1 / 11

KEHAMILAN REMAJA

KEHAMILAN REMAJA. PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA. MAKLUMAT.

thyra
Download Presentation

KEHAMILAN REMAJA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KEHAMILAN REMAJA PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

  2. MAKLUMAT Pada masa ini golongan remaja bertambah dengan pesat. Mengikut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada tahun 1980 terdapat 936 juta remaja dan meningkat menjadi 1,147 juta pada tahun 2000. Angka ini dijangka semakin meningkat. Walaupun tempoh kematangan keremajaan dan biologi dicapai lebih awal tetapi kebebasan sosial dan ekonomi dicapai lebih lewat. Oleh kerana aktiviti seksual di kalangan remaja semakin meningkat, ini telah menyebabkan pertambahan bilangan kehamilan di kalangan remaja. Walau bagaimanapun bilangan yang besar ini bukan alasan untuk mengabaikan masalah kesihatan seksualiti remaja. Di Indonesia 41% daripada wanita melahirkan anak sulung mereka sebelum berumur 17 tahun. Di Panama pula, 25% daripada keseluruhan kelahiran adalah ibu yang berumur antara 15 hingga 19 tahun. Sungguhpun pencegahan kehamilan kurang diterima oleh penduduk Panama, sama ada tua atau muda, ibu bapa Panama sudah mula menyedari bahawa tingkah laku seksual remaja merupakan satu masalah.

  3. Situasi di negara-negara membangun belum dikaji dengan lengkap tetapi angkanya sudah pasti tidak memuaskan mana-mana pihak. Kebanyakan negara Afrika dan Amerika Latin mempunyai kadar kelahiran melebihi 10% untuk wanita berumur 15 hingga 19 tahun. Di Bangladesh angkanya ialah 30.2% berbanding dengan 5% bagi Amerika Syarikat. Di Kepulauan Carribean, lebih kurang 58% anak sulung dilahirkan oleh ibu yang berumur kurang daripada 17 tahun. Maklumat ini menunjukkan bahawa bilangan remaja yang mengandung adalah ramai. Di kebanyakkan negera di Afrika, kes-kes mengandung di kalangan remaja meningkat ke tahap yang membahayakan. Menurut Peris Muriuki, seorang pegawai IPPF (International Planned Paventhood Federation) di Afrika keadaan ini membawa kepada risiko perubatan yang serius dan akibat psikologi serta sosial yang membahayakan. Hal ini benar bagi penduduk di negara yang menangguh perkahwinan sehingga kebebasan ekonomi tercapai. Oleh itu, kesan kehamilan awal boleh membawa kesan yang buruk dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi. Perhatian harus diberi kepada remaja perempuan kerana mereka yang paling terancam akibat kehamilan awal.

  4. Kehamilan awal bukan sahaja terdapat dalam dunia membangun sahaja. Di Amerika Syarikat, kadar kehamilan remaja pernah menyebabkan masalah kesihatan awam. Adalah dijangka bahawa lebih separuh daripada 21 juta remaja yang berumur di antara 15 hingga 19 tahun di Amerika Syarikat pernah aktif dari segi seksual dan lebih daripada sejuta remaja perempuan mengandung setiap tahun. Daripada jumlah itu hampir 66.7% telah mengandung tanpa di rancang dan tidak berkahwin. 30,600 daripada kes kehamilan tersebut adalah remaja perempuan yang berumur di bawah 15 tahun dan lebih kurang 430,000 remaja pernah menjalani penguguran setiap tahun.  Di kebanyakan negara, kehamilan sebelum berkahwin tidak diterima. Perkara ini dianggap satu kesalahan dan menjatuhkan maruah bagi wanita dan seisi keluarganya. Tekanan sosial yang kuat mungkin menyebabkan kahwin paksa atau pengguguran bayi yang menyalahi undang-undang. Hal ini mungkin memaksa wanita itu membunuh diri atau dibunuh. Bayi yang dilahirkan oleh remaja mungkin menderita kerana ibu tersebut tidak mempunyai kemahiran menjaga anak. Remaja mungkin akan membunuh atau mengabaikan bayi itu. Bagi anak luar nikah, mereka mungkin menghadapi diskriminasi sosial dan undang-undang.

  5. Kesan psikologi kehamilan pada remaja yang belum berkahwin adalah jelas. Remaja mungkin terpaksa menyesuaikan diri menjadi ibu, dan menghadapi cemuhan masyarakat. Jika remaja terpaksa berkahwin, kemungkinan besar perkahwinan itu tidak kekal.Kesan psikologi pada remaja dan kanak-kanak adalah berkekalan. Di negara membangun, remaja yang hamil sama ada berkahwin atau tidak, berhenti sekolah. Bagi mereka yang telah berkahwin, ini mungkin diikuti dengan kehamilan yang berulang. Mereka yang belum berkahwin mungkin tidak dapat menyambung persekolahan kerana dianggap menunjukkan contoh yang tidak baik kepada murid lain. Apabila pencapaian pendidikan remaja terganggu ini boleh merendahkan status wanita dari satu generasi ke generasi yang lain. Peluang untuk pekerjaan berkurangan dan kemungkinan besar wanita itu bergantung kepada orang lain untuk menyara hidupnya. Kitaran ini mungkin berulang. Anak yang dilahirkan remaja berkemungkinan besar juga menjadi ibu remaja dan keadaan ini mungkin berterusan. Pertambahan bilangan anak yang dilahirkan oleh ibu muda biasanya menyebabkan kurang zat makanan dan kasih sayang berbanding dengan anak yang dilahirkan oleh remaja yang hamil pada umur matang, terutamanya jika keluarga remaja yang hamil itu tidak sanggup memberi sokongan ekonomi. Di Afrika terdapat laporan tentang bilangan kes infeksi akibat hubungan seks yang semakin bertambah. Satu kajian menunjukkan 20% murid perempuan di kawasan Yaounde, Cameroon menghidapi gonorea. Di Britain kebanyakan klinik melaporkan antara 40% hingga 50% pesakit wanita di bawah umur 20 tahun menghidapi penyakit ini.

