150 likes | 770 Views
C. c. BENTUK DAN JENIS PERNIAGAAN. Bentuk Perniagaan. BENTUK PERNIAGAAN. Perniagaan Barang. Perniagaan barang hanya melibatkan aktiviti menjual dan membeli barang siap. Barang siap adalah barang yang boleh terus digunakan oleh pembeli. Barang siap yang dijual meliputi
E N D
C c BENTUK DAN JENIS PERNIAGAAN
Bentuk Perniagaan BENTUK PERNIAGAAN Perniagaan Barang Perniagaan barang hanya melibatkan aktiviti menjual dan membeli barang siap. Barang siap adalah barang yang boleh terus digunakan oleh pembeli. Barang siap yang dijual meliputi berbagai-bagai barang yang menjadi Keperluan dan kehendak pelanggan Perniagaan Pengeluaran / Pembuatan Perniagaan ini seakan-akan sama dengan perniagaan barang, tetapi perniagaan ini menjual barang yang diproses atau dihasilkan sendiri. Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah sama dalam bentuk perkilangan ataupun pertanian Perniagaan Perkhidmatan Perniagaan perkhidmatan tidak menjual barang. Perniagaan ini menggunakan tenaga dan kepakaran sebagai asas perniagaan. Pengguna memerlukan khidmat tenaga dan kepakaran orang lain untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam hidup
carta Barangan BENTUK PERNIAGAAN Pengeluaran / Pembuatan Perkhidmatan Industri desa Khidmat peribadi Agihan Pertanian Khidmat layan diri Nasihat Industri ringan Khidmat selepas jualan Perlindungan Industri berat Khidmat pesanan mel Kewangan
perkhidmatan BENTUK PERNIAGAAN PERKHIDMATAN BIDANG CONTOH AGIHAN Khidmat pengangkutan kontena, lori dan kurier KHIDMAT NASIHAT Khidmat pakar runding, khidmat guaman (undang-undang) dan khidmat doktor pakar (perubatan) PERLINDUNGAN Khidmat insurans, kawalan keselamatan, penyiasatan persendirian dan rumah pemulihan KEWANGAN Bank, institusi kewangan dan pengurup wang PENGKHUSUSAN Pusat rawatan, penyelenggaraan bangunan, kawalan serangga dan khidmat pelancongan
pembuatan BENTUK PERNIAGAAN PENGELUARAN / PEMBUATAN JENIS KEGIATAN INDUSTRI DESA Menghasilkan kraftangan, batik, songket dan keropok Menternak puyuh, itik, ikan air tawar, menanam koko, sayur-sayuran dan buah-buahan PERTANIAN Mengeluarkan alat ganti kenderaan, bahan binaan, barang plastik, minuman ringan dan pakaian INDUSTRI RINGAN Mengeluarkan kereta nasional, besi dan keluli, perkapalan dan petrokimia INDUSTRI BERAT
Jenis perniagaan JENIS PERNIAGAAN DALAM NEGERI ANTARABANGSA I. Perniagaan dalam negeri Perniagaan dalam negeri ialah perniagaan yang dijalankan di dalam negara. Perniagaan dalam negeri juga dinamakan perniagaan tempatan Aktiviti perniagaan dalam negara kita terikat kepada peraturan yang telah ditentukan oleh undang-undang negara. Peniaga dikehendaki mendaftarkan perniagaan mereka atau memiliki lesen yang telah ditetapkan. Selain itu, peniaga juga diwajibkan mematuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh kerajaan misalnya, mengikuti syarat-syarat barang kawalan, meletakkan tanda harga dan memastikan barang yang dijual adalah selamat untuk digunakan II. Perniagaan antarabangsa Perniagaan antarabangsa ialah perniagaan yang dijalankan dengan melibatkan negara lain. Perniagaan antarabangsa juga dinamakan perniagaan luar negeri import eksport entreport Perniagaanimport bermaksud membeli barang atau perkhidmatan dari negara lain. Perniagaan eksport pula bermaksud menjual barang atau perkhidmatan ke negara lain. Perniagaanentreportialah perniagaan luar negeri yang melibatkan mengimport barang dan mengeksportnya semula setelah diproses. Import dan eksport boleh dijalankan dalam dua bentuk iaitu nyata dan tidak nyata. Bentuk nyata bermaksud import dan eksport yang dijalankan dalam bentuk barang. Import dan eksport tidak nyata pula bermaksud perniagaan antarabangsa yang dijalankan dalam bentuk perkhidmatan.
P dlm negeri PERNIAGAAN DALAM NEGERI PERUNCIT PEMBORONG PERNIAGAAN RUNCIT Perniagaan runcit adalah perniagaan yang menjalankan aktiviti menjual dan membeli berbagai-bagai Barang dalam kuantiti yang kecil. Peniaga yang menjalankan perniagaan runcit dinamakan peruncit. Peruncit biasanya mendapatkan bekalan barang jualannya daripada pemborong atau pengeluar. Barang ini dijual pula pada pelanggan mengikut kuantiti yang dikehendaki. Perniagaan runcit menjual beraneka jenis barang. Saiz dan jenis perniagaan runcit yang dijalankan bergantung kepada kemampuan dan permintaan masyarakat di sesebuah tempat Perniagaan runcit terbahagi kepada dua iaitu perniagaan runcit kecil-kecilan dan perniagaan runcit besar-besaran PERNIAGAAN BORONG Barang siap yang dihasilkan oleh pengilang atau petani perlu diagihkan kepada pengguna. Tugas ini dijalankan oleh pemborong. Perniagaan borong adalah perniagaan yang menjalankan aktiviti membeli barang secara pukal daripada pengeluar. Barang ini kemudiannya diagihkan kepada peruncit mengikut kuantiti yang diperlukan. Peranan yang dijalankan oleh pemborong ini menjadikannya sebagai penghubung di antara pengeluar dan peruncit. Pemborong juga dinamakan orang tengah
pemborong PEMBORONG Ciri-ciri • * Modal besar * Menimbang, membungkus dan menjenama barang • * Mampu mengiklan barangan * Menstabilkan harga • * Mempunyai gudang dan pengangkutan * Mencari pasaran untuk pengilang • sendiri * Menasihati peruncit • * Membeli dari pengeluar secara tunai • * Menjual kepada peruncit secara kredit
PERNIAGAAN ANTARABANGSA antarabangsa BENTUK PERNIAGAAN TIDAK NYATA NYATA
SEKIAN TERIMA KASIH