1 / 23

PENGUMPULAN DATA KUALITATIF

PENGUMPULAN DATA KUALITATIF. KULIAH 8. PENGUMPULAN DATA KUALITATIF. Setelah fokus penyelidikan dikenalpasti, maklumat-maklumat yang relevan dan cukup perlu dikumpul daripada pelbagai sumber untuk dijadikan asas analisis dan refleksi.

axel
Download Presentation

PENGUMPULAN DATA KUALITATIF

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENGUMPULAN DATA KUALITATIF KULIAH 8

  2. PENGUMPULAN DATA KUALITATIF • Setelah fokus penyelidikan dikenalpasti, maklumat-maklumat yang relevan dan cukup perlu dikumpul daripada pelbagai sumber untuk dijadikan asas analisis dan refleksi. • Sebarang maklumat dalam apa jua bentuk yang dapat menjelaskan lagi situasi dikaji dinamakan data. • Dalam usaha mencari data, guru/ pensyarah penyelidik hendaklah tidak mengabaikan bahan-bahan yang sedia ada seperti rekod prestasi murdi, hasil kerja, kertas jawapan, peperiksaan, pekeliling dan dokumen lain yang berkaitan di samping memperolehi data-data yang baru.

  3. Teknik-teknik Mengumpul DataKualitatif • Pelbagai teknik boleh digunakan oleh guru / pensyarah penyelidik untuk memperolehi data. Teknik manakah yang sesuai bergantung kepada tujuan, situasi dan kemahiran penyelidik.

  4. Pemerhatian • Pemerhatian merupakan suatu aktiviti lumrah dalam proses pengajaran pembelajaran. Seorang guru sentiasa memerhati reaksi muridnya untuk memastikan komunikasi berlaku antara guru dengan murid serta antara murid dengan murid. Pemerhatian juga membantu guru menentukan kesediaan dan penerimaan murid terhadap pengajarannya. • Yang penting dalam proses pemerhatian ialah guru/pensyarah penyelidik hendaklah berusaha melakukan pemerhatian tanpa diganggu oleh prasangka terhadap sasaran yang dikaji. • Melalui pemerhatian yang terancang dan sistematik, banyak data yang pelbagai dan berguna dapat diperolahi untuk membantu penyelidikan tindakan dalam pendidikan .

  5. Berikut disarankan empat cara membuat pemerhatian: 1. Pemerhatian secara langsung boleh dilakukan setiap masa dengan meneliti segala perlakuan dan kejadian dalam situasi yang dikaji. Teknik ini tidak memerlukan apa-apa perlatan khas melainkan pen dan kertas saja. Guru/ pensyarah penyelidik perlu membuat beberapa pertimbangan sebelum melakukan permerhatian

  6. Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan: • Apakah yang hendak diperhatikan? Berdasarkan fokus penyelidikan yang telah dipilih guru/pensyarah penyelidik hendaklah menentukan aspek-aspek yang boleh diperhatikan, sama ada jenis dan turutan peristiwa, perlakuan murid atau perlakuan penyelidik sendiri. Perkara-perkara tersebut hendakalh spesifik dan dapat dinyatakan secara eksplisit.

  7. Mengapakah pemerhatian tesebut dilakukan? • Setiap orang ada anggapan dan jangkaan sendiri (existing theories) tentang sesuatu isu. Pemerhatian membantu seseorang penyelidik membina semula teori tersebut agatr memperolehi satu fahaman baru (theoretical reconstruction)

  8. Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan berapakah tempoh masa yang diperlukan? • Guru/ pensyarah penyelidik hendaklah jelas tentang masa waktu untuk membuat pemerhatian agar data yang relevan dapat diperolehi dan tidak mengganggu perjalanan tugas lain yang lebih utama.

  9. Penggunaan Alat Perakam • Pengunaan perakam audio dapat membantu merekodkan interaksi lisan yang berlaku antara kumpulan sasaran dengan pemerhatian ataupun antara kalangan kumpulan sasaran. Perkataan, sebutan dan perbualan yang sebenar dapat dirakamkan dengan tepat. Data-data penting boleh diperolehi daripada rakaman audio melalui proses tiga fasa berikut: • dengar kembali seluruh rakaman tersebut untuk mendapat gambaran umum, • dengar semula untuk mencari data-data penting • dengar sekali lagi untuk membuat transkripsi tentang data-data penting

  10. Gambar foto • Gambar foto merupakan suatu media yang amat berkesan untuk merekodkan perlakuan atau keadaan fizikal secara holistik. Foto juga dapat menonjolkan “body language” terbayang oleh sasaran dikaji tetapi terabai oleh pemerhati kerana pada ketika itu dianggap sebagai tidak signifikan.

  11. Rakaman video • Rakaman video melanjutkan kelebihan foto dan rakaman audio dengan menunjukkan juga pergerakan sasaran dikaji serta turutan dan tempoh masa peristiwa.

  12. Keempat-empat teknik tersebut di atas mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Teknik-teknik ini adalah saling melengkapi. Maka jika digunakan dengan wajar merupakan alat yang amat berguna untuk mengumpul data.

