1 / 33

PF 1208 SOSIOLOGI SEKOLAH

KONSEP-KONSEP SOSIOLOGI

jaden
Download Presentation

PF 1208 SOSIOLOGI SEKOLAH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1. PF 1208 SOSIOLOGI SEKOLAH KULIAH 3 28/1/2009

    3. a) guru autoritarian   guru autoritarian – semua keputusan dibuat oleh guru, tiada proses komunikasi dua hala antara guru dan murid. Kepimpinan autoritarian dalam diri seorang guru dicirikan dengan disiplin yang ketat dan ketiadaan respons yang spontan dibuat oleh pelajar.  

    4. b) Status yang ditentukan (ascribed)   Kedudukan sosial berasaskan ciri-ciri biologi. Contoh ras, jantina, giliran kelahiran dan umur ATAU Anak dilahirkan dalam sesuatu famili. Contoh putera raja dilahirkan dalam keluarga diraja (ditentukan semasa lahir) ATAU Satu kedudukan sosial individu atau kumpulan tanpa melihat keupayaan/kebolehan kerana sesuatu trait yang tidak dapat dikawal, seperti ras, etnik, jantina atau kedudukan sosial ibu bapa. Apabila kedudukan sosial diterima secara keturunan dikatakan kedudukan sosial yang ditentukan (ascribed).  

    5. c) Birokrasi   Birokrasi ialah organisasi berskala besar bercirikan peraturan formal, prosedur impersonal (tiada ikatan darah), kuasa berpusat dan pengkhususan kerja dan kebolehan. ATAU  

    9. ELEMEN DALAM BIROKRASI pengkhususan berfungsi; hierarki kuasa yang jelas, latihan kepakaran pengurus; keputusan berasaskan perundangan yang rational bertujuan mencapai matlamt secara efektif; perlantikan dan promosi pengurus berasaskan kemahiran/kebolehan aktiviti dilaksanakan berasaskan komunikasi dan rekod bertulis

    10. d) Status Sosial Semua ahli masyarakat menduduki beberapa kedudukan sosial dikenali sebagai status sosial. Seorang individu mempunyai status sebagai pekerja seperti pemandu bas, setiausaha; status dalam keluarga seperti anak, bapa/ibu; status jantina seperti lelaki/perempuan. Status dilihat dari sudut budaya, walaupun ada aspek biologi terlibat seperti jantina, ras /etnik. Contoh warna kulit menunjukkan status ras, seperti orang hitam/putih.  

    12. e) Stratifikasi sosial Menunjukkan ketaksamaan antara individu dalam masyarakat. Manusia disusun atur dalam hierarki dan tertakluk kepada ganjaran kebendaan dan bukan kebendaan. Lagi tinggi kedudukan dalam sesuatu hierarki, lagi banyak ganjaran diperolehi dan sebaliknya. ATAU

    13. Stratifikasi sosial Kedudukan yang dikategorikan /klasifikasikan (ranking) dalam sebuah hierarki masyarakat. Contoh kedudukan sosial dalam masyarakat kelas atas atau menengah atau kelas rendah. ATAU

    15. f) Nilai Sosial Satu nilai adalah satu kepercayaan yang sesuatu itu baik dan diperlukan/kehendaki. Ia adalah penting dan perlu untuk diperolehi. Nilai berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Pencapaian individu dan meterialisma adalah nilai utama dalam masyarakat industri barat. Masyarakat Red Indian memberi nilai tinggi kepada murah hati (generosity). ATAU

    17. g) Mobiliti sosial Pergerakan individu atau kumpulan dari satu kedudukan sosial ke satu kedudukan sosial yang lain. Mobiliti dibahagikan kepada dua jenis – mobiliti menegak, pergerakan individu ke atas atau ke bawah sesuatu hierarki dalam satu sistem stratifikasi. Mobiliti mendatar ialah pergerakan individu/kumpulan dari satu kawasan ke kawasan yang lain ATAU

    19. h) Fungsi Pemilih dalam Pendidikan Pendidikan memilih individu. Individu dipilih mengikut keupayaan. Contoh pelajar terpilih ke aliran sains, sastera, teknikal/ vokasional. Sekolah bertindak sebagai alat/jentera pemilih yang cekap yang mempengaruhi destinasi sosial, ekonomi dan budaya (jangka panjang individu).

