1 / 56

PENDIDIKAN ISLAM USTAZAH NUR HANISAH MOHD NOR AFANDI BAB 1 : ISLAM & KONSEP-KONSEP ASAS

PENDIDIKAN ISLAM USTAZAH NUR HANISAH MOHD NOR AFANDI BAB 1 : ISLAM & KONSEP-KONSEP ASAS. BAB 1:ISLAM & KONSEP-KONSEP ASAS. 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah

tybalt
Download Presentation

PENDIDIKAN ISLAM USTAZAH NUR HANISAH MOHD NOR AFANDI BAB 1 : ISLAM & KONSEP-KONSEP ASAS

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENDIDIKAN ISLAMUSTAZAH NUR HANISAH MOHD NOR AFANDIBAB 1 :ISLAM & KONSEP-KONSEP ASAS

  2. BAB 1:ISLAM & KONSEP-KONSEP ASAS 1.1 ISLAM, IMAN & IHSAN 1.2 ASAS-ASAS ISLAM a) Aqidah b) Syariah c) Akhlak 1.3 MAQASID AL-SYARIAH :Tujuan-tujuan Syariah 1.4 TASAWWUR ISLAM : Keistimewaan Dan Ciri-Ciri 1.5PANDANGAN SEMESTA ALAM Allah, Manusia & Alam Dari Perspektif Ontologi*, Huquq & Mas'uliyyat

  3. 1.1 : ISLAM, IMAN & IHSAN

  4. ISLAM • Islam digelarkan kepada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, nama ini bukanlah rekaan Rasulullah bahkan ketetapan dari Allah s.w.t. • Islam dari segi bahasa mengandungi tiga makna: a. Tulin dan suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin b. Damai, aman atau sejahtera c. Taat dan menyerah • Islam dari segi syarak ialah : mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepadanya serta beriman dengan ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t. Namun makna yang paling banyak digunakan dalam al-Quran ialah patuh dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.

  5. Samb... • Islam adalah untuk seluruh manusia dan tidak dikhaskan kepada bangsa tertentu dan golongan tertentu sahaja. Kepatuhan dan penyerahan diri yang dikehendaki oleh Allah s.w.t merupakan kepatuhan dan penyerahan yang berpandukan ajaran Allah s.w.t yang dibawa dan disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. • Kepatuhan bererti menjalani semua hukum yg diwajibkan oleh Allah yg mencakupi hukum iktikadiyyah (kepercayaan), hukum amaliyyah (fiqh) dan hukum akhlakiyyah (budi pekerti). Oleh itu, syariat mencakupi bidang iman, amalan & akhlak.

  6. Dalil • 1. Islam adalahagama disisi Allah (Ali ‘Imraan : 19) bermaksud: • “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam” • 2. Firman Allah didalamSurah Ali ‘Imraanayat 85 yang bermaksud : • “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi” • 3. Firman Allah didalamSurahLuqmanayat 22 yang bermaksud: • “Dan sesiapa Yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan” • Ayat al-Quran

  7. IMAN • Perkataan Iman (bahasa) berasal drp perkataan Arab (امن)yang bermaksud aman atau membentuk keadaan aman dan tenteram. • Dari segi istilah : الإقرار باللسان والتصديق بالجنان والعمل بالأركان Iman bermakna berikrar dengan lisan membenarkan dengan hati, dan beramal dengan ajaran-ajaran Allah s.w.t yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. • Untuk memenuhi pengertian beriman kepada Islam mestilah mempunyai ketiga-tiga perkara tersebut. Jika tidak, maka tidaklah sempurna keimanan seseorang itu terhadap agama Islam. • Sabda Rasulullah s.a.w ليس الايما ن با لتمني ولا با لتحلي ولكن ما وقر في القلب وصدقه العمل Maksudnya: Iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan, tetapi ialah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan perbuatan

  8. Samb... • Seseorang Muslim itu diwajibkan beriman kepada Allah s.w.t. dan rasulNya yg bermaksud membenarkan segala apa yg datang drpd Allah s.w.t. juga dari rasulNya serta menerimanya & tunduk bukan hanya membenarkan (tasdiq) sahaja. • Iman itu mempunyai asas2nya yg kukuh iaitu; (Rukun Iman) • Beriman kepada Allah s.w.t • Beriman kepada para malaikat Allah • Beriman dengan Kitab-kitab Allah • Beriman dengan Rasul-rasul Allah • Beriman dengan hari Akhirat • Beriman dengan Qadha’ dan Qadar

