310 likes | 576 Views
KECERDASAN PELBAGAI & GAYA PEMBELAJARAN. Definisi Kecerdasan Gardner. Kebolehan menyelesaikan masalah dalam kehidupan Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan Kebolehan menghasilkan sesuatu atau menyumbang khidmat yang dianggap berguna dalam budaya masing-masing.
E N D
Definisi Kecerdasan Gardner • Kebolehan menyelesaikan masalah dalam kehidupan • Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan • Kebolehan menghasilkan sesuatu atau menyumbang khidmat yang dianggap berguna dalam budaya masing-masing.
7 Jenis Kecerdasan • Dalam ‘Frames of mind: The theory of multiple intelligences’, 1983, Howard Gardner mengemukakan 7 jenis kecerdasan. • Tetapi, Bilangan kecerdasan tidak terhad kepada yang dikemukakannya sahaja. • Setiap satu daripada 7 kecerdasan mengandungi sub-kecerdasan lagi.
1. Kecerdasan Verbal Linguistik • Kebolehan berfikir dengan perkataan; menggunakan bahasa untuk menyatakan aras memahami maksud yang kompleks. • Penulis buku, penyajak, jurnalis, pembaca berita, penceramah, ahli politik – menunjukkan kecerdasan linguistik yang tinggi.
Petunjuk: • Suka mendengar dan bergerak balas kepada bunyi, ritma, dan bahasa lisan. • Suka permainan menggunakan perkataan. • Belajar melalui bacaan, menulis, mendengar dan berbincang. • Boleh bercakap kepada pelbagai jenis pendengar – meyakinkan, mempengaruhi, penuh perasaan dll. • Menunjukkan kebolehan belajar bahasa asing.
2. Kecerdasan Logik-matematik • Kecerdasan ini membolehkan seseorang mengira dengan mudah, atau menyelesaikan masalah matematik yang kompleks. • Saintis, ahli matematik, akauntan, jurutera, pengaturcara komputer menunjukkan kebolehan logik-matematik yang tinggi.
Petunjuk: • Mengguna simbol abstrak untuk menyatakan objek / konsep konkrit. • Menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah logikal. • Boleh mengenali pola & hubungan. • Suka operasi kompleks – kalkulus, fizik, pengaturcaraan komputer, kaedah penyelidikan. • Berfikir secara matematik – kumpul bukti, buat hipotesis, bina model, beri contoh yang menentang, & bina hujah yang meyakinkan.
3. Kecerdasan Visual Ruang • Kebolehan berfikir dalam 3 dimensi. • Kebolehan ‘melihat’ imej luar & dalam; mencipta, menukar, atau mengubahsuai imej tersebut. • Kebolehan ‘melayari’ ruang. • Kebolehan menghasilkan / memahami maklumat grafik. • Pelaut, pilot, pelukis, arkitek, pengukir batu di antara orang yang mempunyai kecerdasan visual ruang.
Petunjuk: • Belajar dengan melihat & memerhati. Kenal muka, objek, bentuk, warna, & pemandangan. • Boleh keluar dari hutan, memandu di jalan yang sebok, melayari laut & sampai ke pantai. • Melihat dalam bentuk imej – berfikir dalam bentuk gambar – guna gambaran untuk ingat sesuatu. • Suka melukis, mewarna, mengukir – hasilkan sesuatu dalam bentuk yang boleh dilihat. • Boleh fahami peta, rajah dan carta dengan mudah.
4. Kecerdasan kinesthetik • Kebolehan memanipulasi objek dan mencapai kemahiran fizikal yang tinggi. • Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk survival. • Ditemui di kalangan menari, pelakon, ahli sukan, pencipta, doktor bedah, pemandu kereta lumba dll.
Petunjuk: • Belajar dengan sentuhan, pegang, manipulasi bahan pembelajaran. • Mempunyai pergerakan refleks yang baik – imbangan, kelembutan, ketangkasan. • Suka belajar melalui penglibatan & pengalaman konkrit – lawatan, bina model, main peranan, permainan dll. • Menunjukkan kemahiran berlakon, bersukan, menari, menjahit, mengukir dll.
5. Kecerdasan Muzik • Jelas dapat dilihat pada individu yang sensitif kepada bunyi, melodi, ritma dan nada. • Ditemui di kalangan penghibur, pencipta, konduktor, jurutera rekording, pembuat alat muzik dll.
Petunjuk: • Perihatin & minat kepada bunyi – suara manusia, bunti alam sekitar, muzik dll. • Suka, seronok dan cari peluang untuk dengar muzik / bunyi alam sekitar semasa belajar. • Bergerak balas kepada muzik secara kinesthetik, emosi dan intelek. • Boleh bermain alat muzik. • Kenal, perihatin dan bincang tentang pelbagai stail muzik, pengaruh budaya dll.
6. Kecerdasan Interpesonal • Kebolehan mamahami dan berinteraksi dengan baik. • Ditemui di kalangan ahli politik, guru, pemimpin agama, kaunselor, juru jual dll.
