan berulangkali.
Ciri-Ciri Integrasi ICT Dalam P&P • Bahan ICT mesti mesra pengguna – arahan jelas, bahasa yang sesuai dan jangkamasa sesuai. • Bercorak interaktif – ada maklum balas kepada pengguna. Contoh: ‘Salah’ atau ‘Betul.’
CD ada bahan sokongan seperti gambarajah, carta atau perkataan. • Pengajaran dapat diindividukan dengan cara aktiviti dibuat berdasarkan kebolehan. • Sabar dan tidak penat.
Strategi Mengintegrasi ICT Dalam P&P. • Berikan peluang semua kanak-kanak berinterkasi dengan komputer. • Kanak-kanak dibahagikan mengikut kumpulan supaya mudah dinilai. • Kanak-kanak lemah diberi latih tubi. Kanak-kanak cemerlang diberi latihan berbentuk pengayaan.
Guru boleh menghubungi kanak-kanak di rumah dengan e-mail. Hantar gambar, grafik, tanya keluarga dll
Penutup. • Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen secara tekal. • Peranan guru mengintergrasikan ICT bermula dari persediaan sebelum mengajar, semasa dan penilaian selepas.
Kegagalan dalam merancang akan merugikan kanak-kanak dan membazirkan masa guru.
RUMUSAN Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi melahirkan kanak-kanak yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan. Rosenberg 2001