430 likes | 1.35k Views
Ketam batu : orang yang sangat kedekut. Contoh : Janganlah kamu mengharapkan sumbangan daripada Kahar yang ketam batu itu. Mulut tempayan : tidak dapat menyimpan rahsia. Contoh : Cerita ini jangan kamu beritahu kepada Ana kerana dia mulut tempayan. Putih mata: Kecewa / mendapat malu.
E N D
Ketam batu : orang yang sangat kedekut Contoh : Janganlah kamu mengharapkan sumbangan daripada Kahar yang ketam batu itu.
Mulut tempayan : tidak dapat menyimpan rahsia. • Contoh : Cerita ini jangan kamu beritahu kepada Ana kerana dia mulut tempayan
Putih mata:Kecewa / mendapat malu • Contoh : Kakak putih mata apabila permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti itu gagal
Bagai aur dengan tebing • Tolong- menolong antara satu dengan yang lain
Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing • Tiada kata sepakat dalam sesuatu perbicangan
Bagai dakwat dengan kertas • Sangat akrab.
Bagai melepaskan batuk di tangga • Membuat sesuatu kerja tetapi kerja tidak selesai
Seperti anjing berebut tulang • Orang tamak berebut harta
Seperti aur ditarik songsang • Pekerjaan atau perkara yang sukar dilaksanakan kerana sudah salah jalan
Seperti hujan jatuh ke pasir. • Nasihat yang tidak dihargai
Seperti rusa masuk ke kampung • Tercengang-cengang kehairanan
Bagaimana acuan begitulah kuihnya • Anak menurut baka ibu bapanya; sesuatu itu menurut asalnya
Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing • Suka duka sama-sama ditanggung
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga • Berselisih sesama keluarga akhirnya berbaik kembali
Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung • Hendaklah kita menurut adat dan aturan di tempat yang kita diami
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah • Pemimpin dengan pemimpin berperang, rakyat mendapat susah
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. • Setiap manusia dikenang kerana jasa yang dilakukannya semasa hidup
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah • Saling membantu, susah senang dinikmati bersama
Harapkan guruh di langit , air tempayan dicurahkan • Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti, keuntungan yang kecil dilepaskan
Jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat • Sudah lupa akan bahaya , tetapi sebenarnya bahaya tetap mengancam
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang • Orang susah harus bekerja setiap masa
Kalah jadi abu menang jadi arang • Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tidak menguntungkan mana-mana pihak
Kalau kail panjang sejengkal , lautan yang dalam diduga jangan. • Jika mempunyai pengetahuan yang sedikit , janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni • Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat dipisahkan
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. • Mendapat kecelakaan kerana percakapan.
Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tidak nampak • Kesalahan orang lain biarpun kecil nampak, kesalahan sendiri tidak disedari.
Lautan mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan • Segala usaha tetap ada kesukaran dan bahaya
Lembu punya susu, sapi dapat nama • Orang lain yang berusaha, orang lain yang mendapat nama
Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak • Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.
Naik seperti semut, turun seperti ribut • Hendak mendapat kejayaan selalu lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.
Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas • Adat yang tidak berubah walaupun berganti tahun
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah • Sama taraf
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam • Sekiranya bernasib baik akan mendapat kejayaan, tetapi jika bernasib malang akan mendapat kerugian
Ada gula ada semut • Orang akan berkumpul di tempat mendapat rezeki dengan mudah
Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga • Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan
Sarang tebuan jangan dijolok • Jangan sengaja mencari kesusahan
Sirih pulang ke gagang • Kembali ke tempat asalnya
Sediakan payung sebelum hujan • Berjaga-jaga sebelum kita mendapat bencana
Sudah jatuh ditimpa tangga • Ditimpa kemalangan yang berturut-turut
Telur di hujung tanduk • Dalam keadaan bahaya
Ukur baju di badan sendiri • Melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri
Bahasa jiwa bangsa • Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu masyarakat
Bahasa menunjukkan bangsa • Daripada pertuturan seseorang kita dapat mengetahui jenis dan keturunannya