Petunjuk: • Rapat dengan ibu bapa dan boleh berinteraksi dengan orang lain. • Bina dan jaga hubungan & pergaulan sosial. • Sedar tentang dan guna pelbagai cara untuk berhubung dengan orang lain. • Memahami perasaan, pemikiran, motivasi, tingkah laku, dan gaya hidup orang lain. • Suka aktiviti kumpulan – ambil bahagian bekerjasama – menjalankan tugas kumpulan. • Boleh menerima perspektif orang lain.
7. Kecerdasan Intrapersonal • Kebolehan membina persepsi tentang diri sendiri dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk merancang dan menentukan hala tuju kendiri. • Ditemui di kalangan novelis, kaunselor, ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli mistik.
Petunjuk: • Perihatin kepada emosi dan nilai-nilai kendiri. • Dapat mencari pendekatan untuk sampaikan perasaan atau pemikiran. • Berusaha untuk kenal pasti & capai tujuan hidup sendiri. • Boleh bekerja bersendirian. • Cuba memahami pengalaman dalaman. • Berusaha untuk memenuhi hasrat sempurna kendiri.
KP boleh dibahagi kepada 3 kategori: • 1. Kecerdasan berkaitan objek • Visual ruang • Logikal-matematikal • kinesthetik • 2. Kecerdasan bebas • verbal linguistik • muzik • 3. Kecerdasan berkaitan manusia • Interpersonal • intrapesonal
Kecerdasan Pelbagai Kercedasan berkaitan objek Kercedasan berkaitan manusia Kercedasan bebas
Implikasi KP • Persekitaran pembelajaran – menyediakan penglaman pembelajaran yang melibatkan pelajar untuk membina 7 kecerdasan. • Kurikulum seimbang – memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan mengembangkan 7 kecerdasan mereka. • Guru menggunakan 7 kecerdasan dalam menyediakan bahan pengajaran. • Ibu bapa dilibatkan untuk mengajar anak mereka kemahiran sosial.
Implikasi KP • Matlamat kurikulum – mengajar supaya pelajar faham. Skop kurikulum boleh disempitkan supaya pelajar belajar lebih mendalam tentang konsep asas bidang. • Pelajar belajar arah kendiri dengan memulakan dan menyiapkan projek pilihan mereka. • Sekolah menekankan perkembangan kemahiran tertentu melalui penerokaan. • Sekolah menggalakkan pembinaan pengetahuan dan kreativiti.
Implikasi KP • Bakat dan minat pelajar individu boleh dikenal pasti dan dikembangkan. Pelajar diberi peluang untuk ambil bahagian dalam kokurikulum pilihan mereka. • Dengan kerjasama guru, pelajar kenal pasti cara mereka harus dinilai. • Maklum balas didapati daripada guru, rakan sebaya, orang luar, dan refleksi.
Gaya Pembelajaran • Dalam keadaan yang bagaimana pelajar lebih mudah menerima maklumat? • Dalam keadaan yang bagaimana pelajar boleh menyusun dan memproses maklumat? • Dalam keadaan yang bagaimana pelajar dapat menyimpan maklumat?
Dapatan Kajian • 30% pelajar ingat 75% daripada yang didengar dalam kelas biasa. • 40% ingat 75% daripada apa yang dibaca & dilihat (sama ada proses maklumat dalam bentuk perkataan atau dalam bentuk gambar) • 15% belajar melalui sentuhan – pegang, tulis, lukis – pengalaman konkrit. • 15% pelajar cerdas kinestetik – boleh belajar dengan melakukan.
Bagaimana memproses maklumat • Pelajar ‘otak kiri’ belajar dengan mudah jika maklumat disusun secara logikal dan berturutan. • Pelajar ‘ otak kanan’ lebih suka kepada gambaran keseluruhan terlebih dahulu, di samping pengajaran yang melibatkan gambaran, imaginasi, muzik, kesenian dan intuisi.
Pengaruh keadaan • Persekitaran fizikal – bunyi, cahaya, suhu, tempat duduk, cara duduk mempengaruhi kebolehan belajar • Keperluan emosi – diri dan orang lain • Keperluan sosial – kebanyakkan pelajar prestasi rendah sangat memerlukan galakkan dari rakan sebaya
Gaya Pembelajaran Every human being has a learning style and every human being has strengths. It’s as individual as a signature. No learning style is better or worse than any other style. All groups – cultural, academic, male, female – include all types of learning styles. Within each culture, socio-enomic strata or classroom, there are as many differences as there are between groups. Ken & Rita Dunn
Soalan 1 Perkara di bawah merujuk kepada sejenis kecerdasan :- • Ingatan jangka panjang • Analisis meta-linguistik • Meyakinkan orang lain tentang jenis tindakan yang diambil. • Intrapersonal • Logikal/matematik • Lisan/linguistik • Interpersonal
Soalan 2 Gaya pembelajaran merujuk kepada cara atau gaya seseorang memproses maklumat, membuat keputusan, dan membentuk nilai. Gaya pembelajaran dapat dilihat melalui tingkah laku seseorang. • Apakah persamaan dan perbezaan utama antara gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai?
Rujukan Campbell, Campbell & Dickinson. (1996). Teaching and learning through multiple intelligences. Massachusetts, USA: Allyn & Bacon. Dryden, G. & Vos, J. (1994). The learning revolution. California: Jalmar Press.