130 likes | 264 Views
Kepimpinan dalam Islam Sesi 2. Zainal Abidin Rahman. Peringatan kepada Peserta Modul Ini. Siri ceramah dalam modul ini bukanlah berbentuk “lecture” atau monolog. Ia adalah berbentuk diskusi, conversation, dialog. Penyertaan dan sumbangan dalam perbincangan dalam kelas akan di ambil kira.
E N D
Kepimpinan dalam Islam Sesi 2 Zainal Abidin Rahman
Peringatan kepada Peserta Modul Ini Siri ceramah dalam modul ini bukanlah berbentuk “lecture” atau monolog. Ia adalah berbentuk diskusi, conversation, dialog. Penyertaan dan sumbangan dalam perbincangan dalam kelas akan di ambil kira.
Kegagalan Kepimpinan Daripada laporan-laporan kita dapat megenalpasti banyak sebab-sebab mengapa ramai pemimipin gagal dalam tugasan dan peranan mereka. Sebab-sebab Pemimpin Gagal Lima Godaan (Temptations) Yang Mempengaruhi Kepemimpinan (Lencioni) 1. Mementingkan pangkat (status) lebih daripada pencapaian (results) Symbol Pakaian Kediaman Protokol Percampuran 2. Mencari populariti lebih daripada Dorongan bertanggungjawab (accountability). Tidak melatihkan, mendisiplinkan atau menghukumkan kerabat dan wargakerja yang tak mencapai matlamat kerja atau cuai dalam tugasan mereka kerana ingin dilihat sebagai orang yang penyayang.. Fenomena “Tutup sebelah mata”. Fenomena pilih kasih. 3. Mementingkan keinginan pada kepastian (certainty) lebih daripada dorongan mencari penjelasan (clarity). Ingin membuat keputusan pada sesuatu masaalah hanya setelah mendapat semua maklumat Takut membuat keputusan kerana takut tersilap sehingga langsung tidak membuat keputusan dan membuat sesuatu isu tergantung tak bertali. Menganalisa berlebihan.
4. Takut pada Konlick (perbalahan) kerana inginkan keharmonian yang palsu. Tidak ingin mengkemukakan dan membincang isu-isu penting kerana mungkin akan timbul percanggahan dan ketidakharmonian. Membenamkan isu-isu panas hingga ia meledak justeru membawa kepadahan pada organisasi atau pada masyarakat. . Senang dengan pak turut (yes men) yang membawa berita gembira walau pun tidak benar. 5. Mementingkan keegoan (atau air muka) lebih daripada kebenaran. Ingin memaparkan imej yang pemimpin itu kuat, pandai, dan tak mungkin membuat kesalahan. Tidak mudah mengaku yang dia mungkin kesilapan dalam membuat sesuatu keputusan.
Konsep kepimpinan dalam Islam Didalam alquran, Allah telah mensifatkan manusia sebagai khalifahNya. Bermakna manusia telah dianugerah dengan sifat, prinsip, skil, pengetahuan dan pelbagai kemudahan untuk menjadi pemimpin pada makhluk lain dan menaikkan taraf kehidupan didunia ini. Surah Al-An’am 6: 165 Apakah sifat, skil, pengetahuan dan kemudahan lain yang dikurniakan oleh Allah yang harus kita gunakan untuk menjadi Khalifah Allah dibumi yang berkesan dan berjaya?
Insan sebagai Khalifah Allah dan tugasannya “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku tahu apa yang tidak kamu ketahui”. (Al -Baqarah 2:30) “Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur.”(Al-Araf 7:10) “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Ar-Rum 30:30) “”Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan kedalam (tubuh)-nya ruh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi kamu sedikit sekali bersyukur”. (As-Sajdah 32:9)
Tanggung Jawab sebagai Khalifah Allah “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, make semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh”. Al- Ahzab 33:72) “Dan Ia telah mengajar Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepada Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar”. (Al- Baqarah 2:31)
Tanggungjawab kita terbagi pada tiga perkara dasar: • 1.Memperbaiki dan mempertingkatkan keupayaan diri sendiri (selari dengan kehendak Allah) • (“Menyempurnakan diri sendiri” yang selalu digunakan sesetengah pihak terlalu idealistik dan tidak praktikal. Ramai orang merasa rendah diri dan putus asa kerana mereka tidak akan menjadi sempurna – “perfect person”. Akibatnya ramai orang Muslim tidak berusaha dengan sepatutnya untuk memperbaiki diri sendiri). • Apakah keupayaan dalam diri anda yang anda ingin mempertingkatkan? • 2.Memperbaiki dan mempertingkatkan keupayaan masyarakat (selari dengan kehendak Allah) • Mengambil berat masaalah masyarakat.untuk mencari penyelesaiaan dan memperbaiki keadaan (dan bukan hanya untuk pengetahuan – itu kaypoh namanya). • Menjadi sukarela dalam badan-badan amal kemasyarakatan. • Namakan dua badan sukarela yang anda boleh melibatkan diri. Dan apakah kepakaran anda untuk disumbangi? • ______________________________________________ • ______________________________________________
3. Memperbaiki dan mempertingkatkan bumi alam Allah (selari dengan kehendak Allah) Membersihkan perkarang rumah, bilik, dll. Menjadi ahli NGO untuk membersehkan pesekitaran. Apa yang anda boleh melakukan: _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ Dengan menjadi lebih proactive dalam memperbaiki dan memperkasa mula-mula dengan diri kita sendiri, kemudian dengan hal-hal masyarakat dan juga dengan hal-hal sekitaran, umat Islam akan menjalankan tugasan kita sebagai Khalifah Allah dan di lihat lebih menyumbang kepada kebaikan semua. Umat Muhammad tidak berdiam diri atau berpeluk tubuh (passive) saperti yang adanya sekarang.
Asas Moral Kepimpinan Islam “Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahikan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; dan mereka pula senantiasa beribadat pada Kami.” (Anbiyaa 21:73) Perilaku yang baik harus mengikuti niat yang baik. Model kepimpinan Saidina Omar Al-Khattab. Sumber teras kepercayaan perilaku pemimpin berasaskan: 1.Iman Beriman pada Allah dan bertawhid. “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, - apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat pada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” Al Ahzab 33:36) 2. Islam “Jika iman itu benihnya, Islam itu pohonnya” (Maududi) 3. Taqwa Menyedari ia diawas dan dalam penjagaan Allah. Menghindari kemungkaran (saperti korupsi) 4. Ihsan Pemimpin yang “go the extra mile”.
Berdasarkan empat sumber teras kepercayaan ini mendatangkan lima perilaku kepimpinan berikut: 1. Adil Adil dan kesaksamaan. 2. Amanah Kepercayaan 3. Birr (Righteous) Prihatin pada apa yang betul dan yang salah 4. Mujahada Senantiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan keadaan. 5. ‘Ahd Mememuhi janji (dan bukan munafik). Tiga petanda orang munafik.
Assignment Mencatatkan dalam jernal tentang apa anda telah melakukan untuk memperkasakan potensi kepimpinan anda. Rujukan Leadership: An Islamic Perspective, Rafik Beekun & Jamal Badawi Understanding the concept of Khalifah, Muhammad al’ Mahdi