1 / 12

PENULISAN REFLEKSI PENGAJARAN

PENULISAN REFLEKSI PENGAJARAN. UNIT PRAKTIKUM IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS. REFLEKSI. Apa itu refleksi ? Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru.

zaria
Download Presentation

PENULISAN REFLEKSI PENGAJARAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENULISAN REFLEKSIPENGAJARAN UNIT PRAKTIKUM IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS

  2. REFLEKSI • Apa itu refleksi ? Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru. - refleksi bermula dengan bisikan hati dan nyata rasa ( passion ) - refleksi kendiri adalah analisis secara aktif, terarah dan bermatlamat. - refleksi kendiri menitik beratkan penerokaan doman affective ( emosional mind ) spiritual dan pemikiran seseorang dalam tindakannya mencari kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari.

  3. Mengapa perlu refleksi ? Refleksi membantu pelajar : i. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran. ii. Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran. iii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan. iv. Menjadi refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan. v. Menjadikan refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal.

  4. Bila perlu refleksi ? Sebaik sahaja selesai pengajaran dan catatan mesti dibuat pada ruang refleksi dalam buku persediaan mengajar. • Bagaimana proses refleksi ? i. Menggambarkan semula keseluruhan pengajaran yang telah dilakukan. ii. Memikirkan sama ada pembelajaran telah berlaku. iii. Memastikan sama ada objektif pengajaran pembelajaran telah tercapai. iv. Meneliti maklum balas mengenai pengajaran pembelajaran dari pelbagai sumber seperti murid, rakan sejawat, guru dan pensyarah pembimbing. v. Menganalisis maklumat dan menilai kualiti pengajaran pembelajaran. vi. Merancang untuk memperbaiki / mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran.

  5. Apakah peranan pembimbing ? i. Menyemak refleksi pengajaran pelatih. ii. Menyedari kepentingan refleksi dalam pelaksanaan praktikum. iii. Menggunakan refleksi sebagai asas perbincangan dengan pelatih. iv. Menyediakan petunjuk-petunjuk pengajaran pembelajaran yang berkesan untuk membantu guru pelatih membuat refleksi.

  6. Apakah aspek-aspek yang boleh di refleksikan ? a. Perancangan. i. Objektif pengajaran - Apakah rasional objektif pengajaran saya ? - Sejauh manakah objektif pengajaran saya tercapai ? - Apakah faktor-faktor yang menghalang pencapaian objektif ? - Apakah kaitan antara tujuan pengajaran dengan objektif saya ? - Apakah objektif pengajaran saya sesuai dengan minat dan tahap perkembangan murid ? - Apakah prasyarat pencapaian objektif yang diharapkan ?

  7. ii. Sumber pengajaran pembelajaran. - Adakah sumber pengajaran yang digunakan membantu mencapai objektif pengajaran saya ? - Adakah saya mengubahsuai sumber yang sedia ada dan mengapa saya berbuat demikian ? - Apakah rasional bagi saya memilih sumber yang digunakan ? iii. Isi pelajaran. - Adakah isi pelajaran ada kaitan dengan objektif ? - Adakah butir-butir pelajaran saya merupakan kandungan yang penting ? - Sudahkah saya membahagikan isi pelajaran kepada elemen-elemen yang lebih kecil dan menstrukturkannya agar lebih mudah diikuti oleh murid ? - Adakah isi pelajaran mengandungi unsur yang kurang penting dan mengapa ia penting ? - Dapatkah saya mengubahsuai isi pelajaran yang akan di- sampaikan dan mengambil kira sifat perbezaan individu murid ?

  8. iv. Strategi dan aktiviti pengajaran pembelajaran. - Adakah strategi pengajaran saya dapat merealisasikan objektif yang disediakan. - Apakah aktiviti-aktiviti pembelajaran dapat membantu mencapai objektif ? - Apakah rasional bagi pemilihan strategi yang digunakan ? - Mengapakah strategi / aktiviti pengajaran pembelajaran saya gagal mencapai objektif ? - Adakah aktiviti-aktiviti yang dipilih sesuai dengan minat dan keupayaan murid ? - Adakah strategi dan langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran saya ?

  9. v. Pencerapan nilai. - Apakah kaitan nilai-nilai murni yang dipilih dengan nilai-nilai yang terkandung dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. - Apakah rasional bagi penerapan nilai-nilai dalam pengajaran saya ? - Apakah nilai-nilai penting dan mengapa ia penting ? vi. Kemahiran-kemahiran pengajaran. Adalah wajar seseorang guru membuat reflektif dengan memberi tumpuan khas dalam satu masalah, dilema atau cabaran yang dihadapi ? Antara contohnya ialah kemahiran : - Set induksi - Variasi rangsangan - Menyoal - pengurusan masa - penggunaan sumber

  10. Sambungan…….. - penggunaan papan kabur - menerangkan - tunjuk cara - bercerita - pengurusan bilik darjah - menilai kefahaman pelajar

  11. Soalan-soalan yang dapat membantu guru membuat refleksi. i. Apakah saya faham apa yang dikatakan objektif eksplisit dan spesifik ? ii. Apakah saya memahami dengan jelas implikasi objektif pengajaran saya. iii. Apakah kemungkinan-kemungkinan implikasi kepada perlakuan pengajaran saya. iv. Apakah contoh-contoh dan gambaran-gambaran alternatif yang mungkin dapat memperjelaskan lagi isi pelajaran dengan lebih berkesan kepada murid-murid ? v. Apakah perkara yang patut saya lakukan supaya dapat menarik dan mengekalkan minat ? vi. Apakah perkara yang patut saya amalkan supaya murid lebih aktif ? vii. Adakah strategi pengajaran yang digunakan dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan ? viii. Sudahkah saya mencapai objektif pengajaran saya dan apakah tahap pencapaiannya ? ix. Bagaimana saya boleh mengetahui tahap pencapaiannya ?

  12. Sekian, terima kasih

More Related