1 / 12

KAJIAN TINDAKAN

KERTAS CADANGAN. KAJIAN TINDAKAN. Oleh En. Zamri Bin Abd. Aziz. Jurulatih Utama Pendidikan Islam KBSR SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PILAH 72000 KUALA PILAH, N. SEMBILAN Tel: 06-4815913 HP: 019-2216083. KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN. PENDIDIKAN ISLAM (JAWI).

oshin
Download Presentation

KAJIAN TINDAKAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN Oleh En. Zamri Bin Abd. Aziz. Jurulatih Utama Pendidikan Islam KBSR SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PILAH 72000 KUALA PILAH, N. SEMBILAN Tel: 06-4815913 HP: 019-2216083

  2. KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN ISLAM (JAWI)

  3. SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PILAH72000 KUALA PILAH, N.SEMBILAN. KUMPULAN PENYELIDIK / DIKEMUKAKAN OLEH: AJK PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TAJUK KAJIAN Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka Huruf Jawi Dengan Menggunakan Teknik Nyanyian Sifir Jawi.

  4. ISU / KEPERIHATINAN YANG DIKAJI • Murid kurang menguasai suku kata terbuka. • Murid tidak dapat membina perkataan suku kata terbuka. • Murid kurang berkebolehan menjana idea • Murid kurang berminat matapelajaran Jawi • Murid kurang kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. • Murid kurang keyakinan diri untuk menulis tulisan Jawi • Murid kurang pendedahan penggunaan tulisan jawi dari persekitaran • Tahap pencapaian murid yang berbeza dalam kelas. • Kaedah P & P yang berorientasikan peperiksaan

  5. REFLEKSI MASALAH Ketika saya mengajar pelajaran jawi, saya mempamirkan carta perkataan suku kata terbuka di papan hitam. Murid-murid membaca carta tersebut secara kelas dan kumpulan. Murid-murid mengikut bacaan guru. Ketika membaca, semua murid mengikut bacaan tersebut dengan tekun, saya dapati beberapa orang murid hanya menggerak-gerakkan mulutnya sahaja tetapi tidak menyebutnya dengan betul. Setelah diselidiki didapati seramai sepuluh orang murid gagal membaca carta tersebut. Ini kerana mereka tidak dapat membunyikan suku kata dari perkataan tersebut. Saya berikan latih tubi kepada murid-murid tersebut tetapi masih gagal. Saya berpendapat mereka ini lemah dalam penguasaan penggunaan huruf konsonan dan vokal jawi. Saya berasa jika mereka ini tidak diberi perhatian sudah pasti mereka ini berterusan tidak akan dapat membaca perkataan jawi pada masa hadapan.

  6. OBJEKTIF KAJIAN. OBJEKTIF AM : Membaca dan menyebut teks jawi dengan menggunakan suku kata terbuka dengan betul. OBJEKTIF KHUSUS : 1- Membunyi suku kata terbuka dengan mengeja menggunakan huruf konsonan dan vokal jawi. 2- Membunyikan satu dan dua suku kata perkataan yang telah dipelajari. 3- Menyambung dan seterusnya menyebut perkataan yang menggunakan suku kata terbuka. 4- Membina ayat dengan menggunakan perkataan dari suku kata terbuka.

  7. KUMPULAN SASARAN Murid-murid Tahun 4 C seramai 10 daripada 38 orang yang telah dikenalpasti mempunyai masalah membaca suku kata terbuka jawi.

  8. TINDAKAN YANG DICADANGKAN. • Tinjauan Masalah. • Pemerhatian. • Pembacaan Individu. • Perbincangan bersama guru lain. • Program Nyanyian Suku kata Terbuka. • Mengedarkan kad bacaan suku kata terbuka. • Menyanyi mengikut kaset. • Menyanyi berkumpulan tanpa kaset. • Nyanyian individu tanpa kaset. • Kad Gambar. • Mengeja perkataan dari kad gambar. • Mengeja rangkai kata.

  9. BAHAN YANG DICADANGKAN. • Buku catatan guru • Rekod kedatangan pelajar • Buku Iqrak • Buku rekod guru • Manila kad • Pen marker • Blue tack • Gunting • Buku-buku berkaitan KT. • Kad gambar. • Kaset. • Surat khabar Jawi

  10. SKEDUL KERJA (Jadual Pelaksanaan)

  11. KOS KAJIAN.

  12. Contoh Sifir Jawi

More Related