430 likes | 979 Views
Kuliah 3. Perkembangan pendidikan kebangsaan ke arah pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957). Era Masyarakat Tradisional Era Penjajahan. Era Masyarakat Tradisional. Pendidikan oleh ibu bapa, ahli keluarga Sekolah pondok, madrasah. Era Penjajahan.
E N D
Kuliah 3 Perkembangan pendidikan kebangsaan ke arah pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957) • Era Masyarakat Tradisional • Era Penjajahan
Era Masyarakat Tradisional • Pendidikan oleh ibu bapa, ahli keluarga • Sekolah pondok, madrasah
Era Penjajahan • Sekolah-sekolah Vernakular • Sekolah Inggeris • Laporan laporan : Barnes (1951), Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran 1952), Laporan Razak (1956)
Peringkat Pertama : 1784 – 1946 • Jenis Pendidikan : Informal Formal Pendidikan Informal • Pendidikan asas untuk menjalani kehidupan harian. • Berlaku dalam keluarga. Ibubapa adalah orang yang memainkan peranan utama. • Penekanan : nilai, budi bahasa, adab sopan
Pendidikan Formal • Berlangsung di institusi seperti istana, madrasah, pondok, surau, masjid. • Sekolah vernakular dan sekolah Inggeris • Sekolah Vernakular Melayu • Sekolah Vernakular Cina • Sekolah Vernakular Tamil • Sekolah Inggeris • Mempunyai orientasi selaras dengan dasar pecah dan perintah pihak Inggeris.
Sekolah Vernakular Melayu • Diperkenalkan pada pertengahan kurun ke-19. • 1855 : Sek Vernakular Melayu di Bayan Lepas • 1856 : Sek Vernakular Melayu di Teluk Belanga dan di Kampung Gelam, Singapura. • Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. • Sambutan oleh orang-orang Melayu dingin • tidak mengajar Al-Quran • kekurangan guru • kesangsian akan pengaruh agama Kristian • kedudukan lepasan sekolah Melayu yang lebih rendah daripada sekolah Inggeris
Langkah-langkah menarik minat • memperkenalkan pelajaran Al-Quran • memilih guru-guru Melayu yang berkebolehan dan terkenal • Kandungan kurikulum : menulis, membaca, mengira, mengarang, Ilmu Alam, Latihan Jasmani, perkebunan dan anyaman. • Tujuan kurikulum : memberi orientasi agar anak-anak Melayu dapat meneruskan kerjaya warisan ibu bapa mereka.
Tiada matlamat yang dapat memberi keuntungan kepada orang Melayu; sekadar memenuhi keperluan politik penjajah dan mengambil hati pembesar Melayu. • SR Melayu dilekakan dengan silibus yang melemahkan eg cerita-cerita dongeng • 1905 : MCKK ditubuhkan bagi menampung permintaan yang semakin bertambah ke atas pendidikan menengah anak-anak Melayu (anak raja dan anak bangsawan)
Sekolah Vernakular Cina • Sebelum 1900 : mempunyai struktur sukatan pelajaran seperti di negeri China. • Kurikulum : hafalan klasik lama, bahasa, Ilmu Hisab, Lukisan, Nyanyian, Latihan Jasmani, Sejarah, Ilmu Alam, Moral. • Mulai tahun 1901, kerajaan Manchu mula memberi bantuan kewangan kepada pendidikan Cina di Tanah Melayu, guru didatangkan dari negeri China, kurikulum baru yang dimulakan juga dari negeri China. • 1919 : mula menggunakan bahasa Mandarin (bahasa pengantar rasmi di negeri China) • 1920 : Enakmen Pendaftaran Sekolah diiwujudkan kerana Inggeris curiga dengan pengaruh ideologi kerajaan China.
