620 likes | 825 Views
URUSAN PERKHIDMATAN. AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR. PERINTAH AM BAB C : CUTI. TAFSIRAN CUTI.
E N D
URUSAN PERKHIDMATAN AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR PERINTAH AM BAB C : CUTI
TAFSIRAN CUTI • “ CUTI”bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.”
Contoh ‘dibenarkan’ meninggalkan tugas: • Dibenarkan melalui kebenaran secara bertulis/e-Cuti • Diberi kebenaran secara lisan dan kemudiannya mendapat kelulusan bertulis/e-Cuti • Meninggalkan tugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu tetapi terdapat sebab yang munasabah yang boleh diterima dan seterusnya dengan serta merta melaporkan kepada ketua jabatan. Jika alasan diterima, guna kemudahan cuti rehat secara formal dengan mengisi borang permohonan cuti untuk diluluskan/memohon melalui e-Cuti
TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI • Tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran ketua jabatan (KJ) terlebih dahulu / tanpa sebab-sebab yang munasabah boleh menyebabkan tindakan tatatertib. • Jika tidak hadir bertugas selama 7 hari berturut-turut & tidak dapat dikesan, KJ hendaklah menghantar surat secara Pos Berdaftar Akuan Terima kepada pegawai di alamat terakhir diketahui.
PEMBERIAN CUTI • Diberi kerana perkhidmatan • Diberi atas sebab perubatan • Diberi bagi tujuan tertentu Cuti tidak diberi secara automatik. Cuti perlu diluluskan oleh KJ/ Kuasa Tertentu . (mengikut mana yang berkenaan). Ia juga boleh diberi apabila seseorang pegawai itu berkelayakan di bawah peraturan jenis-jenis cuti yang berkaitan.
PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN • “ bermakna perkhidmatan diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat & cuti sakit , tetapi tidak termasuk : • Cuti separuh gaji • Cuti tanpa gaji • Cuti haji • Cuti sakit tibi, kusta & barah
contoh: (tempoh perkhidmatan) Tempoh perkhidmatan yang melayakkan cuti rehat dalam satu tahun 365 hari Tempoh perkhidmatan yang melayakkan ditolak 40 hari kerana cuti haji 40 hari Tempoh perkhidmatan yang melayakkan cuti rehat dalam tahun bercuti haji 325 hari Kelayakan cuti rehat setahun 25 hari Jika tempoh yang melayakkan 365 hari ia layak cuti rehat sebanyak: 22 hari
DIBERI KERANA PERKHIDMATAN • Cuti rehat; • Cuti separuh gaji yang diberi atas sebab-sebab kesihatan sanak-saudara; dan • Cuti tanpa gaji atas sebab persendirian yang mustahak Jenis cuti:
DIBERI ATAS SEBAB KESIHATAN JENIS CUTI • Cuti sakit • Cuti bersalin • Cuti tibi, kusta, barah dll
DIBERI BAGI TUJUAN TERTENTU • JENIS CUTI A. CUTI HAJI B. CUTI BERKURSUS C. CUTI TANPA REKOD
PENGURUSAN CUTI • KEMUDAHAN CUTI HENDAKLAH DIBERI MENGIKUT KELAYAKAN KEPADAPEGAWAI YANG LAYAK. • KELULUSAN CUTI HENDAKLAH DIREKODKAN DALAM BRP. CUTI REHAT DAN CUTI SAKIT BIASA DIREKODKAN DALAM LEMBARAN CUTI BRP SAHAJA. • BAGI JENIS-JENIS CUTI YANG LAIN, SEPERTI CUTI HAJI, CUTI BERSALIN, DLL DIREKODKAN DALAM KEDUA-DUA LEMBARAN PERKHIDMATAN DAN LEMBARAN CUTI BRP. • KELULUSAN CUTI TANPA REKOD PERLU DIREKODKAN DALAM LEMBARAN PERKHIDMATAN BRP SAHAJA BAGI MENENTUKAN KELAYAKAN CUTI TANPA REKOD SETERUSNYA.
Kesilapan mengurus pentadbiran cuti boleh memberi kesan kepada pengurusan sumber manusia: a. Cuti rehat terlebih diberi b. Terlebih bayar emolumen selepas habis cuti rehat biasanya; c. Tersilap pemberian pergerakan gaji tahun (PGT) / tidak diberi PGT d. Pengumpulan GCR tidak teratur.
