360 likes | 1.09k Views
Pembangunan dan Alam Sekitar. Perbincangan masalah ekonomi tidak lari dari memberi tumpuan kepada perhubungan di antara manusia dan alam sekitar.Manusia sebagai satu objek hidup memerlukan sumber alam untuk dipergunakan bagi memenuhi keperluan kehidupan di bumi ini’
E N D
Perbincangan masalah ekonomi tidak lari dari memberi tumpuan kepada perhubungan di antara manusia dan alam sekitar.Manusia sebagai satu objek hidup memerlukan sumber alam untuk dipergunakan bagi memenuhi keperluan kehidupan di bumi ini’ • Semakin ramai penduduk di bumi ini , semakin banyaklah pula sumber yang terpaksa digunakan untuk menghasilkan pengeluaran yang terpaksa digunakan untuk menapung tingkat kehidupan dan penggunaan penduduk yang semakin ramai’ Pada masa yang sama peningkatan kegunaan sumber dan pengeluaran kerap pula menghasikan kesan ngatif kpd alam sekitar.
Masalah pokok berkaitan ekonomi dan alam sekitar di dunia moden ialah 1. Ledakan penduduk yakni penduduk dunia bertambah dengan pesat 2. Kehabisan sumber alam pada kadar yang cepat 3. Kemerosotan dan kemusnahan alam sekitar yang berlaku pada kadar yang membimbangkan.
Sumber alam pada satu pihak adalah sesuatu yg wujud secara semula jadi yg berguna atau boleh berguna kpd manusia dengan tingkat teknologi yg ada dan ia merangkumi sistem ekologi dan persekitaran - C.W. Howe
Manusia memerlukan sumber alam untuk menampung dan mengembangkan kehidupan mereka supaya berada pada tingkat yg lebih selesa drp keadaan sebelumnya, Oleh itu manusia akan sentiasa mencari jalan untuk perbesarkan pengeluaran. Penduduk yang semakin bertambah tentunya memerlukan jumlah penggunaan sumber yang semakin meningkat untuk menghasilkan tingkat pengeluaran yang mencukupi atau lebih mencukupi. • Adakah alam sekitar ini akan terus menerus menyediakan ruang yg selesa untuk setiap masa atau untuk masa akan datang? Adalah jelas bahawa kestabilanya telah terganggu khususnya oleh pencemaran yg dihasilkan drp tindak-tanduk manusia sendiri.
Tindak-tanduk manusia dalam mempergunakan sumber alam untuk menghasilkan pengeluaran dan penggunaan kerap mewujudkan pencemaran, Ini ditambah pula dengan adanya penciptaan teknologi moden yg telah menimbulkan berbagai bentuk masalah dan pencemaran alam sekitar yg lebih kompleks lagi
Penggunaan dan Sumber Alam • Pembangunan memerlukan sumber alam sebagai alat dan tanpanya tidak mungkin pembangunan dapat dimulakan dan diteruskan. Banyak atau sedikitnya kegunaan sumber alam ini bergantung pada keperluan pembangunan yang hendak dicapai. • Pembangunan akan memerlukan sama ada sumber stok atau sumber aliran Sumber stok – sumber yang jumlah fizikalnya tidak boleh bertambah Sumber aliran – apabila unit yang berbeza wujud bagi interval yang berbeza.
Eksploitasi terhadap sumber-sumber ini dengan secara giat, khususnya di Malaysia, untuk mencapai tahap pembangunan yang diingini akan lambat-laun menimbulkan kesan iaitu kehabisan sumber-sumber ini. • Malaysia telah mengalami kehausan sumber stok seperti bijih besi dan bijih timah. • Sumber-sumber stok seperti bijih timah, bijih besi, bauksit, dan minyak merupakan galian2 utama yg dilombong di negara ini. Semua sumber ini tidak dapat diperbaharui ( exhaustible resources).
