1 / 52

NASAB ANAK LUAR NIKAH: UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

NASAB ANAK LUAR NIKAH: UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA. DR AZIZAH MOHD JABATAN UNDANG-UNDANG ISLAM AIKOL, UIAM. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM). LOCATION: Main Campus: Gombak, Selangor (283 hectares) Centre for Foundation Studies Campus: Petaling Jaya & Nilai

brier
Download Presentation

NASAB ANAK LUAR NIKAH: UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. NASAB ANAK LUAR NIKAH: UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA DR AZIZAH MOHD JABATAN UNDANG-UNDANG ISLAM AIKOL, UIAM

  2. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM) LOCATION: • Main Campus: Gombak, Selangor (283 hectares) • Centre for Foundation Studies Campus: Petaling Jaya & Nilai • Kuantan Campus: Bandar Indera Mahkota (404 hectares) • International Institute of Islamic Thought & Civilization (ISTAC) Campus: Kuala Lumpur (8 hectares)

  3. POPULATION • STUDENTS: • Undergraduate: 15,807 Students • (Malaysian: 14,003, Internationals: 1,804) • Postgraduate: 3,008 Students • International students come from over 90 countries • STAFF: • Academic Staff: 1,633 Lecturers • Administrative Staff: 1,489 Staff (As of June 2007) (As of Feb 2007) LANGUAGE • Medium of instruction: • ENGLISH • ARABIC(for faculty of Laws & Islamic Revealed Knowledge) FACULTY • No. of faculties: 15 (Some of them include; Laws, Economics & Management Sciences, Engineering, Architecture, Medicine, Allied Health Sciences, Dentistry and Pharmacy)

  4. Pendahuluan • Anak merupakan aset sesebuah keluarga. • penyambung generasi dan keturunan • penyambung misi sesebuah masyarakat dan bakal mengganti pucuk pimpinan Negara. • Demi menjamin satu masa depan yang gemilang, Islam mensyariatkan supaya ia dilahirkan di dalam satu ikatan yang suci murni iaitu ikatan perkahwinan

  5. Pendahuluan Samb… • Ikatan perkahwinan: satu permulaan yang mulia • menjanjikan satu kehidupan yang penuh bermakna bagi anak-anak, • mereka terhasil melalui jalan yang syar’I penuh dengan kehormatan. • memberikan anak-anak satu nasab keturunan yang sah yang bakal menjanjikan pula perlindungan hak-hak

  6. Pendahuluan Samb… • Nasab adalah juga merupakan satu hak kanak-kanak yang utama wajib ditunaikan oleh ibu bapa, • kerana sekiranya adanya nasab, kehormatan mereka terpelihara dan dalam masa yang sama hak-hak dan keperluan mereka tidak terabai dan dilindungi.

  7. Latar Belakang • Malangnya, dewasa ini, sealiran dengan perkembangan teknologi, Ramai kanak-kanak yang dilahirkan di luar pernikahan yang sah, yang mana ini bakal menafikan hak mereka ke atas nasab. • kehormatan mereka juga tercalar akibat dari perbuatan ibu bapa mereka yang tidak bertanggungjawab

  8. Latar Belakang Samb… • Di Malaysia kelahiran anak di luar perkahwinan yang sah (anak luar nikah) amat ketara dan berleluasa. • laporan resmi dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahwa sekitar 257.000 angka kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapanya sejak tahun 2000 hingga bulan Julai 2008. • Berdasarkan statistic kelahiran anak luar nikah, ada kemungkinan yang kelahiran kanak-kanak di luar nikah di Malaysia akan sentiasa meningkat tahun demi tahun.

  9. Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara

  10. Sumber: Hasyim (berita harian 21/03/2010)

  11. Sumber: Berita harian (21 Mac 2010)

  12. Fenomena Buang Bayi

  13. Samb…

  14. BuangbayidilantaifletPosted on February 4, 2009 by pemudasarawak

  15. Bayi ditemui dalam lubang tandas 14/12/2008 dalam keadaan sedang menghisap jari.

  16. Selamat Bayi.jpg

  17. Sumber: Polisi Diraja Malaysia (PDRM)

  18. Pengertian Nasab • Nasab adalah perkataan dari Bahasa Arab dari segi bahasanya yang bermaksud • keturunan atau asal usul seseorang • Dari segi istilah pula ia merujuk kepada hubungan darah yang menghubungkan manusia dengan ibu bapa serta datuk neneknya, anak-anak dan keturunannya dan juga kaum kerabatnya

