270 likes | 646 Views
Morfologi: sambungan kuliah. Pembentukan Kata Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Majmuk Kata Ganda Penggolongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas.
E N D
Pembentukan Kata • Kata Tunggal • Kata Terbitan • Kata Majmuk • Kata Ganda Penggolongan Kata • Kata Nama • Kata Kerja • Kata Adjektif • Kata Tugas
3. Kata majmukProses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.Kata majmuk dieja terpisah antara bentuk-bentuk binaannya.Tidak boleh menerima sebarang penyisipan.Terdapat 3 kelompok kata majmuk iaitu : a) Rangkaian kata bebas b) Istilah khusus c) Maksud kiasan
Jenis Kata Majmuk: a)Rangkaian kata bebas Contoh: biru laut Air hujan bom tangan Nasi minyak kapal terbang Luar biasa Meja tulis Bandar raya kuning langsat Ada juga kata yang digunakan sebagai gelaran. Contohnya:- Perdana Menteri, Duta besar, Raja Muda, Setiausaha Politik
b) Istilah khusus Contohnya:- Model linear, garis pusat, lesung sendi, kanta tangan, segi tiga, pita suara, darah panas, kemas kini, urus setia, lut sinar.
c). Maksud kiasan. Contohnya:- Kaki ayam, buah hati, duit kopi, anak emas, tumbuk rusa, berat tangan. d). Bentuk mantap – ada 29 p.p dieja tidak terpisah Contohnya: Antarabangsa, beritahu, jawatankuasa, pesuruhjaya, tandatangan, tanggungjawab, olahraga, matahari.
4. Kata Ganda Merupakan bentuk kata yang digandakan untuk menghasilkan makna jamak atau banyak. Boleh dipecahkan kepada 3 jenis iaitu: a) Ganda penuh Kata dasar yang dieja penuh perkataan. < pulau-pulau> < cantik-cantik > < minum-minum >
b) Ganda Separa Sebahagian kata dasar yang digandakan. Boleh berlaku pada hadapan atau belakang kata dasar. laki-laki lalaki lelaki siku-siku sisiku sesiku rambut-rambut rarambut rerambut
c) Ganda berentak Proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.Contohnya; < sayur-mayur, kuih-muih, selok-belok, hina-dina, hiruk-pikuk, tungkus-lumus >
Penggandaan berentak pengulangan konsonan Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi- bunyi konsonan tertentu. Contohnya: < gunung-ganang, bukit-bukau, kayu-kayan, bolak-balik,batu-batan > Penggandaan berentak bebas Penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya: < anak-pinak, saudara-mara, lintang-pukang,
PENGGOLONGAN KATA Terdapat 4 golongan kata dalam BM • Kata nama • Kata kerja • Kata adjektif/sifat • Kata tugas
1)KATA NAMA • Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan selalunya perkataan ini merujuk kepada manusia, flora dan fauna, tempat, benda.
Jenis-jenis Kata Nama a)Kata nama khas • Merujuk pada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Cont: Jeny, Si Belang, Toyota, Paris. b) Kata Nama Am • Perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Cont: pokok, basikal, bola, kereta, rumah dll.
c) Kata Ganti Nama • Merujuk kepada kata yang menggantikan sesuatu nama.KGN boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: i) Kata ganti nama Tunjuk. Cont: itu & ini. ii) Kata ganti nama Diri. Terbahagi 2 jenis: -Kata ganti nama diri Orang Kata yang merujuk kepada manusia. Kata jenis ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis -KGN orang pertama.Cont: Saya , beta, patik, kami, kita -KGN orang kedua.Cont: Anda, kamu, awak, engkau. -KGN orang ketiga.Cont: ia, dia, mereka, nya. -Kata ganti nama diri Tanya kata yang berfungsi menanyakan benda, perkara atau manusia. Contohnya siapa, apa, mana.
2) KATA KERJA • Merupakan kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan/keadaan. Perbuatan: baca, lari, lompat Keadaan : menggembirakan, memilukan Kata Kerja Terbah. 2 jenis: • Kata kerja Transitif • Kata kerja Tak transitif
KK Transitif- iaitu KK yang memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Cont: -membaca buku (objek) -menjawab surat (objek) -menjatuhkan pen (objek)
Permasalahan KKT: • Pengguguran objek - Dia merembat ke arah pintu gol. - Berita itu amat menyedihkan. ii) Pemisahan objek - Mereka menjelaskan tentang hal itu. - Dia merahsiakan mengenai perkara itu
b) KK Tak Transitif- iaitu KK yang tidak memerlukan objek. Cont: -pulang -tidur -bangun -menangis
3) KATA SIFAT • Merupakan kata yang dapat memberi penerangan tentang sifat atau ciri sesuatu benda.
Jenis Kata Sifat: • Kata sifat keadaan, contohnya baik, cerdik,nakal, buas, sihat, tegas, sibuk. • Kata sifat warna, contohnya hitam, putih, kuning, ungu, kelabu. • Kata sifat ukuran, contohnya panjang, pendek, kecil, tebal, cetek, dalam, tohor. • Kata sifat bentuk, contohnya bulat, leper, nipis. • Kata sifat pancaindera, -rasa ( sedap, manis, lazat, masam), -pandang ( cantik, molek, hodoh, ayu), -dengar (merdu, mersik, nyaring, bising), -bau ( harum, wangi, busuk, hapak), -sentuh ( halus, licin, keras, kasar, lembut) 6. Kata sifat cara, contohnya cepat, laju, lambat • Kata sifat perasaan, contohnya rindu, geram, sayang • Kata sifat jarak, contohnya jauh, dekat, hampir • Kata sifat waktu, contohnya segera, silam, lewat, awal
4) Kata Tugas Merupakan perkataan yang melaksanakan fungsinya dalam predikat / ayat. Ant.Jenis: • Kata hubung Cont: dan, sambil, yang, lalu dll • Kata nafi Cont: tidak, bukan • Kata pemeri Cont: ialah, adalah • Kata sendi nama Cont: di, dari, dalam
Analisis Struktur Kata • Dunia • memutih • Peninggian • Mempertahankan • Juruselam • lelangit • Selesema
Contoh Analisis • Mempertahankan • Kata tunggal – tahan • Menerima imbuhan awalan – per • Menerima imbuhan apitan – mem-kan • Jumlah morfem: a) Morfem bebas: 1 b) Morfem terikat : 3 v) Kelas kata: kata kerja
Memutih • Kata tunggal – putih • Hukum ptks iaitu : p → m, t → n, k → ng dan s → ny putih – mutih tulis - nulis = menulis • Menerima imbuhan awalan –me iaitu: me + mutih • Menjadi = memutih ATAU
Memutih • Kata dasar – putih • Hukum ptks iaitu : p → m, t → n, k → ng dan s → ny putih – mutih • Menerima imbuhan sisipan – em iatu: m + em + utih • Menjadi= memutih • Jumlah morfem : Bebas 1, terikat 1
Tugasan 2: Analisis Perkataan • Imbuhan awalan • Imbuhan apitan • Imbuhan sisipan • Gandaan separa • Kata majmuk