CUTI REHAT TAFSIRAN “ cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari Januari hingga Disember”
DASAR CUTI REHAT • Tujuan Kecekapan dan kepentingan pegawai • Seberapa yang boleh, Ketua Jabatan hendaklah menyediakan giliran cuti rehat BILA BOLEH DIAMBIL: “ cuti rehat bagi sesuatu tahun boleh diambil bila-bila masa sahaja dalam tahun itu. Kuasa meluluskan – Ketua Jabatan.
KELAYAKAN CUTI REHAT KELAYAKAN CUTI REHAT BAGI PEGAWAI KONTRAK: • Layak diberi cuti rehat mengikut syarat kontrak • Diberi mengikut kelayakan pegawai tetap yang • berkhidmat kurang 10 tahun. • Bagi pesara, layak diberi kelayakan Cuti Rehat mengikut kelayakan • sebelum bersara. • Baki cuti yang tidak diambil akan luput apabila kontrak mereka tamat.
TAMBAHAN 5 HARI Pegawai yang telah berkhidmat lebih 10 tahun layak diberikan tambahan cuti rehat 5 hari. Kecuali pegawai Gred 31 dan ke atas yang dilantik PADA atau SELEPAS 1/9/2005 tidak lagi layak diberi tambahan cuti rehat 5 hari (dari 30 kepada 35 hari setahun) apabila genap 10 tahun berkhidmat.( PP 20 / 2005 ) * Peraturan ini tidak terpakai kepada pegawai yang sedang berkhidmat sebelum 1/9/2005 yang akan terus menikmati tambahan 5 hari cuti rehat)
JATUH SAKIT KETIKA BERCUTI REHAT Jika jatuh sakit ketika sedang bercuti rehat di Malaysia, Ia layak diberi cuti sakit jika diperakukan oleh Doktor. Sebarang cuti rehat yang belum dihabiskan boleh Disambung. Walau bagaimanapun, jika diperlukan, Ketua Jabatan boelh memanggil pegawai bertugas.
Jika jatuh sakit ketika sedang bercuti rehat DI LUAR MALAYSIA, ia tidak layak diberi cuti sakit melainkan jika: • Jatuh sakit pada tarikh sepatutnya balik ke Malaysia; • Sakitnya berlanjutan hingga tarikh sepatutnya balik ke Malaysia; • Dimasukkan ke hospital; • Permohonan cuti sakit disokong dengan sijil sakit dari doktor kerajaan di luar negeri di mana ia bercuti rehat dan dalam sijil dinyatakan jenis sakit, tarikh mula masuk hospital dan tarikh dijangka keluar hospital, dan • Mengambil peluang untuk balik ke Malaysia seelok-elok sahaja ia sihat. Ia diangggap tidak sihat untuk membuat perjalanan jauh dalam tempoh 7 hari dari tarikh keluar hospital.
BERCUTI REHAT KE LUAR NEGARA Mengemukakan permohonan e-cuti Mulai 31/12/2004 (dibawah PP8/2004) – bayaran premium insurans ditanggung oleh KJ. Premium yang diambil memberi perlindungan kesihatan selama 31 hari bermula dari tarikh pegawai berlepas ke luar negara. Ia meliputi: perbelanjaan perubatan, hospital & rawatan. Terhad sekali dalam setiap tahun kalendar sahaja. SPKLLN Seseorang pegawai yang ke luar Negara atas urusan sendiri dekehendaki mengambil premium perlindungan insurans kesihatan atas tanggungan sendiri
PENGUMPULAN GCR Baki cuti rehat juga tidak boleh dikumpulkan untuk GCR (skim gantian cuti rehat) secara automatik melainkan jika KJ berpuas hati terdapat kepentingan perkhidmatan yang menyebabkan baki cuti rehat itu tidak dapat diambil atas kepentingan perkhidmatan
Jika TIDAK mengumpul GCR • Jika TIDAK mengumpul baki cuti rehat untuk GCR, KJ boleh membenarkan ia membawa baki cuti rehat setakat 2 tahun kelayakan cuti rehat ke tahun hadapan. Baki cuti tahun pertama akan luput pada akhir tahun ketiga. • Jika kelayakan 20 hari setahun ia boleh membawa 40 hari CR ke tahun hadapan Baki cuti rehat selebihnya jika ada akan luput Pada tahun baru ia layak diberi cuti rehat sebanyak 60 hari (40+20=60 hari)
Jika mengumpul GCR • Jika mengumpul sebahagian dari baki cuti rehat untuk GCR, jumlah cuti rehat yang dikumpul GCR selama 2 tahun berturut-turut dan baki yang dibawa ke tahun hadapan tidak boleh melebihi 2 tahun kelayakan cuti rehat. • JIka kelayakan CR 20 hari setahun dan baki CR ada 45 hari, 10 hari dikumpul. Cuti 30 hari dibawa ke tahun baru. Baki CR 5 hari luput
MENGHABISKAN CUTI SEBELUM BERSARA • Semua baki cuti rehat perlu dihabiskan sebelum bersara • Baki cuti rehat yang tidak dihabiskan selepas bersara dikira pupus • Baki cuti rehat selepas bersara tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya sekira jika kakitangan yang bersara disambung perkjidmatan secara kontrak
