100 likes | 240 Views
MINGGU 5 KULIAH 9 & 10 INSTITUSI PENDIDIKAN. Metod Pengajaran dan Pembelajaran Rasulullah. Sukatan pelajaran yang disampaikan dalam pengajaran berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui Al-Quran dan seterusnya disusuli dengan al-Hadis.
E N D
MINGGU 5 KULIAH 9 & 10 INSTITUSI PENDIDIKAN
Metod Pengajaran dan Pembelajaran Rasulullah Sukatan pelajaran yang disampaikan dalam pengajaran berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui Al-Quran dan seterusnya disusuli dengan al-Hadis. Perkara ini ditegaskan dalam al-Quran: “dan ia tidak memperkatakan (berhubung hal ehwal Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri, segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran atau al-Hadis) tidaklah melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya” (Surah al-Najm: 3-4)
Antara strategi pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w: • Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dimulai di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam • Menyampaikan pengajaran di tempat-tempat terbuka • Menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan • Pengajaran yang dilakukan adalah secara berperingkat • Pengajaran pada mulanya dilakukan secara bersembunyi dan diikuti dengan terang-terangan • Memulakan pengajaran kepada kaum keluarga terdekat sebelum memulakan kepada umum • Mencari tempat pembelajaran yang sesuai iaitu setelah tiga belas tahun menyampaikan ajaran di Makkah, mula mengambil tempat yang lebih strategik iaitu di Madinah.
Kaedah Pengajaran Dalam Islam Kaedah Hafazan • Kaedah ini adalah kaedah asas yang melibatkan ingatan secara langsung.Kaedah ini memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingati apa yang dipelajari sama ada melalui lisan atau tulisan. Kaedah Dialog • Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Al-quran melalui pengajaran-pengajaran yang disampaikan sehingga menjadi satu kaedah tradisi pembelajaran dalam Islam yang selalu dipraktikkan oleh Rasulullah sendiri. Kaedah Soal Jawab • Kaedah ini digunakan untuk merangsang pemikiran semasa sesi pengajaran sedang berlangsung atau di akhir pengajaran dengan menggunakan beberapa strategi tertentu. Kaedah Pandang Dengar • Kaedah ini telah dilalui sendiri oleh Rasulullah ketika mana baginda dibawa berjalan dari Kota Makkah ke Baitul Maqdis pada malam Isra’ dan Mi’raj.
Sambungan ….. Kaedah Perbincangan • Kaedah ini adalah satu kaedah yang lazim digunakan dalam penyampaian ilmu bagi menggalakkan pertukaran idea secara bebas dan tidak terikat. Kaedah Lawatan • Melalui kaedah ini, seseorang guru dapat memperlihatkan secara langsung kepada pelajar-pelajar tentang apa yang dipelajari. Kaedah ini biasanya dilakukan di luar dari kelas biasa. Kaedah Pengulangan • Pendekatan yang dilakukan melalui kaedah ini ialah dengan cara pembacaan dan mengingat kembali secara berulang-ulang. Kaedah Tunjuk Cara atau Demonstrasi • Kaedah ini ialah satu cara menyediakan bahan pelajaran dengan menyediakan secara langsung objeknya atau prosesnya atau cara malakukannya.
Sambungan …… Kaedah Latih Tubi • Kaedah ini merupakan kaedah yang biasa digunakan oleh seseorang pendidik dalam memastikan pelajarnya dapat memahami dan mengingati dengan baik terhadap sesuatu fakta. Kaedah Bercerita • Kaedah ini boleh menarik minat pelajar dan menghilangkan kebosanan semasa menghadapi pelajaran. Dalam Al-Quran, banyak cerita-cerita seperti kisah Rasul-Rasul dan para Anbia’ telah dinyatakan dengan jelas. Kaedah Penggunaan Isyarat • Kaedah ini amat diperlukan dalam memberikan penjelasan lebih lanjut tentang sesuatu fakta terutama yang memerlukan kepada tanda, alamat atau isyarat bagi menjelaskannya. Kaedah Penggunaan Lukisan • Kaedah ini juga sama peranannya dengan penggunaan isyarat. Kaedah Halaqat • Kaedah ini merupakan kaedah tradisi dalam pengajaran. Biasanya dilakukan di serambi atau di dalam masjid atau tempat-tempat yang dikhususkan untuk aktiviti pengajaran.
ADAB MENUNTUT ILMU • Membersihkan diri daripada tingkah laku yang buruk dan sifat-sifat yang terkeji. • Menumpukan sepenuh perhatian kepada ilmu yang dipelajari. • Menghormati dan memuliakan guru. • Membuat pilihan yang khusus terhadap ilmu yang ingin dipelajari.
Sambungan ……. • Mendalami sesuatu ilmu yang dipelajari secara teratur dan bersistematik berdasarkan kepada kepentingannya. • Meletakkan niat yang ikhlas sebagai asas menuntut ilmu. • Menjadikan ilmu yang dipelajari sebagai cara untuk mencapai matlamat.
Adab Dan Tanggungjawab Ilmuan • Melahirkan rasa kasih dan bersikap penyayang terhadap pelajar. • Menyebarkan ilmu pengetahuan secara ikhlas. • Sentiasa memberikan nasihat, pandangan, tunjuk ajar dan bimbingan ke arah pemikiran yang sihat. • Memiliki akhlak mulia dan berperibadi tinggi .
Sambungan …….. • Tidak memperkecil-kecilkan bidang lain selain dari bidangnya. • Menyampaikan ilmu yang ada padanya mengikut kemampuan pelajar. • Menyampaikan ilmu dengan keterangan yang jelas dan tidak menimbulkan keraguan. • Beramal dengan ilmu yang ada padanya.