340 likes | 858 Views
BAB 1 ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG SYUMUL. Kandungan. Pengertian Islam, Iman dan Ihsan Asas-asas Syariat Islam Tujuan (Maqasid) Syariat Islam. Islam Bahasa : berasal dr kata kerja – salima = suci dari kecacatan zahir dan batin, damai, selamat, sejahtera, taat dan menyerah .
E N D
Kandungan • Pengertian Islam, Iman dan Ihsan • Asas-asas Syariat Islam • Tujuan (Maqasid) Syariat Islam
Islam • Bahasa: berasal dr kata kerja – salima = suci dari kecacatan zahir dan batin, damai, selamat, sejahtera, taat dan menyerah. • Istilah syarak = mentauhidkan Allah s.w.t, patuh, tunduk dan jujur hati kepadaNya serta beriman dengan segala pengajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh ikhlas tanpa rasa terpaksa dan ragu.
Pengertian Islam dapat diambil dari hadis Rasulullah s.a.w: “Kau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah hambaNya dan pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah jika kau berkemampuan” • Nama Islam adalah nama yang diberi oleh Allah s.w.t: “…dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”(al-Maidah:3)
Mereka yang memilih agama selain Islam termasuk orang-orang yang rugi • Penghayatan terhadap Islam – melaksanakan rukun-rukunnya. Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.(al-Imran: 85)
Iman • Berasal dr kata kerja – amanna, yukminu = percaya / membenarkan • Menurut istilah: • Iman itu diucapkan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota – Ali Abi Talib • Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota – Aisyah r.a • Iman ialah pengakuan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun – Imam Ghazali • Orang yang beriman = percaya, mengakui dan beramal. • Orang yang tidak sempurna iman – fasik, munafik, kafir
Ihsan • Iaitu tindakan seseorang melakukan sesuatu amalan atau kebaikan kerana menyedari bahawa Allah sedang memerhatikan gerak-gerinya dan mengharapkan balasan baik drpd Allah. • Hadis Rasullah s.a.w, maksud: “Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, jika kamu tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu”
Ihsan kepada Allah • Merupakan kemuncak pengabdian • Melaksanakan rukun-rukun Islam dan segala perintahNya dengan baik dan teiliti. • Firman Allah s.w.t: Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?(al-’Alaq; 14)
ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(al-Baqarah: 112) Orang yang berbuat ihsan tiada padanya dukacita dan peroleh pahala.
Ihsan kepada makhluk • Berbuat baik sesama manusia – ibubapa, keluarga, jiran, masyarakat, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
1)Akidah • AsaldariperkataanBahasa Arab `aqada - ikatanatausangkutanataumenyimpulkansesuatu. • Istilah : berertikepercayaan, keyakinanataukeimanan yang mantapdantidakmudahteruraiolehpengaruhmana pun samaadadaridalamataudariluardiriseseorang. • Dalam Al-Quran - mengakuikewujudan Allah SWT dankeesaanNya. BAB 1 - 1.2
Terbahagi kepada tiga bahagian: a) Tauhid Rububiyyah : Allah s.w.t satu-satunya Pencipta, Pemelihara, Penguasa, dan Pengatur alam ini. Firman Allah yang bermaksud : ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ “Jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu : Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan memudahkan perjalanan matahari dan bulan? Nescaya mereka menjawab, Allah”. (al-Ankabut: 61) BAB 1 - 1.2
b) Tauhid Uluhiyyah: Allah sebagai satu-satunya Tuhan untuk diabdikan diri kepadaNya dengan beribadah, berdoa, tunduk, merendah diri hanya kepada-Nya dan tidak menerima hukum agama dan ketetapan dalam perkara ghaib kecuali dari Allah. Firman Allah yang bermaksud : ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ “Katakanlah: solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah hanya untuk Tuhan semesta Alam” (al-An’am: 162) BAB 1 - 1.2
c) Tauhid Asma’ wa Sifat Percaya bahawa Allah memiliki segala nama- nama yang menggambarkan kesempurnaan dan ketinggian sifat-sifatNya sepertimana yang terkandung di dalam Al-Quran dan al-Hadis serta suci daripada segala sifat-sifat mustahil bagi diriNya. BAB 1 - 1.2
2) Syari’ah Segala peraturan atau hukuman yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t melalui Rasulullah s.a.w. Terbahagi kepada : a) Ibadah Bermaksud taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud : ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ “Kepada tiap umat Kami utuskan seorang rasul dengan perintah: beribadahlah kepada-Ku dan tinggalkan taghut” (an-Nahl: 36) BAB 1 - 1.2
b) Muamalat Kira bicara yang merangkumi tukar-menukar antara barang atau suatu yang memberi manfaat dengan cara yang ditentukan seperti jual-beli, sewa-menyewa, upah-mengupah, pinjam-meminjam, urusan bercucuk tanam, berkongsi dan sebagainya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ “Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (al-Baqarah: 275) BAB 1 - 1.2
