150 likes | 749 Views
TZ1023 Pengaturcaraan Komputer Untuk Sains Sosial. Oleh: Bahari Bin Idrus Jabatan Komputeran Industri FTSM. Pengenalan Kepada Pengaturcaraan. Bahari Idrus Jab. Komputeran Industri FTSM. Pengenalan. Apa itu komputer?
E N D
TZ1023Pengaturcaraan Komputer Untuk Sains Sosial Oleh: Bahari Bin Idrus Jabatan Komputeran Industri FTSM
Pengenalan Kepada Pengaturcaraan Bahari Idrus Jab. Komputeran Industri FTSM
Pengenalan • Apa itu komputer? • Komputer ialah suatu alat yang digunakan untuk menerima, menyimpan, memproses dan mempersembahkan data dan maklumat. • Realitinya, komputer adalah suatu alat yang dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah.
Komunikasi Dengan Komputer • Bagaimana komputer dapat membantu manusia? • Manusia perlu berkomunikasi dengan komputer. • Manusia perlu memahami bahasa komputer iaitu dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan.
Bahasa Pengaturcaraan • Apa itu bahasa pengaturcaraan? • Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa perantaraan antara juru aturcara(programmer) dengan komputer yang terdiri daripada satu set arahan yang memberitahu komputer apa yang perlu dilaksanakan. • Setiap komputer memerlukan perisian untuk beroperasi. • Setiap perisian dibangunkan oleh bahasa pengaturcaraan.
Perisian • Perisian terbahagi kepada: • Perisian sistem • Perisian aplikasi • Contoh perisian sistem: • UNIX, DOS, Windows • Contoh perisian aplikasi: • Pemproses perkataan, lembaran elektronik, pangkalan data dll.
Bahasa Mesin Bahasa Penghimpun Bahasa Pengaturcaraan Paras Tinggi Kod perduaan Contoh: 01011010,00010000 Menggunakan huruf untuk mewakili arahan & data. Cth: call SYMBOL_NAME() movl xorl Menggunakan bahasa tabii. Cth: COBOL, Pascal, C++, VB dll Sejarah Bahasa Pengaturcaraan
Setiap bahasa paras tinggi perlu ditukar ke bahasa mesin yang dipanggil sebagai pengkompil dan prosesnya disebut proses kompilasi. Pengkompil(Compile) GELAP 0100011101000101010011000100000101010000
Jenis-Jenis Bahasa Pengaturcaraan • Pengaturcaraan Berstruktur • Pengaturcaraan Berorientasikan Objek(OO) • Pengaturcaraan Visual
Pengaturcaraan Berstruktur • Cara perlaksanaan atau lariannya adalah berjujukan. • Contoh bahasa: Pascal, C, COBOL, Fortran dll. • Contoh aplikasi berstruktur: pengeluaran wang di ATM.
Pengaturcaraan Berorientasikan Objek • Perbezaan OO dengan pengaturcaraan berstruktur ialah pada fasa merekabentuk penyelesaian masalah. • Juru aturcara akan mengenalpasti objek-objek yang berada dalam masalah yang perlu diselesaikan. • Objek yg sama akan dikumpulkan mengikut kategori yang dinamakan sebagai kelas. • Contoh: JAVA, C++, SmallTalk
Pengaturcaraan Visual • Visual merujuk kepada perwakilan suatu objek dalam bentuk grafik. • Perwakilan grafik menyebabkan aturcara lebih mudah untuk dibangunkan dan kelihatan lebih menarik. • Contoh: Visual Basic, Visual C++
Sejarah Visual Basic • Pengaturcaraan Visual Basic(VB) diasaskan oleh Prof. John Kemeny & Thomas Kurtz dari Dartmouth College. • VB berasaskan bahasa pengaturcaraan BASIC(Beginner’s All Purpuse Symbolic Instruction Code)
Kelebihan Visual Basic • Menyediakan Antaramuka Grafik(GUI) dengan mudah. • Perisian dikawal oleh pengguna sendiri berbanding dengan bahasa pengaturcaraan berstruktur, pengaturcara mengawal perisian tersebut.