210 likes | 465 Views
Governans dan Pembangunan. Memahami governans dan implikasinya. Erti governans Perbezaan antara governans dan government Asas falsafah pendekatan governans – ekologi sosial Mengimbas sejarah ekologi sosial Peranan governans pembangunan. Pengenalan.
E N D
Memahami governans dan implikasinya • Erti governans • Perbezaan antara governans dan government • Asas falsafah pendekatan governans – ekologi sosial • Mengimbas sejarah ekologi sosial • Peranan governans pembangunan
Pengenalan • Governans sebagai suatu pendekatan yang mengubah proses pembangunan – apakah matlamat perancangan juga akan terubah?
Ertikata Governans A word means exactly what I mean it to be. Nothing more and nothing less Alice in Wonderland Maka ada yang dua se nama, ada yang tiga se nama, dipanggil di rumah di tanah menyahut, dipanggil di tanah, di rumah menyahut Hikayat Malim Deman • Konstruk sosial perkataan governans yang terkait ubahsuaian epistemologi dan metod • Perbezaan antara governans dan government • Governans kelestarian – memberi penekanan kepada aspek keadilan sosial dalam mencapai pembangunan lestari • Negosiasi perancangan • Perancangan sebagai agenda sosial • Idea asal lanskap
Asas falsafah governans • Konsep ekologi sosial • Murray Bookchin • Anarkisme – demokrasi langsung, organisasi sukarela, desentralisasi dan anti hirarki • ‘naluri pertama’ (biologi), ‘naluri kedua’ (sosial) • Masyarakat ekologi • Wilayah hayat (bio-regionalism) • Pergerakan keadilan persekitaran
Latar sejarah pergerakan ekologi sosial • Environmental racism • Benjamin Chavis dan Robert Bullard • Contoh: Pekerja buruh asing, setinggan, komuniti urban terpinggir • Pertentangan – organisasi akar umbi dan tindakan mahkamah • Ekologi sosial – Masalah ekologi berakar umbi dari ketidakadilan sosial (Bookchin) • Anarkism dan demokrasi langsung
Prinsip-prinsip ekologi sosial • Ia merupakan bentuk ‘naturalism’ yang melihat kepada evolusi dan bio-sfera. • Secara falsafahnya ia berasaskan tradisi organisma falsafah barat yang bermula dengan Heraclitus, dialektik evolusionari Aristotle dan Hegel, serta pendekatan kritis aliran pemikiran Frankfurt yang menolak positivisme logikal dan mistik primitif Heidegger.
Prinsip-prinsip ekologi sosial -smbg • Ia secara sosialnya revolusionari dan bukan sekadar radikal. Ia berasaskan analisis eko-anarki Peter Kropotkin dan pandangan ekonomi Karl Marx, antara lainnya. • Secara politik, ianya hijau. Ia berdiri seiring dengan fahaman aliran kiri, German Greens, ekofeminist dan pelbagai politik berasaskan inisiatif penduduk. • Secara moralnya ia humanistik – kemanusiaan. Ekologi sosial tidak menerima pendekatan ‘biosentrik’ yang menolak keunikan manusia mahupun ‘anthroposentrik’ yang memberi hak kepada golongan tertentu untuk memunggah dunia hayat – termasuk hayat manusia.
Konsepsualisasi tradisional urustadbir pembangunan • Tiga cara tradisional mengalur perancangan pembangunan • 1. Perintah dan arahan (perundangan dan regulasi) • 2. Manipulasi ruang pembangunan (dasar dan insentif) • 3. Pendidikan (penjelasan dan penerimaan rasional) Yang terperhati Yang menggerakkan (governans)
Perubahan pandang-dunia dan mindset perancangan • Implikasi erti governans untuk perlaksanaan perancangan • Perubahan hubungan dan ruang kuasa • Sejauh mana governans dapat dilaksanakan dalam struktur sedia ada • Apa terjadi kepada posisi kuasa setempat apabila bertembung dengan imposisi kuasa modal dan nilai global • Implikasi erti governans utk teori dan konsepsi perancangan • Asal penentu matlamat dan objektif perancangan akan datangnya dari siapa? • Memilih nilai sepunya untuk governans • Kenapa ini perlu?
Hasil perubahan konteks sosial pembangunan • Kedinamisan sosio-ekonomi • Pasca fordisme • Kedinamisan politik • Pasca strukturalisme, pasca modernisme • Negara tidak lagi mempunyai kuasa kawalan seperti dahulu • Kedinamisan teknologi • Membenarkan akses dunia tanpa sempadan dan peredaran idea yang luwes • Kedinamisan profesyen • Perancang diminta menyelesaikan pelbagai masalah baru yang tidak dapat diselesaikan di atas drafting table
Konteks sosial pembangunan • Keadilan sosial vs peningkatan estetik • Warga sebagai subjek berbanding objek • Perubahan institusi berbanding fizikal
Peranan governans pembangunan Komponen Fungsi Mod Klasifikasi Teori Struktur Teori Matlamat Nilai Kawalan Analisis Penilaian Preskriptif Rujukan
Ruang wibawa pemerintah untuk mengurus pembangunan berlandaskan Common Law (Tort) • Keselamatan Awam (Safety) • Kesihatan awam (Health) • Kesejahteraan awam (Welfare) • Evolusi pentafsiran kuasa pemerintah • Apa yang dimaksudkan dengan ‘awam’ • Konsep barangan awam
Contoh prinsip perundangan: Undang-undang kacau-ganggu (nuisance law) • Sic utere tuo (Swa-diri). Tidak ada tanah yang benar-benar terasing atau dianggap lengkap dengan tersendirinya. Nilainya bergantung kepada lokasi fizikal berbanding dengan tanah lain, dan kepada garispanduan oleh masyarakat yang menggaris antara keistimewaan pengunaan dan kepentingan pemilik sekitar dalam penggunaan tanah mereka yang tidak diganggu. Doktrin 'nuisance' atau 'gangguan' yang diolah berdasarkan kes demi kes mempamirkan batasan kepada kebebasan pemilik tanah yang dikekang oleh hak jiran yang sama penting dan juga berkemungkinan bersaingan.
Governans dan evolusi pendekatan perancangan pembangunan • Perancangan komprehensif • Perancangan incremental • Perancangan advokasi • Perancangan berpenglibatan – participatory planning dan governans perancangan
Evolusi peranan dan tanggungjawab pengurus-tadbir • Pengurustadbir sebagai visionari • Pengurustadbir sebagai birokrat • Pengurustadbir sebagai advokat • Pengurustadbir sebagai artikulasi, pemudahcara dan penterjemah untuk stakeholders yang semakin berpelbagai
Program berbentuk kitaran dan iteratif • Masalah dengan perlaksanaan governans secara serial • Persoalan mencapai matlamat berbanding dengan negosiasi dan evolusi matlamat
Perancangan rasional berbanding governans politikal • Pilihan rasional berbanding pilihan politikal • Persoalan sama ada objektif dan kaedah ditentukan oleh pakar (rasional) atau komuniti (politikal) • Governans cenderung ke arah perancangan politikal • Idea pematuhan kepada piawai yang datang dari pusat dipersoal
Desentralisasi dalam governans • Konsep tradisional nyahpusat dalam perancangan • Home rule; penurunan kuasa • Asas sosial/masyarakat dalam perancangan • Persoalan birokrasi dalam pengurusan perancangan
Penutup • Governans untuk kelestarian: Dari Bandar Pengurusan kpd Bandar Entrepreneur • Bukan sekadar menunggu untuk mengurus tetapi menggerakkan apa yang wajar dalam konteks developmental state