  9. IHSAN • Ihsan dari segi bahasa (احسان) bermaksud membuat baik iaitu lawan membuat jahat dan احسن pula ialah perbuatan baik. • Ihsan ditakrifkan dgn makna membuat sesuatu kebaikan dgn penuh keikhlasan kpd Allah s.w.t dan melakukan secara tekun dan terbaik. Kesempurnaan amalan seseorang itu adalah bergantung kepada sifat ihsan yg wujud dlm diri setiap muslim. Bahkan ibadat yg dikerjakan oleh seseorang itu mungkin menjadi sia2 dan tidak mendatangkan sebarang kesan yg baik kiranya tidak disertai dgn sifat ihsan. • Tegasnya ihsan adalah merupakan asas penting utk kesempurnaan dlm mengerjakan sesuatu ibadat kpd Allah s.w.t yg memberi nikmat dan kelebihan. Namun sebenarnya makna ihsan ini lebih luas. Perbuatan-perbuatan baik meliputi semua tingkah laku yg mengangkatkan taraf manusia serta mendidik jiwa seseorang dan menghampirkan dirinya kpd penciptanya.

  10. 1.2 :ASAS-ASAS ISLAM

  11. AGAMA • Agama (al-Din) dari segi bahasa : Kepercayaan dan keyakinan terhadap ajaran atau fahaman tertentu. Ianya dikaitkan dgn ibadat dan hubungan dengan Tuhan. • Istilah : Membenar dgn perkataan @ mengakui keEsaan pencipta, mempercayai dan menyakini Pencipta serta apa yg disampaikanya, dgn sepenuh hati dan membuktikannya dgn amalan, disamping melakukan apa yg diperintah serta meninggalkan apa yg dilarang. Al-Din mencakupi segenap aspek kehidupan, termasuk hubungan manusia dgn Tuhan, hubungan manusia dgn manusia dan hubungan manusia dgn alam.

  12. A) AQIDAH • Aqidah ialah asas paling utama tamadun Islam. Aqidah Islam bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. • Definisi dari segi bahasa ia membawa maksud ikatan @ simpulan. Perkataan aqidah juga mempunyai pengertian sesuatu yg menguatkan dan mengukuhkan. • Dari segi istilahnya pula ialah : Kepercayaan dan keyakinan yg teguh terhadap segala perkara yg disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yg erat dan tersimpul kuat sehingga tidak mungkin terurai / tercerai dgn apa cara sekalipun. • Asas aqidah Islam ialah : Beriman kpd Allah s.w.t para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, percaya pada hari Akhirat dan qada’ dan qadar. Aqidah Islam tidak boleh dipaksa semua orang mempercayainya

  13. Konsep Tauhid • Aqidah yg benar tidak wujud melainkan dalam Islam shj kerana ianya agama yg dijamin & dipelihara oleh Allah s.w.t. Islam adalah agama aqidah & syariah. • Aqidah merupakan sudut ilmu keyakinan dan syariah merupakan sudut taklif (tuntutan) dlm peribadatan, muamalat, jenayah dsb. Segala amalan seseorang tidak berguna tanpa aqidah walaupun melakukan kebaikan sebanyak mana sekali pun. Jika diumpamakan manusia yg hidup tanpa berpegang dgn aqidah adalah spt haiwan. • Musuh Islam sentiasa berusaha agar umat Islam berpisah drp aqidah mereka agar mudah dikuasai dan dijajahi dari segi luaran & dalaman.

  14. Tauhid • Tauhid didefinisikan sebagai : MengEsakan Allah padasifatRububiyyah, UluhiyyahdanNama-namasertasifat-Nya) PembahagianTauhid TauhidRububiyah TauhidUluhiyyah Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat (Nama-namasertaSifat-Nya )

  15. 1. Tauhid Rububiyah • Definisi : Mentauhidkan Allah s.w.t. sbg pencipta alam, mengurus & mentadbir, menghidupkan, mematikan, mendatangkan manfaat, mudarat dsb. • Tauhid ini sahaja tidak mencukupi dalam mencapai iman dan Islam kerana org kafir juga menyedari & mengetahui segala keupayaan Allah s.w.t tetapi tidak mahu menyerah diri kepadaNya. • Dua golongan manusia yg ingkar akan tauhid Rububiyyah iaitu : • Golongan yg ingkar akan wujudnya tuhan spt Atheis, teori Darwin, Sosialisme, Komunisme dsb. • Golongan yg mengakui wujudnya tuhan tetapi mensyirikkannya spt golongan Majusi (dua pencipta) dan Nasrani (konsep trinity : 3 tuhan).

