350 likes | 797 Views
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA. INSTITUT PERGURUAN PERLIS, PERLIS. PROGRAM PERGURUAN PENDIDIKAN RENDAH PENGAJIAN 4 TAHUN (PPPR P4T IPGM PEND. JASMANI). ' ANATOMI DAN FISIOLOGI '. DISEDIAKAN OLEH:- HAFIZAH BINTI SAMAD NOR HASDIANA BINTI MOHD RIDZUAN NOOR ASMAWATI BINTI DARHAM.
E N D
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA INSTITUT PERGURUAN PERLIS, PERLIS PROGRAM PERGURUAN PENDIDIKAN RENDAH PENGAJIAN 4 TAHUN (PPPR P4T IPGM PEND. JASMANI) ' ANATOMI DAN FISIOLOGI ' DISEDIAKAN OLEH:- HAFIZAH BINTI SAMAD NOR HASDIANA BINTI MOHD RIDZUAN NOOR ASMAWATI BINTI DARHAM
PENGENALAN • ‘ Integumen ‘ bermaksud lapisan terluar. • Pada manusia, integumen ini termasuklah pada kulit dan apendajnya ( kuku, folikel rambut, kelenjar sebum, kelenjar sodoriferus ( peluh ) dan kelenjar seruminus. • Kulit juga dikenali sbg kutis, menutupi permukaan luar seluruh tubuh. • Pd orang dewasa, keluasan kulit ialah 1.2 ke 2.3 meter persegi, dan berketebalan di antara 0.5 hingga 3 mm. • Berat kulit adalah kira-kira 16% drpd berat tubuh. Oleh itu, kulit ialah organ tunggal yg paling berat pd tubuh.
kulit mempunyai 2 lapisan yg terdiri drpd tisu yg amat berbeza yg melekat antara satu sama lain. 1. Epidermis - lapisan luar 2. Dermis/korium - lapisan dalam Rajah Di bawah kulit dalam (dermis) terdapat satu lapisan yg terbina dr tisu lemak atau tisu adipos. Warna kulit ditentukan oleh pigmen melanin dan karotena dan juga arah kapilari. Melanin dhasilkan oleh sel melanosit. Kecacatan dlm penghasilan melanin akan menyebabkan tiadanya pigmen ini di rambut, mata dan kulit seseorang. Keadaan ini disebut albino. Ketiadaan melanosit secara separa atau lengkap di kulit akan menghasilkan tompok-tompok putih di kulit yg dikenali sbg vitiligo.
EPIDERMIS • Terbentuk drpd beberapa tisu epitelium : • Stratum Korneum - Stratum Spinosum • Stratum Lusidum - Stratum Basal • - Stratum Granulosum Rajah • Lapisan epidermis di bahagikan kpd 2 bahagian : • 1. LAPISAN BERSISIK / LAPISAN HORNY • - Trdapat ke arah luar sekali. • - Sel-sel di bahagian ini adalah leper, tertekan dan telah hilang sifat bentuk selnya. • - Sel-sel di sebelah luar lapisan bersisik ini adalah sel-sel yg tlh mati. Apb. ianya haus atau terkikis, ianya diganti oleh sel-sel baru dr lapisan janasel.
2. LAPISAN JANASEL • - Sel dibahagian ini adalah bulat dan ia mempunyai nukleus. Sel dr sini sentiasa membiak dan membentuk sel yg baru utk mengganti sel yg hilang krn terkikisnya lapisan bersisik di muka kulit luar. • Epidermis tidak dibekalkan dgn salur darah. Ia menerima zat-zat makanannya melalui bendalir limfatik yg mengalir di antara sel-sel di lapisan kulit yg sebelah bawah. • Epidemis mempunyai ketebalan lapisan yg berbeza mengikut bahagian tubuh, lapisan yg tebal sekali adalah di tapak kaki. • Bahan pewarna ( pigmen ), yg dikenali sbg melanin yg didapati di dlm kulit tubuh akan menentukan warna kulit manusia.