Dari segi sumber-sumber aliran pula seperti kayu-kayan dan kayu balak didapati penggunaanya adalah begitu tinggi dan dijangka sumber ini akan mengalami susutan. • Malaysia seperti NSM yang lain telah menerokai dan membuka kawasan hutannya iaitu satu drp sumber aliran untuk menjalankan aktiviti2 pertanian dan penempatan bagi memenuhi keperluan makanan dan tempat tinggal penduduk yg semakin bertambah, disamping memperkembangkan industri2 asas tani. • Berpunca drp keghairahan pembangunan, banyak kawasan hutan telah ditebang sama ada untuk mendapatkan bekalan kayu-kayannya ataupun untuk pembangunan penempatan, pertanian, dan urbanisasi.
Bagi sumber perikanan yang merupakan satu lagi sumber aliran , kedudukannya juga tidak jauh berbeza drp sumber-sumber yang lain. Perubahan bilangan penggunaan pukat tunda (harimau) secara langsung telah meningkatkanbilangan tangkapan setiap tahun dan mempercepatkan kepupusan sumber berkenaan.
Pembangunan dan Alam Sekitar • Kebanyakkan NSM menghadapi masalah alam sekitar (pencemaran ), lantaran perkembangan projek-projek pembangunan, manakala negara-negara maju telah lama terdahulu menghadapi masalah ini, melalui pengalaman telah mula bertindak secara serious dan kebanyakkanya telah pun berjaya menyekat dan memulihkan keadaan pencemaran. • Adalah jelas permodenan ekonomi yang berteraskan perindustrian, pemodenan sektor petanian dengan penggunaan peralatan moden termasuk racun makhluk perosak dan baja kimia, serta pembangunan tanah untuk pertanian, penempatan dan pebandaran telah menjadikan masalah alam sekitar bertambah meruncing
Perkembangan sektor perindustrian telah mengakibatkan kesan negatif kpd alam sekitar, walaupun kehadiran aktiviti ini telah dapat meningkatkan pendapatan dan hasil negara. Maka timbullah persoalan adakah kita bersedia untuk hidup dalam keadaan alam sekitar yang tercemar lantaran kemewahan kebendaan telah memenuhi saku-saku kita? • Kita menghadapi masalah pilihan antara alam sekitar atau kebendaan. Nampaknya dalam banyak hal, kita lebih mahukan kebendaan. Sekiranya ini menjadi pilihan kita maka kemusnahan masa depan akan lebih segera lagi ditempuhi. Maka tiada pilihan lain kecuali petimbangan antara kedua-duanya supaya kemewahan kebendaan yg kita kejar tidak mengakibatkan kerosakan alam sekitar.
Masalah Pencemaran di Malaysia • Malaysia seperti kebanyakkan negara sedang membangun yang lain telah mula menghadapi masalah alam sekitar yang agak serius. Keadaannya bertambah meruncing dengan bertambah pesatnya projek-projek pembangunan yang dijalankan. • Masalah alam sekitar termasuklah pencemaran air, udara dan sampah-sarap. Masalah lain termasuklah pencemaran radioaktif, kebisingan, racun makhluk perosak, bau busuk, haba, pemandangan dan kehabisan sumber semula jadi
Pencemaran Air • Sungguh pun air boleh didapati dengan banyaknya drp sumber-sumber yg ada , namun kuantiti air bersih adalah semakin terhad. Hal demikian kerana bertambah besarnya permintaan air bersih dan semakin meluasnya pencemaran air dan sumber air tersebut. • Sumber air dikatakan mengalami pencemaran apabila berlakunya sesuatu perubahan secara langsung di dalam kandungan air yang disebabkan oleh kegiatan manusia yang telah menyebabkan kurang sesuainya sumber air itu untuk kegunaan sesuatu tujuan tertentu dalam keadaan asalnya. • Dalam usaha mengurangkan pencemaran air yang berpunca daripada kumbahan domestik, kerajaan telah menswastakan sistem pembentungan pada tahun 1993 . Indah Water Konsortium (IWK) adalah syarikat swasta yang terlibat.
Pencemaran Udara • Sumber pencemaran udara boleh dikategorikan mengikut jenis emisi sama ada gas atau partikulat-partikulat, berdasarkan jenis punca berlakunya, sama ada semula jadi atau tiruan (buatan manusia) • Pencemaran udara terutamanya di bandar berpunca drp tiga punca utama iaitu kenderaan , pembakaran bahan api kilang dan domestik, stesen janakuasa dan pembakaran sisa perbandaran dan industri .
