1 / 21

Prof.Datuk Dr. T.Subahan bin Mohd Meerah Ketua Pusat Penilaian Pendidikan Fakulti Pendidikan

KONFERENSI PENDIDIKAN DASAR INTERNASIONAL OKTOBER 2011. DAMPAK HASIL PENYELIDIKAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN TERHADAP PERKEMBANGAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH (SEKOLAH DASAR). Prof.Datuk Dr. T.Subahan bin Mohd Meerah Ketua Pusat Penilaian Pendidikan Fakulti Pendidikan

carson
Download Presentation

Prof.Datuk Dr. T.Subahan bin Mohd Meerah Ketua Pusat Penilaian Pendidikan Fakulti Pendidikan

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KONFERENSI PENDIDIKAN DASAR INTERNASIONAL OKTOBER 2011 DAMPAK HASIL PENYELIDIKAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN TERHADAP PERKEMBANGAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH (SEKOLAH DASAR) Prof.Datuk Dr. T.Subahan bin Mohd Meerah Ketua Pusat Penilaian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

  2. PENDAHULUAN • Petunjuk bagi pencapaian murid sekolah rendah ialah menguasai 3M (Membaca dan Menulis, Mengira ) tetapi petunjuk pencapaian murid di sekolah rendah telah dikembangkan menjadi 4M (Menulis, Mengira, Membaca dan Menaakul). • Membaca merupakan kemahiran akademik asas yang paling utama dan kritikal untuk semua pembelajaran sekolah (Whitehurst & Lonigan 2002; Lyon;2003) namun begitu masih terdapat murid di peringkat dasar tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik • Statistik daripada The National Center for Educational Statistics di Amerika Syarikat menunjukkan 38% murid-murid sehingga darjah empat masih tidak dapat membaca dengan baik pada tahap asas (Lyon, 2003). • Kajian bahawa 30% daripada murid tahap satu sekolah dasar di Malaysia masih kurang mahir dalam kemahiran membaca (Khadijah Rohani dan Zalizan;1994)

  3. TUJUAN PENDIDIKAN DASAR Tujuan pendidikan dasar secara umum adalah bagi mendirikan asas yang kukuh kepada pelajar sekolah rendah untuk persediaan memasuki alam sekolah menengah dan peringkat yang seterusnya.

  4. KURIKULUM DASAR • kurikulum yang disediakan juga perlu disesuaikan dengan kepelbagaian pelajar dari segi persediaan awal serta kebolehan. • cogan kata ‘no child left behind’perlu didukungi dalam melahirkan insan sebagai warganegara yang baik, seimbang, dinamis dan berguna di peringkat lokal dan glokal. • matlamat umum pelaksanaan kurikulum bagi KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) adalah sebagai satu transformasi pendidikan.

  5. BUDAYA MEMBACA • pemupukan budaya pembacaan seharusnya seiring dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa dan pendidikan melalui peringkat pendidikan awal. • minat dan tabiat membaca harus juga ditekankan di peringkat awal. • membaca merupakan aspek yang terpenting dalam pendidikan kerana melalui membaca dapat menimba pelbagai ilmu dan membantu kejayaan seseorang khususnya di negara maju. • ahli psikometrik sering menganggap ujian kesediaan membaca sebagai alat yang efektif untuk menilai kanak-kanak dalam membaca dan potensi untuk belajar (Anastasi dan Urbina, 1997) • tanpa penguasaan dalam membaca, menulis dan mengira (3M) di peringkat awal pembelajaran, pelajar akan menghadapi masalah di peringkat sekolah (Abdullah dan Subahan ;1988) • juga mendapati kebanyakkan murid yang belum berkebolehan membaca dan memahami apa yang dibacanya akan menghadapi kesukaran menyelesaikan masalah matematik. ( Sawpi Lawi;1998)

  6. FAKTOR-FAKTOR MURID LEMAH KEMAHIRAN MEMBACA • Faktor luaran • faktor persekitaran dan kaedah pengajaran. • kepincangan dalam status sosio-ekonomi (Safiah, 1990; Smith& Dixon,1995) • faktor guru • faktor peperiksaan dan penilaian • pengajaran yang kurang berkesan (Safiah, 1990) • Faktor dalaman • kecerdasan intelek (Tiu et al.,2003) • gangguan emosi (Sanders,2001) • ketidakupayaan fizikal (Sanders,2001)

  7. KEMAHIRAN ABAD KE-21 • kemahiran yang perlu dikuasai dan diamalkan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran • kemahiran yang diperlukan selaras dengan cabaran dan tuntutan semasa dalam kurikulum • kemahiran yang melebihi literasi dasar 3M iaitu yang melibatkan penaakulan (menaakul).

  8. KEMAHIRAN PENDIDIKAN • ICT • alam sekitar • sains atau inkuiri • inovasi • rohani dan sahsiah.

  9. STRATEGI MENGATASI MASALAH LITERASI DAN NUMERASI • mewujudkan sekolah berprestasi • (kelas pra-sekolah akan dibina di luar bandar termasuk di kawasan pedalaman). • menambah kelas bagi prasekolah • mengurangkan masalah jurang antara prestasi secara umumnya antara murid mengikut lokasi. • mewujudkan sekolah berprestasi tinggi • meningkatkan saingan di antara sekolah-sekolah.

