1 / 44

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN ( DSKP ) MATEMATIK TAHUN LIMA

KURSUS ORIENTASI DSKP MATEMATIK TAHUN 5 2015. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN ( DSKP ) MATEMATIK TAHUN LIMA. HASRAT. Kita perlu sediakan murid agar mampu berfungsi secara efektif di masa akan datang. …cara fikir, kecerdasan, s ikap dan nilai positif…. MATLAMAT.

joanne
Download Presentation

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN ( DSKP ) MATEMATIK TAHUN LIMA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KURSUS ORIENTASI DSKP MATEMATIK TAHUN 5 2015 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) MATEMATIK TAHUN LIMA

  2. HASRAT Kita perlu sediakan murid agar mampu berfungsi secara efektif di masa akan datang. …cara fikir, kecerdasan, sikap dan nilai positif…

  3. MATLAMAT Membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.

  4. FOKUS Proses pdp matematik perlu memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari. Penekanan kepada aspek perkembangan cara pemikiran murid secara matematik.

  5. OBJEKTIF Kurikulum Standard Matematik Sekolah Rendah membolehkan murid: Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.    Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.  Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian. Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.

  6. Sambungan ... OBJEKTIF Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah. Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian mereka.    Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.   Menghargai dan menghayati keindahan matematik. Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk ICT untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.

  7. REKA BENTUK KURIKULUM MATEMATIK • Nombor dan Operasi • Sukatan dan Geometri • Perkaitan dan Algebra • Statistik dan Kebarangkalian • Tanggapan, minat, penghargaan, yakin tabah dan berdaya tahan • Peribadi, interaksi, prosedur, intrinsik. • Berkomunikasi • Menaakul • Membuat perkaitan • Menyelesaikan Masalah • Membuat Perwakilan • Kemahiran matematik • Kemahiran menganalisis • Kemahiran menyelesaikan masalah • Kemahiran membuat penyelidikan • Kemahiran berkomunikasi • Kemahiran menggunakan teknologi

  8. DEFINISI FIKRAH Fikrah: ‘daya berfikir’ dan ‘pemikiran’ (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005) FIKRAH MATEMATIK … berkeupayaan melakukan matematik dan memahami idea matematik, serta mengaplikasikanpengetahuan dan kemahiran dalam matematik secara bertanggungjawab dalam kehidupan harian berlandaskan sikap dan nilai dalam matematik.

  9. BIDANG PEMBELAJARAN • Kandungan matematik dirangkumkan melalui empat bidang pembelajaran: •  Nombor dan Operasi • Nombor Bulat • Penambahan • Penolakan • Pendaraban • Pembahagian • Operasi Bergabung • Pecahan • Perpuluhan • Wang • Peratus •  Sukatan dan Geometri • Masa dan Waktu • Ukuran Panjang • Timbangan • Isipadu Cecair • Bentuk Tiga Dimensi • Bentuk Dua Dimensi •  Perkaitan dan Algebra • Koordinat • Perkadaran •  Statistik dan Kebarangkalian • Pengurusan Data • Kebolehjadian

  10. KEMAHIRAN PROSES MATEMATIK • Dalam pendidikan matematik, proses berikut perlu diberi penekanan: • Berkomunikasi    Menaakul   Membuat perkaitan Membuat Perwakilan Menyelesaikan Masalah

  11. KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK Kemahiran dalam matematik yang harus dikembangkan dan dipupuk dalam kalangan murid meliputi numerasi, mengukur & membina, mengendali & mentafsir data, manipulasi aritmetik, manipulasi algebra, mengguna algoritma, menggunakan alat matematik dan TMK.    • Kemahiran Matematik    • Kemahiran Menganalisis • Kemahiran Menyelesaikan Masalah • Kemahiran Membuat Penyelidikan • Kemahiran Berkomunkasi • Kemahiran Menggunakan Teknologi

  12. Sambungan ... NILAI DAN SIKAP Sikap dalam matematik merujuk kepada aspek afektif dalam pembelajaran matematik yang merangkumi antara lain: • Tanggapan terhadap matematik dan kebergunaan matematik • Minat dan keseronokan mempelajari matematik • Penghargaan terhadap keindahan dan keupayaan matematik, • Keyakinan menggunakan dan mengaplikasikan matematik, dan • Cekal dan tabah dalam menyelesaikan masalah berkaitan matematik.

