530 likes | 1.73k Views
TOPIK 2: ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI. Disediakan oleh: NARIMAH HASHIM Jabatan Perakaunan & Kewangan Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UPM. HASIL PEMBELAJARAN. Membangunkan tahap kompetensi keusahawanan diri Mempamerkan ciri keusahawanan dalam diri. PENGENALAN.
E N D
TOPIK 2:ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI Disediakan oleh: NARIMAH HASHIM Jabatan Perakaunan & Kewangan Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UPM NHashim.....UPM.....14.07.2009
HASIL PEMBELAJARAN • Membangunkan tahap kompetensi keusahawanan diri • Mempamerkan ciri keusahawanan dalam diri NHashim.....UPM.....14.07.2009
PENGENALAN • 1985, McClelland dengan McBer dan rakan-rakannya membangunkan satu isntrumen untuk mengukur KECENDERUNGAN TERHADAP KEUSAHAWANAN (entrepreneurial inclination) • 13 kompentensi dikenalpasti daripada kajian silang budaya mengenai usahawan di Malawi, India dan Ecuador NHashim.....UPM.....14.07.2009
PENGENALAN • Set 13 kompetensi ini dikatakan kritikal bagi seseorang untuk membentuk satu perniagaan • Lazim diguna pakai dalam program pembangunan keusahawanan untuk memilih peserta yang ada kemungkinan yang lebih tinggi untuk berjaya jika diberi bantuan NHashim.....UPM.....14.07.2009
PENGENALAN • Instrumen ini berguna untuk memprofilkan bakal usahawan tetapi tiada kajian yang dibuat untuk memantau kadar pertukaran bagi mereka yang mempunyai profil yang ‘baik’. • Pendekatan kompetensi ini adalah sekadar perkembangan usaha untuk mencari satu senarai ciri-ciri keusahawanan yang lebih mantap NHashim.....UPM.....14.07.2009
RUMUSAN • Bagi pendapat saya, set 13 kompentensi ini merupakan ciri-ciri keusahawanan yang boleh dan mudah dipupuk bagi menyokong aliran pemikiran yang mengatakan “usahawan boleh dibentuk bukan hanya dilahirkan” NHashim.....UPM.....14.07.2009
13 KOMPENTENSI KEUSAHAWANAN DIRI • INISIATIF • Memulakan atau melakukan sesuatu tanpa didorong, dipaksa atau diarah oleh sesiapa pun • Menggerakkan langkah atau tindakan pertama dalam perniagaan • Ada kuasa (pengaruh) atau hak untuk memimpin atau mewujudkan sesuatu • Sikap tidak mengharap peluang atau rezeki datang bergolek NHashim.....UPM.....14.07.2009
13 KOMPENTENSI KEUSAHAWANAN DIRI • MELIHAT DAN MEREBUT PELUANG • Sendiri sedar akan kewujudan peluang dalam persekitaran • Mampu mencari peluang di persekitaran jika tiada jelas kelihatan • Mampu merebut peluang jika ada dalam persekitaran sebelum orang lain merebutnya NHashim.....UPM.....14.07.2009
13 KOMPENTENSI KEUSAHAWANAN DIRI • KECEKALAN • Tahan menderita, tetap hati atau tabah • Dan tabah = hati tidak gentar • Umpama dalam perniagaan: • Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan • Kalau genggam api biar jadi abu • Walaupun masuk bubu rasa bersedia untuk mengharungi keadan walaupun sepahit mana pun • Membuat sesuatu hendaklah sampai sudah, tidak alang kepalang atau ‘hangat-hangat tahi ayam’ NHashim.....UPM.....14.07.2009
13 KOMPENTENSI KEUSAHAWANAN DIRI • MENCARI MAKLUMAT • “Maklumat itu kuasa” (Information is power) • Peka dan berusaha mendapatkannya (maklumat) • Tiada seseorang yang rasional yang ingin bergerak dari satu titik (destinasi, sasaran, objektif , matlamat dll) kepada titik yang lain tanpa melengkapi dirinya dengan maklumat yang relevan & mengambil iktibar daripada maklumbalas • Lebih lagi jika anda ingin menjadi usahawan! NHashim.....UPM.....14.07.2009
13 KOMPENTENSI KEUSAHAWANAN DIRI • Maklumat boleh diperoleh daripada: • Penyelidikan & kajian • Khidmat pakar nasihat atau pakar runding • Mengemukakan sendiri soalan dan pertanyaan • Rangkaian pergaulan dan komunikasi • Sentiasa menganalisis keadaan & pencapaian NHashim.....UPM.....14.07.2009
13 KOMPENTENSI KEUSAHAWANAN DIRI • MENITIKBERATKAN MUTU KERJA YANG TINGG1 • Harus meliputi semua aspek diri usahawan dan perniagaannya • “If better can be achieved than good is not good enough” diterjemahkan sebagai “jika lebih terbaik boleh dicapai maka yang terbaik mungkin, tidak lagi memadai” sentiasa diamalkan • Mutu TIDAK di”trade-off” atau dikompromikan pada bila-bila masa NHashim.....UPM.....14.07.2009
