330 likes | 666 Views
Asas Psikologi & Kaunseling. MINGGU KELIMA – 31 JULAI 2011 Ustaz Mohd Yusri Yubhi Md Yusoff. Perbincangan Minggu Lepas. 5 Dimensi Pemantulan Perasaan. Topik Minggu Ini. Halangan Dalam Proses Mendengar. Terlalu cepat menilai klien dan mesej yang disampaikan Tumpuan terputus
E N D
Asas Psikologi & Kaunseling MINGGU KELIMA – 31 JULAI 2011 Ustaz Mohd Yusri Yubhi Md Yusoff
HalanganDalam Proses Mendengar • Terlalu cepat menilai klien dan mesej yang disampaikan • Tumpuan terputus • Menyoal kerana ingin tahu maklumat menarik • Ingin cepat selesaikan masalah
Klarifikasi • Klien meluahkan perasaan atau pemikirannya dengan bahasa tersendiri dan punya maksud tersirat. • Klien menggunakan kata-kata: • Kata sindiran • Analogi • Perli • Maki hamun • Ayat umum yang tidak jelas maksudnya
Klarifikasi • Kenal pasti apa yang dikatakan klien • Minta klarifikasi jika terdapat kekaburan • Contoh: • Klien: “Kadang saya macam nak lari sahaja” • Kaunselor: “Boleh jelaskan maksud nak lari?” • Klien: “Hidup saya seperti layang-layang” • Kaunselor: “Adakah awak rasa hidup awak hilang arah atau hilang tempat mengadu? Boleh jelaskan?
Mentafsir • Jangkaan pembimbing berdasarkan maklumat yang disampaikan klien • Pandangan ke atas masalah, sifat klien dan orang lain, perasaan dan pemikiran yang dialami, • Tetapi tidak disampaikan secara langsung oleh klien.
Panduan mentafsir: • Tafsiran berdasarkan pengalaman dan tahap pemahaman yang mendalam. • Elakkan tafsiran yang melulu dan tidak perlu mempertahankan tafsiran yang dibuat. • Beri peluang klien membetulkan tafsiran. • Contoh: • “Mungkin sifat liar awak yang memyebabkan ibu risau dan berleter panjang?” • “Anda seperti hilang minat belajar?”
Konfrontasi • Konfrontasi bukan provokasi • Satu seni dengan tujuan supaya sesi lebih fokus dan tidak berbelit-belit. • Tindak balas klien yang tidak selaras atau mungkin mengada-adakan cerita.
Panduankonfrontasi: • Dilakukansetelahwujudhubungankukuh • Dilakukanjikaberlakuketidakselarasanantarakomunikasilisandanbukanlisan. • Dilakukanjikaterdapatceritaataumaklumat yang bercanggah. • Perludilakukandengansegerapadamasaberlakupercanggahan. • Dilakukanapabilaperlusahaja.
Contoh: • “Hari itu, awak kata ibu kuat berleter, tidak sporting…tetapi bila ada masalah, awak cari ibu pula…
Memfokus • Terdapatbanyakisu yang dikongsiklien • Pembimbingperlufokusdenganmelihatisutyangutama • Pembimbingperluelakterbawa-bawadenganisusampinganklien
Panduan memfokus isu • Teroka dan dapatkan maklumat atau isu berkaitan diri dan persekitaran klien • Kenal pasti isu utama yang benar-benar mengganggu hidup klien • Dapatkan maklumat lanjut berkaitan isu itu dengan mendalam • Dapatkan persetujuan klien menjadikan isu utama sebagai matlamat utama sesi.
Contoh: • “Apa yang dapat saya fahami terdapat 3 perkara yang menyebabkan anda hilang arah hidup; tidak minat nak belajar, bosan tinggal di rumah dan pengaruh kawan-kawan. • Boleh awak jelaskan manakah yang paling mengganggu dan yang membuatkan anda paling tertekan?”
Menamat Sesi • Dilakukan pada akhir sesi dijalankan. • Biasanya lebih kurang 10 minit sebelum sesi ditamatkan. • Pembimbing mengingatkan klien klien tempoh masa yang masih ada. • Membantu klien fokus pada isu yang penting untuk dibincangkan.
Menamat Sesi • Panduan Menamatkan sesi: • Kaunselor membuat rumusan perkara yang dibincangkan sepanjang sesi yang lepas. • Memberi tugasan yang sesuai atau plan tindakan serta perkara yang akan dibincangkan pada sesi akan datang. • Ingatkan dan beri sokongan pada klien bagi melaksanakan tugasan.
Menamat Proses Kaunseling • Peringkat akhir selepas pembimbing dan klien berpuas hati dengan langkah penyelesaian, • yang membawa perubahan pada diri klien • Atau • Selepas klien merasa yakin masalah sudah selesai dan tidak perlukan bantuan lagi.
Menamat Proses Kaunseling • Panduan penamatan proses kaunseling: • Pastikan masalah utama klien dapat diatasi dan klien benar-benar yakin dapat menghadapi kehidupan • Tidak wujud pergantungan pada pembimbing • Klien tidak merasa unfinished business. • Beri sokongan pada klien.
Tindakan Susulan • Selepas tamat sesi atau proses kaunseling, pembimbing perlu buat tindakan susulan • Panduan membuat susulan: • Dapatkan maklumat sejauh mana klien mampu hadapi masalah dan langkah penyelesaian yang dilakukan • Apakah isu baru yang timbul dan berikan pandangan pada isu tersebut • Beri sokongan dan kesediaan untuk membantu pada masa akan datang
Merujuk • Proses di mana pembimbing merujuk klien kepada pakar lain untuk mendapatkan perkhidmatan yang khusus, atau • Ketidakmampuan pembimbing mengendalikan proses kaunseling • Rujukan boleh berlaku pada awal sesi atau selepas beberapa sesi
Merujuk • Proses merujuk perlu dilakukan apabila: • Pembimbing merasakan tidak dapay melaksanakan proses kaunseling secara profesional • Klien mempunyai perasaan lain kepada pembimbing • Klien meminta dirujuk kepada pakar lain • Klien mahukan pendekatan dan teknik lain yang tidak dimiliki
Merujuk • Panduan membuat rujukan: • Pembimbing perlu mengenal pasti tahap pengetahuan dan keupayaan diri sendiri • Jelaskan kepada klien sebab dia dirujuk • Pastikan sumber rujukan dimaklumkan terlebih dahulu • Dapatkan persetujuan klien
Penutup • Kemuncak proses kaunseling • Kedua pihak berpuas hati kerana dapat membantu dan mencari jalan keluar • Doa dan tawakkal • Pembimbing tidak berputus asa jika tidak berjaya