  13. Sambungan ... NILAI DAN SIKAP Nilaidalam matematik merujuk kepada aspek: Nilai Peribadi Pembentukan sahsiah dan keperibadian individu. (jujur, sistematik, bertekad, tekun dan cekal, kreatif, berkeyakinan, teliti, pengurus masa yang baik, berdikari, boleh dipercayai, cekap, bertanggungjawab, sabar dan berdedikasi) Nilai Interaksi Pembentukan tingkah laku baik dalam konteks bilik darjah. Nilai yang ditekankan dalam interaksi semasa aktiviti matematik (penghargaan terhadap matematik, kerja berpasukan, perbincangan dan perkongsian idea, toleransi, adil, fikiran terbuka dan hormat menghormati)

  14. Sambungan ... NILAI DAN SIKAP Nilai Prosedural Aktiviti spesifik dalam matematik (menaakul, membuat perwakilan, menyelesaikan masalah, berkomunikasi, membuat kaitan dan mengguna teknologi). Nilai Intrinsik Pembentukan kandungan matematik dan disiplinnya. (nilai epistemologi, nilai pembudayaan dan nilai sejarah)

  15. Perubahan perlu dalam paradigma guru matematik

  16. Perubahan paradigma guru matematik • Ke arah bilik darjah sebagai komuniti matematik dan menjauhi bilik darjah sebagai hanya suatu koleksi individu. • Ke arah evidens matematik dan logik sebagai pentahkik dan menjauhi guru sebagai autoriti tunggal bagi jawapan betul. • Ke arah penaakulan matematik dan menjauhi prosedur penghafalan.

  17. Sambungan ... Perubahan paradigma guru matematik • Ke arah membuat dan membukti konjektur, mengemuka dan menyelesaikan masalah, dan menjauhi pencarian jawapan secara mekanikal. • Ke arah mengaitkan idea dan aplikasi matematik, dan menjauhi dari menganggap matematik sebagai satu kumpulan konsep dan prosedur yang terasing.

  18. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  19. PERUNTUKAN MASA

  20. DSKP (DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PRESTASI) • Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid (indicator of success) • Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. • Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

  21. KANDUNGAN MATEMATIK TAHUN 5

  22. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Matematik

  23. Sambungan ... KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI Soalan “aras tinggi” menggalakkan pembelajaran sebab jenis soalan ini memerlukan murid mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat, bukan semata-mata mengingat fakta.

  24. Sambungan ... • BUKAN RUTIN • RUTIN JENIS SOALAN DALAM MATEMATIK “Masalah boleh diselesaikan dengan kaedah yang biasa digunakan oleh murid dengan mereplikasikan kaedah yang dipelajari sebelum secara langkah demi langkah.” “Penyelesaian masalah rutin menekankan penggunaan satu set prosedur yang diketahui atau yang ditetapkan (algoritma) untuk menyelesaikan masalah.” “Masalah yang memerlukan analisis dan penaakulan matematik; banyak masalah bukan rutin boleh diselesaikan dengan lebih daripada satu cara dan mungkin mempunyai lebih daripada satu penyelesaian.” KESEIMBANGAN

  25. Sambungan ... MASALAH RUTIN & BUKAN RUTIN Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria? Maria membelisekotaksusudenganharga RM1.55 dansebungkusbiskutdenganharga RM1.70. Diamemberikan RM4.00 kepada juru jual. Berapakahbilangansyiling yang diterimaoleh Maria sekiranya juru jual itumemberikannyabeberapasyiling 5 sen, 10 sendan 20 sen? Terangkanjawapananda.

  26. Sambungan ... MASALAH RUTIN & BUKAN RUTIN Cari perimeter kawasanberbentuk segiempat tepat yang mempunyaipanjang 8 meter danlebar 17 meter. Mamat inginmembinapagarbagirebanayam yang berbentuk segiempat. Diamempunyai 20 meter wayarpagar. Apakahsaiz segiempat yang bolehbeliauhasilkan? Bentukmanakah yang terbaik?

  27. Sambungan ... Berapakahjubinbersaiz1 ×1 yang diperlukanuntukdiletak di sekelilingkolambersaiz5 ×5? 2) Bentukkansatugeneralisasibagimenentukanbilanganjubin yang diperlukanuntukkolamsebarangsaiz. 3) Terangkanbagaimanageneralisasiandaberkaitantarasaizkolamdenganbilanganjubin yang digunakanuntukmengelilingikolamberkenaan.

  28. KEMAHIRAN DAN NILAI UNTUK ABAD KE-21 • kemahiran dan nilai yang perlu ada pada setiap murid : • Kemahiran berfikir: • Menyediakan murid untuk menghadapi kehidupan yang semakin mencabar serta persekitaran kerja masa kini. Kemahiran ini antaranya adalah: • Kreatif. • Kritis. • Menaakul. • Inovatif. • Penyelesaian masalah. • Membuat keputusan.

  29. Sambungan ... KEMAHIRAN DAN NILAI UNTUK ABAD KE-21 • Kemahiran Hidup dan Kerjaya: • Memerlukan lebih dari kemahiran berfikir dan pengetahuan. Murid membangunkan kemahiran hidup dan kerjaya bagi menghadapi kehidupan yang kompleks dan persekitaran kerjaya dalam dunia yang semakin mencabar. Antaranya ialah: • Kemahiran komunikasi. • Teknologi maklumat dan komunikasi. • Bekerjasama. • Keusahawanan. • Kepimpinan. • Belajar sepanjang hayat. • Keluwesan. • Kemampuan menyesuaikan diri. • Berinisiatif dan terarah kendiri.

  30. Sambungan ... KEMAHIRAN DAN NILAI UNTUK ABAD KE-21 • Nilai: • Merupakan garis panduan untuk murid menjadi seorang individu berpewatakan mulia yang mampu membuat keputusan dan tindakan sebagai melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan negara, merangkumi: • Kerohanian. • Berperikemanusiaan. • Patriotik. • Berintegriti. • Bertanggungjawab. • Bersatu Padu.

