170 likes | 383 Views
MENYESUAIKAN DIRI DALAM KUMPULAN. Untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan, terdapat 5 perkara yang perlu difahami oleh setiap ahli kumpulan. Perkara-perkara tersebut adalah: Peranan Norma Status Kuasa Kepercayaan. Peranan.
E N D
MENYESUAIKAN DIRI DALAM KUMPULAN Untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan, terdapat 5 perkara yang perlu difahami oleh setiap ahli kumpulan. Perkara-perkara tersebut adalah: • Peranan • Norma • Status • Kuasa • Kepercayaan.
Peranan Ellis & Fisher (1994) menyatakan peranan timbul lantaran apa yang kita harapkan dari diri kita dan apa yang orang lain harapkan dari kita. Terdapat 3 kategori peranan: • Peranan tugas kelompok • Peranan pemelihara kelompok • Peranan individu.
Peranan • Peranan boleh diperolehi secara formal atau tidak formal. • Peranan (1) dan (2) adalah peranan yang berkaitan dengan matlamat kumpulan (matlamat pencapaian dan matlamat penjagaan kumpulan) • Matlamat pencapaian adalah hasil yang diinginkan (produk- berkaitan dengan keberkesanan kumpulan) • Matlamat penjagaan kumpulan adalah merujuk pada usaha mengendali, mengukuh dan mensejahterakan kumpulan (jaga hubungan).
Peranan Tugas Kelompok • Contoh peranan tugas kelompok: • Membuat keputusan • Menyelesaikan masalah • Mencetuskan idea-idea baru Peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli dalam melaksanakan tugas ini adalah:
Peranan Tugas Kelompok (samb.) • Perintis-penyumbang • Pencari informasi • Pencari pendapat • Pemberi informasi • Penerang • Penyimpul • Penyalaras-penyatu
Peranan Tugas Kelompok (samb.) h. Pengarah i. Pembantah j. Penilai-pengkritik k. Pendorong l. Petugas Teknik m. Pencatat
Peranan Pemeliharaan Kelompok Peranan yang dimainkan oleh ahli untuk memelihara hubungan emosional. Ahli wajar bertindak sebagai: • Penggalak • Pelerai-pendamai • Pengkompromi • Pengawal • Pengasas Piawai • Pengikut
Peranan Individu Satu usaha individu dalam kumpulan untuk memenuhi keperluan peribadi yang tidak relevan dengan tugasan kumpulan atau matlamat kumpulan. Individu seperti ini selalunya bertindak sebagai: • Penyerang • Penghambat • Pencari nama
Peranan Individu (samb.) d. Pengungkap diri e. Peleser f. Penindas g. Pencari simpati
Norma Kumpulan • Peraturan atau piawai yang perlu dipatuhi oleh ahli kumpulan untuk memudahkan proses pencapaian matlamat kumpulan • Norma yang menjadi amalan akan membudaya dalam kumpulan • Norma menyatakan apa yang elok dan tidak elok, apa yang sesuai/tidak sesuai dan apa yang perlu dan tidak perlu.
Norma Kumpulan (samb.) • Terdapat 2 kategori norma: • Bertulis: norma yang dibentuk secara formal. Misalnya polisi/undang-undang atau perlembagaan kumpulan • Tidak bertulis: norma yang dibentuk secara tidak formal. Misalnya hukum sosial; memerhati perlakuan orang lain
Norma Kumpulan (samb.) • Keakuran kepada norma berlaku apabila: • Kejelasan penyataan norma serta hukumnya jika dilanggar • Bilangan anggota yang telah menerima dan memperakuinya ramai • Kualiti hubungan interpersonal yang baik • Kekuatan semangat kekitaan • Mahu bersama dalam kumpulan dalam jangka masa yang lama
Status dalam kumpulan • Kedudukan sosial atau kepentingan ahli dalam sesebuah kumpulan • Tinggi atau rendah status ahli dalam kumpulan akan mempengaruhi cara bercakap • Kajian Beebe & Masterson (1994) mendapati:
Status dalam kumpulan (samb.) • Orang berstatus tinggi lebih berkomunikasi daripada orang berstatus rendah • Orang berstatus tinggi suka berkomunikasi dengan orang berstatus tinggi • Orang berstatus tinggi lebih berpengaruh membuat keputusan • Orang berstatus rendah lebih mengarahkan komunikasinya kepada orang berstatus tinggi • Ramai ahli tidak menghiraukan komen/pendapat orang berstatus rendah.
Kuasa dalam kumpulan • Pengaruh di dalam kumpulan yang mampu menimbulkan ketundukan /keakuran • Terdapat 5 jenis kuasa: • Kuasa koersif: ganjaran/hukuman kpd ahli • Kuasa keahlian: ada pengetahuan, kepakaran, pengalaman, ketrampilan atau kemampuan
Kuasa dalam kumpulan (samb.) 3. Kuasa bermaklumat: mempunyai maklumat kritikal dan terbaru yang amat diperlukan oleh ahli 4. Kuasa rujukan: idola (kerangka rujukan untuk menilai diri; menjadi teladan) 5. Kuasa undang-undang: kedudukan formal yang diperolehi hasil dari lantikan, atau peraturan telah menetapkan ahli perlu akur kepada arahan.
Kepercayaan dalam kumpulan • Kewujudan saling mempercayai antara ahli sehingga dapat menjalinkan kemesraan dalam kumpulan • Komunikasi yang dilakukan tidak berkesan bukan kerana mesej tidak difahami dan tidak didengar, sebaliknya kerana tidak mahu percaya kepada apa yang disampaikan. Keraguan terhadap diri komunikator.