  16. 2. Tauhid Uluhiyyah • Definisi : Mengkhususkan peribadatan/penyembahan hanya kpd Allah s.w.t kerana hanya Allah yg layak disembah dan diibadati. Tauhid ibadah iaitu tauhid Allah s.w.t. pada af’al (perbuatan) hambaNya spt solat, puasa, zakat, haji, tawakkal, minta pertolongan, takut, harap dsb. Orang-orang musyrikin menjadikan selain Allah s.w.t. sebagai tuhan. Mereka menyembahnya, memohon pertolongan darinya.

  17. 3. Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat • Definisi : beriman dengan semua nama2 dan sifat2 Allah s.w.t. yang diberitahu oleh AQ & AS tanpa mengumpamakannya, mengingkarinya, mengubahnya atau membentukkannya dengan sesuatu, apatah lagi menyamakanNya dengan makhluk-makhluk ciptaannya. Dialah satu-satunya yg menyandang sifat2 kesempurnaan tersebut dan bersih dari sifat kekurangan/kelemahan. • Dari ketiga2 tauhid ini maka lahirlah “Syahadah” : penyaksian bahawa Tiada Tuhan yg disembah kecuali Allah iaitu penyaksian ini merangkumi ketiga2 tauhid tersebut.

  18. B) SYARIAH • Islam menggariskan syariah sbg peraturan hidup individu & masyarakat yg mencakupi segala bidang kehidupan manusia spt ibadat, ekonomi, kewangan, politik, harta benda, jenayah, kekeluargaan, sosial, hubungan antarabangsa dsb. • Syariah dari segi bahasa : jalan yg lurus/sumber air yg mengalir. • Dari segi istilah : Undang2 (hukum) & ketetapan2 Allah s.w.t melalui rasulNya utk menjadi amalan setiap manusia berkaitan ibadat mahupun muamalat utk kebahagiaan mereka di dunia dan di akhirat.

  19. Keistimewaan Syariah Islam • Datang dari Allah s.w.t: Ia disampaikan melalui RasulNya dan termaktub di dlm AQ & AS. Oleh itu manusia dipertanggungjawabkan untuk memahami & melaksanakannya tanpa ragu kerana ia bukannya undang2 ciptaan manusia. • Sempurna : peraturannya terperinci berbanding undang2 ciptaan manusia yang banyak kelemahan dan kejahilan. Syariat Islam mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi manusia setiap zaman, masa dan keadaan. • Menyeluruh (syumul): iaitu meliputi seluruh aspek kehidupan manusia sama ada urusan peribadi, keluarga, masyarakat, negara & antarabangsa. Syariah juga meliputi ibadat, jenayah, ekonomi, politik, sosial dsb.

  20. Samb... • Adil: keadilan yg dimaksudkan iaitu memberikan hak kpd mereka yg berhak dan wajib diberikan kpd semua samada muslim, kafir, keluarga / bukan ahli keluarga. • Jelas: ianya bersumberkan Al-Quran dan Hadith serta sumber sampingan yg lain iaitu Ijma’, Qias, Istihsan, Masalih Mursalah dsb. Jelas yg dimaksudkan di sini iaitu tiada keraguan terhadap syariah Islamiah.

  21. Matlamat Perundangan Islam • Matlamat utama pelaksaanaan undang2 Islam atau syariah adalah mengatur hidup manusia atas asas makruf dan mengenepikan munkar. • Syariah mengatur peraturan yg lengkap bagi keseluruhan hidup manusia, namun manusia juga bebas membuat undang-undang baru yg sesuai dgn keperluan semasa dgn syarat tidak melampaui batasan haram/tidak terkeluar drp batasan wajib. • Dalam menggubal undang2, Islam menyarankan dua kaedah iaitu mengutamakan kemaslahatan umum dan ia membawa kesenangan dan kemudahan kpd manusia. • Pelaksanaan syariah bertujuan menyelamatkan dan memelihara kehidupan manusia. Menurut Syatibi, ada lima perkara asas yg mesti dipelihara iaitu memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta.