13 KOMPENTENSI KEUSAHAWANAN DIRI • KOMITMEN TERHADAP PERJANJIAN KERJA • Cakap dan tindakan (perbuatan atau gelagat) seorang usahawan diumpamakan sebagai ”JANJI DITUNAIKAN DAN KATA DIKOTAKAN” • Jangan “cakap tak serupa bikin” seumpama “ayam berkokok tetapi buntut bergelumang tahi” atau “telur sebiji riuh sekampung” • Memerlukan pengorbanan peribadi, bertanggungjawab sepenuhnya dan perasaan empati mesti ada • Famous quote “Allah akan menghakim anda dengan niat anda tetapi orang akan menghakim anda dengan tindakan anda” (People will judge you by your actions not your intention) NHashim.....UPM.....14.07.2009
13 KOMPENTENSI KEUSAHAWANAN DIRI • BERORIENTASIKAN KECEKAPAN • Kebolehan, kemampuan dan kesanggupan melakukan sesuatu dengan cepat dan sempurna • Dalam perniagaan menggunakan sumber (masa, usaha & wang) yang minimum demi menghasilkan sesuatu (idea, kerja & produk) yang maksimum (kuantiti, mutu dan kos efektif) NHashim.....UPM.....14.07.2009
13 KOMPENTENSI KEUSAHAWANAN DIRI • MEMBUAT PERANCANGAN YANG SISTEMATIK • Semua orang percaya dengan kepentingan dan keperluan perancangan tetapi membuat perancangan yang sistematik (teratur) memerlukan usaha, masa dan fokus • Tindakan dibuat tidak terburu-terburu dan tanpa difikirkan semasak-masaknya • Perancangan dibuat bukan hanya apabila diperlukan sahaja tetapi merupakan satu fungsi yang terurus, berterusan dan berjadual • Langkah penetapan matlamat, pencarian maklumat & alternatif, serta pemilihan alternatif dan pembuatan keputusan mestilah didokumen dan digariskan secara teratur dan berstruktur NHashim.....UPM.....14.07.2009
13 KOMPENTENSI KEUSAHAWANAN DIRI • MENYELESAIKAN MASALAH • Usahawan tidak menghadapi masalah seumpama “menyapu ke bawah kapet” • Usahawan menghadapi masalah “head-on” • Setiap masalah yang dihadapi, usahawan akan anggapnya sebagai satu cabaran yang perlu & mesti diatasi • Seluruh emosi, fisikal dan batinnya digunakan untuk menyelesaikan masalah dan penyelesaian itu memberinya kepuasan yang tinggi, atau • Penyelesaian masalah akan menjadi satu kepuasan bagi seorang usahawan NHashim.....UPM.....14.07.2009
13 KOMPENTENSI KEUSAHAWANAN DIRI 10. KEYAKINAN DIRI • Mempunyai kepercayaan terhadap kemampuan, kebolehan dan pendirian diri sendiri yang menonjol dalam semua aspek dan dengan keredaan Allah (If God’s willing) • Tidak perlu bergantung atau mendapatkan sokongan daripada orang lain • Tidak takut kepada kegagalan dan kegagalan dilihat sebagai batu loncatan kepada kejayaan • Berani dan teguh dengan tindakan dan keputusan yang dibuat • Tiada penyesalan dan pandang ke belakang atau tiada perasaan “what if” dalam erti kata “kalaulah saya buat yang lain dahulu mungkin ini tidak berlaku” NHashim.....UPM.....14.07.2009
13 KOMPENTENSI KEUSAHAWANAN DIRI • KETEGASAN • Kata, keputusan atau tindakan yang jelas, terang dan tanpa ragu-ragu • Perihal seseorang yang tidak akan berganjak daripada keputusannya kerana belas kesihan, atau masalah yang timbul, atau mendapat tentangan daripada pelbagai pihak • Apa yang diputuskan adalah muktamad NHashim.....UPM.....14.07.2009
13 KOMPENTENSI KEUSAHAWANAN DIRI • MEYAKINKAN ORANG LAIN • Usahawan bukan sahaja mempunyai keyakinan diri yang tinggi tetapi kemampuan menyakinkan orang lain juga tinggi • Mesti pandai memujuk, mempengaruhi dan pandai menjual apa-apa pun samada terhadap pelabur berpotensi, pegawai pinjaman mahu pun pelanggan demi menjayakan perniagaannya NHashim.....UPM.....14.07.2009
13 KOMPENTENSI KEUSAHAWANAN DIRI • MENGGUNAKAN STRATEGI PENGARUH • Untuk berjaya dalam dunia perniagaan semasa, usahawan perlu tahu juga bagaimana untuk mempengaruhi orang lain tanpa kuasa formal. • Kemahiran mempengaruhi orang lain (pelanggan dan pekerja) dapat menjanjikan kejayaan yang berterusan • Jika strategi pengaruh digunakan dengan betul dan cekap (tanpa tipu helah), ia dapat menggerak orang menuju ke arah aliran yang diingini. NHashim.....UPM.....14.07.2009
13 KOMPENTENSI KEUSAHAWANAN DIRI • Taxonomi klasik Marwell & Schmitt’s (1967) memberi 16 taktik atau stategi pengaruh, yang telah menjadi inspirasi terhadap banyak penyelidikan, penulisan dan pemikiran yang seterusnya mengenai topik pengaruh. • Antara strategi pengaruh yang boleh digunakan oleh usahawan adalah • Kuasa mutlak • Memberi ganjaran/hadiah • Hukuman • Kepakaran • Menjadi teladan NHashim.....UPM.....14.07.2009
SEKIAN • SEMOGA KOMPETENSI KEUSAHAWAN DIRI ANDA • TINGGI HENDAKNYA NHashim.....UPM.....14.07.2009
REFERENCES • UiTM Entrepreneurship Study Group, 2004.Fundamentals of Entrepreneruship, Revised Ed. Malaysia: Pearson Malaysian Sdn Bhd. NHashim.....UPM.....14.07.2009