DERMIS Dermis (atau korium) terdiri drpd tisu penghubung yg berkembang drpd mesoderma (bahagian tengah drpd 3 lapisan primer embrio). Dermis menyokong epidermis dan mengikatnya pd lapisan dlm, iaitu hipodermis. Dermis mempunyai ketebelan kira-kira 0.25 ke 2.55 mm. Dermis amat tebal di bahagian tapak tangan, tapak kaki, ttp nipis di bahagian kelopak mata, penis dan skrotum. Dermis terdiri drpd 2 lapisan dgn sempadan yg tidak nyata di antaranya. Lapisan itu adalah: i. Lapisan papilari ii. Lapisan retikular
LAPISAN PAPILARI • - Lapisan nipis dan terdiri drpd tisu penghubung yg kendur. • - Juga mempunyai sel tisu penghubung spt fibroblas, sel mast dan mikrofaj. • - Bahagian superfisial lapisan papilari ini bnyk mempunyai unjuran (projection) menyerupai jari yg disebut papila dermis. • - Papila dermis ini berselang seli dgn unjuran epidermis. • 2. LAPISAN RETIKULAR • - Lapisan tebal dan terdiri drpd tisu penghubung yg padat dgn susunan yg tak sekata. • - Ia disebut lapisan retikular krna berkas serat kolagen yg terdapat di dlmnya saling berangkai ant satu sama lain menyerupai jaring.
Kedua-kua lapisan dermis mengandungi jaringan serat kenyal. Serat ini lbh tebal di lapisan retikular. • Gabungan serat kolagen dan serat kenyal ini memberikan kekuatan, keutuhan, kebolehan utk meregang (ekstensibiliti) dan kekenyalan kepada kulit. • Dermis kaya dengan jaringan saluran darah dan limfa. Di beberapa kwasan dermis, darah mengalir scra langsung dr ateri ke vena melalui anastomosis arteriovena atau pintasan (shunt). • Bekalan saraf juga kaya di dermis. • Dermis juga mempunyai beberapa terbitan epidermis seperti folikel rambut, kelenjar peluh dan kelenjar sebum.
APENDAJ KULIT • Struktur yg berkembang drpd kulit ialah kelenjar peluh, folikel rambut, kelenjar sebum, kuku dan kelenjar seruminus. • KELENJAR PELUH • - Merupakan kelenjar kecil yg amat pnting. • - Bilangan kelenjar ini byk di dapati di tapak tangan, tapak kaki, dahi dan ketiak. • - Terbina drpd tiub yg berlingkar dan ianya dibekalkan dgn byk salur darah. • - Dr kelenjar ini, salurnya naik ke atas dan menembusi kulit dan dikenali sbg liang peluh / liang roma.
- Berdasarkan struktur dan kedudukannya, kelenjar peluh blh dibahagikan kpd 2 jenis utama : • i. KELENJAR PELUH EKRIN (MEROKRIN) • - Sering diketemui. Kelenjar ini ialah kelenjar tubul bergelung ringkas. • - Terletak di subkutaneus dan duktus ekskretorinya membuka ke epedermis. • - Tersebar di seluruh kulit, terutama di tapak tangan dan tapak kaki. • - Kelenjar peluh ekrin berfungsi sepanjang hidup dan menghasilkan rembesan yg lbh berair berbanding dengan rembesan kelenjar apokrin.
ii. KELENJAR PELUH APOKRIN - Kelenjar peluh apokrin ialah kelenjar tubul bercabang ringkas. Terdapat di kulit pd aksila (ketiak), bahagian pubik dan kwsn berpigmen buah dada (areola). - Bahagian rembesan kelenjar peluh apokrin terletak di dlm dermis / lapisan subkutaneus (hipodermis) dan duktus ekskretorinya membuka ke folikel rambut. - Kelenjar ini mula berfungsi semasa baligh dan menghasilkan rembesan yg tidak berbau. Jika rembesan ini terurai oleh mikrob permukaan kulit, ia akan menghasilkan bau yg tidak menyenangkan.
- Peluh berasal drpd darah dan ia megandungi air dan natrium klorida. - Air peluh ialah salah satu bahan kumuh tubuh. Ia berfungsi sbg medium yg menyejukkan tubuh, membantu dlm pengawalan suhu tubuh badan dan mengimbangi air dan letrolit tubuh. - Jenis perpeluhan: i. Perpeluhan Tidak Sedar Peluh sentiasa di hasilkan, ttp pd masa rehat, ia disejat dgn cepat dan tidak begitu nyata. ii. Perpeluhan Nyata Peluh terhasil dngn berlebih-lebihan / apd sejatannya terganggu.