Pencemaran sampah-sarap • Tanah terjejas oleh aktiviti perbandaran dan perumahan. Cara hidup moden masyarakat bandar dan desa telah menyebabkan banyak buangan drp kedua-dua punca tersebut sukar untuk dipecahkan dan ini diperoses secara semula jadi oleh alam sekitar. • Pencemaran ke atas tanah tidak seburuk pencemaran ke atas air dan udara. Hal ini kerana sampah-sarap lebih mudah untuk dipindahkan ke media lain. Contohnya, seperti menimbuskanya ke dalam tanah.Masalah berkaitan ini ialah untuk mendapatkan pusat pelupusan sampah yang sesuai.
Pencemaran • Pencemaran lain termasuklah pencemaran buangan bahan beracun, racun makhluk perosak, radioaktif dan pencemaran pemandangan.
Kawalan Pencemaran Bagi memastikan pengurusan alam sekitar dikendalikan selaras dengan matlamat pembangunan serta undang-undang di peringkat Negeri dan Persekutuan, Jabatan Alam sekitar telah mengamalkan satu pendekatan yang merangkumi dua kaedah pengawalan alam sekitar, iaitu kaedah perundangan dan kaedah pentadbiran. Kaedah Perundangan Kawalan undang-undang dilaksanakan bagi perkara-perkara yang ditetapkan di bawah bidang kuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 atau undang-undang Persekutuan lain yg berkaitan dengan alam sekitar. Kaedah perundangan ini merupakan kaedah yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan melalui penguatkuasaan undang undang oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE)
Kaedah pentadbiran Kaedah bukan undang-undang khususnya kaedah pentadbiran dilaksanakan bagi perkara-perkara yang bukan di bawah undang-undang persekutuan tetapi di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Bagi memastikan keberkesanan , kaedah ini memerlukan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Antara pendekatan pentadbiran yang boleh digabungkan dalam rancangan pembangunan termasuklah :- a) Garis panduan bagi penempatan dan pengezonan industri-industri b) Garis panduan bagi kawalan dan pencegahan hakisan dan pemendapan c) Garis panduan bagi pengurusan sisa-sisa pepejal d) Perancangan sumber bagi alam sekitar e) Penilaian kesan alam sekitar.
Ia merupakan pendekatan bersepadu antara alam sekitar dan pembangunan yang melibatkan setiap projek pembangunan yang dicadangkan perlu mengambilkira kesanya terhadap alam sekitar. Oleh sebab itu , pertimbangan alam sekitar merupakan sebahagian drp proses pembangunan
Kesan Dasar dan Program Alam Sekitar • Dalam tempoh satu dekad 1998-1999 keadaan kualiti air sungai mengalami keadaan kemerosotan. Pada tahun 1988, didapati 53 % drp sungai berada pada kualiti yg bersih, tetapi pada tahun 1999 peratusannya menurun kpd 27 % • Dari segi pencemaran udara , didapati kepekatan plumbun di udara telah berkurangan di semua kawasan. Kemajuan ini dicapai khususnya di kawasan lalu lintas dan di kawasan kediaman. • Bagi pencemaran buangan haiwan, masih terdapat beberapa negeri yang belum lagi mempunyai enakmen yang diperlukan bagi mengawal kebersihan buangan tersebut, manakala bagi negeri yang sudah ada enakmen penguatkuasaannya kurang berkesan.
Selaras dengan pengisytiharan Langkawi mengenai alam sekitar pelaksanaan projek di peringkat sektor akan terus ditumpukan kepada keperluan mengekalkan keseimbangan antara keperluan pertumbuhan ekonomi dengan pembangunan yang berterusan. • Memandangkan perindustrian yg pesat, pertumbuhan penduduk yg tinggi, peningkatan perbandaran, masalah kekurangan tanah dan sumber-sumber lain, maka penekanan yang lebih akan diberikan kepada pembangunan yang mampan dengan mengambilkira keseimbangan ekologi.
Bagi rancangan masa depan, pertimbangan alam sekitar akan terus disepadukan dalam penggubalan dasar sektoral bagi memastikan pembangunan sosial yang mampan. Kerajaan akan memastikan penggunaan kaedah kawalan pencemaran yang lebih berkesan dan keberkesanan kos serta perolehan teknologi yang tidak memcemarkan.