  6. Selain itu, terdapat juga faktor perubahan seperti peningkatan dalam jangkitan tanpa simptom dan rintangan kepada antibiotik yang kian meningkat. Rawatan moden mungkin telah menyebabkan orang ramai bersikap cuai terhadap penyakit hubungan seks sungguhpun keberkesanan rawatan itu tidak semestinya terjamin. Walaupun kondom memberi perlindungan daripada jangkitan penyakit jangkitan hubungan seks di beberapa kawasan. Kaedah pencegahan kehamilan yang moden telah menggantikan kondom. Salah satu akibat serius jangkitan penyakit melalui hubungan seks ialah ketidakupayaan kekal untuk melahirkan anak, jika gonorea menjangkiti ke salur Fallopio wanita atau vas deferens lelaki. Selain itu persetubuhan dan kehamilan pada peringkat umur yang terlalu muda juga adalah dua faktor yang berkaitan dengan barah serviks. Pengguguran merupakan isu yang serius dan semakin meningkat. Maklumat tentang perkara ini kurang diperolehi kerana kebanyakan wanita tidak ingin berkongsi pengalaman. Dianggarkan antara 30 hingga 55 juta pengguguran berlaku setiap tahun di seluruh dunia. Setengah daripadanya adalah pengguguran haram dan salah dari segi undang-undang. Sebahagian besar daripada pengguguran dilakukan terhadap remaja. Masalah kesuburan remaja dan bahaya mengandung awal tidak diketahui dengan sepenuhnya. IPPF dan organisasi keibubapaan sepatutnya menyebarkan maklumat secara meluas khususnya kepada doktor, guru, ibubapa dan pentadbir serta para remaja.

  7. Risiko Kehamilan Remaja Umum wanita yang hamil mempengaruhi kesihatan ibu dan kandungan. Lebih muda ibu hamil, lebih serius akibat fizikal kehamilan itu. Masalah kehamilan, kelahiran dan keguguran merupakan sebab utama kematian wanita berumur antara 15 hingga 19 tahun akibat kehamilan remaja. Kehamilan dan kelahiran oleh ibu remaja membawa risiko yang lebih tinggi berbanding dengan kehamilan oleh wanita dewasa. Daripada kajian, risiko kehamilan remaja adalah seperti berikut : A. Risiko kepada ibu 1. Kematian kehamilan ibu remaja adalah 60% lebih tinggi berbanding den kehamilan wanita dewasa. 2. Kematian akibat toksemia adalah 3.5 kali lebih tinggi 3. Pertumbuhan ibu remaja mungkin terganggu terutamanya ketidak seimbangan terhadap pelvis (saiz pelvis lebih kecil daripada saiz kepala bayi) 4. Berkemungkinan mengalami anemia semasa hamil 5. Tempoh kelahiran adalah panjang boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayinya

  8. B. Risiko kepada bayi 1. Kematian bayi adalah 2.4 kali lebih tinggi di Amerika Syarikat. Kematian bayi berumur kurang daripada 1 tahun adalah tiga kali ganda lebih tinggi untuk anak yang dilahirkan oleh ibu remaja 2. Berat badan bayi rendah, berkemungkinan besar sakit dan mati. 3. Bayi kurang sihat terutama yang dilahirkan oleh ibu remaja 2 tahun selepas menarki. Di Amerika Syarikat, berat bayi yang dilahirkan oleh ibu remaja kurang daripada 2.5kg adalah dua kali ganda. 4. Kelahiran bayi cacat seperti terencat akal, sawan, rabun, pekak dan kecacatan kognatif. 5. Bayi mengalami kekurangan zat besi di awal pertumbuhannya.

  9. C. Kehamilan berulang 1. Tempoh masa rehat pendek antara kelahiran. 2. Kematian neonatal (bayi baru lahir – 28 hari) kerana status kesihatan ibu yang kerap hamil tidak memuaskan. 3. Di tempat yang tiada program pencegahan kehamilan, 18% ibu muda hamil kali kedua dalam tempoh 6 bulan selepas kelahiran pertama, 50% selepas 2 tahun kelahiran pertama dan hampir 100% selepas 5 tahun kelahiran pertama.

  10. LEMBARAN KERJA 1. Apakah perasaan anda sekiranya anda menjadi ibu atau bapa pada peringkat berikut : 2. Apakah perubahan pada seseorang apabila menjadi ibu atau bapa?

  11. 3. Lengkapkan pernyataan dibawah

More Related