80 likes | 511 Views
MGM3211: Bab2: Strategi pemasaran dalam sy.: Perkongsian bagi membangunkan perhubungan pelanggan. Perancangan strategik dimaksudkan sebagai suatu proses membangun dan mengekalkan kesesuaian strategik antara matlamat dan keupayaan organisasi dan perubahan keatas peluang pemasaran.
E N D
MGM3211: Bab2: Strategi pemasaran dalam sy.: Perkongsian bagi membangunkan perhubungan pelanggan Perancangan strategik dimaksudkan sebagai suatu proses membangun dan mengekalkan kesesuaian strategik antara matlamat dan keupayaan organisasi dan perubahan keatas peluang pemasaran.
Pernyataan misi adalah pernyataan tujuan organisasi i.e. apa yg ingin dicapai didalam persekitaran yang lebih luas. Potfolio perniagaan merupakan himpunan perniagaan dan produk yang membentuk sy. Analisis potfolio adalah alat dimana pengurusan menilai produk dan perniagaan yg membentuk perniagaan. SBU(unit strategik perniagaan): unit sy yg mengasingkan misi dan objektif yg dirancang secara berasingan(bebas) drp perniagaan sy. Pendekatan BCG Matrik menkelaskan kesemua SBU mengikut matrik bahagian-pertumbuhan i.e. bintang:tinggi pertumbuhan, Lembu tunai: rendah pertumbuhan, Tanda tanya: unt perniagaan rendah dalam pasar pertumbuhan yg tinggi, dan Anjing: rendah pertumbuhan. Proses pemasaran terdiri daripada analisis peluang pasar, pemilihan sasaran pasar, membangunkan campuran pemasaran, dan mengurus usaha pemasaran.
Pemetakan pasar proses membahagikan pasar kepada kumpulan pembeli dgn keperluan yg berlainan, ciri2, atau gelagat yg memerlukan campuran produk dan pemasaran yg berasingan. • Kedudukan pasar – memilih segmen yg lebih baIK drp pesaing.Menyusun produk utk menduduki tempat yg jelas dan terserlah dan diingini secara relatifnya dgn produk yg bersaing didalam minda pelanggan sasaran. • Petak pasar – terdiri drp pelanggan yg bertindak dlm cara yg sama keatas kelompok usaha pemasaran. • Sasaran pemasaran – proses menilai setiap tarikan petakan dan memilih satu atau lebih petak untuk dimasuki.
Strategi pemasaran untuk faedah persaingan:- • Hendaklah dihalakan kpd kehendak pelanggan dan strategi pesaing. • Pemakaian strategi pemasaran bergantung kpd kedudukan persaingan industri seperti:- • 1. Pemimpin pasar: dikenali sebagai pemimpin didlm industri. • 2. Pencabar pasar: sy. Naib johan yg menyerang secara agresif pesaing utk menakluki lebih syer pasar. • 3. Pengikut pasar: mencari kestabilan syer pasar dan keuntungan dgn penawaran produk, harga, dan program pemasaran. • 4. pasar ceruk: menyedia pada pasar ceruk yg biasanya terlepas pandang atau diabaikan oleh pesaing. Mengelakkan drp konfrontasi.
Membangunkan campuran pemasaran • Campuran pemasaran ialah kelompok terkawal, alat pemasaran taktikal yg diadunkan untuk menghasilkan tindakan yg diingini dipasar sasaran. • 4P iaitu:- • Produk – gabungan brgan dan perkhidmatan yg ditawarkan sy kpd sasaran pasar. • Perletakan harga – amaun yg dibayar pelanggan bagi mendapatkan produk • Pengedaran – kegiatan sy yg membuatkan produk tersedia kpd pelanggan sasaran. • Promosi – kegiatan yg menghubungkan kelebihan produk dan memujuk pelanggan sasaran membelinya.
Mengurus Usaha Pemasaran:- • Mereka dan meletakan tindakan campuran pemasaran bagi mencapai objektif didalam pasar sasaran yg melibatkan fungsi:- • [a] analisis – analisis lengkap keadaan sy i.e., mengenalpasti persekitaran yg mengancam dan memberi peluang, menganalisi kekuatan dan kelemahan, dan memberi maklumat dan lain2 input kpd lain2 fungsi pengurusan pemasaran. • [b] merancang – menentukan strategi pemasaran yg membantu sy mencapai objektif strategik keseluruhan, rancangan terperinci yg diperlukan utk setiap perniagaan, produk, atau jenama. Lazimnya rancangan produk atau jenama mengandungi ringkasan eksekutif, keadaan pemasaran semasa, analisis ancaman/peluang, objektif dan isu2, strategi pemasaran, program tindakan, belanjawan, dan kawalan. • [c] pelaksanaan – proses yg menukar strategi pemasaran kpd tindakan bagi mencapai objektif. • [d] Organisasi jabatan pemasaran – termasuk organisasi fungsian, org. geografi, dan organisasi pengurusan produk.
[e] kawalan – prosese meniali hasil strategi dan rancangan pemasaran dan mengambil tindakan pembetulan bagi mempastika objektif pemasaran tercapai. • [f] Audit pemasaran – pemeriksaan komprehensif, sistematik, bebas, dan berkala keatas persekitaran, objektif, strategi, dan kegiatan bagi menentukan bidang bermasalah dan peluang yg ada supaya cadangan pelan tindakan dapat memperbaiki pencapainan pemasaran sy.