c) Munakahat Suatu peraturan atau hukum yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan dan kekeluargaan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Maka bolehlah kamu menikahi perempuan yang kamu pandang baik untuk kamu, dua atau tiga atau empat, jika kiranya kamu takut tidak dapat berlaku adil di antara mereka itu, hendaklah kamu kahwini seorang sahaja” (an-Nisa: 3) BAB 1 - 1.2
Jinayat Setiap perbuatan atau tindakan yang ditegah oleh syarak, sama ada mengenai harta atau jiwa atau tubuh badan atau meninggalkan sesuatu yang disuruh oleh syarak seperti meninggalkan kewajipan sembahyang. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ “Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa, lagi maha Bijaksana” (al-Maidah: 38) BAB 1 - 1.2
3. Akhlak Imam al-Ghazali : akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dan sebati dalam jiwa seseorang hingga menghasilkan segala perbuatan dengan mudah (spontan) tanpa perlu pertimbangan fikiran. Sekiranya akhlak itu baik menurut pertimbangan al-Quran dan al-Sunnah, maka baiklah. Sekiranya buruk mengikut al-Quran dan al-Sunnah, maka buruklah. BAB 1 - 1.2
Skop akhlak : a) Hubungan manusia dengan Allah. Akhlak terpuji yang menghubungkan manusia dengan Allah adalah seperti bertaqwa, ikhlas, sabar dll b) Hubungan manusia sesama manusia. Akhlak terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat seperti bertimbangrasa, berlaku adil, bantu-membantu jujur, amanah dan sebagainya. c) Hubungan Manusia dengan Makhluk/Alam. Hubungan manusia dengan makhluk dan alam umumnya (haiwan dan tumbuhan seperti tidak melakukan pencemaran, kerosakan atau kezaliman, bertimbangrasa dan penyayang, memelihara haiwan atau tumbuh-tumbuhan daripada kepupusan, dsb BAB 1 - 1.2
Syari`at didatangkan oleh Allah bertujuan untuk menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada manusia dan menghindarkan kemudharatan. • Antara tujuannya adalah : • Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama • Islam datang untuk membebaskan manusia daripada khurafat, tahyul, kemunafikan dan kesyirikan kepada keimanan dan tauhid. TR2.3.4
Firman Allah s.w.t : • “Katakanlah wahai Muhammad, Allah itu Satu. Allah tempat tumpuan. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang menyamai denganNya” • (al-Ikhlas: 1-3) • Allah juga mensyariatkan dakwah dan jihad untuk memelihara kesucian akidah. Firman Allah : • “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah..” • (al-‘Imran: 110) TR2.3.5
2. Menjamin keselamatan nyawa dan anggota • tubuh badan manusia • Setiap individu wajib menjaga keselamatan diri sendiri dan dilarang mengancam keselamatan orang lain. Firman Allah : • “Dan sesiapa yang memelihara kehidupan seseorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara manusia semuanya…” • (al-Maidah: 32) • “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak…” (al-An’am: 151) TR2.3.6
3. Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal • Anugerah akal dan kekuatan berfikir melayakkan manusia memegang status khalifah di bumi. • Untuk menjaganya, Islam menggalakkan manusia menuntut dan menguasai ilmu serta mengharamkan sebarang bentuk perlakuan yang boleh menjejaskan fungsi akal seperti minum arak atau sesuatu yang memabukkan. Firman Allah swt : TR2.3.7
“Wahai orang2 yang beriman, sesungguh- nya arak, berjudi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan2 itu mudah2an kamu peroleh kemenangan” (al-Maidah: 90) TR2.3.8
4. Menjamin kehormatan dan maruah diri • Kemuliaan dan keperibadian seseorang berkait rapat dengan kehormatan dan maruah diri. Seluruh perintah Allah (solat, puasa, zakat dan haji) serta larangan-Nya (zina, pendedahan aurat dan pergaulan bebas) bertujuan untuk membentuk ketinggian dan kemuliaan akhlak serta menghindarkan manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan. Firman Allah: • “Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina, sesungguhnya ia adalah perbuatan keji dan jalan yang salah” • (al-Isra’: 32) TR2.3.9
Menjatuhkan maruah orang lain dgn mencemuh, mengaib dan memanggil dengan gelaran yang tidak baik juga dilarang. Firman Allah : “Wahai orang2 yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah2- kan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah2kan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk…….” (al-Hujurat: 11) TR2.3.10
5. Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta • Harta penting dalam kehidupan manusia. Syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan undang2 berkaitan dengannya. Antaranya: • Kepentingan mencari kekayaan daripada nikmat dan anugerah Allah. • “Dan carilah dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada engkau untuk kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau lupa akan bahagianmu di dunia…” • (al-Qasas: 77) TR2.3.11
b) Diusaha melalui cara dan pendekatan yang diharuskan seperti jual beli dan lain-lain. • “..Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba..” • (al-Baqarah: 275) • c) Dibelanja ke jalan yang diredhai Allah serta banyakkan sedekah dan berzakat. • “Hendaklah kamu membelanjakan harta kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan..” (al-Baqarah: 195) TR2.3.12