590 likes | 872 Views
KLINIK SBC BAHASA MELAYU VERSI ICT @ TMK BESTARI. PEMBELAJARAN ELEKTRONIK. SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6. SBC. SBC. E-PEMBELAJARAN. KLINIK. MINDA BESTARI. PENEROKAAN PINTAR INFO KATA BANTU. KATA BANTU. KATA BANTU. INFO KATA BANTU.
E N D
KLINIK SBC BAHASA MELAYU VERSI ICT @ TMK BESTARI PEMBELAJARAN ELEKTRONIK Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6 SBC SBC E-PEMBELAJARAN Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
KLINIK MINDA BESTARI PENEROKAAN PINTAR INFO KATA BANTU Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
KATA BANTU KATA BANTU INFO KATA BANTU • Kata bantu ialah perkataan yang memberi penerangan tentang kata kerja. • Kata bantu terbahagi kepada dua, iaitu: • (a)Kata bantu aspek • (b)Kata bantu ragam Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
P&P SBC INTERAKTIF KATA BANTU ASPEK PAKEJ BESTARI PERKONGSIANPINTAR AKADEMIK Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
KATA BANTU ASPEK • Kata bantu aspek menerangkan sesuatu perbuatan yang dilakukan dari segi masa. • Perbuatan itu pula menjelaskan sama ada belum, sudah, atau sedang dilakukan. Contoh Kata Bantu Aspek akan, belum, sudah, telah, pernah, masih, sedang Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
AKAN BELUM Perbuatan yang belum dilakukan. • “Cikgu Noraini akan ke Pulau Langkawi esok,” kata guru besar. • Puan Khairunnisa belum menjahit baju sutera itu lagi. Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SUDAH TELAH PERNAH Perbuatan yang sudah dilakukan. • Liya sudah menjalani rawatan matanya yang sakit itu. • Kereta yang terlibat dalam pelanggaran itu telah ditunda. • Halim pernah memenangi pertandingan deklamasi sajak pada tahun lepas. Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
MASIH SEDANG Perbuatan yang sedang dilakukan. • Ruslan dan Firdaus masih membujang sehingga kini. • Puan Marina Chin sedang berbual-bual dengan Puan Fauziah. Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
P&P SBC INTERAKTIF KATA BANTU RAGAM PAKEJ BESTARI PERKONGSIANPINTAR AKADEMIK Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
KATA BANTU RAGAM • Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang hendak dilakukan atau kemampuan untuk melakukan sesuatu perbuatan. Contoh Kata Bantu Ragam hendak, mahu, boleh, dapat, wajib, mesti, perlu, harus Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
HENDAK MAHU Menyatakan kehendak @ kemahuan. • Saya hendak ke sekolah petang nanti kerana ada latihan olahraga. • Adik mahu makan nasi goreng ayam dan minum air milo ais. Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
BOLEH DAPAT Menyatakan keupayaan @ keizinan. • Kamarul Azmi boleh menyertai lawatan ke Taman Air Shah Alam. • Encik Abdul Malek dapat mengangkat beg yang berat itu. Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
WAJIB MESTI Untuk menyatakan kemestian. • Pelbagai janji manis yang dibuat wajib ditunaikan olehnya. • Encik Ganesan mesti pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur pagi esok. Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
PERLU HARUS Untuk menyatakan keperluan. • Kereta ayah saya perlu diperiksa pada setiap tiga bulan. • Awak harus bersedia agar tidak tewas dalam perlawanan itu nanti. Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
PERKONGSIAN PINTAR KLINIK KATA BANTU ARAS SOALAN - 60 : 40 Pemahaman : Pengetahuan : Aplikasi ITEM : NINE POINT SYSTEM Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SOALAN MENGUJI MINDA KATA BANTU UPSR Uji Minda Anda : Jawab kesemua 5 soalan yang disediakan. Pilihan jawapan ada disediakan pada paparan slaid di sebelah. Sila pilih jawapan yang paling tepat. Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SUNTIKAN IDEA SBC KATA BANTU UPSR SUNTIKAN IDEA SBC KATA BANTU UPSR Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
A C B B D CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA perlu INFO PERKONGSIAN PINTAR • Walaupun pekerjaan ini agak sukar, kamu ______ melaksanakannya juga. masih belum perlu hendak Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
A C B B D CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA belum INFO PERKONGSIAN PINTAR • Buku latihan Bahasa Melayu itu ______ disemak oleh Cikgu Muhammad Halili. akan telah pernah belum Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
A A C B D CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA telah INFO PERKONGSIAN PINTAR • Roti kaya itu tidak boleh dimakan kerana ______ tamat tarikh luputnya. telah akan pernah belum Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