CUTI TANPA GAJI (CTG) • Sebab persendirian yang mustahak • 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari. • Telah mengambil semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan • Telah genap 6 bulan perkhidmatan • Dicatatkan dalam kenyataan perkhidmatan • Tidak di ambil kira untuk tujuan pencen • Tidak boleh digunakan untuk tujuan notis letak jawatan
` CUTI TAMPA GAJI MENGIKUT PASANGAN • Cuti tanpa gaji bagi pegawai yang mengikuti pasangan bertugas / berkursus di dalam / di luar negeri. • Kelayakan pemohon • Dengan syarat pasangan mereka : • Telah dilantik berkhidmat oleh pihak berkuasa melantik / diluluskan bertukar / berkursus oleh Ketua Jabatannya. • Terdiri daripada pegawai kerajaan, perbadanan awam atau syarikat swasta atau jika bukan pegawai mana-mana agensi tersebut, hendaklah telah dianugerahkan bantuan kewangan oleh kerajaan.
Memerlukan ‘kepentingan bersama pasangan’ • yang melibatkan perkhidmatan dan kepentingan • jawatan tertentu. Tempoh : 3 tahun sahaja atau ikut yang lebih pendek. Cuti tanpa gaji Berikutnya hanya boleh dipohon selepas kembali berkhidmat Selama 3 tahun dari tarikh CTG sebelumnya dan awal. Faedah/Kesan Pergerakan gaji 3 kali secara isyarat
CUTI TAMPA GAJI KERANA BERSALIN • CUTI UNTUK PENJAGAAN ANAK • CUTI YANG LAYAK DIAMBIL SEBANYAK 90 HARI DAN BERMULA PADA HARI KE 61 SELEPAS BERSALIN • KAKITANGAN YANG MELAHIRKAN ANAK YANG KEEANAM DAN SETERUSNYA • CUTI YANG LAYAK DIAMBIL SEBANYAK 60 HARI TERMASUK BAKI CUTI REHAT
CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN JENIS-JENIS CUTI: cuti Sakit cuti sakit lanjutan cuti tanpa gaji (selepas tamat cuti sakit lanjutan) cuti kerantina cuti bersalin cuti kecederaan cuti tibi cuti kusta cuti barah lain-lain cuti sakit yang panjang
CUTI SAKIT TAFSIRAN “ bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan dan dengan mengemukakan Sijil Sakit dari seorang pegawai perubatan Kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima, dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh ” SIJIL SAKIT TAFSIRAN “ bermakna sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh doktor serta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar”
PEGAWAI PERUBATAN • TAFSIRAN: “ bermakna seseorang doktor perubatan atau doktor pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia dan bagi maksud Perintah-Perintah Am 6 & 32 termasuk seorang doktor perubatan atau doktor pergigian yang berkhidmat dengan sebarang hospital universiti atau Angkatan Tentera Malaysia” PANEL DOKTOR • TAFSIRAN: “ bermakna seseorang doktor prevet yang diluluskan oleh Kerajaan untuk menjadi ahli Panel Doktor bagi tujuan mengeluarkan sijil sakit yang tidak perlu ditandantang timbal oleh seseorang pegawai perubatan sebelum boleh diterima oleh KJ”
CUTI SAKIT • Ketua jabatan boleh meluluskan cuti sakit kepada pegawai yang jatuh sakit dan diperakui oleh Pegawai Perubatan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas jawatannya. (SYARAT: cuti sakit itu dihabiskan di hospital atau di rumah pegawai melainkan jika ditetapkan selainnya oleh pegawai perubatan. HAK KUASA MELULUS: Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti sakit sehingga 90 hari pada satu-satu masa atau 90 hari dalam setahun. Selebihnya hendaklah diluluskan oleh Kuasa Tertentu selama tidak melebihi 90 hari
Mulai 27 Apil 2006 CS boleh di klinik swasta/hospital swasta • Pesakit luar CS tidak melebihi 15 hari setahun • Pesakit dalam CS tidak melebihi 180 hari setahun • Cuti sakit 90 hari pertama dliluluskan oleh KJ dan 90 hari seterusnya diluluskan oleh Ketua Setia usaha
CUTI SAKIT LANJUTAN KELAYAKAN : • Telah menghabiskan kesemua cuti sakit selama 180 hari yang dilulus oleh Ketua Jabatan dan Kuasa Tertentu. • Telah menghabiskan kesemua cuti rehat yang terkumpul dan yang layak; dan • Diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai tidak sihat untuk bertugas tetapi ada harapan untuk sihat semula dan memerlukan masa berehat. TEMPOH: Tidak melebihi 90 hari (Semasa dalam bercuti sakit lanjutan ia layak dibayar separuh gaji. Sijil sakit boleh diterima untuk membayar separuh gaji sementara menunggu keputusan Lembaga Perubatan * Tanpa sijil sakit, tidak boleh dibayar gaji.