… sekolah-sekolah Cina akan diberi bantuan oleh kerajaan Inggeris. …Sekolah-sekolah yang layak untuk mendapat bantuan ialah yang menggunakan dialek tempatan sebagai bahasa pengantar. Sekolah yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantarnya dianggap sebagai agen kerajaan China. • 1929 : guru sekolah Cina hendaklah dilantik daripada orang tempatan, pengharaman buku teks yang ada unsur anti kerajaan Inggeris. • 1932 - 1934 : Inggeris menghentikan bantuan kerana kemelesetan ekonomi. • 1935 : bantuan diteruskan, bahasa Mandarin diiktiraf sebagai bahasa pengantar rasmi
Selepas Perang Dunia Kedua, ada 4 jenis sekolah Vernakular Cina : • Dibiayai oleh kerajaan • Ditubuhkan oleh persatuan-persatuan suku kaum • Dibiayai oleh mubaligh Kristian • Ditubuhkan oleh individu Cina atau persatuan (persendirian)
Sekolah Vernakular Tamil • Mula didirikan di Seberang Prai, Perak, Selangor dan Singapura • Kewujudannya didorong oleh kehadiran buruh-buruh India di ladang-ladang getah dan kopi. • Merujuk kepada Kod Buruh (1925) • Mewajibkan setiap ladang yang mempunyai kanak-kanak lebih daripada 10 orang dalam lingkungan umur persekolahan menyediakan sekolah dan guru • Selepas 1900, British memberi bantuan kepada sekolah-sekolah Tamil yang terdapat di ladang-ladang dan di pekan-pekan
Terdapat 4 jenis sekolah rendah Tamil : • Mendapat bantuan kerajaan • Diurus oleh pihak majikan • Ditadbir oleh masyarakat India • Diusahakan oleh mubaligh Kristian • Sukatan Pelajaran dan guru dari tanah besar India • Mendapat bantuan daripada kerajaan, pengurusan pihak majikan, mubaligh
Sekolah Inggeris • Pada peringkat awal, ditubuhkan oleh badan mubaligh Kristian • 1816 : Penang Free School • Terdapat 2 jenis sekolah Inggeris : • Free School : mendapat bantuan daripada kerajaan, terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira kaum • Sekolah Inggeris separa bantuan : ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dengan bantuan kewangan daripada kerajaan. • Mendapat kemudahan yang baik : sokongan gereja dan bantuan pemerintah.
Kurikulum : menitikberatkan akademik dan persediaan untuk peperiksaan Cambridge Overseas School Certificate. • Mata Pelajaran : Sains, Ilmu Alam, PJ, Lukisan, Bahasa Inggeris, Sejarah Eropah, Matematik, Sastera Inggeris. • Pada penghujung 1930an : Special Malay Class diwujudkan • Selepas Darjah 4, dari Sekolah Melayu yang lulus peperiksaan khas boleh ke Darjah 4 Sekolah Inggeris
Tujuan pendidikan • Memastikan penjajahan Inggeris berterusan • Mengekalkan eksploitasi ekonomi negara • Memastikan bekalan tenaga buruh untuk keperluan penjajah • Mengawal semangat nasionalisme • Sistem persekolahan vernakular menjejaskan perpaduan rakyat : • Setiap sekolah untuk kaum tertentu; tiada interaksi • Bahasa pengantar berbeza • Lokasi setiap jenis sekolah terpisah • Kurikulum setiap jenis sekolah berbeza
Peringkat Kedua : 1946 - 1957 • Laporan Cheeseman • Laporan Barnes • Laporan Fenn-Wu • Ordinan Pelajaran 1952 • Laporan Razak
Laporan Cheeseman (1946) • Tujuan : untuk membina semula sistem pendidikan selepas pendudukan Jepun tetapi tidak menyentuh soal perpaduan • Cadangan : • Kanak-kanak yang menghadiri sekolah rendah vernakular tidak perlu membayar yuran • Semua pelajar sek rendah berpeluang Bahasa Inggeris • Dua jenis sekolah menengah sahaja • Pelajaran Vokasional hendaklah dilaksanakan. • Laporan tidak dapat dilaksanakan
