1 / 16

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 Anggerik

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 Anggerik. Disediakan oleh: ABDUL MUHAIMIN BIN ZULKEFLI PISMP-IPG 2A. Rancangan Pengajaran Harian. Tahun 4. Pada akhir pengajaran murid dapat :

derica
Download Presentation

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 Anggerik

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 Anggerik Disediakan oleh: ABDUL MUHAIMIN BIN ZULKEFLI PISMP-IPG 2A

  2. Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 • Pada akhir pengajaran murid dapat : • Melaksanakan arahan yang diberikan secara lisan cara untuk membuat sandwich berdasarkan menu yang disediakan [1.3 Aras 2(i) ] • Membaca kuat cara untuk membuat sandwich pada kadar sekurang-kurangnya 85 peratus sebutan betul.[5.1 Aras 3(i)] • Mengambil imlak sekurang-kurangnya lima ayat cara untuk membuat sandwich dengan menggunakan Power Point [9.1 Aras 3(i)] Set Induksi Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Penutup

  3. Set Induksi Klik di bawah ini untuk mendapatkan gambar jenis-jenis makanan http://abdulmuhaimin.tripod.com/minggu_08/induksi.pdf

  4. Langkah 1 Klik di bawah untuk melihat bahan untuk membuat sandwich http://abdulmuhaimin.tripod.com/minggu_08/bahan.pdf

  5. Langkah 2 Klik di bawah untuk mendapatkan cara-cara membuat sandwich http://abdulmuhaimin.tripod.com/minggu_08/cara.pdf

  6. Langkah 3 Sandwich http://resepi.mesra.net/cgi-bin/search.cgi?Title=sandwich Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Secara berkumpulan, klik pada pautan diatas kemudian rakamkan bacaan anda dengan menggunakan perisian Movie Maker

  7. KUMPULAN 1 Rebus telur selama 8 minit. Apabila sudah masak hancurkan telur tersebut dengan menggunakan garfu. Campurkan telur tersebut dengan mayonis, garam dan sedikit lada hitam.Bakar roti yang hendak dijadikan sandwich dan sapukannya dengan mentega.Letakkan daun salad, hirisan timun dan tomato diatas sekeping roti. Kemudian, letakkan campuran telur ke atas roti dan lapiskan dengan sekeping roti lagi.

  8. KUMPULAN 2 Aturkan 6 keping roti di atas papan canai, tekan sedikit supaya roti menjadi nipis sedikit, jangan terlalu nipis. Sapukan mentega atau margerin. Untuk 3 keping roti saja, aturkan hirisan sosej, hirisan bawang besar dan tomato. Taburkan keju cheedar dan lada hitam. Ambil 3 keping roti yang tidak diisi inti dan tutupkan diatas roti yang telah diisi inti. Panaskan sedikit minyak diatas kuali "non-stick", celupkan sandwich ke telur dan golek-golekkan di dalam kuali hingga masak.

  9. KUMPULAN 3 Potong cili padi secara halus-halus, kemudian bawang besar dimayang berbentuk bulat. Buangkan kulit timun dan timun dipotong nipis. Tomato dipotong nipis dan daun salad dipotong kecil. Masukkan tuna dalam mangkuk. Minyak dalam tin tuna dibuang sedikit. Masukkan mayonis .Campur semua bahan tadi dan gaul sehingga sebati. Letakkan daun salad, tomato dan timun diatas kepingan roti yang pertama iaitu dibawah. Kemudian, letakkan tuna diatas sayur tersebut. Letakkan sayur diatas tuna dan roti diletakkan diatasnya.

  10. KUMPULAN 4 Sediakan bahan seperti roti lebih kurang 10 keping, 1 cawan besar udang yang telah dikupas kulitnya, mayonis, timun, salad, bawang, lada dan tomato. Langkah yang pertama, rebus udang selama 10 minit, potong timun yang telah dibuang kulit dan bijinya. Kemudian hiris halus dengan cermat. Bawang dan tomato di potong dadu (kecil-kecil). Setelah udang direbus selama 10 minit, toskan udang tersebut dan kupas kulitnya. Selepas itu satukan semua bahan-bahan yang telah dipotong kedalammangkuk dan masukkan mayonis beserta udang rebus yang dihiris dan sedikit garam. Kacau sehingga rata. Akhir sekali ambil roti dan letakkan bahan tadi keatas roti. Roti sedia untuk dihidangkan.

  11. Langkah 3 Makanan Berkhasiat Makanan tidak berkhasiat Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Dalam kumpulan, klik pada pautan di atas, pilih seorang rakan anda untuk membaca petikan dan rakan-rakan yang lain hendaklah mencatat petikan yang didengar dengan menggunakan Power Point.

  12. KUMPULAN 1 Nasi goreng merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bercama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng mungkinnya. Nasi goreng dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis. Maka, nasi dingin itu digoreng bersama benda lain dan dihidangkan kembali.

  13. KUMPULAN 2 Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).

  14. KUMPULAN 3 Dadih atau Dadiah merupakan makanan tradisional Minangkabau. Dadih dibuat daripada susu sapi seperti yoghurt yang diperam dalam bekas buluh (atau sebarang bekas) yang tertutup (atau ditutup dengan daun pisang). Dadih sering kali dimakan untuk sarapan pagi, kadangkala dimakan dengan ampiang (beras krispies traditional) dan gula jawa. Dadih juga enak dimakan dengan nasi panas dan sambal. Lazimnya, dadih dibuat dengan berperisa buah-buahan. Antara perisanya, ialah keladi, jagung, strawberi, kelapa, dan lain-lain. Terdapat juga dadih yang dibuat daripada vanila, milo, dan coklat. Kadang-kala, terdapat juga sos buah-buahan yang dihidang bersama dadih untuk memberi rasa yang sedap. Terdapat banyak cara untuk menyediakan dadih. Sila rujuk rujukan.

  15. KUMPULAN 4 Lepuk merupakan sejenis makanan yang diperbuat dari isi durian. Biasanya durian yang tidak habis dimakan atau kurang elok akan dimasak bersama gula atau nisan dan dimasak sehingga berjelira dan sebati.Lepuk sebenarnya dalam bahasa Malaysia baku dipanggil Lempuk dan ia merupakan sejenis penganan yang dibuat daripada durian dan dimasak dengan gula atau gula melaka atau gula kerek sehingga pekat. Kadang kala buah durian mengkal akan dicampurkan bersama agar memberi rasa rangup kepada lepuk (menurut cita rasa). Lepuk kemudiannya akan dibungkus atau disimpan. Lepuk yang sempurna dimasak, (agak kering) boleh disimpan agak lama. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau bersama roti.Lepuk adalah sebutan dalam dialek Terengganu.

  16. Penutup Guru merumuskan semula aktiviti pengajaran yang dilaksanakan Melalui aktiviti ini murid berpeluang untuk melakukan semua aktiviti yang dijalankan. Aktiviti ini juga memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan

More Related