CUTI PEMULIHAN • Seorang pegawai yang telah sihat untuk menjalankan tugas, tetapi pada pandangan Lembaga Perubatan lebih manafaat untuk dia berehat untuk satu jangka waktu tertentu • Kuasa tertentu boleh meluluskan apa-apa cuti separuh gaji yang ia berkelayakan di abawah Perintah Am 13 atau cuti tampa gaji dibawah Perintah Am 14 dgn peruntukan Perintah Am 22(b) dipanjangkan kepadanya
CUTI TIBI, KUSTA DAN BARAH * Cuti ini adalah cuti bergaji penuh selama tempoh seperti berikut: - Kemudahan juga boleh diberi kepada pesakit yang menghidap penyakit yang memerlukan rawatan panjang untuk pulih. Jenis penyakit adalah seperti yang diperakukan oleh Lembaga Perubatan.
CUTI SEPARUH GAJI KERANA TIBI, KUSTA ATAU BARAH • Pesakit perlu mengambil cuti rehat yang layak setelah habis cuti tersebut. • Jika belum pulih, boleh diberi cuti separuh gaji oleh Kuasa Tertentu – tidak melebihi 12 bulan apabila diperaku oleh Lembaga Perubatan. • Layak diberi PGT secara isyarat – 3 kali jika CSG melebihi 180 hari dalam 1 tahun kalendar.
CUTI KERANTINA • Seseorang pegawai yang ditahan di mana-mana pusat kerantina dari perjalanan balik ke Malaysia dari luar negeri (kerana terdapat wabak penyakit berjangkit) di negara itu / dalam perjalanan melalui pelabuhan atau lapangan terbang, tempoh penahanan itu dianggap sebagai cuti kerantina bergaji penuh. • TEMPOH: sepanjang penahanan oleh pihak berkuasa kesihatan. • Boleh juga diberi jika pegawai dikurung di rumah kerana wabak penyakit berlaku di rumah. • Jika penahanan disebabkan pegawai disyaki / didapati sakit, tempoh penahanan itu hendaklah dikira sebagai cuti bergaji penuh
CUTI BERSALIN • Boleh diberi selama 60 hari termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum • Tidak layak diberi cuti sakit • Untuk bersedia bersalin dan pulih dari bersalin. • Diberi sehingga 5 kali sepanjang perkhidmatan dalam sektor awam. • Layak memohon cuti tanpa gaji bagi tujuan menjaga anak sehingga 90 hari • Cuti hendaklah diambil selepas tamat cuti bersalin (mulai hari ke 61 dari tarikh permulaan cuti bersalin).