    20. i) Kumpulan Sekunder Terdiri daripada jaringan sosial yang kurang intim dimana manusia mengejar matlamat sosial (collective) yang berbagai tetapi tidak ada perasaan kekitaan yang kuat. Kumpulan yang ahlinya mempunyai ikatan emosi yang terhad antara satu sama lain. ATAU Dua atau lebih manusia terlibat dalam hubungan tidak personal dan berhubung untuk tujuan praktikal tertentu. Contoh organisasi perdagangan, parti politik; kelab sosial dll.

    24. b) Asimilasi   Proses dimana kumpulan dengan identiti budaya dan sosial berbeza menjadi bersatu/bersepadu . Contoh masyarakat minoriti “diserap” oleh masyarakat majoriti. Tradisi“Americanization” memerlukan pendatang mengikis trait budaya mereka untuk menjadi sebahagian masyarakat Amerika yang lebih besar.

    25. c) Budaya Sekolah   Budaya sekolah terdiri daripada tindakan “Instrumental”, “expressive” dan “moral”. Ciri-ciri budaya termasoklah norma, nilai, simbol dan bahasa di sekolah. Tindakan instrumental – kognitif, pengetahuan, kemahiran, sikap sesuatu kumpulan manusia. Tindakan Ekspresif - ekspresi untuk memenuhi kehendak, tindakan untuk mengelak tekanan sosial, menjadi kreatif, aktiviti berpusatkan murid/pelajar . Tindakan moral - integrasi kumpulan; kongsi bersama ide tentang apa yang betul/salah; pengaruh nilai yang konsisiten; denda yang salah; ganjaran yang betul untuk melahirkan anak-anak bermoral.  

    26. d) Komunikasi   Merujuk kepada proses di mana munusia menyebar informasi, idea, sikap dan keadaan mental seseorang terhadap orang lain. Melibatkan proses verbal and nonverbal dalam menghantar dan menerima mesej. Komunikasi Verbal – bahasa yang membolehkan manusia mengeluarkan idea , dan perlakuan yang direstu oleh masyarakat. Nonverbal - bahasa badan seperti gestur; suara (nada), jarak ungkapan, hentian & diam, keluhan; kedekatan seperti pelajar depan kelas – orang yang berminat, sentuhan seperti menepuk-nepuk, memukul, memegang & beri penghormatan membawa maksud yang menyatakan perasaan kita terhadap orang lain.  

    27. e) Pendidikan Proses bersahaja dalam penerapan budaya dunia dewasa kepada orang muda. Pendidikan merupakan satu aspek sosialisasi. Ia melibatkan pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara “intentional” atau tidak “intentional”.

    28. f) Jenaka  Jenaka ialah satu “get away” daripada situasi yang tegang. Satu “break” antara syarahan serius dan gelak ketawa. Contohnya jenaka digunakan untuk memperbaiki amalan pedagogi guru-guru. Jenaka merupakan satu cara mewujudkan suasana mesra. Jenaka membantu melepaskan keadaan tegang kepada keadaan kurang tegang membuat pelajar rasa “relax” dan terhibur semasa belajar.

    29. g) Sosialisasi   Sosialisasi ialah proses dimana individu belajar budaya masyarakatnya. Sosialisasi primer, aspek sosialisasi yang penting, bermula dari anak damit, biasanya dalam persekitaran keluarga. Sebagai contoh seorang kanak-kanak belajar bahasa dan pola perlakuan asas masyarakatnya dengan memerhati dan meniru. Agen sosialisasi termasoklah famili, sistem pendidikan, kumpulan pekerjaan, media massa dan rakan sebaya.  

    30. h) Norma Sosial   Setiap budaya mempunyai beberapa panduan yang mengarah perlakuan individu/kumpulan manusia dalam sesuatu situasi. Panduan tersebut dikatakan norma sosial. Norma ialah panduan yang spesifik.  Social norms do include the values, beliefs, good behavior that we should conserve and forbids the violation of it.

    31. i) Struktur Sosial   Struktur merupakan ciri sesuatu kumpulan bukan ciri individu. Pengredan individu yang menunjukkan superioriti dan inferioriti dalam masyarakat. Yang superior mempunyai kuasa atau autoriti. Struktur sosial terdiri daripada banyak status, rol, undang-undang, norma dan nilai kumpulan, institusi dan masyarakat.

    32. j) Orientasi Nilai   Dalam masyarakat apa yang bernilai dipegang oleh nya. Lain-lain aspek yang bertentangan dengan nilai masakini dalam masyarakat dianggap tidak baik/tidak beradab.   Kedudukan individu atau kumpulan sosial mengikut nilai yang mereka kekalkan dan yang sepatutnya memberi mereka apa yang menjadi jawapan kepada yang asas persekitaran kewujudan manusia.

More Related