400 likes | 2.59k Views
PENGANGKUTAN. Pengangkutan. “ Merupakan suatu kaedah untuk memindahkan penumpang dan barang dari suatu tempat ke tempat lain” Perkembangan perdagangan elektronik (e-dagang) melalui internet meningkatkan lagi kepentingan pengangkutan.
E N D
Pengangkutan “ Merupakan suatu kaedah untuk memindahkan penumpang dan barang dari suatu tempat ke tempat lain” Perkembangan perdagangan elektronik (e-dagang) melalui internet meningkatkan lagi kepentingan pengangkutan. Pengangkutan membantu pengeluar dan peniaga mendapatkan bekalan dan memasarkan barangan mereka
Peranan Pengangkutan • Meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan antarabangsa • Menggalakkan pengeluaran dan perniagaan secara besar-besaran. • Mengelakkan pembaziran • Mempelbagaikan pilihan pengguna • Mengelakkan lebihan dan kekurangan di pasaran • Mengurangkan kos penyimpanan stok • Meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara • Menyebarkan hasil ciptaan dan teknologi • Menggalakkan pergerakkan tenaga buruh • Menggalakkan pengaliran modal dan industri pelancongan
JENIS-JENIS PENGANGKUTAN Kapal Terbang Helikopter Jln Raya Rel Kapal Penumpang Kapal Pesisir Pantai Kapal Kargot Kapal Kerentan
Pengangkutan Darat • Jalan raya Kelebihan :- • Murah dan cepat untuk perjalanan jarak dekat • Serahan barang dari pintu ke pintu • Mudah didapati dan digunakan • Jadual dan arah perjalanan yang fleksibel Kekurangan :- • Ruang muatan tehad • Kesesakan lalu lintas • Mahal dan lambat bagi perjalanan jarak jauh • Penggunaan tenaga buruh yang banyak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Peranan :- • Mengeluarkan lesen memandu • Mendaftar kenderaan dan memungut cukai jalan • Mengeluarkan permit sekolah memandu • Menguatkuasakan undang-undang keselamatan jalan raya.
Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) • Mengeluarkan lesen kenderaan perdagangan iaitu :- • Lesen Pembawa C • Membawa barang sendiri sahaja. • Lesen pembawa A • Kenderaan boleh membawa barang orang lain dan boleh disewakan.
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sendirian Berhad (PUSPAKOM) • Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan selamat digunakan di jalan raya • Semua kenderaan perniagaan diwajibkan menjalani pemeriksaan dua kali setahun.
Pengangkutan Rel • Terbahagi kepada :- • Keretapi • Komuter • Transit aliran ringan • monorel
Kelebihan pengangkutan rel :- • Tambang murah untuk perjalanan jauh • Ruang muatan yang luas • Lebih pantas bagi jarak jauh • Mempunyai gerabak khas dan kontena Kekurangan pengangkutan rel:- • Tiada serahan barang dari pintu ke pintu • Tidak sesuai untuk jarak dekat • Perjalanan terikat pada jadual • Kos penyelenggaraan yang tinggi.
Keretapi Tanah Melayu • Di bawah pengawasan Kementerian Penangkutan Malaysia • Dimilikki sepenuhnya oleh kerajaan • Perkhidmatan pengangkutan barang meliputi kontena dan barang pukal seperti bahan api dan simen. • Pengangkutan antarabangsa ke Thailand dan Singapura
Kapal kargo • Belayar mengikut laluan tetap. • Jadual perjalanan disiarkan dalam media massa dan media elektronik untuk makluman kepada penyewa • Menawarkan perkhidmatan membawa barang yang diisi dalam bungkusan, kotak, peti kayu atau kontena. • Tambang diselaraskan oleh Persidangan Perkapalan • Jenis :- • Kapal kargo pukal – mengangkut barang seperti gandum, arang batu dan kayu balak. • Kapal tangki berfungsi mengangku bahan cecair dan gas • Kapal kontena mengangkut kargo yang dimuatkan dalam kontena.
Kapal kerentan • Mengangkut kargo secar pukal dan boleh dicarter mengikut masa atau perjalanan. • Sesuai untuk mengangkut barang-barang pukal seperti kayu balak, petroleum, bahan kimia dan sedikit penumpang. • Dokumen yang digunakan ialah janji carter dan bil muatan. • Tambang berdasarkan tawar menawar antara pemilik kapal dengan penyewa.
Kapal penumpang • Membawa penumpang dan sedikit barang dan mel. • Mengikut laluan tetap. • Jadual perjalanan disiarkan dalam media massa dan media elektronik. • Penumpang boleh menempah tiket melalui syarikat perkapalan atau ejennya.
Kapal pesisir pantai • Kapal kecil yang berulang alik di antara pelabuhan pesisir pantai Malaysia • Mengangku barang untuk kegunaan dalam negeri dan menghantar barang ke pelabuhan untuk dieksport.