Objektif-Objektif Dasar Negara Mengenai Alam Sekitar • Mencapai alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif untuk generasi sekarang dan akan datang. • Memelihara sumber asli dan warisan kebudayaan negara yang unik oleh semua pihak. • Menggalak cara hidup serta penggunaan dan pengeluaran yang sejajar dengan prinsip pembangunan mapan
Bagi memastikan perancangan yang lebih berkesan dalam menangani isu alam sekitar dan sumber, kerajaan dalam RMK 8 akan memulakan penggunaan sistem “ petunjuk pembangunan mapan” yang mengandungi perakaunan sumber semula jadi, pengauditan, pengiraan kos alam sekitar. Data–data berkaitan akan juga dikumpulkan secara bersepadu untuk membantu analisis tentang kemampuan sesuatu sektor/negeri. Petunjuk mapan ini akan dapat mengenalpasti impak dan tindakan serta rancangan susulan yang boleh dilakukan bagi memperbetulkannya dapat dibuat dengan lebih mudah.
Prospek Alam Sekitar Masa Hadapan Keadaan alam sekitar masa hadapan bergantung pada tindakan-tindakan yang dilakukan pada masa sekarang. Sekiranya alam sekitar di beri perhatian berat sama ada dalam bentuk perancangan atau pelaksanaanya, maka kedudukan alam sekitar masa hadapan akan lebih terjamin. Perkara penting bagi generasi masa hadapan ialah pelaksanaan apa yang telah dirancangkan oleh generasi masa kini. Antara faktor yang mempengaruhi prospek alam sekitar masa hadapan ialah a) Keberkesanan kaedah kawalan b) Teknologi dan kos c) Kesedaran masyarakat
Keberkesanan kaedah kawalan yang terdiri drp akta dan garis panduan bergantung pada setakat mana ia dapat dilaksanakan dan dikuatkuasakan secara jujur, Sekiranya akta atau garis panduan yang dibentuk tidak dapat dilaksanakan secara sempurna,maka pemuliharaan alam sekitar lebih sukar dicapai. Persoalanya, adakah kita telah betul-betul memastikan supaya pencemar mematuhi tingkat piawaian-piawaian/peraturan-peraturan yg ditentukan? Adakah tindakan kita tegas terhadap pencemaran apabila mana-mana akta atau garis panduan telah dicabuli? Adakah jumlah denda yang berkesan telah benar-benar kita gunakan sebagai alat mencegah pencemaran? Dari segi akta dan garis panduan itu sendiri, adakah ia sudah cukup tegas dan keras bagi menghadapi kawalan alam sekitar
Teknologi dan Kos Penyelidikan dan penggunaan alat2 kawalan pencemaran melibatkan kos yang tinggi. Kebanyakkan alat-alat ini berasal drp negara maju yang banyak membuat penyelidikan mengenai kawalan pencemaran. Setengah drp teknologi tidak sesuai digunakan di NSM . Teknologi yg efisien biasanya melibatkan kos yg tinggi. Bukan sahaja pihak pengilang tidak mampu untuk memilikinya, bahkan pihak kerajaan sendiri kurang mampu untuk meyediakan projek-projek dengan peralatan yg moden yang mesra alam.
Kesedaran Masyarakat Sebilangan kecil sahaja daripada anggota masyarakat mempunyai semangat cintakan alam sekitar. Anggota yang lain masih mementingkan diri sendiri dengan mengumpulkan keuntungan kebendaan. Kita perlu sedar bahawa pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan sebahagiannya adalah dipengaruhi oleh kualiti alam sekitarnya Jabatan Alam Sekitar perlu diberi peranan yang lebih luas dalam memelihara alam sekitar supaya ianya dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Pihak pengilang perlu menyedari bahawa tanggungjawabnya kepada masyarakat dan bukan setakat mengaut keuntungan semata mata tetapi juga perlu mengambilkira kepentingan2 lain . Masyarakat perlu ada kesedaran yang menyeluruh menangani isu ini supaya masing-masing akan lebih merasakan bahawa sebahagian kehidupan mereka bergantung pada kehidupan orang lain dan sebahagian kehidupan orang lain pula bergantung pada tindakan-tindakan mereka