170 likes | 320 Views
PENGAJARAN NOVEL KEMBARA AMIRA TAHUN 2011.
E N D
Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak- anak. Contohnya, kasih sayang antara Amira dan ibunya iaitu Profesor Zaidah. Sebagai ibu, Profesor Zaidah membelai dan memeluk Amira ketika Amira bersedih kerana Jacinta tidak sedarkan diri ketika mencari Amira yang dihanyutkan oleh arus. Kita seharusnya memelihara dan menghargai alam sekitar yang dianugerahkan oleh tuhan. Contohnya, Malique sanggup mencipta virus sendiri dalam laporan yang disiapkan semata- mata untuk mengagalkan projek mencari emas O’ Hara yang boleh memusnahkan hutan tersebut. Kita seharusnya bekerjasama dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu matlamat. Contohnya, pelajat tahun akhir bertungkus- lumus bekerjasama untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya manjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya dipaprkan melalui hubungan baik Amira yang berbangsa Melayu dan Jacinta yang berbangsa Cina. Kita seharusnya saling tolong- menolong antara satu sama lain terutamanya semasa dalam kesusahan. Contohnya, Ludin menolong mengubati tangan Profesor Zaidah yang tercedera akibat kemalangan yang berlaku bersama Pak Lias.
PERISTIWA 1 • Amira mengimbas kembali kejayaannya memancing perhatian jacinta supaya ikut serta dalam ekspedisi arkeologi pelajar tahun akhir sebuah universiti seliaan ibunya. Amira menggunakan minat (obses) jacinta terhadap batu kuarza.
Nilai-nilai murni • Kebijaksanaan • Keprihatinan • kepekaan
Peristiwa 2 • Amira menggunakan kemudahan akses internet (jalur lebar) tanpa wayar di dalam koc/gerabak kereta api untuk berutus e-mel dan mengemas kini laman sesawang (web) milik ibunya.
Nilai-nilai murni • Kesungguhan • kebijaksanaan
PERISTIWA 3 • Dr. Zawawi bergegas ke khemah pelajar bagi menyelamatkan tapak cari gali arkeologi. Jika terlambat, tapak-tapak berkenaan mungkin rosak akibat hujan lebat secara tiba-tiba.
Nilai-nilai murni • Kecekapan • Kepantasan • ketangkasan
Peristiwa 4 • Profesor Zaidah telah menjangka peristiwa tali khemah diputuskan kerana berlaku persaingan di hutan. Namun, beliau cuba menyembunyikan perkara itu supaya tidak mengganggu tumpuan pelajar terhadap kerja-kerja cari gali arkeologi.
Nilai-nilai murni • Kebijaksanaan • Kepekaan • Keprihatinan • ketegasan
Peristiwa 5 • Malique menunda hasratnya untuk mengenali lelaki yang ditemaninya meredah hutan pada tengah malam buta. Dia menunggu masa yang sesuai kerana pemergiannya pun semata-mata kerana didesak oleh ibunya.
Nilai murni • ketelitian