  19. Pengertian Anak Luar Nikah • Seorang anak yang dilahirkan di luar pernikahan yang sah atau pernikahan syubhah

  20. Nasab Anak Luar Nikah: Peruntukan Undang-undang di Malaysia

  21. Pengenalan kepada sistem perundangan Malaysia • masyarakat Malaysia terdiri dari dua kumpulan masyarakat yang beragama Islam dan yang bukan Islam. • Bagi menepati penduduknya yang berbilang bangsa dan berlainan agama, Malaysia mempraktikkan sistem perundangan dualisma; Undang-undang Sivil dan Undang-undang Islam

  22. Perundangan Msia samb… • Penggubalan Undang-undang Islam diletakkan di bawah kuasa kerajaan Negeri. • Walau bagaimanapun, bidangkuasa Badan Perundangan Negeri dalam menggubal perkara-perkara mengenai undang-undang Islam adalah terhad

  23. Butiran 1 Senarai II (Senarai Negeri) Perlembagaan • “Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian,, pembahagian harta dan amanah bukan khairat….”

  24. Samb… • Nasab anak adalah satu perkara di bawah undang-undang diri dan keluarga • Di bawah bidangkuasa kerajaan negeri

  25. Samb… • Kuasa Badan Perundangan Negeri termasuklah menubuhkan mahkamah yang mempunyai bidangkuasa ke atas orang Islam (Mahkamah Syariah) • Perkara 121 (1A): Mahkamah Tinggi Sivil dan mahkamah di bawahnya tidak mempunyai bidang kuasa di dalam mana-mana perkara yang termasuk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah

  26. Nasab dan Anak Luar Nikah di bawah Akta Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 • nasab ditakrifkan sebagai keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah • Terma Anak luar nikah di Malaysia adalah ‘anak tak sahtaraf’ • “ tak sahtaraf berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah” seksyen 2

  27. Peruntukan Berkenaan Kesahtarafan Seorang Anak • “Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak bekahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu....” AUKI s. 110 • Peruntukan yang sama terdapat dalam Enakmen Negeri-negeri

  28. Peruntukan Lain • sekiranya seorang anak dilahirkan selepas empat tahun pembubaran perkahwinan, bekas suami tidak boleh dianggap sebagai bapa kepada anak tersebut kecuali si bapa atau warisnya mengaku anak tersebut adalah anak kepada lelaki itu – s. 111

  29. Kes-kes Yang Telah Diputuskan • Salim lwn Masiah • Masiah telah menuntut nafkah untuk anaknya Maimon. • Pernikahan pada 6 Oktober 1968 dan telah melahirkan seorang anak pada 2 Jun 1969. Si suami mendakwa beliau telah mengandung terlebih dulu sebelum bernikah dengannya. Mahkamah telah memutuskan bahawa anak tersebut adalah sah tarafnya.

  30. HjGhazali lwn Asmah • rayuan di atas keputusan Kadhi yang telah menghukumkan pihak perayu untuk membayar nafkah anak. • Perayu mendakwa bahawa anak itu bukan anaknya kerana isterinya telah mengandung terlebih dahulu sebelum mereka berkahwin. Responden telah berkahwin dengan perayu pada 7 November 1974 dan melahirkan anak pada 11 Ogos 1975. Mahkamah memutuskan bahawa anak yang dilahirkan selepas perkahwinan yang sah adalah sah tarafnya.

  31. Ismail lwn Kalam • Pihak menuntut telah menceraikan isterinya pada 28 September 1985. Seorang anak telah dilahirkan pada 23 September 1989. • Oleh kerana jarak perceraian dengan tarikh anak itu dilahirkan adalah lebih dari empat tahun, Mahkamah memutuskan bahawa anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada bekas suami ibu anak tersebut.

  32. Fatimah binti Abdullah dan Seorang lagi v Mat Zin bin Kassim • berkahwin dengan defendan pada 1 November 1976 dan bercerai pada 11 Disember 1976. Pada 26 November, plaintif pertama telah melahirkan seorang anak selepas setahun bercerai • ada berlakunya persetubuhan di antara plaintif petama dan defendan selama 5 kali, dan anak itu telah dilahirkan lebih enam bulan dari tarikh persetubuhan tersebut. • Diputuskan sabit nasab

  33. Norzaini binti Alias lwn Mohamad Sharif bin Mohamad Taib • pernikahan pada 10/4/1987. • bercerai pada 21/8/1989. • Anak dilahirkan pada 27/2/1988, iaitu selepas kandungan berusia 9 bulan • Sabit nasab

