330 likes | 727 Views
Kaedah Penyelidikan PSM. Prof. Madya Dr. Abd Hamid b. Hj. Mar Iman Bekas Pengarah Pusat Kajian Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia. Pengenalan Kepada Penyelidikan. Takrif Penyelidikan:
E N D
Kaedah Penyelidikan PSM Prof. Madya Dr. Abd Hamid b. Hj. Mar Iman Bekas Pengarah Pusat Kajian Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia
Pengenalan Kepada Penyelidikan • Takrif Penyelidikan: ”Suatu proses saintifik mencari jawapan kepada suatu persoalan yang hakikat masalahnya telah dikenal pasti” • Ciri penting penyelidikan: * Saintifik * Objektif * Sistematik * Boleh uji
Pengenalan Kepada Penyelidikan (samb.) • Tujuan Penyelidikan: * Mencari jawapan kepada persoalan * Memberi penerangan sebab-musabab * Memerihal alam nyata * Membuat kesimpulan • Tujuan PSM: melatih pelajar mengguna pakai metodologi penyelidikan dalam mencapai tujuan penyelidikan
Pengenalan Kepada Penyelidikan (samb.) • Ciri tesis PSM yang dikehendaki: * Unsur penyelesaian – bukan setakat cerita/”pelaporan surat khabar” * Latar belakang teori berhujah secara ilmiah * Metodologi yang betul * Analisis yang betul berdasarkan isu dan objektif * Kesimpulan yang sah
Pengenalan Kepada Penyelidikan (samb.) • Kemahiran mesti bagi calon PSM: Menyatakan masalah dengan betul Mampu menulis objektif dengan betul Faham dan tahu menulis kajian literatur Mampu memilih dan mengguna kaedah kajian yang sesuai dan betul Mampu menganalisis data dengan betul berpandukan isu dan objektif kajian Mampu menghasilkan kesimpulan yang relevan Mampu menulis laporan ilmiah mengikut garis panduan yang ditetapkan
Langkah-Langkah Penyelidikan • Memformulasi masalah • Menulis cadangan penyelidikan • Menentukan rangka kerja penyelidikan • Melaksanakan pengumpulan data • Membuat analisis dan persembahan data • Menyediakan laporan
Langkah-Langkah Penyelidikan1 - Formulasi Masalah • Takrif: jurang antara apa yang sebenarnya berlaku dan yang sepatutnya berlaku • Contoh: * Pasaraya kosong, sepatutnya penuh * Permintaan kurang, sepatutnya banyak * Harga jatuh, sepatutnya naik • Keperluan penyelesaian dirasai
Langkah-Langkah Penyelidikan Formulasi Masalah (samb.) • Mengupas masalah: Kenal pasti secara khusus (zero-in) Gunakan fakta sokongan Kemukakan soalan-soalan khusus Kenal pasti sebab-musabab dan pembolehubah terlibat Bina sangkaan-sangkaan awal tentang perkaitan sebab musabab dan penyelesaian Evaluasi sama ada masalah mampu diselidiki
Langkah-Langkah Penyelidikan 2 – Cadangan Penyelidikan • Penerangan tentang “hasrat” menjalankan kajian • Mengandungi idea asas si pencadang. • Penyataan tentang apa yang hendak dikaji, mengapa perlu kaji, apa kaedah diguna, tempoh kajian, tempat kajian, pihak terlibat, hasil diharapkan, dll. • Alat komunikasi antara penyelidik dan pihak yang meluluskan
Langkah-Langkah Penyelidikan 3 – Rangka Kerja Penyelidikan • Rangka kerja teori: Sintesis tentang konsep/idea Berpandukan literatur Model atau paradigma Menerangkan sebab musabab Menjurus kepada permasalahan kajian
Langkah-Langkah Penyelidikan Rangka Kerja Penyelidikan (samb.) • Rangka kerja operasi: • Aliran kerja - kumpul data, analisis, dan pelaporan. • Menyatakan data, pihak terlibat, cara mengumpul data,dll. Biasanya ada jadual kerja
Langkah-Langkah Penyelidikan 4 – Pengumpulan Data • Takrif: proses mengumpul butiran bukti bagi memenuhi tujuan penyelidikan. • Komponen utama: Temubual Pemerhatian Eksperimen Analisis kandungan Kolasi data sekundar • Perlu perancangan dan pelaksanaan yang teratur.