Kelebihan pengangkutan laut Kelebihan pengangkutan laut :- • Kos murah • Ruang muatan yang luas • Tiada keseakan lalu lintas • Penting untuk perniagaan antarabangsa • Lebih selamat. Kekurangan pengangkutan laut :- • Tempoh perjalanan yang lama • Tiada serahan barang dari pintu ke pintu • Memerlukan kerja-kerja pemunggahan yang rumit
Perbadanan perkapalan antarabangsa MalaysiaMISC • Syarikat perkapalan utama di negara ini. • Menyediakan perkhidmatan pengangkutan maritim di luar dan dalam negara. • Memilikki pelbagai jenis kapal. • Turut menawarkan perkhidmatan penghantaran barang di daratan • Menyediakan perkhidmatan bersepadu iaitu penghantaran dan pergudangan
Jabatan Laut • Aktivti utama jabatan :- • Mendaftar dan melesenkan semua kapaldan bot • Mengeluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia • Mewujudkan sistem pelayaran yang efisyen • Menyelenggara pelabuhan • Memelihara kawasan perairan supaya bebas daripada pencemaran.
Lembaga Pelabuhan • Tugas yang dijalankan bagi memaju dan menguruskan pelabuhan ialah :- • Mengawalselia pelabuhan • Mengeluarkan lesen kepada pengendali pelabuhan. • Mengawal penyedian kemudahan di pelabuhan. • Melesenkan malim. • Bertindak selaku tuan tanah • Merancang pembangunan pelabuhan
PENGANGKUTAN UDARA • Terdiri daripada kapal terbang dan helikopter • Kapal terbang terbahagi kepada dua iaitu kapal terbang penumpang dan kapal terbang kargo • Helikopter penting bagi kawasan yang tidak mempunyai lapangan terbang dan kawasan sempit.
Kelebihan:- • Pantas • Selamat • Kos insurans rendah • Menjimatkan kos pergudangan • Selesa • Sesuai untuk mengangkut barang yang mahal, segar dan diper,lukan segera • Kekurangan:- • Kos mahal • Ruang muatan terhad • Tiada perkhidmatan serahan barang dari pintu ke pintu • Penggunaan terhad • Gangguan cuaca
SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA • Perkhidmatan yang disediakan, membawa penumpang dan membawa kargo domestik dan antarabangsa. • Menyediakan juga perkhidmatan katering,kejuteraan dan pengendalian kargo. • Memberikan latihan kepada krew perbangan dengan menubuhkan Akademik Penerbangan Malaysia.
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) • Di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. • Objektif penubuhan untuk memastikan pengangkutan udara sentiasa selamat untuk pengguna. • Mengawal selia peraturan pengangkutan udara.
SALURAN PAIP • Digunakan untuk mengangkut air, minyak, gas dan bahan kimia dari tempat pengeluaran ke premis pengguna. Contoh saluran paip minyak dari Terengganu ke Singapura. • Kelebihan:- • Kos rendah • Selamat • Mudah digunakan • Kekurangan:- • Penggunaan terhad • Masalah kebocoran yang sukar diperbaiki • Kos pemasangan yang tinggi
Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) • Ditubuhkan tahun1974 • Dimilikki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. • Aktiviti yang dijalankan:- • Mencari gali minyak dan gas di dalam dan luar negara. • Melakukan penapisan minyak • Memproses gas dan mengagihkan kepasaran • Mengusahakan gas asli pihak negara Thailand • Memasarkan dan mengedarkan hasil petrokimia seperti politelena, propelena, urea dan methanol.
PENGKONTENAAN • Cara mengangkut barang yang dimuatkan ke dalam kontena. • Keselamatan barang terjamin. • Jenis muatan dalam kontena seperti barang-barang automatif, buah-buahan dan makanan yang didingin bekukan. • Kelebihan:- • Mengurangkan kerja-kerja pemunggahan. • Memendekkan masa memunggah. • Keselamatan barang lebih terjamin kerana ia diperbuat daripada logam yang kukuh • Risiko kehilangan dan kerosakan adalah rendah. • Kekurangan :- • Memerlukan keneraan yang sesuai • Memerlukan jumlah modal yang banyak • Tidak semua pelabuhan menyediakan kemudahan mengendalikan kontena
PENGANGKUTAN ANTARABANGSA ROUTIER(TIR) “Membolehkan kontena melalui beberapa negara perantara tanpa perlu dibuka dan diperiksa kandungannya.”
PEMILIHAN JENIS PENGANGKUTAN • KOS • JARAK • JENIS DAN SIFAT BARANG • NILAI BARANG • SAIZ, BERAT DAN KUANTITI BARANG • MUDAH DIDAPATI • KESEGERAAN • KESELESAAN • RISIKO KEROSAKAN