  31. Sambungan ... KEMAHIRAN DAN NILAI UNTUK ABAD KE-21 PROFIL MURID Faktor kritikal yang menyumbang pertumbuhan sosial, budaya dan ekonomi sesebuah negara adalah pembangunan modal insan yang berinovatif dan berkemahiran tinggi. Dengan itu, setiap murid yang dihasilkan perlulah seimbang seperti yang terkandung dalam FPK. Profil Murid adalah ciri yang ada pada setiap murid: Seimbang Mereka seimbang dari segi fizikal, emosi, rohani dan intelek untuk mencapai kesejahteraan peribadi, serta menunjukkan empati, belas kasihan dan menghormati orang lain. Dapat menyumbang ke arah keharmonian keluarga, masyarakat dan negara.

  32. Sambungan ... KEMAHIRAN DAN NILAI UNTUK ABAD KE-21 Berdaya Tahan Mampu hadapi dan atasi kesukaran, cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi dan empati. • Pemikir • Berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu menangani masalah kompleks dan membuat keputusan yang beretika. • Berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai pelajar. Menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain. • Berkeyakinan dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran yang baru. Mahir Berkomunikasi Menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif menggunakan pelbagai media dan teknologi.

  33. Sambungan ... KEMAHIRAN DAN NILAI UNTUK ABAD KE-21 Kerja Sepasukan Menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif menggunakan pelbagai media dan teknologi. • Bersifat Ingin Tahu • Membangunkan rasa ingin tahu semulajadi untuk meneroka strategi dan idea baru. • Mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan penyelidikan, serta menunjukkan sifat berdikari dalam pembelajaran. • Mereka menikmati pengalaman pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan.

  34. Sambungan ... KEMAHIRAN DAN NILAI UNTUK ABAD KE-21 Berprinsip Berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. Bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan mereka. • Bermaklumat • Mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan. • Meneroka pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam konteks isu tempatan dan global. • Memahami isu-isu etika/undang-undang berkaitan maklumat yang diperolehi.

  35. Sambungan ... KEMAHIRAN DAN NILAI UNTUK ABAD KE-21 Penyayang Menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain. Mereka komited untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan kelestarian alam sekitar. Patriotik Mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara.

  36. Pendekatan Secara bersepadu • Rangsangan deria: penekanan kepada psikomotor dan kognitif. • Perkembangan aktiviti: maujud, gambar, perwakilan, garis nombor … • Secara bersepadu: memperkenalkan pengetahuan baru berasaskan kemahiran sedia ada. Contoh, unit nombor sebagai persediaan kepada unit yang berikutnya. • Mempelbagaikan pemeringkatan penguasaan berasaskan pengetahuan nyata/konkrit kepada abstrak.

  37. Pendekatan Secara pembelajaran masteri • Memastikan murid berpengetahuan asas yang kukuh sebelum memperkenalkan kemahiran baru. • Murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran, perlu diajar semula - khusus untuk memperbetulkan ketidak fahaman mereka secara strategi yang berbeza. • Sentiasa menyedari keperluan murid melalui proses pengesanan (Contoh: diagnostik)

  38. Pendekatan Secara ansur maju • Pengetahuan berasaskan hieraki ilmu. • Senang kepada yang susah • Konkrit kepada abstrak • Kontekstual kepada konstruktif • Guru membimbing dan mendampingi murid secara sentuhan ‘individu’. Kenali setiap murid bagi mengenal pasti keperluan dan strategi mengatasinya.

  39. Pendekatan Didik Hibur Membolehkan murid berminat dalam pembelajaran, aktiviti yang disampaikan perlu menggunakan pendekatan yang menarik, melalui cara penyampaian yang paling berkesan. Konsep didik hibur melalui nyanyian, permainan dan penggunaan bahan manipulatif yang menarik disarankan untuk diaplikasi dalam pengajaran.

  40. Pendekatan Mental Aritmetik • Pengiraan matematik yang dilakukan: • Dengan menggunakan akal fikiran semata-mata. • Tanpa bantuan alat tulis dan alat mengira. • Tanpa ‘terikat’ kepada algoritma. • Ciri-ciri pengiraan mental: • Nombor difahami sebagai suatu perkaitan antara kuantiti, bukannya digit. • Pengiraan yang kelihatan serupa boleh diselesaikan dengan menggunakan pelbagai strategi. • Kelebihan pengiraan mental: • Memahami perkaitan nombor dengan lebih baik. • Memahami nilai tempat dengan lebih kukuh. • Yakin terhadap nombor dan sistem nombor.

  41. Pendekatan Alat Pengiraan (Kalkulator) Uji Kalkulator anda  Adakah 3 + 5 × 2 = 13?  atau 3 + 5 × 2 = 16?

  42. SEBARANG PERTANYAAN?

  43. SENARAI PEGAWAI UNIT MATEMATIK RENDAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KPM.

  44. Sekian Terima kasih

More Related