  22. Samb… • Pembahagian syariah Islam boleh diklasifikasikan kpd dua bahagian utama iaitu : 1. Ibadat : perbuatan/amalan yg berkaitan dgn hak Allah s.w.t, bertujuan mendekatkan diri seseorang individu muslim dgn Allah s.w.t. Contoh ibadat : sembahyang, zakat, puasa dan menunaikan haji. 2. Muamalat : hukum yg berkaitan dgn perbuatan antara sesama manusia, ianya peraturan yg mengatur cara hidup manusia spt jual beli, nikah kahwin, pewarisan dsb. Muamalat dibahagikan kpd beberapa bahagian, antaranya: • Undang2 Sivil • Undang2 Keluarga • Undang2 Jenayah • Undang2 Acara Sivil & Jenayah

  23. Samb… • Undang2 Keluarga: berkaitan perhubungan keluarga, perkahwinan, hak-hak dan kewajipan dalam hubungan rumahtangga. • Undang2 Sivil: berkaitan tingkah laku seseorang spt jual beli, sewa menyewa, gadaian, jaminan, pensyarikatan dan lain-lain. • Undang2 Jenayah: berhubung kesalahan jenayah yg dilakukan oleh manusia yg menyebabkan ia wajar menerima hukuman samada hudud, qisas @ takzir. • Undang2 Acara Sivil & Jenayah: berhubung undang2 kehakiman, pendakwaan, tuntutan, cara pembuktian dgn penyaksian, ikrar, sumpah dsb.

  24. C) AKHLAK • Akhlak (bahasa) : al-Khulq yg bererti ciptaan, tabiat, perangai, perilaku. • Istilah : “Suatu sifat yg tetap dan sebati di dlm jiwa, di mana dgnnya akan melahirkan perbuatan-perbuatan (sama ada baik ataupun buruk) tanpa perlu kepada pemikiran dan renungan terlebih dahulu”.

  25. Samb... • Ruang lingkupnya (skop) sangat luas meliputi : • Akhlak dengan Allah: beriman dan beribadat dengan penuh ikhlas, meninggalkan laranganNya, sentiasa bertaubat, mencari keredhaanNya, menerima qada’ & qadar Allah s.w.t. • Akhlak dengan manusia: Akhlak dgn Rasulullah s.a.w, diri sendiri, ibubapa, suami/isteri, anak2, kerabat, guru, jiran, masyarakat dan manusia seluruhnya (muslim dan non-muslim) • Akhlak terhadap makhluk selain manusia : Malaikat, jin, haiwan ternakan, haiwan bukan ternakan dan alam semulajadi (flora dan fauna)

  26. Samb : Kepentingan Akhlak • Akhlak dihubungkan dgn tujuan perutusan utama Rasulullah s.a.w. • Akhlak yang baik menunjukkan kesempurnaan iman seseorang. • Akhlak memberatkan timbangan amalan yg baik, begitulah sebaliknya. Akhlak menjadi perkara yg paling berat nilai timbangannya di akhirat. • Akhlak yang baik akan menghapuskan dosa, dan akhlak yang buruk akan merosakkan amalan yang baik. • Dicintai oleh Rasulullah saw. Sabda baginda : “Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya denganku di akhirat ialah yang paling baik akhlaknya di kalangan kamu.” • Akhlak merupakan sifat Rasulullah s.a.w yang dipuji oleh Allah s.w.t di dalam AQ. Pujian tersebut menunjukkan pentingnya akhlak dalam Islam. • Orang yg terbaik ialah yg mempunyai akhlak terbaik. Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya orang yg terbaik di kalangan kamu adalah yg terbaik akhlaknya.”

  27. 1.3 :MAQASID AL-SYARIAH(TUJUAN-TUJUAN SYARIAH)

  28. Maqasid al-Syariah • Bahasa : ertinya tujuan-tujuan syariah. Istilah maqasid as-syariah: makna dan tujuan yg hendak dicapai oleh syara’ dlm mensyariatkan sesuatu hukum bagi kemaslahatan umat manusia. • Tujuan hukum ini merupakan salah satu faktor penting dalam menetapkan hukum melalui ijtihad. Maqasid as-Syariah di kalangan ulama usul fiqh disebut juga dgn asrar as-Syariah iaitu rahsia2 yg terdapat di sebalik hukum yg ditetapkan syara’. Contoh perintah solat, larang minum arak, zina, mencuri dan membunuh.