Laporan Barnes (1949) • Tujuan :untuk menyemak kedudukan pendidikan orang Melayu. • Syor : • Penubuhan satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. • Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Salah satu bahasa adalah sebagai bahasa kedua • Pendidikan percuma dari Darjah 1 – 6 • Selepas sek ren murid-murid boleh ke sekolah menengah dengan bahasa pengantar Inggeris • Penubuhan Penguasa Pelajaran Tempatan untuk mentadbir pendidikan peringkat rendah
Laporan Fenn-Wu (1951) • Tujuan : untuk mengkaji sistem pendidikan orang Cina • Cadangan : • Matlamat pendidikan hendaklah menuju ke arah pembentukan warganegara yang bercorak kebangsaan • British perlu memberi bantuan bagi membolehkan orang Cina mempelajari bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina • Pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak • Penubuhan kolej latihan guru dan latihan dalam perkhidmatan bagi mengatrasi masalah kekurangan guru di sekolah vernakular Cina
Ordinan Pelajaran 1952 • Satu j/k khas ditubuhkan untuk mengkaji Lap. Barnes & Lap.Fenn Wu • Cadangan : • Dua jenis sekolah iaitu dengan pengantar bah Inggeris dan bah Melayu • Pelajaran BT dan BC akan disediakan jika terdapat 15 orang atau lebih yang ingin mempelajarinya • BM wajib di sek Inggeris dan BI wajib di sek Melayu • Ordinan tidak dilaksanakan : mengapa?
Laporan Razak 1956 • Matlamat : untuk menggariskan sistem persekolahan yang sama bagi semua kanak-kanak di Tanah Melayu (kurikulum yang sama) serta bercorak kebangsaan (bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar) • Cadangan : • Sukatan pelajaran yang sama (Apa kesannya?) • BM sbg bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah • Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib di semua sek rendah dan menengah • Penubuhan satu jenis sek men kebangsaan, terbuka kepada semua dan menggunakan kurikulum yang sama • Sekolah-sekolah rendah ditukar kpd sekolah kebangsaan • Penubuhan Penguasa Pelajaran Tempatan • Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan
Peringkat Ketiga : 1957 - 1970 • Era penyusunan semula sistem pendidikan di Malaysia • Penyata Rahman Talib 1960 • Untuk mengkaji semula syor-syor Laporan Razak • Syor-syor : • Pelajaran rendah percuma (?) • Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun (?) • Naik darjah secara automatik • Peperiksaan am di sek menengah menggunakan salah satu bahasa rasmi sahaja • Penubuhan sek men pertukangan dan sek men teknik
Akta Pelajaran 1961 • Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya • Where at anytime the minister is satisfied that a national type primary school may suitable be converted into national primary school, he may by order direct that the school become a national primary school
Peringkat Keempat : 1970 - 1979 • 1970 : bahasa pengantar di sekolah rendah kebangsaan ditukar ke bahasa Melayu secara berperingkat • 1976 : bahasa pengantar di sekolah menengah ditukar ke bahasa Melayu secara berperingkat • 1978 : SRP hanya diadakan dalam bahasa Melayu
Penyata Kabinet 1979 • JK Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ditubuhkan pada September 1974 • Matlamat : • Mengkaji sejauhmana dasar pelajaran kebangsaan • Dapat melahirkan tenaga rakyat jangka panjang dan jangka pendek yang diperlukan oleh negara • Berjaya menghasilkan sebuah masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih • Membuat syor-syor yang sewajarnya. • Syor-syor untuk peringkat sekolah rendah, peringkat menengah rendah dan peringkat menengah atas?