  34. Maryam Nurisa binti Othman lwn Huzairin bin Basir • pihak-pihak telah berkahwin pada 22 Ogos 2008. • Anak perempuan telah lahir pada 25 September 2008. • Plaintiff (ibu kanak-kanak) dalam keterangannya telah menyatakan bahawa dia telah mengandung dahulu sebelum berkahwin. Ini juga telah diakui oleh Defendan (bapa biologi anak tersebut. • Mahkamah: tak sahtaraf dan tak sabit nasab

  35. Peruntukan Berkenaan Persetubuhan Syubhah • “Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan syubhah dengan seorang perempuan dan kemudiannya perempuan itu melahirkan seorang anak dalam tempoh di antara enam bulan qamariah hingga empat tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu” s. 113

  36. Contoh kes persetubuhan syubhah • kes Ismail lwn Aris Fadilah dan Seorang lagi • Hussin lwn Saayahdan seorang lagi

  37. Pensabitan Nasab • “ Jika seseorang lelaki mengaku seorang lain, sama ada dengan nyata atau dengan tersirat, sebagai anaknya yang sah, lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu” s. 114

  38. Syarat2 Pengakuan • anak itu tidak berbapa • umur keduanya dalam keadaan yang munasabah bahawa wujud pertalian bapa dan anak • Anak bersetuju dengan pengakuan yang dibuat sekiranya pada masa pengakuan itu dibuat, dia telah dewasa. • ibu kepada anak boleh disatukan dalam perkahwinan yang sah ketika pembenihan anak itu.

  39. Syarat2 Pengakuan samb… • Pengakuan itu juga haruslah mengakui anak itu sebagai anak sahtaraf • Tujuan pengakuan dibuat untuk memberi kesahtarafan anak itu juga diambil kira dan pengakuan itu mestilah jelas maksudnya dan anak itu diakui sebagai anak kandungnya

  40. Peruntukan lain • Nafkah ATST – s. 80(1) • KesRoslanlwnZulkifli • Penjagaan (Hadanah) AnakTakSahtaraf • S. 85 – kesMaryamNurisabinti Othman lwnHuzairin bin Basir • Wali - Umum- Wali Raja • SharifahYulianabtSyed Ali Hanafiah v Muhammad Munif bin Osman

  41. Keputusan Fatwa Kebangsaan • “ Perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya”. • “Anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sahtaraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah”.

  42. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MKI) pada tahun 2004 • Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan; • Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh);

  43. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut takwim qamariah daripada waktu tamkin (setubuh) selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikuti Hukum Syarak.

  44. Fatwa Berkenaan Bank Air Mani dan Bayi Tabung Uji i - Mengadakan Bank air mani adalah haram dalam Islam. ii- Sekiranya bank air mani telah sedia wujud maka kerajaan hendaklah bertindak untuk menghapuskannya. iii- Permanian berhadas yang dilakukan kepada manusia adalah haram kecuali jika air mani daripada suami didapati secara muhtaram (diluluskan oleh syarak) dibenarkan oleh Islam. • iv – Penglibatan doktor pakar atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan bank air mani adalah haram

  45. Fatwa Bayi Tabung Uji • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-5 dan ke-6, 16-17 November 1982 & 10 Oktober 1983 • Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara “terhormat” adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah bayi tabung uji itu adalah tidak sah.

  46. Fatwa Bayi Tabung Uji • Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhaj menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak • Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat

  47. Perbandingan Negara Islam (Syria) • Di Syria, Qanun al-Ahwal al-Shakhsiyyah 1953, • S. 128 memperuntukkan; masa terpendek hamil ialah 180 hari, dan masa maksima hamil ialah setahun. • Seterusnya, s. 29 meletakkan dua syarat bagi nasab perkahwinan yang sah; • Kelahirannya melepasi masa terpendek hamil • Tidak sabit bahawa kedua suami isteri tidak dapat berjumpa dalam bentuk yang boleh dibuktikan oleh 5 pancaindera • Sekiranya salah satu dari syarat di atas tidak dipenuhi, maka tidak sabit nasab anak kecuali apabila ayahnya beriqrar atau mengakui bahawa anak itu adalah anaknya. (s 129 (2)

  48. Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah al-Kuwaiti no. 51, 1983 • Peruntukan yang sama terdapat di Kuwait,, yang memperuntukkan masa terpendek hamil ialah enam bulan qamariah dan masa terpanjang hamil ialah 365 hari (s. 166). • Dua syarat yang sama dikenakan untuk kesahtarafan (s. 169 (1)). Sekiranya syarat tidak mencukupi, tidak sabit nasab anak kecuali dengan iqrar dari suami

More Related