450 likes | 714 Views
MLL 209 KULIAH 3. Objektif: 1. Menganalisa gaya pengulangan 2. Menilai unsur penyimpangan yang terkesan. 3. Menilai kepentingan mendedahkan jenis gaya pengulangan kepada pelajar. Gaya Pengulangan.
E N D
MLL 209 KULIAH 3
Objektif: 1. Menganalisa gaya pengulangan 2. Menilai unsur penyimpangan yang terkesan. 3. Menilai kepentingan mendedahkan jenis gaya pengulangan kepada pelajar
Gaya Pengulangan Gaya bahasa pengulangan ialah gaya bahasa yang mengandungi unsur pengulangan bunyi, suku kata, kata, frasa atau bahagian ayat yang dianggap penting untuk menghasilkan kesan dan memberi tekanan dalam konteks yang sesuai
Gaya Pengulangan 1. Aliiterasi 2. Anafora 3. Asonansi 4. Epifora 5. Rima 6. Anadiplosis 7. Antanaklasis 8. Asindeton 9. Epanelepsi 10. Epanortesis 11. Epizeukis 12. Erotesis 13. Gradasi 14. Kiasmus
ALITERASI Pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang berturutan.
ALITERASI Dara damba daku Datang dari danau Duga dua duka Diam di diriku (Taringan, H.G, 1985)
ANAFORA Pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat biasanya berurutan.
ANAFORA Dengan giat belajar kau boleh memasuki politeknik. Dengan giat belajar segala ujian dapat kau selesaikan. Dengan giat belajar kau dapat menjadi sarjana. Dengan giat belajar kau dapat mencapai cita-cita.
ASONANSI Pengulangan bunyi vokal yang sama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan.
EPIFORA Pengulangan kata, frasa, beberapa kata pada akhir baris atau beberapa kata pada akhir ayat yang berturut-turutan.
EPIFORA Kelmarin adalah hari ini Besok adalah hari ini Hidup adalah hari ini Segala sesuatu buat hari ini
RIMA Bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir dalam sesuatu rangkap. aaaa, abab, abcbc, aabb, abba dsb
RIMA Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi sedikit rasa nak junjung.
ANADIPLOSIS Kata atau frasa terakhir dalam satu klausa atay ayat diulang menjadi kata atau frasa pertama pada klausa atau ayat berikutnya,
ANADIPLOSIS Dalam hati ada jiwa. Dalam jiwa ada rasa. Dalam rasa ada pahit dan manisnya.
ANTANAKLASIS Pengulangan kata yang sama bentuknya dalam ayat tetapi mempunyai makna yang berbeza.
ANTANAKLASIS Abu telah membersihkan abu yang bertaburan di lantai dapur. Addi jarang minum air jarang.
ASINDETON Tanda baca yang sama diulang-ulang untuk menghubungkan kata, frasa, klausa, ayat. Tanda koma sering digunakan.
ASINDETON Tanda baca yang sama diulang-ulang untuk menghubungkan kata, frasa, klausa, ayat. Tanda koma sering digunakan.
ASINDETON Pihak sekolah yang dipimpin oleh pengetua sekolah, bersama-sama mengadakan satu pungutan derma, sebagaimana yang telah direncanakan, untuk membantu para pelajar miskin.
EPANALEPSI Pengulangan kata pertama menjadi kata terakhir dalam klausa atau ayat.
EPANALEPSI Mereka terlupa membawa buku mereka. Kulalui lorong-lorong hari sepiku.
EPANORTESIS Pengulangan beberapa kata yang sama dalam ayat tetapi di sebalik pengulangan itu terkandung maksud ayat yang pada mulanya ingin menjelaskan sesuatu tetapi diperbetulkan yang salah.
EPANORTESIS Ibunya bekerja sebagai guru, eh bukan ibunya bekerja sebagai pensyarah.
EPIZEUKIS Pengulangan kata atau frasa yang dipentingkan atau yan ditekankan itu diulang beberapa kali berturut-turut dalam satu ayat.
EPIZEUKIS Ya Allah, ampunilah dosa ibuku, dosa ayahku, dosa adikku, dosa sahabatku dan dosa muslim muslimat sekalian.
EROTESIS Pengulangan yang berupa pertanyaan atau persoalan.
EROTESIS Kenapa dia berdendam? Kenapa dia tergamak menganiaya orang lain? Kenapa dia bertopengkan syaitan?
KIASMUS Gaya bahasa yang mengandungi kata-kata yang berunsur pengulangan yang sekaligus merupakan inversi hubungan antara dua kata dalam satu ayat.
KIASMUS Kenapa pihak berkuasa menyalahkan yang benar, kemudian membenarkan yang salah?
MESODILOPSIS Pengulangan kata atau frasa yang berada di tengah-tengah baris atau pengulangan kata atau beberapa kata di bahagian tengah ayat atau di bahagian tengah baris sesuatu ayat yang berturut-turutan.
MESODILOPSIS Bagus rupanya bunga melor, Putih rupanya bunga pinang ( Kerusi, 2002:4)
PARALELISME Gaya bahasa yag berusaha mencapai keselarian dalam penggunaan kata-kata atau beberapa frasa yang menduduki fungsi yang sama dalam bentuk kenahuan yang sama.
PARALELISME Fitnah bukan sahaja patut dikutuk tetapi patut diperangi habis-habisan.
POLISINDETON Pengulangan kata hubung yang sama untuk menghubungkan kata dengan kata atau frasa dengan frasa atau klausa dengan klausa dalam ayat.
POLISINDETON Bapa memelihara ayam dan burung dan kambing dan lembu dan kerbau di sebuah ladang.
PUN/PARONOMASIA Pengulangan beberapa kata yang serupa bunyinya tetapi memiliki makna yang berbeza dalam baris atau ayat. ( serupa dengan ANTANAKLASIS)
PUN/PARONOMASIA Mereka dikehendaki mereka baju pengantin yang terkini. Ayah terpaku apabila tercucuk paku.
SIMPLOK Pengulangan yang mencampurkan gaya bahasa anafora dan epifora.
SIMPLOK Dewa besar juga namaku Dewa padang pasir namaku Sebelum lompatan terakhir Sebelum degupan terakhir
TAUTOTES Pengulangan sebuah kata atau beberapa kata berkali-kali dalam sebuah struktur ayat.
TAUTOTES Pengulangan sebuah kata atau beberapa kata berkali-kali dalam sebuah struktur ayat.
TAUTOTES Pengulangan sebuah kata atau beberapa kata berkali-kali dalam sebuah struktur ayat.
WOORDOPNAME Pengulangan perkataan yang berada pada kedudukan akhir dalam baris pertama diulang kembali pada kedudukan awal dalam baris kedua.
WOORDOPNAME Malam ini sungguh sunyi. Sunyi di hatinya hanya Allah yang tahu. Lembu baru kereta pun baru, Baru sekali massuk Melaka; Tuan baru saya pun baru, Baru sekali kenal biasa. (sekalung budi seuntai bahasa, 1990)