2. KELENJAR SERUMINUS • - Pd beberapa bahagian kulit, kelenjar peluh terubah suai menjadi kelenjar seruminus. • - Kelenjar ini adalah kelenjar tubul bergelung ringkas dan terdapat di meatus auditori eksternal (kanal telinga di gegendang telinga). • - Rembesan kelenjar ini dikenali sbg serumen. • - Serumen menyerupai lilin dan berfungsi memerangkap bahan asing di meatus auditori eksternal.
3. KELENJAR SEBUM / KELENJAR MINYAK • - Didapati di seluruh tubuh badan. Bnyk terdapat di bahagian muka, kepala dan bahagian kulit yg berbulu. • - Setiap kelenjar terbina drpd gelembung-gelembung yg mempunyai tisu epitelium di sekelilingnya. • - Salur dr gelembung ini menuju ke kulit luar, kerap-kalinya melalui liang roma. • - Kelenjar sebum juga didapati di lubang telinga ( kelenjar cerumen / kelenjar lilin) dan di kelopak mata ( kelenjar meibomian)
- Fungsi kelenjar sebum : i. Merembeskan bahan berminyak yg dikenali sbg sebum. Sebum adalah campuran lemak, kolesterol, protein dan garam tak organik. ii. Sebum mencegah rambut menjadi kering dan rapuh. iii. Membentuk sistem perlindungan pada kulit yg dapat mencegah dr berlakunya penyejatan air yg berlebihan drpd kulit. iv. Membantu kulit menjadi halus dan lembut. v. Mencegah pertumbuhan beberapa bakteria di kulit. - Kelenjar sebum ini mula berfungsi semasa baligh dan dikawal oleh hormon androgen. - Kelenjar sebum adalah cth kelenjar holokrin krna slps sebum dirembeskan, sel kelenjar menjadi kosong dan mati.
4. HUJUNG SARAF • - Gentian / fiber saraf yg didapati di dlm kulit, terutamanya gentian deria. • - Hujung gentian saraf ini tamat di dlm kulit tubuh sbg hujung saraf yg bebas ataupun sbg rumpunan istimewa hujung saraf. • - Deria yg merangsang kulit tubuh ialah : • i. Deria Haba ( Panas dan Sejuk ) • ii. Deria Sentuhan ( Sentuhan Ringan dan Tekanan ) • iii. Deria Sakit
5. RAMBUT • - Rambut dan bulu kulit didapati di seluruh permukaan kulit melainkan di tapak tangan dan kaki. • - Berfungsi sbg alat perlindungan kpd tubuh, mengawal atur suhu tubuh, membantu dlm penyejatan peluh, dan sbg organ deria. • - Setiap sehelai rambut tumbuh dr umbi rambut. Umbi rambut tertanam di dlm lpsn dermis dan dibekalkan dgn salur darah. • - Dgn pembiakkan sel-sel baru di bahagian akarnya, rambut itu tumbuh dan menjadi batang rambut. • - Batang rambut ini akan tertolak ke atas, mnjadi lbh panjang apb sel-sel yg baru itu menolak sel-sel yg lama ke atas. • - Terdapat otot pendiri rambut yg mana ianya terlekat di liang- liang rambut. Apb otot-otot ini menguncup, rambut-rambut itu akan ‘berdiri tegak’, misalnya semasa ketakutan dan kesejukkan.
Jenis Rambut • i. Rambut Lanugo ( rambut primer ) • Ditemui pd fetus dan akan tanggal sblm dilahirkan, kecuali yg terdapat di bulu kening, kelopak mata dan kulit kepala. • ii. Rambut Velus ( rambut sekunder ) • Rambut baru yg tumbuh di tubuh bayi slps dilahirkan. Rambut ini bertindak sbg pengganti rambut primer. • iii. Rambut Terminal • Terdapat di aksila (ketiak) dan pubik ( kwsn di atas genitalia ekstenal). Rambut ini dikawal oleh hormon seks. Pd lelaki, rambut ini juga terdapat di muka dan di bahagian dada.
6. KUKU • Kuku ialah plat terkeras stratum korneum berkeratin di permukaan dorsal bahagian distal falanks. • Kuku melindunngi bahagian hujung digit yg sensitif. Setiap plat kuku terdiri drpd 2 bahagian, iaitu akar kuku dan badan kuku. • Badan kuku terdedah dan terletak di atas epidermis yg dikenali sbg ‘ nail bed ‘ . • Di bahagian sisi, kuku berada dlm keadaan bertindih dgn kulit yg dikenali sbg lipatan kuku. Kebanyakkan badan kuku berwarna merah muda. Ini disebabkan terdapat tisu vaskular di bawahnya. • Bahagian bulan sabit keputihan yg terdapat di hujung proksimal badan kuku dikenali sbg lunula. • Purata panjang pertumbuhan kuku jari ialah 1 mm seminggu.