BERSALIN SELEPAS 5 KALI CUTI BERSALIN • Layak bercuti selama sehingga 60 hari dari tarikh bersalin. • Jenis cuti yang layak diberi ialah cuti rehat dan cuti tanpa gaji. TIADA KELAYAKAN CUTI SAKIT • Pegawai yang bersalin TIDAK LAYAK diberi cuti sakit dalam tempoh 60 hari dari tarikh cuti bersalin. • Jenis cuti yang layak diberi ialah cuti rehat dan cuti tanpa gaji. • Surat perakuan Doktor diperlukan
CUTI BERSALIN KAKITANGAN KONTRAK • Kemudahan ini diberikan kepada kakitangan kontrak mulai 22 Jun 2005 • Boleh diberi selama 60 hari.. • Diberi sehingga 5 kali sepanjang perkhidmatan dalam sektor awam. • Layak memohon cuti tanpa gaji bagi kelahiran ke6 sehingga 60 hari
CUTI ISTERI BERSALIN • Pegawai lelaki- diberi CTR kerana isteri bersalin selama 7 hari (mulai 1/1/2003) • Boleh diberi sebanyak 5 kali dalam tempoh perkhidmatan. • Salinan perakuan bersalin perlu dikemukan kepada ketua jabatan.
LAIN-LAIN CUTI • Cuti Haji • Cuti kerana Berkursus • Cuti Tanpa Rekod
CUTI HAJI “ Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh kepada pegawai –pegawai beragama Islam untuk menunaikan fardhu Haji di Mekah bagi satu jangkamasa yang diperlukan untuk menunaikan amalan tersebut tetapi tidak melebihi 40 hari. (Masa yang diambil lebih dari 40 hari akan menggunakan baki cuti rehat atau memohon cuti tanpa gaji ”
KELAYAKAN • Pegawai tetap – telah disahkan dalam jawatan • Pegawai sementara – telah berkhidmat secara berterusan tidak kurang dari 6 tahun • Pegawai kontrak – syarat: belum pernah menunaikan haji bagi kakitangan kontrak yang dilantik selepas bersara • berkhidmat 5 tahun secara berterusan bagi kakitangan perlantikan baru. *
CUTIKERANABERKURSUS @ CUTI BELAJAR • CUTI BELAJAR – boleh diberi untuk mengikuti apa jua jenis latihan atau pengajian yang diakui diperingkat diploma, ijazah asas, ijazah lanjutan atau kursus lanjutan. • Tertakluk kepada permohonan dan kelulusan, pegawai dibayar gaji penuh, separuh gaji, tanpa gaji, atau diberi elaun yang bersamaan dengan separuh gaji.
JENIS CUTI BELAJAR KESAN KEPADA SKIM PENCEN • Kesan kepada penghitungan faedah pencen adalah seperti berikut: Bergaji penuh Tempoh cuti boleh diambilkira Separuh gaji Tempoh cuti boleh diambilkira Tanpa gaji atas sebab dasar awam Tempoh cuti boleh diambilkira Tanpa gaji Tidak boleh diambilkira Dibayar elaun Bersamaan separuh gaji Tidak boleh diambilkira
JENIS CUTI BELAJAR KESAN KEPADA PEGERAKAN GAJI • Kesan kepada pegerakan gaji mulai 1.11.2002adalah seperti berikut: Bergaji penuh Mendapat pegerakan gaji secara sebenar Mendapat pegerakan gaji secara sebenar atas kadar Separuh agji Separuh gaji Mendapat pegerakan gaji secara isyarat Tanpa gaji
SELEPAS TAMAT CUTI BELAJAR • Ketua jabatan, atas permohonan pegawai, boleh meluluskan cuti tidak berekod tidak melebihi 7 hari kepada pegawai selepas menamatkan kursus latihan atau pengajian yang tempohnya melebihi 12 bulan Cuti sabatikal 14 hari cuti
CUTI TANPA BEREKOD • JENIS-JENIS CTR: • Cuti gantian • Cuti latihan pasukan sukarela • Cuti menghadiri latihan/khemah kerja tahunan pertubuhan/persatuan • Cuti lain-lain kursus • Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama • Cuti memasuki peperiksaan • Cuti menghadiri mesyurarat persatuan ikhtisas • Cuti mengambil bahagian dalam olahraga / sukan • Cuti tugas khas perubatan • Cuti isteri bersalin • Cuti urusan kematian ahli keluarga terdekat • Mengikuti kursus intensif di bawah program PJJ • Cuti tanpa rekod di bawah program PLKN
CUTI GANTIAN “ Bagi menggantikan masa bertugas lebih masa atas kepentingan awam/perkhidmatan yang tidak berkelayakan dibayar elaun lebih masa/bayaran khas” Contoh: - menghadirkan diri untuk bekerja lebih awal; - bertugas pada hari minggu dan kelepasan am; - bertugas lebih masa dari waktu yang ditetapkan. • Jumlah cuti sama dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa itu • Diambil bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan. Jika tidak dianggap luput.