250 likes | 1.03k Views
MINGGU 2 MODUL 1: PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN TOPIK 3 ETIKA KEUSAHAWANAN. OBJEKTIF. Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat: Memahami konsep keberkatan (barakah) dalam perniagaan. Memahami etika keusahawanan dan budaya niaga. A) Pengenalan.
E N D
MINGGU 2MODUL 1: PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANANTOPIK 3ETIKA KEUSAHAWANAN
OBJEKTIF Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat: • Memahami konsep keberkatan (barakah) dalam perniagaan. • Memahami etika keusahawanan dan budaya niaga.
A) Pengenalan • Definasi keusahawanan dari perspektif Islam: mana-mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh seseorang sama ada dengan menghasilkan sesuatu barangan atau sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah (hukum Islam). • Islam melihat bidang keusahawanan sebagai suatu bidang yang boleh menyumbang kepada sumber ekonomi dan kekayaan individu bagi menyara kehidupan sehariannya. Rasulullah bersabda “Sesungguhnya 9/10 dari sumber rezeki terdapat dalam perniagaan” • Bidang keusahawanan adalah fardu kifayah. Ini bererti tanggungjawab usahawan adalah besar kerana ia adalah satu kewajipan.
Mengikut Islam B) ETIKA KEUSAHAWANAN
MINGGU 2MODUL 1 : PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANANTOPIK 4: KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PERNIAGAAN
OBJEKTIF Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat: • Memahami aspek kreativiti dan inovasi dalam perniagaan • Mengetahui kaedah berfikir secara kreatif dan inovatif • Mengenal pasti strategi yang dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi
4.1 Definisi Kreativiti Dan Inovasi Idea Apa itu kreativiti?. • Schermerhorn, Hunt dan Osborn (2003), kreativiti adalah melibatkan perkembangan yang tiada tolak bandingnya dan merupakan jawapan kepada sesuatu masalah yang bakal diperolehi. • Ia amat mustahak dalam bertindakbalas kepada masalah yang kompleks dalam persekitaran perniagaan. Apa itu inovasi? • Setelah menjalani proses kreatif dan memperolehi penyelesaian terbaik usahawan kemudiannya melakukan aplikasi inovasi. • Inovasi adalah kunci kepada kejayaan sesebuah perniagaan. • Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah kaedah menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Kaedah
4.2 Proses kreativiti Kuratko dan Hodgetts (2004)- 4 fasa dalam proses kreativiti 4.3 Bagaimana Membina Idea Yang Kreatif? Melihat alam sekitar dan situasi daripada perspektif yang songsang dan berbeza daripada pemikiran logik
4.4 Ciri-ciri individu yang kreatif Terdapat lapan ciri individu yang kreatif, iaitu: • Seorang yang merendah diri dan bangga diri dalam waktu yang sama. • Mempunyai perasaan yang amat kuat terhadap kerja mereka. • Seorang yang berani untuk mencuba idea yang baru. • Seorang yang bersifat terbuka apabila menerima kritikan. • Seorang yang mempunyai kombinasi sikap yang suka bermain dan pada masa yang sama seorang yang berdisiplin atau bertanggungjawab. • Seorang yang mempunyai kawalan diri yang baik. • Seorang yang mempunyai matlamat, tidak tergesa-gesa dan mampu membuat pertimbangan rasional dalam sebarang keputusan. • Seorang yang sanggup mengambil risiko yang telah dikenal pasti
4.5 Teknik menjana idea kreatif dan inovatif. i. Percambahan Fikiran Kaedah ini sering digunakan di dalam menghasilkan idea. Setiap ahli akan mencadangkan idea dan kemudiannya dibincangkan bersama. Menurut William (2000), terdapat empat peraturan dalam menggunakan kaedah ini: • Lagi banyak idea lagi baik • Semua idea perlu diterima walaupun idea tersebut kelihatan tidak logik. • Gunakan idea daripada kumpulan lain untuk memperolehi input yang lebih banyak. • Kritikan atau penilaian tidak dibenarkan.