FUNGSI KULIT DAN APENDAJNYA.. • PERLINDUNGAN • - Lapisan pelindung drpd kerosakan atau kelusuhan akibat penggunaan biasa dan juga drpd kemasukan organisma. • - Sebum yg dihasilkan oleh kelenjar sebum kulit merencatkan pertumbuhan beberapa bakteria. • - Pigmen melanin memberi perlindungan kpd kulit terhadap sinaran ultraungu cahaya matahari. • - Melindungi tubuh dr kecederaan iaitu dgn adanya akhiran saraf deria di kulit, tubuh dpt melakukan tindakan refleks trhdp rangsangan sakit atau kasar.
2. LAPISAN KALIS AIR • - Keratin bersifat kalis air. Keratin dpt mencegah kehilangan air yg berlebihan melalui penyejatan. • - Keratin jg memberi pelindungan semasa mandi dlm air tawar tnpa menyebabkan tubuh bengkak dgn air atau semasa mandi di air laut yg bergaram tnpa menyebabkan tubuh menjadi kecut. • 3. PENGAWALATURAN SUHU TUBUH • - Melalui proses perpeluhan, haba dr tubuh dpt dikeluarkan memelalui penyejatan peluh. • - Dlm persekitaran sejuk pula, konsriksi arteri membolehkan tubuh menyimpan haba.
- Kehilangan haba dr kulit boleh berlaku dgn cara brkt: • i. Sejatan Peluh • ii. Pancaran Haba – ke udara di sekeliling tubuh. • iii. Pengaliran Haba – Kpd pakaian • iv. Perolakan Haba – kpd udara di sekeliling tubuh. • - Saraf pengembang dan penguncup saluran darah memainkan peranan yg pnting dlm melepaskan atau menyingkirkan suhu badan melalui kulit tubuh. • - Pd hari panas dan pd masa bersenam, salur darah mengembang dan ini mengakibatkan pengeluaran peluh dgn banyak. • - Pd hari sejuk, salur darah menguncup : penyingkiran peluh adalah kurang ttp jumlah air kencing akan bertambah.
4. PENGHASILAN VITAMIN D3 • - Vitamin D3 ( kolekalsiferol ), dihasilkan di kulit, hasil tindak balas cahaya matahari dgn 7-dehidrokolesterol. • - Tanpa vitamin D3 drpd sumber lain, kanak-kanak yg tidak terdedah kpd cahaya matahari akan mengalami rikets ( kelembutan pd tulang ). • 5. BERTINDAK SEBAGAI ORGAN RESEPTOR • - Kulit mengandungi akhiran saraf utk beberapa jenis penderiaan yg berbeza, ia dapat bertindak sbg organ reseptor yg berhubung langsung dgn persekitaran. • 6. PENGENALPASTIAN DIRI • - Corak rabung papilari yg unik pd bekas jari dan bekas kaki stp individu digunakan utk mengenal pasti seseorang individu.
PENUAAN ( AGING ) SISTEM INTEGUMENTARI • - Berlaku sekitar usia menjangkau umur lewat 40 tahun. • - Serat kolagen mnjadi keras, tercerai dan kehilangan bentuk. Serat kenyal mnjadi tebal dan ini mengakibatkan kulit berkedut. • - Fibroblas yg menghasilkan serat kolagen dan kenyal berkurangan dan sel mikrofaj menjadi fagosit yg kurang cekap. • Selain itu, rembesan kelenjar sebum jg berkurangan dan ini menyebabkan kulit menjadi kering, pecah dan rentan terhadap infeksi. • Jumlah melanosit yg berfungsi jg berkurangan dan ini menyebabkan rambut menjadi kelabu dan terdapatnya pigmentasi aptikal pd kulit.
BIBLIOGRAFI – • Abdul Hamid Abdul Rashid ( 2001 ). Anatomi umum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. • Masood Abd Rashid AMN, Mohd Ariffin Siri ( 2003 ) . Anatomi dan Fisiologi untuk jururawat pelatih dan lain-lain pelajar para-perubatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
SEKIAN ..Terima Kasih.. - FyzA, DeE, NoAh -
Struktur Lapisan Epidermis Kembali