710 likes | 1k Views
SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6. SBC. E-PEMBELAJARAN. E-PEMBELAJARAN. KATA GANTI NAMA DIRI. Kata ganti nama diri : Kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis. (a). Kata ganti nama diri pertama
E N D
SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6 SBC E-PEMBELAJARAN
E-PEMBELAJARAN KATA GANTI NAMA DIRI Kata ganti nama diri :Kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis. (a). Kata ganti nama diri pertama (b). Kata ganti nama diri kedua (c). Kata ganti nama diri ketiga
MEMPERSEMBAHKAN KLINIK SBC ARAS SOALAN - 60 : 40 Pemahaman : Pengetahuan : Aplikasi KATA GANTI NAMA DIRI
KLINIK MINDA BESTARI PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA TUNGGAL aku, saya, beta, patik, hamba, daku JAMAK kami, kita
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Aku : Merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan sahabat yang rapat atau dengan Tuhan. • “Aku akan belajar bersungguh-sungguh,” kata Nurliyana Husna kepada sahabatnya. • Aku memohon keampunan dan hidayah daripada-Mu.
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Saya : Merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan baru, orang tua, atau dalam suasana rasmi. • “Nama saya Muhammad Syahmi,” murid baru itu memperkenalkan diri. • “Saya berbangga dengan kejayaan kamu dalam pertandingan itu,” kata guru besar.
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Hamba : Merujuk diri sendiri, bahasa yang digunakan oleh orang pada zaman dahulu atau bahasa klasik. • “Hamba ingin menumpang berteduh di sini,” kata pengembara itu. • “Tuan hamba hendak ke mana?” tanya Badik kepada Demang.
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Patik : Digunakan oleh rakyat jelata apabila bercakap dengan raja atau kerabat diraja. • “Patik akan berusaha untuk mendapatkan Puteri Gunung Ledang,” kata Hang Tuah. • “Patik berasal dari kampung seberang,” kata Damak kepada Tok Penghulu.
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Beta : Digunakan oleh raja atau kerabat diraja ketika bertitah kepada rakyat jelata. • “Beta berbangga dengan ketaatsetiaan yang kamu tunjukkan”, titah Raja Haji. • “Beta akan berangkat ke luar negara pada minggu depan,” titah Sultan Kelantan.
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Daku : Merujuk diri sendiri, kebiasaannya digunakan dalam penulisan cerita. • Mereka memang hendak menangkap dan menyerang daku. • “Akhirnya engkau bersependapat dengan daku, kata Munir kepada Salehhudin.
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Kami : Merujuk diri orang yang berkata serta beberapa orang lain apabila berkomunikasi atau bercakap dengan orang kedua. • “Jemputlah singgah ke rumah kami,” kata Aizad dan isterinya kepada Narimah. • “Kami berada di kelas yang sama,” kata Jenny dan Devan kepada Eugene.
KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Kita : Merujuk diri orang yang bercakap, termasuk orang yang diajak bercakap. • “Kita mesti menghormati guru,” kata Dina kepada adik-adiknya. • “Jika kita berpecah-belah, musuh mudah mengalahkan kita,” kata Tok Penghulu kepada anak-anak buahnya.
KLINIK MINDA BESTARI PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA TUNGGAL awak, anda, engkau, kamu, tuan hamba, tuanku JAMAK kalian, kamu
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Awak : Digunakan apabila bercakap dengan sahabat karib, orang atasan kepada orang bawahan, dan pasangan suami isteri. • “Hadiah ini untuk awak,” kata Nurfadhilah kepada Muhammad Anwar. • “Saya hendak awak aturkan temu janji dengan Tan Sri Kamal,” kata Dato’ Muaid.
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Anda : Digunakan untuk diri orang keadua apabila tidak ada di hadapan kita, misalnya dalam surat-menyurat atau rakan sebaya. • Jauhilah diri anda dari gejala lepak dan salah guna dadah. • Semoga anda sekeluarga dalam keadaan sihat sejahtera.
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Engkau: Digunakan untuk menggantikan diri orang yang rapat hubungannya dengan kita atau apabila berdoa kepada Tuhan. • “Nur Shafiqah, engkau ada pensil lebih?” tanya Nurul Nadia. • Ya Allah, Engkau berilah petunjuk dan hidayah kepadaku.
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Kamu : Digunakan apabila bercakap dengan orang yang rapat hubungannya dengan kita, misalnya dengan rakan sebaya. • “Wah, nampaknya kamu sekarang sudah berkereta besar!” kata Lina kepada Jamal. • Emak bertanya kepada Syahmi, “Kamu sudah gosok gigi?”
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Tuan hamba : Digunakan bagi menggantikan diri orangkedua pada zaman dahulu. • “Biarlah tuan hamba bermalam di rumah hamba sahaja,” ajak Hang Nadim kepada Hang Jebat. • “Tuan hamba mesti banyak berehat,” kata Tun Perak kepada Megat Alang Iskandar.
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Tuanku : Digunakan ketika bercakap dengan sultan, raja atau kerabat diraja. • “Ampun tuaku, hamba datang mengadap,” sembah Bendahara Tun Ali kepada Sultan Manshor Syah. • “Benarkah tuanku akan berburu besok?” tanya memanda menteri kepada sultan.
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Kalian : Digunakan ketika bercakap dengan beberapa orang yang diajak bercakap. • “Kalian diminta banyak bersabar,” kata Tuk Iman kepada anak-anak buahnya. • “Apa hajat kalian datang ke rumah aku?” Tuai Rumah bertanya kepada lima orang pemuda yang datang ke rumahnya.
KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Kamu : Digunakan juga dalam bentuk jamak, misalnya semasa orang dewasa berhubung dengan orang yang lebih muda umurnya. • Puan Siti Zuraina bertanya kepada anak-anaknya, “Kamu sudah bersarapan?” • “Wah, kamu nampak lebih bergaya!” kata Encik Saidi kepada ahli Kelab Kembara.
KLINIK MINDA BESTARI PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA TUNGGAL dia, ia, beliau, baginda JAMAK mereka
KATA GANTI NAMA DIRI KEATIGA Dia : Digunakan untuk diri orang ketiga yang sama umurnya seperti rakan sebaya dan orang biasa . • “Saya tidak berapa pasti ke mana dia pergi pagi tadi,” kata Mak Cik Faridah. • “Doktor mengesahkan bahawa dia tidak mengidap apa-apa penyakit berbahaya.
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA Ia : Digunakan dalam penulisan cerita atau dialog dan fugsinya sama seperti dia untuk diri orang ketiga. • Ia terpaksa mengundur diri dalam arena politik kerana sudah terlalu uzur. • Abdul Mutallib anak yang rajin. Ia selalu membantu ayahnya di kebun.
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA Beliau: Digunakan untuk diri orang ketiga yang dihormati seperti ibu bapa, guru, pemimpin, dan orang yang berpangkat. • Beliau telah dilantik sebagai Pengurus di Syarikat Indah Mulia Sendirian Berhad. • Encik Zahidi itu kawan baik ayah saya. Beliau bertugas di Bank Islam.
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA Baginda : Digunakan untuk diri orang ketiga sebagai bahasa istana khusus bagi sultan, raja atau kerabat diraja. • Baginda merupakan anak tunggal kepada Sultan Iskandar Zulkarnain. • Baginda bertitah supaya rakyat jelata mengamalkan tabiat berjimat cermat.
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA Mereka : Digunakan untuk diri orang ketiga yang bilangannya lebih daripada satu. • Penduduk Kampung Selabak masih kuat mengamalkan sikap kerjasama. Mereka bergotong-royong membaiki surau. • Mereka tekun menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas Pemahaman versi PBK.
KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA MODUL SBC INTERAKTIF SUNTIKAN IDEA BESTARI
KLINIK PEMANTAPAN MINDA PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI
INFO PERKONGSIAN PINTAR • Beramal ibadatlah, ______ semakin tua,” kata Ustaz Ali kepada para jemaah. saya kita kami aku CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA kita
INFO PERKONGSIAN PINTAR • “Perintah tuanku akan ______ tunaikan,” kata temenggung kepada sultan. beta baginda patik hamba CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA Patik
INFO PERKONGSIAN PINTAR • “Ayah ______ diminta menandatangani surat ini,” kata Cikgu Ramli kepada Azli. anda daku kalian kamu CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA Kamu
INFO PERKONGSIAN PINTAR • “Dari manakah ______ memperoleh benih bunga ini?” Tanya Sukma kepada Aniza. kami kalian saya awak CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA awak
INFO PERKONGSIAN PINTAR • Berkat usaha yang gigih, ______ telah menjadi usahawan yang berjaya. dia beliau mereka kalian CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA beliau
KATA GANTI NAMA DIRI MODUL SBC INTERAKTIF PENEROKAAN PERTAMA
SOALAN MENGUJI MINDAKATA GANTI NAMA DIRI Uji Minda: Jawab kesemua 10 soalan yang disediakan. Pilihan jawapan ada disediakan pada paparan slaid di sebelah. Sila pilih jawapan yang paling tepat.
KLINIK MINDA BESTARI PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI
KATA GANTI NAMA DIRI PENEROKAAN PERTAMA E-PEMBELAJARAN
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 1 Adik Abdul Saini bernama Siti Sanisah. ______ sangat suka minum susu. Dia A B Anda C Awak Beliau D
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 2 Guru besar saya sangat baik. ______ selalu memberikan nasihat yang berguna. Dia A B Beliau C Kalian Baginda D
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 3 Putera ______ akan bersemayam di sebuah singgahsana yang cantik. beta A B hamba C patik baginda D
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 4 Penuhilah masa senggang ______ dengan aktiviti yang baik dan berfaedah. Dia A B saya C kamu beliau D
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 5 “ ______ berdua ialah adik beradik,” kata Roha dan Rozi kepada Rita. Kami A B Kamu C Kalian Beliau D
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 6 “ ______ perlu berhati-hati ketika memandu di lebuh raya,” pesan juruhebah. Dia A B Anda C Engkau Saudara D
ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM SOALAN 7 Penjenayah itu telah dibicarakan, ______ didapati bersalah dan dihukum penjara. Dia A B Anda C Beliau Mereka D
SOALAN 8 “Daulat ______, sembah ______ yang hina ini harap diampun,” kata Sri Luncai kepada Sultan Mansur Shah. tuanku ... beta A ITEM UPSR B tuanku ... hamba NINE POINT SYSTEM C tuanku ... patik tuanku ... baginda D
SOALAN 9 Ibu bapa banyak berkorban kepada kita. ______ sepatutnya membalas jasa ______. Mereka ... kita A ITEM UPSR B Kita ... beliau NINE POINT SYSTEM C Kamu ... kami Kamu ... mereka D