A C B D D CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA pernah INFO PERKONGSIAN PINTAR • Eugene ______ menjawat jawatan sebagai ketua kelas dua tahun yang lepas. dapat hendak pernah belum Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
A C C B D CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA sudah INFO PERKONGSIAN PINTAR • Adik Nurfadhilah ______ khatam al-Quran sebanyak dua kali. mahu sudah wajib mesti Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
KLINIK KATA BANTU PENEROKAAN PERTAMA E-PEMBELAJARAN Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SOALAN MENGUJI MINDA KLINIK KATA BANTU Uji Minda Anda : Jawab kesemua 10 soalan yang disediakan. Pilihan jawapan ada disediakan pada paparan slaid di sebelah. Sila pilih jawapan yang paling tepat. Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
KLINIK MINDA BESTARI PENEROKAAN PINTAR KLINIK KATA BANTU Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 1 Pada bulan Julai ayah ______ membawa kami sekeluarga ke Pulau Langkawi. A masih B pernah C akan dapat D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 2 Nenek ______ berada di bendang ketika kami sampai di kampung. A mahu B akan C pernah masih D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 3 Pelumba basikal itu ______ menamatkan perlumbaannya dalam masa dua jam. A sedang B belum C akan telah D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 4 Awak ______ bermain dengan kumpulan kami jika awak suka. A harus B mesti C boleh sedang D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 5 Nur Atirah dipuji oleh guru besar kerana ______ menjawab soalan teka teki itu. A dapat B mesti C harus sedang D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 6 Kain baju yang dijemur oleh ibunya pagi tadi ______ kering semuanya. A belum B pernah C hendak sedang D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR BANDINGAN SEMACAM SOALAN 7 Peromak itu _____ belum menyerah diri walaupun dia telah dikepung oleh polis. A mesti B harus C masih sudah D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 8 Ain berasa kecewa kerana belum ______ menang dalam perlumbaan 100 meter. dapat A B pernah hendak C sedang D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 9 “Saya ______ menjadi seorang peguam apabila dewasa nanti,” kata Rosli. A akan B mahu C masih dapat D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 10 Morgan ______ menerima tawaran untuk memasuki Universiti Putra Malaysia. A boleh B masih C belum sedang D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
BAGUS! JAWAPAN ANDA TEPAT Klinik SBC 1 2 3 4 5 SBC 6 7 8 9 10 Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SALAH ! SILA CUBA LAGI 1 2 3 4 5 SBC 6 7 8 9 10 Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
KLINIK PEMANTAPAN MINDA PENEROKAAN PINTAR KATA BANTU UPSR Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SOALAN MENGUJI MINDA KLINIK KATA BANTU Uji Minda Anda: Jawab kesemua 10 soalan yang disediakan. Pilihan jawapan ada disediakan pada paparan slaid di sebelah. Sila pilih jawapan yang paling tepat. Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
KLINIK KATA BANTU PENEROKAAN KEDUA E-PEMBELAJARAN Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 1 Siti Syuhana ______ belajar bersungguh-sungguh jika ingin berjaya. A mesti B boleh C belum pernah D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 2 Latihan olahraga pada petang ini ______ dibatalkan jika hujan turun. A hendak B belum C mesti akan D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 3 Adik tidak ______ mengunyah makanan kerana gusinya sakit. A akan B mahu C belum dapat D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 4 Lelaki tua yang tinggal bersendirian di pinggir desa ini ______ meninggal dunia. A dapat B boleh C telah masih D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 5 Ariffin ______ pergi ke bilik air apabila loceng berbunyi nanti. A hendak B pernah C sudah boleh D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 6 Orang ramai ______ bekerjasama dengan pihak polis untuk membenteras jenayah. A dapat B harus C pernah hendak D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 7 Kamu ______ menutup suis komputer setelah selesai menggunakannya. A akan B boleh C mesti dapat D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 8 Anak kucing yang comel itu pasti ______ mengiau apabila melihat tuannya. hendak A B boleh dapat C akan D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 9 Aziah ______ mendapat tempat pertama dalam peperiksaan seperti kakaknya. A sudah B harus C mesti mahu D Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu