140 likes | 545 Views
TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM SET BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH. Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem Set untuk pdp Bahasa Inggeris Sekolah Menengah
E N D
TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM SET BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH Kementerian Pendidikan Malaysia
Sistem Set untuk pdp Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Set Bahasa Inggeris Sekolah Menengah yang telahditambahbaik bagi mendapatkan bilangan guru tambahan dan bilangan kelas tambahan yang diperlukan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (pdp) Bahasa Inggeris yang berfokus dan efektif di sekolah menengah. Inisiatif Objektif
LatarBelakang • Pada 4 November 2011, semasa pengumuman soft landing PPSMI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah mengumumkan pelaksanaan Sistem Set untuk pdp Bahasa Inggeris di sekolah menengah sebagai antara langkah untuk meningkatkan prestasi murid di dalam bahasa Inggeris.
Pelaksanaan Sistem Set di dalam pdp Bahasa Inggeris dilaporkan sebagai salah satu initiatif Program Pembangunan Kurikulum di dalam Mesyuarat MBMMBI Induk Bil. 1/2012 yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Pelaksanaan Sistem Set untuk pdp Bahasa Inggeris juga telahdisasarkan sebagai satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Sistem Set untuk pdp Bahasa Inggeris merupakan pengagihan murid sesuatu tingkatan ke dalam set yang sesuai dengan tahap profisiensi mereka untuk pelaksanaan pdp Bahasa Inggeris secara berfokus dan efektif. • Kajian Eksperimental Keberkesanan Guru Tambahan Bahasa Inggeris yang telah dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dalam tahun 2012, mendapati bahawa pelaksanaan Sistem Set di sekolah dapat: • mewujudkan suasana pdp yang lebih berfokus kepada • keperluan murid, • memberikan peluang optimum bagi guru berinteraksi • dengan murid dan • memberikan impak yang positif kepada proses • pembelajaran murid.
Isu / Kekangan • Sumber tenaga pengajar • Bilangan waktu mengajar • Keperluan fizikal - bilik darjah - kerusi meja • Tanggapan & Keperluan guru • Tanggapan & Keperluan pelajar • Tanggapan & Harapan ibu bapa /stakeholders
Cabaran di dalam setting kelas tradisional Bagaimana Sistem Set mengatasi cabaran ? Guru • Nisbah guru-murid yang rendah (1:30 atau 1:25) akan membolehkan guru memberi tumpuan kepada keperluan murid • Guru boleh merancang dan melaksanakan aktiviti yang sesuai dan dapat memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran murid dengan optimum • Guru dapat membentuk pentaksiran mengikut kemampuan pelajar • Tiada peluang untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada murid • Tidak dapat membentuk pengajaran dan pentaksiran berdasarkan tahap profisiensi murid
Cabaran di dalam setting kelas tradisional Bagaimana Sistem Set mengatasi cabaran ? Murid • Nisbah guru-murid (1:30 atau 1:25) memberi lebih peluang untuk perhatian guru semasa P&P • Aktiviti kelas yang disesuaikan kepada tahap profisiensi murid memberi lebih peluang untuk berinteraksi • Keyakinan yang lebih disebabkan tahap profisiensi yang homogenus • Murid dapat mengetahui tahap profisiensi mereka berdasarkan pentaksiran yang direkasuai khas • Kurang peluang untuk mendapat perhatian guru dan kurang mengambil bahagian disebabkan saiz kelas yang besar • Pengajaran dan pentaksiran mungkin tidak sesuai untuk tahap profisiensi yang berbeza di dalam kelas yang sama • Kurang keyakinan di kalangan murid untuk mengambil bahagian semasa pengajaran
Isu yang dikenalpastididalampelaksanaanSistem Set 1 Bilangan guru BahasaInggeris • Peningkatan keperluan guru opsyen bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. ELTC dan IPGM bersedia untuk menyumbangkan sumber kepakaran dan latihan kepada guru-guru apabila sistem ini dilaksanakan kelak. • Guru yang mengajar set yang lemah akan diberi latihan secara mendalam mulai Mac 2013. Pemantauan oleh pentadbir sekolah dan Ketua Panitia perlu dilaksanakan supaya guru dapat mengajar set yang lemah secara efektif dan set tersebut bukan sekadar menjadi kelas pemulihan Bahasa Inggeris. • Kerja berpasukan perlu dititikberatkan di sekolah dan Ketua Panitia serta Panitia Bahasa Inggeris perlu memainkan peranan yang penting.
Isu yang dikenalpastididalampelaksanaanSistem Set 2 Jatidirimurid • Murid berkemungkinan merasa rendah diri dan kurang bermotivasi dengan pembahagian kelas, iaitu mereka merasakan diri mereka tidak sebaik rakan yang lain. Guru perlu ditekankan untuk sentiasa memberi motivasi dan tidak me"label" murid di kelas profisiensi rendah. • Murid mengambil peluang untuk ponteng dan melengahkan masa semasa pertukaran waktu. Pemantauan yang agresif perlu di peringkat awal pelaksanaan, dan guru perlu peka kepada kehadiran murid semasa kelas BI.
Isu yang dikenalpastididalampelaksanaanSistem Set 4 Ruangpembelajaran • Sekiranya bilik darjah tidak mencukupi untuk kelas Sistem Set, sekolah boleh menggunakan makmal bahasa, makmal komputer, bilik akses kendiri, bilik media atau mana-mana ruang yang selesa dan difikirkan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
BilangansekolahmenengahuntukpelaksanaanFasa 1 9 69 20 76 65 65 71 91 63 65 65 91 89 65 7 88 Jumlah : 999 SMK/SMKA/SABK
BilangansekolahmenengahuntukpelaksanaanFasa 2 46 77 22 71 37 116 1 135 164 85 140 105 Jumlah : 1008 SMK/SMKA/SABK