  10. HASIL YANG DIHARAPKAN DARIPADA PENDIDIKAN DASAR • Penguasaan kemahiran dan pengetahuan 3M atau 4M yakni membaca, menulis, mengira dan menaakul • Pemupukan budaya membaca • Penguasaan kemahiran berfikir • Pembudayaan teknologi maklumat • Pembudayaan sains dan teknologi • Penerapan nilai murni

  11. KESIMPULAN • Kurikulum perlu dinilai semula berhubung dengan hasil yang ingin dicapai pada akhir pengajian sekolah rendah dan struktur semula mata pelajaran. • Kemahiran dan pengetahuan abad ke-21 yang perlu dibincangkan ialah; • Pengetahuan dan kemahiran abad ke-21 yang relevan dan sesuai diajarkan pada abad ke-21. • Pembangunan instrumen untuk mengesan masalah pembacaan pelajar sekolah. • Pembangunan tatacara/modul untuk pemulihan pembacaan. • Pengintegrasian ilmu dari pelbagai matapelajaran. • Pendekatan lebihan guru berhubung pembelajaran inkuiri. • Sistem pemantauan pembelajaran murid. • Pembangunan sistem penilaian. • Model kurikulum yang alternatif untuk mengambil kira kepelbagaian kelas. • Pembangunan kaedah pengajaran pendidikan alam sekitar. • Pembangunan kaedah pengajaran budaya sains.

  12. PROGRAM PENYELIDIKAN • LIKEN • ECO-SCHOOL • ENVIRONMENT EDUCATION KIT

  13. DEFINISI MENAAKUL • menaakul ialah kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang pelajar  itu membuat keputusan berdasarkan akal dan logik (berfikir kritis).

  14. Dampak kemajuan adalah besar. • Rakyat yang akan datang perlu mempunyai kompetensi ICT untuk menimba ilmu, menjalinkan networking sebenar dalam semua aktiviti hidup yang akan datang, supaya tidak ketinggalan dan dapat hidup dengan selesa. • Beberapa negara telah memperkenalkan penggunaan komputer dan internet di bangku sekolah dasar peringkat pra-sekolah lagi. • pemupukan terhadap budaya teknologi maklumat dan komunikasi merupakan satu cabaran besar dalam penggubalan kurikulum sekolah

  15. 4 Jenis Pengetahuan Alam Sekitar • pengetahuan tentang kenapa sesetengah fenomena persekitaran berlaku. • pengetahuan flora dan fauna serta kepelbagaian biologi. • pengetahuan tentang EIA (Penilaian Kesan Terhadap Persekitaran). • pengetahuan am seperti mengenai bentuk kerjasama perjanjian pada peringkat antarabangsa

  16. BELAJAR SECARA INKUIRI/SAINS • Pendekatan belajar berdasarkan inkuiri dituntut dan diterima sebagai tatacara belajar dalam kurikulum Sains sekolah rendah. • Pelajar akan menguasai kemahiran proses dan kemahiran penyelidikan melalui semua guru sekolah (Chu, Sam, 2008 ). • Malangnya guru masih menggunakan kaedah tradisional yang mengekalkan belajar secara hafalan.

  17. INOVASI • Kemahiran inovasi bukan bermaksud “reinvent the wheel” tetapi sekurang-kurangnya terdapat penambahbaikan serta pembaharuan. • Pemupukan ini memerlukan pemupukan kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif. • Kurikulum sekolah dasar perlu mengambil kira aspek kemahiran inovasi untuk diajar merentasi kurikulum.

  18. ROHANI DAN SAHSIAH • Pendidikan rohani dan spiritual sangat ditekankan. • Malaysia melaksanakan program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF) untuk mendidik generasi akan datang menjadi insan berilmu dan patuh kepada agama. • Program yang dilaksanakan dapat dijalankan dengan baik walaupun masalah jumlah guru J-QAF masih belum dicapai.

  19. TRANSFORMASI KURIKULUM • transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. • transformasi kurikulum berasaskan dua standard utama; • pertama: standard kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. • Kedua: standard pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Dengan pelaksanaan seperti ini dapat membaharui kurikulum yang sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa. • berdasarkan kepada transformasi kurikulum dan pelaksanaan dalam KSSR diperhatikan bahawa pedagogi guru harus berubah dan pemupukan budaya ICT selain budaya belajar untuk belajar serta pembelajaran sepanjang hayat merupakan cabaran akan datang. • dalam menimba ilmu, pemupukan nilai amat penting supaya generasi akan datang dapat memilih secara kritis dan kreatif serta memanfaatkan nilai-nilai secara berhemah. • sudah tentu matlamat melahirkan modal insan yang mahir dan celik menjadi harapan negara sebagai penyumbang kepada inovasi bagi kemakmuran bersama.

More Related