581 likes | 5.2k Views
3.6 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA). Diperkenalkan di Amerika Syarikat pada 1970. Berkuatkuasa di Malaysia pada Februari 1994. Sediakan perundangan utk memupuk, merancang & kendali mutu keselamatan & kesihatan pekerja yg tinggi semasa bekerja.
E N D
3.6 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) Diperkenalkan di Amerika Syarikat pada 1970. Berkuatkuasa di Malaysia pada Februari 1994. Sediakan perundangan utk memupuk, merancang & kendali mutu keselamatan & kesihatan pekerja yg tinggi semasa bekerja. Matlamat utama jangka panjang akta utk hasilkan satu budaya kerja yg sihat & selamat dikalangan pekerja & majikan di Malaysia. Di bawah tanggungjawab Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Kementerian Sumber Manusia.
Kandungan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA) • 15 bahagian & mendefinisikan kewajipan am majikan, pengilang, pekerja, perekabentuk, pengimport & pembekal. • Akta beri peruntukan perlantikan pegawai-pegawai penguatkuasa, Penubuhan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pembentukan polisi & penyusunan langkah-langkah utk. Keselamatan, kesihatan & kebajikan orang-orang yg sedang bekerja dpd bahaya. • Kuasa utk penguatkuasaan & penyiasatan serta liabiliti utk kesalahan-kesalahan juga dinyatakan dgn jelas.
Objektif Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA) • Pastikan keselamatan. Kesihatan & kebajikan pekerja terhadap risiko yg berbangkit dpd aktiviti di tempat kerja. • Lindungi orang awam dpd sebarang kemalangan. • Nyatakan persekitaran pekerjaan di tempat kerja yg bersesuaian dgn keperluan fisiologi & psikologi mereka. • Adakan perundangan Keselamatan & Kesihatan pekerjaan yg boleh digantikan secara berperingkat oleh sistem, peraturan & tata amalan industri yg diluluskan & digabungkan dgn peruntukan akta utk kekalkan atau perbaiki standard keselamatan & kesihatan.
Falsafah akta ini peruntukan tanggungjawab keselamatan & kesihatan di tempat kerja adalah terletak pada majikan & pekerja itu sendiri.
3.7 Faktor-Faktor Pengaruhi Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan • Dpd kajian, kemalangan berlaku kerana tiada pengurusan keselamatan & kesihatan di tempat kerja. • Pengurusan keselamatan & kesihatan di pengaruhi oleh beberapa faktor utama: • Kehendak Perundangan • Faktor Kemanusiaan • Faktor Ekonomi.
Kehendak Perundangan - Akta 514 –tetapkan “pengaturan kendiri” – tanggungjawab keselamatan & kesihatan di tempat kerja terletak kpd majikan & pekerja. - Kehendak perundangan ditambah dgn penguatkuasaan oleh Jab. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi memastikan semua tempat kerja punyai pengurusan keselamatan dan kesihatan.
2. Faktor Kemanusiaan • Pengurusan keselamatan & kesihatan dianggap sbg satu syarat dlm menjawab menjamin sesebuah industri/tempat kerja diberi perhatian sbg selamat & sihat. • Pengurusan sistematik akan angkat moral sesuatu industri. • Faktor Ekonomi • Setiap kehilangan kerosakan & kematian perlu dibayar premium insurans. • Keuntungan adalah utk jangka panjang.
3.9 Kepentingan Program Keselamatan dan Kesihatan • Tanggungjawab jaga keselamatan & kesihatan terletak pada majikan, pihak pengurusan, pekerja & komuniti. • Pihak pengurusan atau majikan tanggung risiko secara langsung atau tidak langsung atau kedua-dua sekali akibat dpd kemalangan pekerja. • Tanggungan Secara Langsung • Kemalangan libatkan kerosakan jentera – libatkan kos pembaikan/ penggantian yg tinggi. • Kos akan kurangkan aliran wang tunai sykt. • Pampasan, SOCSO atau gaji diberikan kpd pekerja terlibat.
Tanggungan Secara Tidak Langsung • Pihak pengurusan juga terpaksa tanggung kos pengambilan pekerja baru utk ganti pekerja yg mati/hilang upaya. • Mungkin libatkan kos tidak langsung yg tinggi spt latihan bg pekerja baru. • Nama baik majikan tercemar. • Majikan terdedah kpd denda & tuntutan undang-undang.
Contoh: Berita Harian 29 April 2004 • Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dakwa banyak syarikat belum tubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Tempat Kerja (JKTK) bagi menangani isu keselamatan pekerja. • Setiausaha Agungnya, G Rajasekaran berkata sebahagian besar JKTK yg ditubuhkan pula tidak beroperasi spt yg diharapkan. • Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 – “JKTK wajar ditubuhkan serta diuruskan bersama majikan & kesatuan sekerja bagi menangani sebarang isu keselamatan sekiranya sesebuah sykt. Mempunyai lebih 40 pekerja”.
Kemalangan di tempat kerja • Statistik Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) – kira-kira 250 juta pekerja terbabit dlm kemalangan di tempat kerja setiap tahun, termasuk 1.6 juta yg kehilangan nyawa. • Di Malaysia – purata 1,000 pekerja maut setiap tahun. Kajian Rambang MTUC • Daripada 400 sykt dlm pelbagai sektor – 90% tidak punyai JKTK, termasuk sebuah sykt yg punyai hampir 2,000 pekerja (Berita Harian 29/04/2004). • Akta sedia ada – majikan gagal patuhi hanya dikenakan denda hingga RM50,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya, selain wajib baginya sediakan dasar keselamatan di tempat kerja & pamerkan di tempat strategik supaya mudah dibaca.
Kajian MTUC pada 2002 terhadap kesan mengendalikan kimia berbahaya, dapati keadaan amat membimbangkan & satu laporan mengenainya telah dikemukakan kpd Kementerian Sumber Manusia awal tahun 2003 – Ancaman kesihatan kpd pekerja sektor elektronik yg perlu kendali bahan kimia berbahaya dlm jangkamasa panjang. • MTUC memayungi 230 kesatuan sekerja yg hanya mewakili kira-kira 500,000 pekerja atau 10% dpd jumlah keseluruhan warga pekerja di Malaysia. • Di sektor elektronik – hanya 8,000 dpd 120,000 pekerja sertai kesatuan (BH – 29/04/2004).