Peringkat Kelima : 1979 - 1990 • 1980 : MCE dimansuhkan • 1982 : KBSR diperkenalkan (rintis) • 1983 : KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah secara berperingkat • 1988 : KBSM diperkenalkan (rintis) FPN diperkenalkan • 1989 : KBSM dilaksanakan ke atas semua mata pelajaran di peringkat menengah secara berperingkat • Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) • Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
Dasar Pembangunan Negara PeringkatKeenam: 1991 - 2000 • 1991 – 1995 : RMK 6 • 1996 – 2000 : RMK 7 • 1992 : pendidikanumum 11 tahun • AktaPendidikan 1996 • AktaInstitusiPendidikanTinggiSwasta 1996 • AktaMajlisPendidikanTinggi Negara 1996 • AktaPerbadananTabungPendidikanTinggi Negara 1996 • AUKU 1996 • Akta LAN 1996 • Akta ITM 2000 • AktaPerbadananTabungPendidikanTinggi Negara 2000
PeringkatKetujuh: 2001 - 2010 • Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) : pendidikan wajib • 2003 : Peruntukan Kaunselor • 2003 : PPSMI • 2002 – 2003 : Pemberian One-Off RM120 kepada murid sek rendah daripada keluarga miskin • 2004 : Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) • 2004 : SBT • 2004 : MPV • 2005 : memperkenalkan j-QAF • Kokurikulum : pertambahan per kapita pelajar (RM10 utk sekolah rendah, RM12 utk sekolah menengah
Hala Tuju & Falsafah Pendidikan Era Penjajah • Menitikberatkan kepada kehendak & nilai penjajah • Tunduk & kepatuhan – pendidikan sekadar ada. • Menekankan prinsip pecah & perintah • Pengekalan budaya & warisan berdasarkan kaum • Dualisme • Mengabaikan keharmonian masyarakat • Menyekat pengetahuan tentang negara. • Penerapan ideologi penjajah
Hala Tuju Dan Falsafah Pendidikan Era Kemerdekaan • Menitikberatkan kehendak semasa : kemerdekaan • Perpaduan kaum • Keperluan sumber tenaga manusia • Penerapan ideologi negara • Pengekalan identiti budaya & warisan berdasarkan kaum (kesatuan dalam kepelbagaian)
Pendidikan Pendidikan Pasca Kemerdekaan • Rancangan Malaysia Pertama (1960–1970) • berorientasi membasmi buta huruf • Pendidikan rendah percuma mulai 1962 • Pemansuhan peperiksaan masuk sek men - 1964 • membentuk perpaduan • kemudahan pembelajaran • meningkatkan taraf & peluang pendidikan • Menambah bilangan sek ren dan men • Mengurangkan ketidakimbangan bandar & l/bandar • Meningkatkan taraf latihan guru • membuka sekolah aneka jurusan (akademik & vokasional)
Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan • Melalui satu sistem pendidikan yang memperuntukkan: • Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. • Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama. • Pelbagai pendidikan dan komprehensif skopnya. • bertujuan memenuhi keperluan negara serta memupuk • perpaduan negara
Sistem Pendidikan Kebangsaan • Sistem Pendidikan Negara hendaklah terdiri daripada : • a) Pendidikan Prasekolah • b) Pendidikan Rendah • c) Pendidikan Menengah • d) Pendidikan Lepas Menengah, dan • e) Pendidikan Tinggi • Maka hendaklah ada tiga kategori institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, • a) institusi pendidikan kerajaan • b) institusi pendidikan bantuan kerajaan, dan • c) institusi pendidikan swasta
SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DIP/ IJAZAH PENDIDIKAN TINGGI Kolej/ IPTA/ IPTS 3 – 5 Thn STPM/ Matrik SMK & Pusat Matrikulasi 2 thn SPM PENDIDIKAN MENENGAH SMK Harian SMK Asrama Penuh SMK Agama SM Pensendirian/swasta 2 thn KBSM PMR 3 thn Pendidikan Khas PENDIDIKAN RENDAH Sekolah Kebangsaan SJK Cina SJK Tamil SR Persendirian/swasta UPSR 6 thn KBSR Pra sekolah