ii. Analogi Paksaan • Teknik ini amat berguna dalam menjana idea. Untuk membina sesuatu hubungan ia memerlukan objek atau kad gambar yang membantu untuk menjana idea. Objek atau kad dipilih secara rawak dan dilihat apa kaitannya secara paksa
iv. Peta Minda • Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan untuk mengurus dan membangunkan pendapat. • Kaedah ini juga boleh digunakan untuk membangunkan produk baru, menyelesaikan masalah, merancang strategi dan membangunkan sesuatu proses. Dalam kaedah ini sama seperti brainstorming, semakin banyak idea semakin baik
Selain itu teknik lain yang boleh digunakan untuk membina idea kreatif antaranya adalah: • Teknik senarai sifat - menyenaraikan sifat-sifat secara terperinci dan dipinda serta dirombak mengikut kesesuaian kos, fungsi, perkhidmatan dan keselamatan. • Teknik Tarikh Luput - menetapkan tempoh tertentu untuk memberi tekanan kepada individu menerbitkan idea kreatif. • Teknik Asosiasi - melibatkan hubungan mental antara dua objek ataupun idea. • Teknik Asosiasi mendesak - teknik perkaitan yang menggabungkan dua objek ataupun lebih yang berbeza sama sekali. • Teknik Dua Kata - menyenaraikan kata frasa alternatif bagi setiap kata.
Teknik Sensori - menggunakan deria sensitif dengan menghasilkan kerjasama yang bersifat simbiotik dan kreatif pada persekitaran. • Teknik ke Matahari - memperbaiki produk dan menyelesaikan masalah yang bersifat umum dengan mengaitkan matahari sebagai punca tenaga. • Teknik Rangsangan Imej - menekankan penggunaan daya imaginasi dengan menggunakan pelbagai sumber yang bergambar. • Teknik Produk Kontra - menggunakan kata kerja dan antonim bagi menerbitkan alternatif lain. • Teknik songsang - menterbalikkan idea lama kepada idea baru dengan menunjukkan sifat berlawanan sama sekali dengan idea lama. • Teknik Senarai Semak - menggunakan kata kunci senarai semak dan digabungkan dengan soalan-soalan provokatif. • Teknik Batu loncatan - memberikan dasar pertimbangan dan penilaian kepada idea tanpa membuat sebarang penilaian benar ataupun salah.
4.6 Jenis-jenis inovasi i. Penciptaan - Mencipta produk, perkhidmatan atau proses yang baru. Ia mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba. ii. Perluasan - Penambahan atau tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses yang sedia ada. iii. Duplikasi - Proses membuat pendua terhadap produk, perkhidmatan atau proses sedia ada dengan bukan sekadar meniru, akan tetapi menambah dari segi fungsian tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses sedia ada tersebut. iv. Perpaduan - Proses untuk menggabungkan bahagian-bahagian lain untuk menjadi satu produk atau aplikasi yang baru dengan mengambilkira beberapa idea yang sedia ada.
4.7 Halangan kepada inovasi Halangan-halangan tersebut adalah: • Terdapat organisasi yang tidak menggalakkan inovasi atau menolak sebarang perubahan. • Masalah dari segi kekurangan sumber merupakan halangan kepada inovasi. • Terdapat pihak pengurusan yang menghalang atau mengawal kakitangannya daripada menjadi lebih kreatif. • Takut untuk mencuba. • Takut untuk melakukan kesilapan. • Motivasi yang salah atau silap. • Takut kepada kegagalan. • Kurangkeyakinandan percayakepadadirisendiri.
4.8 Strategi untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi. i. Mengenalpasti kebolehan dan kemampuan sendiri agar ia tidak menghalang kepada proses kreatif dan inovatif. ii. Menukar persepsi dengan melihat sesuatu masalah sebagai sesuatu peluang dan mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik. iii. Menukar budaya organisasi dengan menggalakkan kakitangan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Ganjaran akan diberikan kepada kakitangan yang kreatif. iv. Sanggup menghadapi sebarang kegagalan dan mencari jalan penyelesaian untuk mendorong kemajuan dalam syarikat. Finish