  29. Samb... • Pemeliharaan terhadap lima dasar di atas ditinjau dari segi kepentingan dan kekuatannya terbahagi kpd tiga kategori iaitu: • Dharuriyyat (keperluan asasi) • Hajiyyat (keperluan) • Tahsiniyyat (penyempurnaan)

  30. Samb... • Dharuriyyatialah keperluan asasi yg mesti ada pada setiap individu iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda. • C ontoh : beriman, solat, puasa, haji dimaksud untuk memelihara agama, makan dan minum merupakan usaha untuk memelihara jiwa atau tubuh badan, perkahwinan untuk memelihara keturunan.

  31. Samb... b) Hajiyyatialah keperluan manusia utk menghindarkan diri drp kesulitan2 dan menghilangkan kesempitan. Kedudukan hajiyyat dibawah dharuriyyat tetapi tetap diperlukan agar manusia dapat untuk memelihara keperluan yg lima. contohnya mengerjakan solat & puasa adalah kemaslahatan dharuriyyat dalam memelihara agama. Tetapi bagi orang yg musafir dan menghadapi kesulitan (masyaqqah) utk melaksanakannya, maka syariat memberikan keringanan (rukhsah) bagi mereka utk mengerjakan solat dgn jama’ dan qasar dan puasa di hari lain.

  32. Samb... C) Tahsiniyyat adalah segala sesuatu keperluan yg dapat menyempurnakan keperluan yg lima. Tahsiniyyat ini berorientasi kpd kemuliaan akhlak (makarim al-akhlak) baik dlm bidang ibadah mahupun muamalat spt cara makan serta minum dan tatacara pergaulan.

  33. Maqasid al-Khams : Lima Tujuan • Maqasid al-Khams ialah lima tujuanbagimenjagamatlamatpelaksanaansyariahiaitu : • Memelihara Agama • Memelihara Jiwa • Memelihara Akal • Memelihara Keturunan • Memelihara Harta

  34. 1. Memelihara Agama • tujuannya untuk membebaskan manusia dari belenggu taklid & khurafat serta mengajak manusia supaya beriman kpd Allah & perkara2 yg berkaitan dgnnya dan menjauhkan syirik • Contoh : perintah solat & puasa merupakan salah satu matlamat syariah utk memelihara agama kerana solat dpt menghindar dari perbuatan keji & mungkar manakala puasa dpt menundukkan hawa nafsu manusia.

  35. 2. Memelihara Jiwa • Islam sangat menghargai jiwa & ianya tidak dapat dinilai dgn harga. Islam melarang perbuatan membunuh diri dan nyawa org lain malah ia merupakan dosa terbesar selepas syirik. • Firman Allah s.w.t yg bermaksud : “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yg diharamkan Allah melainkan dgn sesuatu sebab yg dibenarkan”.

  36. 3. Memelihara Akal • Akal mempunyai fungsi yang tinggi dalam kehidupan dan dengan adanya akal manusia layak diberi taklif iaitu tangungjawab. Dengan akal manusia boleh menentukan sesuatu itu baik atau buruk, dan wajib dijaga drpd rosak atau hilang kewarasannya. • Islam tidak mengizinkan umatnya mendekati arak termasuk juga segala jenis minuman yang memabukkan dan dadah.

  37. 4. Memelihara Keturunan • Keturunan adalah suatu penghormatan dan amat dihargai. Segala perbuatan yg boleh menjatuhkan kehormatan & keturunan • Contohnya mengumpat, menuduh, berzina dsb adalah dilarang keras. Hukuman khusus thdp perbuatan zina (sebat dan rejam) disyariatkan bagi tujuan tersebut. Malah Islam juga melarang pergaulan bebas antara lelaki & perempuan.

  38. 5. Memelihara Harta • Semua manusia mempunyai kecenderungan ingin memiliki dan menguasai harta dan kecenderungan yang tinggi ini sekiranya tiada peraturan yang mengawalnya, akan menimbulkan kesan buruk. • Maka Islam mengharamkan riba judi, rasuah, menipu, mencuri, merompak & amalan2 yg membawa unsur2 negatif, malah Islam mensyariatkan zakat & sedekah ke jalan Allah SWT.