  13. Tembual • Temubual atau temu ramah adalah suatu teknik yang amat berkesan untuk meninjau persepsi seseorang, termasuk pemikiran, sikap, nilai dan pendapatnya. Melalui temubual, guru/ pensyarah penyelidik dapat memahami mengapa seseorang yang diperhati menunjukkan perlakuan tertentu.

  14. Kejayaan sesuatu temubual bergantung antara lain kepada kualiti soalan-soalan yang ditujukan kepada sasaran yang dikaji. Secara umum temubual boleh digolongkan kepada tiga jenis: • Berstruktur • Tidak berstruktur • Separuh struktur

  15. Berstruktur • Soalan-soalan yang ditujukan telah dirancang secara rapi dan teratur supaya respons yang spesifik diperolehi. • Tidak berstruktur • Memulakan dengan suatu ransangan umum, sasaran dikaji digalakkan memberi respons secara bebas, soalan-soalan lanjutan dirangka mengikut keperluan semasa. • Separuh struktur • Temubual jenis ini mengabungkan dua jenis yang awal.

  16. Dalam perjalanan temubual, suasana yang mengizinkan berdasarkan kod-kod etika tertentu perlu diwujudkan dahulu untuk menentukan kerelaan pihak ditemubual menyumbangkan maklumat-maklumat yang ikhlas dan benar

  17. Soal Selidik • Soal selidik merupakan sejenis temubual berstruktur yang dijalankan secara bertulis. Soalan-soalan yang spesifik disusun secara sistematik mengikut suatu pengaliran pemikiran yang tertentu. Responden hanya perlu memberi jawapan yang ringkas ataupun memilih jawapan-jawapan yang telah disediakan. • Ia mudah dikendalikan dan sesuai untuk bilangan sasaran yang besar dan sekiranya penilaian kuantitatif diperlukan untuk refleksi kemudian. • Dalam merangka soal selidik, bahasa yang digunakan hendaklah mengambil kira tahap kebolehan dan taraf sosio-budaya sasaran yang dikaji. Perkataan-perkataan yang digunakan hendaklah disemak agar tidak mengelirukan responden. • Semasa mengendalikan soal selidik, kerahsiaan responden hendakalah dijamin untuk data yang boleh dipercayai.

  18. Diari atau Jurnal • Diari atau jurnal ialah catatan berkala dan berterusan mengikut persepsi seseorang berfokus kepada sesuatu isu tertentu, maklumat yang dicatatkan bukan hanya perihal peristiwa penting tetapi juga merangkumi segala pemerhatian, perasaan, reaksi, pandangan, interpretasi, hipotesis, hasil refleksi, analisis dan komen. • Untuk meningkatkan keberkesanan penulisan diari atau jurnal catatan hendaklah dilakukan secara konsisten agar perkembangan pemikiran dapat direkodkan sebelum dilupa. Tetapkan satu masa tertentu setiap hari atau setiap minggu berbuat demikian.

  19. Dalam catatan diari atau jurnal, fakta hendaklah dibezakan daripada interpretasi dengan menggunakan notasi khas. Rujukan silang (cross reference) hendakalah dibuat untuk mengaitkan dengan catatan lain sama ada dalam diari, jurnal ataupun rekod lain. • Catatan tarikh, lokasi serta konteks atau situasi dapat membantu penyelidik dalam peringkat analisis data. Selain daripada itu, bahan-bahan lain seperti foto, keratan akhbar, lakaran dan sebagainya juga dilampirkan dalam diari atau jurnal.

  20. Buku Log • Buku log merupakan catatan yang lebih memberi tumpuan kepada turutan peristiwa dan masa atau waktu berkenaan. Catatan seperti ini sangat berguna untuk mengkaji masalah-masalah berhubung dengan pengurusan masa dan pengelolaan aktiviti.

  21. Portfolio • Portfolio ialah satu koleksi bahan-bahan sokongan yang digunakan sepanjang perjalanan sesuatu projek serta ulasan refleksi pada peringkat-peringkat tertentu. Bahan-bahan serta catatan daripada portfolio dapat membantu penyelidik memahami proses pengelolaan serta pemikiran yang menyusulnya.

  22. Senarai Semak • Melalui senarai semak, penyelidik dapat meninjau kewujudan perlakuan-perlakuan tertentu berdasarkan senarai perlakuan yang ditetapkan mengikut kriteria fokus penyelidikan. Di samping itu, ia dapat mengukur kekerapan sesuatu perlakuan ditunjukan oleh kumpulan sasaran yang dikaji.

  23. KESIMPULAN • Untuk membolehkan guru/pensyarah penyelidik membuat analisis serta memperolehi kefahaman baru tentang sesuatu isu dalam pendidikan, cukup data yang relevan perlu diperolehi daripada sumber-sumber berkaitan. • Untuk tujuan tersebut, pelbagai teknik boleh digunakan. Setiap teknik yang diperkenalkan di sini mempunyai kelebihan serta kekurangannya. • Oleh yang demikian, guru/ pensyarah penyelidik hendaklah memilih teknik yang sesuai mengikut konteks berkenaan. • Di samping itu, untuk mendapat penjelasan yang lebih menyeluruh, data-data hendaklah diperolehi daripada pelbagai sumber melalui teknik-teknik yang berlainan.

More Related