Langkah-Langkah Penyelidikan 5 – Analisis & Persembahan Data • Takrif: suatu proses memperlakukan sekumpulan data/keterangan untuk mendapatkan output, bentuk, dan cara yang diingini dan bermakna. • Memperlaku: menyunting dan menyediakan data dalam bentuk dan cara yang dikehendaki • Menyunting: menyemak, meneliti, memperbetul, memperkemas, meringkas, menyusun data/ keterangan dalam bentuk yang dikehendaki • Menyediakan: menginput data ke dalam alat olahan
Langkah-Langkah Penyelidikan Analisis & Persembahan Data (samb.) • Data: ukuran kepada pembolehubah • Keterangan: saranan yang digunakan sebagai asas membuat pertimbangan, keputusan, pembuktian, pengujian, dll. • Data & keterangan perlu diolah untuk mencari “kebenaran” berdasarkan persoalan kajian. • Olahan mempunyai prinsip-prinsip penting: berasaskan permasalahan kajian, bersistematik, cara olahan mesti dikenal pasti, tujuan mendapat output.
Langkah-Langkah Penyelidikan Analisis & Persembahan Data (samb.) • Analisis: menghurai pemerihalan sesuatu fenomenon kepada beberapa elemen yang lebih kecil untuk menjawab persoalan kajian. • Analisis bersifat deduktif dan induktif. • Pendekatan analisis: kuantitatif, tak-kuantitatif.
Langkah-Langkah Penyelidikan Analisis & Persembahan Data (samb.) • Prinsip analisis: Data tidak boleh “bercakap”. Analisis memenuhi tujuan penyelidikan. Analisis mempunyai empat unsur: - data - pemerihalan/penceritaan - penemuan - pengajaran
Langkah-Langkah Penyelidikan Analisis & Persembahan Data (samb.) • Panduan analisis: Bezakan “analisis” dan “penceritaan” data. Semak semula carta alir pengoperasian kajian. Pecahkan susunan analisis berdasarkan isu dan objektif kajian. Kenal pasti fenomenon yang hendak dikaji. Kenal pasti perkaitan sebab musabab berkaitan isu. Tentukan jawapan yang dicari. Sahkan jawapan kepada isu dengan data. Asingkan fakta dari pendapat.
Langkah-Langkah Penyelidikan Analisis & Persembahan Data (samb.) • Persembahan data: * Berkisar pada format mempamer output kajian. * Pelajar harus kreatif tetapi ekonomi. * Sesuatu persembahan mempunyai tujuan yang jelas * Cara-cara biasa: - Jadual - Gambarajah - Carta pie - Graf bar - Graf garisan - Kawaan - Kombinasi di atas.
Metodologi Penyelidikan • Takrif: “Kaedah menyiasat sebab-musabab untuk mencari jawapan kepada persoalan” • Komponen-komponen penting: Pengoperasian masalah, objektif, dan hipotesis Mengenal pasti dan mengukur pembolehubah Menentukan kaedah dan instrumentasi kumpul data Menentukan kaedah analisis data
Metodologi Penyelidikan1 - Pengoperasian Masalah • Langkah-langkah penting: * Mengenal pasti dan menakrif masalah * Sumber pengenal pastian masalah * Pernyataan masalah * Evaluasi masalah: - Feasible? - Worthwhile? * Perincikan dalam operasi kajian (lihat rajah)
Metodologi Penyelidikan2 – Pengoperasian Objektif • Dari umum jadi khusus • Jelas, rasional, dan boleh operasi • Boleh operasi: dapat diterangkan berdasarkan sesuatu kriteria, pembolehubah, dan ukuran • Mencerminkan persoalan dikaji
Metodologi Penyelidikan3 – Pengoperasian Hipotesis Masalah khusus Objektif khusus Soalan khusus Hipotesis
Metodologi Penyelidikan4 – Mengenal pasti dan Mengukur & Pembolehubah • Bolehubah bersandar, penerang, intervening. • Pembolehubah mesti boleh dioperasi: ditakrif dan diukur. • Perkaitan di antara pembolehubah mesti jelas. • Tentukan perkaitan pembolehubah yang hendak dikaji
Metodologi Penyelidikan5 – Kaedah & Instrumentasi Data Pengumpulan Data
Metodologi Penyelidikan6 – Kaedah Analisis Data • Analysis Data