  39. 1.4 : TASAWWUR ISLAM :Keistimewaan Dan Ciri-Ciri

  40. Keistimewaan Dan Ciri-Ciri Islam Islam mempunya keistimewaan dan ciri-cirinya yang tersendiri iaitu : Rabbani (Ketuhanan) Syumul (Menyeluruh) 'Alamiyyah (Sejagat) Thabat wa al-Murunah (Tetap Dan Anjal) Waqi'iyyah (Realistik) Tawazun (Keseimbangan) Wasatiyyah (Kesederhanaan)

  41. 1. Rabbani (Ketuhanan) • Dari sudut matlamat, kaedah & sumber. • Matlamat hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Meskipun perjalanan kehidupan manusia dalam membina sebuah tamadun bersifat duniawi, tetapi matlamat akhirnya adalah utk menemui TuhanNya. • Tumpuan dan kaedah dlm kehidupan juga telah digariskan dgn sumber yg datang drpd Allah s.w.t (Maha Adil & Bijaksana).

  42. 2. Syumul (Menyeluruh) • Meliputi seluruh aspek kehidupan manusia dari urusan peribadi, keluarga, masyarakat, negara & antarabangsa. • Syariah juga meliputi ibadat, jenayah, ekonomi, politik, sosial dsb. Ia mengatur hubungan manusia dgn tuhan, manusia dgn manusia, mengatur setiap fasa sejak janin hingga ke akhir hayat, dunia & akhirat.

  43. 3. 'Alamiyyah (Sejagat) • Islam amatsesuaiutksemuamanusiadisetiaptempatdanmasa. Inikeranaciriumumygadapadanya. • Setiapmanusiadipelusukduniadapatmenyesuaikandiridgnciritersebut.

  44. 4. Thabat wa al-Murunah (Tetap & Anjal) • Tetap dan tidak berubah tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya. Contoh : solat fardhu wajib • Dilaksanakan walau dlm apa keadaan sekalipun. Namun, syariat menggariskan cara pelaksanaannya yg mengikut kemampuan dan keadaan seseorang itu.

  45. 5. Waqi'iyyah (Realistik) • Sesuai dgn realiti kehidupan & fitrah manusia, • Islam tidak mengharamkan sesuatu perkara melainkan perkara itu membawa kemudharatan kpd manusia • Spt pengharaman arak, dan setiap yg disuruh ada kebaikannya.

  46. 6. Tawazun (Keseimbangan) • Seimbang antara tuntutan dunia dan akhirat, rohani dan jasmani, agama dan kehidupan. 7. Wasatiyyah (Kesederhanaan) • Ditengah-tengah iaitu sederhana contohnya dari aspek perkahwinan, pemilikan harta, mahupun kepercayaan (Atheis dan golongan yg percaya pada banyak tuhan)..

  47. 1.5 :PANDANGAN SEMESTA ALAMAllah, Manusia & Alam Dari Perspektif Ontologi*, Huquq & Mas'uliyyat

  48. a) Hak-hak Allah Hak Allah ialah Allah s.w.t mempunyai hak bagi diriNya (berdasarkan kehendak & kuasaNya) dan juga ke atas diriNya (ditunaikan oleh manusia). 1) Hak-hak Allah s.w.t bagi diriNya kepada manusia i) Mencipta manusia : Allah s.w.t berhak dan berkuasa mencipta manusia tanpa sebarang paksaan, arahan/kehendak sesiapa, tanpa keuntungan/kerugian, tidak mengharapkan sesuatu malah, membuktikan kekuasaan & kehebatanNya. *cabangilmufalsafahataumetafizikygberkaitandgnfitrahmakhluk (manusia): setiapbentukpemikiranmanusiadapatdikembalikan pd dasar ~.

  49. Samb… ii) Menetapkan peraturan & perundangan : Allah s.w.t mencipta manusia dan alam ini lengkap dgn peraturan dan perundangan (sunnatullah dan wahyu) utk menjamin keharmonian dlm kehidupan manusia. iii) Memberi kebebasan memilih kpd manusia : Manusia diberi kebebasan utk memilih jalan kehidupannya samada baik/buruk dgn menggunakan akal dlm membuat pilihan.

  50. Samb… 2) Hak-hak Allah s.w.t bagi diriNya ke atas alam i) Mencipta alam : Allah s.w.t berhak dan berkuasa mencipta alam tanpa sebarang paksaan, arahan/kehendak sesiapa, tanpa keuntungan/kerugian, tidak mengharapkan sesuatu malah, membuktikan kekuasaan & kehebatanNya.

More Related