410 likes | 1.24k Views
BAB 1. PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA. Tempoh: Tiga tahun setengah ( 15 Februari 1942 – 12 September 1945). Cara Pentadbiran : Ketenteraan. KEBANGKITAN JEPUN SEBAGAI KUASA IMPERIALISME DISEBABKAN:.
E N D
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA Tempoh: Tiga tahun setengah ( 15 Februari 1942 – 12 September 1945) Cara Pentadbiran : Ketenteraan
KEBANGKITAN JEPUN SEBAGAI KUASA IMPERIALISME DISEBABKAN: Pemerintahan Maharaja Mikado Meiji (1868) telah melancarkan pemulihan yang menekankan pemodenan & perindustrian Jepun menjadikan negara Barat sebagai model untuk memajukan negaranya. Sasaran awal perluasan kuasa Jepun ialah China kerana China mempunyai bahan mentah dan berpotensi untuk memasarkan barangannya Jepun dianggap sebagai kuasa besar apabila menang dalam Perang Rusia-Jepun 1905.
Mendapatkan Bahan Mentah – industri ( petroleum, bijih timah & getah) Mendapatkan kawasan baru- pertabahan penduduk & kekurangan tanah pertanian SEBAB-SEBAB JEPUN MENAKLUKI ASIA TENGGARA Mendapatkan kawasan pasaran baru Kebangkitan semangat ketenteraan Jepun Sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat – kerana Jepun enggan berundur dari China
Kemaraan Tentera Jepun di Sarawak
Tentera Jepun mendarat di Miri, Sarawak Tentera Jepun berpecah dua SARAWAK SABAH Labuan Kuching Sandakan Sibu Mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama bandar-bandar besar
M us na h INFRASTRUKTUR BANGUNAN SUMBER EKONOMI Semasa berundur, British menggunakan taktik “Bumi Hangus” dengan memusnahkan jambatan, jln. K’api, jln. Raya, ladang & kaw. Perlombongan. Di Sarawak, British membakar telaga minyak di Miri dan membakar dokumen kerajaan.
Dalam tempoh 10 minggu, seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Jeneral A.E.Percival menyerah kalah kepada Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura.
Dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
1. Jepun menjalankan pemerintahan tentera. 2. Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru) dan Singapura sebagai Syonan (Cahaya Selatan) 3. Pentadbiran Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu 4. Pentadbirannya dibahagikan kepada 2 iaitu: PENTADBIRAN PUSAT dan PENTADBIRAN WILAYAH.
PENTADBIRAN PUSAT Pejabat Perang (di Tokyo) Pengarah Agung (di Singapura) Mahkamah Biro-Biro pentadbiran Majlis Pusat PENTADBIRAN WILAYAH Gabenor Wilayah Biro-Biro Pentadbiran Datuk Bandar Pegawai Daerah Penghulu
Struktur Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu • Mulanya Jepun menggabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera di bawah satu pentadbiran pusat di Singapura. • Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Thailand. • Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan di bawah pentadbiran Borneo Utara yang ditadbir oleh Gabenor Jeneral di Kuching. • Sarawak dibahagikan kepada 3 wilayah : Kuching, Sibu dan Miri. • Sabah dibahagikan kepada 2 wilayah: Sandakan & Jesselton
Pejabat Perang Setiap wilayah ditadbir oleh Gabenor Wilayah . Gabenor Jeneral Gabenor Wilayah Residen 15 Pegawai Daerah Ketua Tempatan STRUKTUR PENTADBIRAN JEPUN DI SARAWAK & SABAH
DASAR PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU • Kedudukan Sultan • Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri • Sultan hanya menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu • Sultan diberi elaun seperti semasa pemerintahan British 2. Status Tanah Melayu • Dijadikan tanah jajahan Jepun 3. Majlis Agama Islam • Hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah POLITIK
DASAR PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU • Eksploitasi ekonomi • Ekonomi Tanah Melayu dieksploitasi oleh Jepun untuk perindustrannya dan membiayai peperangan. 2. Mata Wang Jepun • Jepun memperkenalkan mata wangnya. 3. Pengenalan Ekonomi Kawalan • Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digiatkan • Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan makanan • Layanan istimewa diberikan kepada ‘Kaisha’ ( Syarikat Jepun) EKONOMI
DASAR PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU • Pengaruh Barat & Cina • Sek. Barat dan Cina ditutup bagi menghapuskan pengauh mereka 2. Kesetiaan Terhadap Jepun • Kesetiaan penduduk di Tanah Melayu ditumpukan kepada maharaja Jepun • ‘KIMIGAYO” (Lagu Kebangsaan Jepun) inyanyikan pada setiap pagi di sekolah 3. Penggalakkan budaya Jepun • NIPPON-GO (Bahasa Jepun) menjadi bahasa pengantar di sekolah • Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan. PENJEPUNAN & SOSIAL
DASAR PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU • 4. Orang Melayu • Dilayan dengan baik bagi mendapatkan sokongan untuk terus memerintah. 5. Orang Cina • Dilayan dengan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China-Jepun 6. Orang India • Dilayan dengan baik kerana Jepun perlukan kerjasamabagi mengusir tentera Bitish di India PENJEPUNAN & SOSIAL
1.Dasar pentadbiran sering berubah-ubah mengikut kepentingan Jepun 2.Penduduk tidak berhak menyuarakan pendapat 3.Setiap dasar yang dilaksanakan mempunyai muslihat tertentu 4.Apabila Jepun mendapati mereka akan kalah dalam Perang Dunia Kedua Jepun mempekenalkan dasar yang lebih bermanfaat kepada penduduk tempatan supaya penduduk tidak menyokong British. KESIMPULAN
GERAKAN ANTI JEPUN DI TANAH MELAYU
Anti Japanese Army (MPAJA) • PKM menubuhkan MPAJA • Bekerjasama dengan Bitis untuk memperoleh bantuan kewangan,latihan tentera dan senjata • Menggunakan taktik perang gerila • Pasukan wataniah pahang • Sultan Pahang sebagai Pemerintah Kehormat • Diketuai oleh Yeop Mahidin
Force 136 • Ditubuhkan oleh tentera Bersekutu di Pahang, Johor dan Kedah untuk menentang tentera Jepun di Tanah Melayu • Anggotanya menjalani latihan daripada Tentera Bersekutu di Sri Lanka • Gerila Kinabalu • Dipimpin oleh Albert Kwok • Melancarkan pemberontakan “Double Tenth” • Pasukan Gerila di Sandakan • Menjalankan penentangan di Sandakan
Askar Melayu Setia • Melancarkan perang secara Gerila • Bekerjasama dan beroleh bantuan daripada Force 136 • Penentangan di Pesisiran Pantai Sarawak • Menjalankan gerakan membantu phak Tentera Bersekutu mengusir tentera Jepun • Pasukan Gerila Datu Mustapha • Menjalankan penentangan di Kudat
Julai 1945 Tentera Bersekutu mendesak Jepn menyerah tetapi Jepun enggan. 8 Ogos 1945 Bom Atom digugurkan di Hirohima 9 Ogos 1945 Bom Atom digugurkan di Nagasaki 15 Ogos 1945 Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat 10 September 1945 Di Wilayah Borneo Pemerintah Tertinggi tentera Jepun ke-37, Masao Baba menyerah kalah di Surrender Point, Labuan Kekalahan Jepun 12 September 1945 Jeneral Seishiro Itagaki, Ketua Tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah.
KESAN PEMERINTAHAN JEPUN
Kebangkitan semangat kebangsaan • Kejayaan Jepun menewaskan kuasa Barat dalam Perang Dunia kedua memberi keyakinan kepada orang Asia untuk membebaskan negara daripada penjajah • Slogan ‘Asia untuk Orang Asia’ berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah untuk menolak penjajah Barat. POLITIK
2. Latihan Kepimpinan • Pemerintahan Jepun kekurangan pegawai awam • Jepun menubuhkan ‘Koa Kunrenjo’ (sekolah Latihan kepimpinan) bagi melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran • Orang tempatan yang terlibat: * Abang Haji Openg – Pegawai Daerah Kuching * Kapten Mohd. Salleh Hj. Sulaiman – Peg. Daerah Hulu Langat * Ibrahim Hj. Yaacob – Leftenan Kolonel * Dr. Burhanddin al-Helmy – Penasihat Kebudayaan & adat Istiadat Melayu * Dato’ Onn Jaafar – Pengawal Makanan Negeri Johor & Ahli Majlis Mesyuarat Neg. Johor • Peluang ini tiada semasa pemerintahan British POLITIK
4. Jepun mungkir janji Dasar Jepun untuk membela negara-negara Asia tidak dilaksanakan. Di Tanah Meayu, kegiatan politik sentiasa diawasi Jepun menyekat kebebasan bersuara Akhbarakhbar yang mencurigakan diharamkan Pertubuhan yang pro-Jepun sahaja dibenarkan KMM diharamkan (1942) POLITIK
4. Jepun mungkir janji Dasar Jepun untuk membela negara-negara Asia tidak dilaksanakan. Tekanan tentera Bersekutu tehadap Jepun mendorong Jepun melonggarkan pertubuhan politik untuk bergiat semula seperti KMM Tanah Melayu dijanjikan kemerdekaan bersama-sama Indonesia melalui penubuhan KESATUAN RAKYAT INDONESIA SEMENANJUNG (KRIS) Rancangan ini mengukuhkan konsep Melayu-Raya yang diperjuangkan oleh KMM POLITIK
4. Semangat nasionalisme mengikut kaum • Semangat kebangsaan antara kaum berbeza dan berpaksi kepada negara asal masing-masing • Semangat kebangsaan orang India- untuk memerdekakan negara India • Semangat kebangsaan orang Cina lebih bersikap anti-Jepun • PKM semakin berpenaruh dengan bantuan Force 136 • PKM menubuhkan MPAJA (Bintang 3) yang sebahagiannya orang Cina. POLITIK
5. Waspada terhadap Kuasa Asing • Pendudukan Jepun memberi kesedaran supaya tidak mempercayai kebaikan yang ditawarkan oleh kuasa asing, ibarat telunjuk lurus kelengkeng berkait” • Jepun menyerahkan 4 negeri utara kepada Thailand • Dasar Jepun mengongkng dan menyusahkan rakyat • Jangan bergantung kepada negara lain untuk mendapatkan kemerdekaan POLITIK
1. Rancangan mewujudkan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya “ gagal kerana: • Jepun hanya memberi tumpuan kepada peperangan • Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot • Gaji pegawai kerajaan dikurangkan. • Pengangguran meningkat • Sekatan ekonomi menyebabkan perdagangan antarabangsa terhenti • Hasil getah dan bijih timah tidak dapat dieksport ekonomi